23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, December 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Biodiesel Ganti Bahan Api Fosil

Editor by Editor
11/10/2013
in Berita & Peristiwa, Tenaga
0 0
0

2

DITAMBAH pula krisis penggunaan bahan api fosil di samping pembakarannya yang memudaratkan alam semulajadi menjadikan bahan api sebagai alternatif kini.

 
Bagaimanapun kita tidak memiliki pilihan kerana untuk meneruskan kehidupan kenderaan amat diperlukan justeru apakah jalan penyelesaian yang perlu diambil?
 
Penggunaan bahan api bio merupakan antara penyelesian paling sesuai buat masa kini Antaranya kerana ia dihasilkan menggunakan tumbuh-tumbuhan.
 
Biodiesel adalah bahan api alternatif yang boleh digunakan sebagai pengganti diesel petroleum dan bahan api tersebut merujuk kepada ester metil lemak yang dihasilkan daripada minyak sayuran dan lemak haiwan melalui proses kimia.
Antara minyak biodiesel yang sedang dihasilkan adalah daripada minyak sawit yang dikenali sebagai minyak diesel kelapa sawit.
 
Minyak biodiesel kelapa sawit dihasilkan melalui proses transesterifikasi dan esterifikasi, manakala diesel petroleum adalah pecahan spesifik yang diperoleh daripada penapisan minyak petroleum mentah.
 
Penggunaan minyak kelapa sawit yang diolah untuk dijadikan biodiesel menjadikan bahan api tersebut sebagai sumber bahan api yang boleh diperbaharui.
 
Ini berbeza dengan diesel petroleum yang diperolehi daripada sumber yang terhad dan tidak boleh diperbaharui.
Menurut Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Douglas Uggah Embas, kerajaan telah memperkenalkan Dasar Biobahan Api Negara sejak tahun 2006 dan telah memberi penekanan kepada penggunaan bahan api bio.
 
Ujarnya lagi tumpuan adalah kepada penggunaan bahan api bio yang berasaskan kelapa sawit untuk sektor pengangkutan, perindustrian, pembangunan teknologi bahan api bio, bahan api bio untuk tujuan eksport dan pemeliharaan alam sekitar.
 
"Dasar ini merupakan pelengkap kepada dasar-dasar berkaitan tenaga hijau seperti Dasar Kepelbagaian Lima Bahan Api dan Dasar Teknologi Hijau Negara.
 
"Objektif utama dasar-dasar ini adalah untuk memanfaatkan sumber tenaga yang mesra alam, mampan dan mampu mengurangkan kebergantungan kepada bahan bakar fosil," katanya.
 
Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Penggunaan Biodiesel Sawit di Wilayah Selatan di Pasir Gudang, Johor baru-baru ini. Yang turut hadir Ketua Pegarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB), Datuk Dr. Choo Yuen May.
 
Douglas menjelaskan, kelapa sawit merupakan antara penyumbang pendapatan eksport terbesar iaitu RM73.2 bilion atau 57.48 peratus daripada jumlah eksport produk-produk komoditi yang lain.
 
Selain dijadikan sumber utama dalam pengeluaran makanan, kelapa sawit juga turut digunakan dalam menghasilkan produk bukan makanan.
 
Minyak sawit turut digunakan sebagai feedstock bagi pengeluaran bahan api bio yang boleh digunakan sebagai sumber tenaga yang boleh diperbaharui.
 
Oleh itu, sebagai salah sebuah negara pengeluar minyak kelapa sawit terbesar dunia, Malaysia memiliki potensi yang tinggi untuk meningkatkan pengeluaran biodiesel berasaskan kelapa sawit.
 
Bagi menyahut komitmen negara secara sukarela semasa Conference Of The Parties ke 15 di United Nations Framework Convention on Climate Change (UNFCC) di Copenhagen, Denmark pada tahun 2009 yang mahu mengurangkan intensiti pelepasan karbon berasaskan GDP sehingga 40 peratus, penggunaan bahan api bio kini perlu difokuskan.
Lanjutan daripada pengumuman komitmen tersebut, negara pada tahun 2011 telah memulakan program biodiesel secara berperingkat bermula dengan Wilayah Tengah di Semenanjung Malaysia dengan memperkenalkan minyak diesel B5 di stesen-stesen minyak di sekitar Putrajaya.
 
B5 merupakan hasil adunan lima peratus diodiesel bersama 95 peratus lagi diesel petroleum dan program tersebut seterusnya diperluaskan ke Melaka, Negeri Sembilan, Kuala Lumpur dan Selangor.
 
Sejak program B5 dilaksanakan Jun 2011, sebanyak 113,000 tan biodiesel berasakan kelapa sawit telah digunakan dalam jangkamasa setahun.
Tambah Douglas, program bahan api bio negara mempunyai potensi untuk terus dibangunkan kerana peranan bahan api bio tersebut tidak sahaja terhad untuk menstabilkan harga minyak sawit mentah.
 
"Program ini turut memberi sumbangan penting dari aspek alam sekitar dan selaras dengan perubahan semasa di peringkat global di mana kebanyakan negara sedang beralih kepada penggunaan sumber tenaga boleh diperbaharui," katanya.
 
Bagaimanapun dalam usaha kerajaan untuk mempromosi serta memperluaskan program penggunaan bahan api bio daripada kelapa sawit turut berdepan dengan pelbagai cabaran dan dakwaan yang tidak munasabah.
Antaranya, penggunaan bahan api bio daripada kelapa sawit didakwa akan menyebabkan pencemaran yang lebih besar berbanding sumber bahan api fosil.
 
Di samping itu, negara-negara seperti Amerika Syarikat (US) serta Kesatuan Eropah telah meletakkan syarat kemampanan yang tidak melayakkan biodiesel kelapa sawit menikmati insentif di pasaran negara-negara tersebut.
Ini kerana Europen Union Directive on the Promotion of the Use of Energy from Renewable Sources telah menetapkan kriteria kemampanan minimum sebanyak 35 peratus penjimatan pelepasan gas rumah hijau (greenhouse gases-GHG) berbanding diesel petroleum.
 
Di Amerika Syarikat, Renewable Fuel Standards 2 menetapkan peraturan di mana penggunaan biodiesel perlu mematuhi penjimatan minimum sebanyak 50 peratus GHG berbanding diesel petroleum.
Bagaimanapun di peringkat serantau masih terdapat peluang untuk memperkukuhkan penggunaan bahan api bio berasaskan kelapa sawit iaitu menerusi ASEAN Ministerial Meeting on Science and Technology (AMMST) dan ASEAN Ministers on Energy Meeting (AMEM).
 
Menerusi kerjasama tersebut, negara-negara ASEAN bukan sahaja boleh menangani dakwaan-dakwaan berkaitan kemampanan pengeluaran bahan api bio, malah dapat berkongsi amalan-amalan yang baik dalam pembangunan sektor bahan api bio.

Sumber : Utusan Malaysia

Berikan Komen Anda Di Sini
Tags: biodieseltenagatenaga keterbaharuan
ShareTweetShare
Previous Post

Penemuan Terbaru Kajian Otak Einstein

Next Post

Penyakit Batu Karang: Punca dan Rawatan

Editor

Editor

Related Posts

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan
Berita & Peristiwa

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan

2 days ago
Pokok Air Mata Pengantin
Alam Semulajadi

Pokok Air Mata Pengantin

2 days ago
Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan

6 days ago
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser
Alam Semulajadi

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

6 days ago
Next Post
Penyakit Batu Karang: Punca dan Rawatan

Penyakit Batu Karang: Punca dan Rawatan

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In