23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, January 18, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Gangguan Tidur dan Kemurungan

Gangguan Tidur dan Kemurungan

Editor by Editor
24/03/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Izzat Zulhilmi Abd Rahman1, Dr. Fitri Fareez Ramli2

1Pensyarah Perubatan, Jabatan Fisiologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia
2Pensyarah Perubatan, Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Tidur adalah satu proses fisiologi kompleks yang dikawal oleh sistem saraf pusat dan pelbagai jenis hormon. Ia bukanlah sekadar waktu untuk berehat, tetapi merupakan keperluan biologi yang penting dalam pemulihan tubuh dan otak, keseimbangan emosi, serta pengukuhan memori dan pembelajaran. Walaupun tidur merupakan satu keperluan yang mustahak, dua daripada lima orang (38%) di Malaysia tidak mendapatkan tidur yang cukup (sekurang-kurangnya tujuh jam) berdasarkan rekod Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi Penyakit Tidak Berjangkit dan Permintaan Jagaan Kesihatan Tahun 2023. Kekurangan tidur mempunyai kaitan dengan pelbagai jenis penyakit termasuk kemurungan. Justeru itu, artikel ini ditulis untuk memberikan penerangan ringkas mengenai tidur dan hubungannya dengan kemurungan.

Fisiologi tidur

Secara asasnya, tidur terdiri daripada dua fasa utama, iaitu fasa gerakan mata cepat atau REM (rapid eye movement) dan bukan REM (non-REM atau NREM). Fasa tidur NREM mendahului fasa REM dan dapat dibahagikan kepada tiga peringkat (N1, N2, dan N3). N1 merupakan fasa peralihan antara jaga dan tidur (fasa tidur ringan), di mana aktiviti otak mula menjadi semakin perlahan. N2 pula merupakan fasa tidur yang lebih dalam berbanding N1. Pada fasa ini, mata mula berhenti bergerak dan berlaku penurunan suhu badan dan kadar degupan jantung. Pengukuhan memori juga boleh terjadi pada fasa ini. Sementara itu, N3 atau slow-wave sleep (SWS) adalah fasa tidur paling dalam yang memainkan peranan penting dalam pertumbuhan semula tisu badan, pembentukan otot dan tulang, dan pengukuhan sistem kekebalan tubuh.

Fasa REM pula berlaku setelah fasa NREM, di mana aktiviti otak menjadi lebih aktif. Ia mendapat nama ‘gerakan mata cepat’ kerana keadaan tersebut berlaku pada fasa ini. Selain itu, kelumpuhan otot sementara adalah ciri lain yang penting. Mimpi biasanya berlaku pada fasa REM dan kelumpuhan otot sementara adalah penting untuk mengelakkan sebarang pergerakan badan yang diakibatkan oleh reaksi terhadap mimpi. Fasa ini juga penting dalam pembentukan memori. Dua fasa utama (REM dan NREM) membentuk satu kitaran tidur dan sebanyak 4–5 kitaran tidur lazimnya diperlukan untuk mendapatkan tidur yang berkualiti. Secara umumnya, peratusan fasa-fasa tidur adalah berbeza. N1 mempunyai peratusan yang paling rendah (5%) diikuti REM (20%), N3 (20–25%) dan N2 (50%) untuk tidur yang normal.

Kitaran jaga dan tidur yang dijelaskan di atas dikawal oleh jam biologi badan. Pusat aturan jam biologi ini dikendalikan oleh nukleus suprakhiasmatik (SCN) yang terletak di bahagian hipotalamus otak. Melatonin merupakan hormon penting dalam kitaran tersebut. Kadar melatonin lazimnya meningkat pada waktu malam dan menurun pada waktu siang.

Gangguan tidur dan kemurungan

Kemurungan mempunyai hubungan dua hala dengan gangguan tidur. Dianggarkan sekitar 80–90% individu dengan kemurungan mempunyai masalah tidur. Gangguan tidur pula dapat meningkatkan kebarangkalian seseorang untuk menghidapi kemurungan sebanyak dua kali ganda. Menariknya, terdapat beberapa persamaan dari aspek perubahan struktur dan fungsi otak pada rangkaian-rangkaian otak yang memproses informasi berkaitan ransangan-ransangan penting (salient network) dan pemikiran yang bertumpu kepada diri sendiri (default mode network).

Pesakit dengan kemurungan biasanya mengambil masa yang lebih panjang untuk tertidur dan mempunyai beberapa gangguan lain pada dua fasa utama kitaran tidur. Untuk fasa NREM, pengurangan gelombang delta pada N3 merupakan ciri yang lazim ditemukan terutama pada kemurungan yang berulang. Perubahan yang terjadi ini dapat meningkatkan reaktiviti emosi dan ketidakstabilan mood. Gangguan yang terjadi pada fasa REM dalam kalangan individu dengan kemurungan pula dapat mempercepat fasa REM dan juga meningkatkan kekerapan dan tempoh fasa REM. Ini boleh menyebabkan mimpi yang lebih panjang terjadi. Gangguan terhadap emosi seseorang juga boleh terjadi akibat daripada pembentukan ingatan emosi negatif yang lebih cepat, menyumbang ke arah perasaan rendah diri dan pemikiran negatif yang berulang. Selain itu, gangguan tidur yang sering terjadi adalah mudah terjaga pada waktu malam dan sukar untuk kembali tidur, yang juga dikenali sebagai tidur yang terputus-putus (sleep fragmentation). Gabungan daripada gangguan-gangguan pada fasa-fasa tidur tersebut dapat mengurangkan kuantiti dan kualiti tidur.

Antara penyebab gangguan tidur dalam kemurungan adalah proses peradangan dan ketidakseimbangan paras hormon dan pengutus saraf (serotonin) di dalam otak. Penurunan paras pengutus saraf serotonin di dalam otak dapat mengurangkan keupayaan untuk tidur lena. Selain itu, rembesan hormon melatonin yang tidak normal dapat mengganggu kitaran jaga-tidur. Perubahan paras hormon kortisol dalam badan juga dikaitkan dengan gangguan tidur dan kemurungan. Seperti melatonin, rembesan hormon kortisol juga dikawal oleh jam biologi (SCN). Paras hormon tersebut biasanya rendah sewaktu tidur dan meningkat sebelum bangun dari tidur. Keadaan stres merupakan salah satu faktor yang boleh menyebabkan peningkatan hormon kortisol yang berkaitan dengan proses peradangan, yang dapat menyebabkan gangguan tidur.

Terdapat banyak rawatan yang tersedia untuk mengurangkan atau merawat gangguan tidur dalam kemurangan, termasuk terapi kognitif tingkah laku (cognitive behavioural therapy), ubat-ubatan, dan modulasi saraf. Selain itu, kebersihan tidur (sleep hygiene) merupakan komponen penting dalam strategi rawatan gangguan tidur. Antara tips yang dapat membantu untuk mendapatkan tidur yang berkualiti adalah tidur dalam persekitaran yang lebih sejuk, mengurangkan ransangan dari bunyi dan cahaya, mengelakkan pengambilan minuman atau makanan berkafein (seperti coklat, kopi, cola) lapan jam sebelum tidur, mengamalkan senaman berkala (bukan sejurus sebelum tidur), rutin tidur yang konsisten, dan mengamalkan teknik relaksasi.

Pemahaman tentang fisiologi tidur yang terganggu dalam kalangan individu dengan kemurungan amat penting dalam mencari strategi rawatan yang berkesan dan membantu individu yang terjejas mendapatkan tidur yang berkualiti. Kesedaran tentang kepentingan untuk mendapat tidur yang berkualiti adalah penting. Individu yang mempunyai gangguan tidur harus mendapatkan rawatan kerana ia mungkin merupakan gejala gangguan kesihatan mental atau penyakit lain seperti apnea tidur obstruktif. Gangguan tidur juga merupakan satu faktor risiko penting yang dapat menyebabkan kemurungan atau keberulangan penyakit tersebut dan rawatan dini dapat mengurangkan risiko keadaan tersebut.

[ARTIKEL LAIN PENULIS – Hidrokuion; Ubat atau Racun?]
[ARTIKEL LAIN PENULIS -‘ Ditindih Hantu’ atau Kelumpuhan sewaktu Tidur?
[ARTIKEL LAIN PENULIS – Bahaya Guna Ubat Terlarang atasi Masalah Mati Pucuk]

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Fitri Fareez RamliDr. Izzat Zulhilmi Abd RahmanFakuti Perubatangangguan sarafgangguan tidurJabatan FarmakologiJabatan FisiologikemurunganUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Keindahan Penjajaran Planet-Planet di Langit Malam 2025

Next Post

Mikroplastik dalam Plasenta dan Ovari: Ancaman kepada Wanita dan Generasi Akan Datang?

Editor

Editor

Related Posts

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi
Berita & Peristiwa

Metamaterial; Penyelesaian Inovatif Atasi Pencemaran Bunyi

10 hours ago
Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?
Berita & Peristiwa

Rawatan untuk Kanser yang Sama bagi Individu Berlainan; Mengapa Hasilnya Berbeza?

2 days ago
Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia
Berita & Peristiwa

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia

1 week ago
Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya
Berita & Peristiwa

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya

2 weeks ago
Next Post
Mikroplastik dalam Plasenta dan Ovari: Ancaman kepada Wanita dan Generasi Akan Datang?

Mikroplastik dalam Plasenta dan Ovari: Ancaman kepada Wanita dan Generasi Akan Datang?

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In