Wednesday, November 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Hama Debu Rumah: Teman Serumah yang Tidak Kelihatan

Hama Debu Rumah: Teman Serumah yang Tidak Kelihatan

Editor by Editor
25/11/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Dr. Noradilah Samseh Abdullah
Pensyarah Kanan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan
Universiti Sains Islam Malaysia (USIM)

Anda membersihkan lantai, membasuh cadar dan membersihkan habuk di rak. Rumah anda kelihatan bersih dan kemas. Namun, adakah anda sedar bahawa ada sesuatu yang masih tersembunyi pada tilam, bantal, sofa, permaidani, dan langsir? Berjuta-juta makhluk kecil mungkin masih berkongsi ruang kediaman anda secara senyap. Hama debu rumah, sejenis organisma halus, bersaiz terlalu kecil untuk dilihat dengan mata kasar dan hanya dapat dilihat melalui pemerhatian mikroskopik, tetapi cukup besar untuk menjejaskan kesihatan anda.

Walaupun hama debu rumah mungkin kedengaran membimbangkan, ia sebenarnya adalah teman serumah yang biasa menghuni rumah di seluruh dunia. Masalahnya bukan datangnya daripada hama itu sendiri, tetapi apa yang mereka tinggalkan yang berpotensi menjejaskan kesihatan manusia.

Apakah Sebenarnya Hama Debu Rumah?

Hama debu rumah adalah saudara kecil labah-labah dan sengkenit atau kutu babi. Berukuran hanya kira-kira 0.2–0.4 milimeter, ia tidak kelihatan dengan mata kasar. Tidak seperti pijat yang hidup dengan bergantung kepada darah manusia kerana peringkat betina memerlukan darah untuk menghasilkan telur, hama debu rumah tidak menggigit, menyengat, atau menghisap darah. Sebaliknya, ia hidup dengan memakan sel kulit mati manusia atau haiwan peliharaan yang jatuh ke persekitaran secara semula jadi. Setiap hari, manusia kehilangan beribu-ribu kepingan kulit lebih daripada cukup untuk mengekalkan populasi hama debu rumah yang berkembang biak. Persekitaran yang hangat dan lembap merupakan tempat pembiakan yang optimum dan terbaik untuk hama ini, yang menjelaskan mengapa negara-negara tropika sering mempunyai tahap hama debu rumah yang lebih tinggi berbanding kawasan yang lebih sejuk.

Di manakah penyewa kecil ini lebih suka tinggal? Tempat persembunyian kegemaran mereka termasuklah tilam, bantal, cadar, selimut, perabot berlapis kain, permaidani, langsir dan mainan atau boneka terutamanya yang diperbuat daripada bahan tekstil seperti baldu atau kapas. Pendek kata, hama debu rumah menyukai fabrik lembut dan hangat di mana sel kulit mati terkumpul.

Mengapa Kita Perlu Peduli?

Jika hama debu rumah tidak menggigit atau menyebarkan penyakit, mengapa ia penting dari aspek perubatan?

Jawapannya ialah – alahan.

Hama debu rumah menghasilkan protein daripada najisnya. Habuk rumah yang bercampur dengan protein ini dan serpihan hama mati yang mereput mencetuskan reaksi sistem imuniti badan manusia. Apabila manusia menyedut udara yang mengandungi habuk bercampur protein tersebut, ini mengakibatkan.tubuh manusia menghasilkan tindakbalas alahan. Bagi sesetengah orang, pendedahan ini hanya boleh menyebabkan ketidakselesaan ringan. Bagi yang lain pula, terutamanya mereka yang mempunyai tahap sensitiviti badan yang tinggi boleh mengakibatkan asma, ekzema dan sebagainya.

Simptom-simptom biasa yang berkaitan dengan alahan hama debu rumah termasuklah bersin yang kerap, hidung berair atau tersumbat, mata gatal atau berair, batuk berterusan, sesak dada., kesukaran bernafas dan lain-lain.

Pernahkah anda mengalami bersin lebih kerap selepas bangun pada waktu pagi? Atau mungkin hidung anda terasa tersumbat semasa mengemas katil atau membersihkan kawasan berdebu? Hama debu rumah mungkin sebahagian daripada penjelasannya.

Mengapa Bilik Tidur Adalah “Hotel Hama Debu Rumah”?

Bilik tidur anda mungkin ‘syurga kediaman’ yang sempurna untuk hama debu rumah.

Bayangkan, tilam memberikan kehangatan daripada haba badan, kelembapan daripada peluh, kegelapan, dan bekalan makanan yang berterusan daripada sel kulit mati. Oleh kerana orang ramai menghabiskan kira-kira satu pertiga daripada hidup mereka di atas katil, tilam boleh mengumpul sejumlah besar serpihan kulit dari semasa ke semasa.

Bantal dan selimut juga merupakan medium yang sempurna untuk pembiakan hama ini. Malah, katil yang kelihatan bersih boleh menampung beribu-ribu, dan kadang-kadang berjuta-juta hama. Namun begitu, Ini bukanlah bermakna rumah anda kotor. Hama debu rumah wujud walaupun di rumah yang sangat kemas kerana ia bergantung kepada biologi manusia biasa, bukan kebersihan rumah yang buruk.

Siapa Yang Paling Berisiko?

Bukan semua orang bertindak balas terhadap hama debu rumah dengan cara yang sama. Ramai orang hidup dengannya tanpa sebarang gejala langsung. Walau bagaimanapun, sesetengah kumpulan lebih terdedah kepada risiko alahan atau alergi teruk daripada hama ini. Alahan sebenarnya merupakan tindak balas sistem imun badan manusia terhadap bahan yang tidak dikenali oleh tubuh yang dikenali sebagai alergen. Antara golongan yang lebih berisiko mendapat alahan yang teruk daripada allergen hama ini termasuklah kanak-kanak. Ini adalah kerana sistem imun kanak-kanak yang masih belum berkembang sepenuhnya dan mungkin lebih sensitif terhadap sumber alahan atau alergen.

Selain kanak-kanak, penghidap asma merupakan golongan yang berisiko mendapat gejala yang teruk apabila terdedah kepada hama debu rumah. Alergen hama ini boleh mencetuskan serangan asma atau memburukkan lagi gejala pernafasan. Di samping itu, individu yang menghidap ekzema atau alahan juga lebih berisiko mendapat alahan teruk apabila terdedah kepada hama debu rumah.

Bolehkah Anda Menghilangkan Hama Debu Rumah Sepenuhnya?

Walaupun langkah pencegahan dan kawalan boleh dilaksanakan, malangnya, menghapuskan hama debu rumah sepenuhnya adalah hampir mustahil. Memandangkan ia adalah sebahagian daripada persekitaran dalaman rumah, matlamatnya adalah kawalan dan bukannya penyingkiran sepenuhnya. Rawatan terhadap alahan hama debu rumah hanya memberikan kelegaan terhadap alahan. Antara ubatan yang boleh mengurangkan gejala tersebut termasuklah antihistamin yang boleh membantu memberikan kelegaan terhadap bersin, hidung berair, dan gatal-gatal. Kortikosteroid nasal pula dapat membantu mengurangkan keradangan sementara dan menawarkan kesan sampingan yang kurang berbanding ubat oral lain. Selain itu, dekongestan juga membantu mengecilkan tisu dalam saluran hidung dan menjadikannya lebih mudah untuk bernafas. Namun, ia tidak dapat menghentikan pendedahan terhadap hama debu rumah.

Terdapat beberapa tabiat praktikal yang boleh mengurangkan bilangan populasi hama debu rumah dengan ketara :

  1. Pembasuhan Cadar Secara Kerap

Cadar, sarung bantal dan selimut perlu dibasuh dengan kerap, sebaik-baiknya menggunakan air panas dengan suhu sekurang-kurangnya 54.4°C. Haba membantu mengurangkan populasi hama ini.

  1. Kekalkan Kelembapan Rendah

Hama debu rumah tumbuh subur dalam keadaan lembap. Meningkatkan pengudaraan, dalam rumah seperti penggunaan kipas atau penghawa dingin boleh membantu mewujudkan persekitaran yang kurang baik. Kadar kelembapan dalam rumah perlu dikawal menjadi kurang daripada 45%.

  1. Vakum dan Pembersihan Secara Kerap

Pembersihan karpet, langsir dan perabot berlapis kain secara berkala boleh membantu mengurangkan pengumpulan alergen. Walau bagaimanapun, membersihkan habuk mungkin merebakkan alergen ke udara buat sementara waktu, jadi kaedah pembersihan yang betul adalah penting. Penggunaan mop lantai atau kain yang basah untuk membersihkan habuk dapat menghalang habuk daripada berterbangan dan berkumpul semula.

  1. Kurangkan Barangan Pemerangkap Habuk

Mainan lembut, karpet tebal dan hiasan fabrik yang berlebihan boleh memerangkap dan mengumpul habuk dan menyimpan hama di dalam rumah. Membasuh mainan boneka secara berkala adalah sangat penting di rumah yang mempunyai anak-anak kecil.

  1. Lindungi Tempat Tidur

Sarung tilam dan bantal khas yang direka untuk mengurangkan pendedahan kepada alergen boleh membantu orang yang mengalami alahan hama debu rumah yang teruk. Bantal dan tilam juga boleh disarung dengan sarung bantal yang kalis debu atau alergen. Penggunaan sarung tilam dan bantal yang diperbuat daripada kain fabrik tenunan yang halus dan padat dapat membantu mengurangkan pembiakan dan penyebaran hama debu rumah.

  1. Penggunaan penapis udara

Penapis udara dengan penapis HEPA (high-efficiency particulate air) dapat menyingkirkan 99.7% partikel sekecil 0.1 mikron termasuk hama debu rumah yang bersaiz 0.2 hingga 0.4 milimeter (200 hingga 400 mikron).

Mitos vs Realiti

Mitos 1: Hama debu rumah bermaksud rumah anda kotor.
Realiti:  Rumah yang bersih turut berisiko mempunyai hama debu rumah kerana manusia secara semula jadi menanggalkan kulit.

Mitos 2: Hama debu rumah ditemui dalam habuk sepanjang masa.
Realiti: Habuk di rumah kebanyakannya terdiri daripada serpihan sel badan manusia (sel kulit, rambut dan lain-lain). Ia juga mengandungi kotoran, debunga, spora, mikroplastik dan gentian. Jika anda mempunyai haiwan di rumah anda, ia akan mengandungi sejumlah besar bulu haiwan juga. Kadangkala hama debu rumah ditemui dalam habuk. Tetapi mereka tidak tinggal lama di sana, terutamanya jika habuk berada di permukaan yang keras. Untuk hidup, hama debu memerlukan kelembapan dan memakan sel kulit manusia. Mereka hidup subur di lokasi lembap seperti katil (anda berpeluh dan bernafas, memerangkap kelembapan di bawah selimut anda). Ia juga terdapat dalam perabot fabrik (sofa, kerusi) dan permaidani. Mereka kadang-kadang ditemui pada langsir anda. Mereka juga suka haiwan boneka daripada material fabrik.

Mitos 3: Hama debu rumah menggigit dan menghisap darah manusia pada waktu malam.
Realiti: Hama debu rumah tidak menggigit dan tidak menghisap darah. Kerengsaan kulit biasanya disebabkan oleh reaksi alahan dengan najis hama.

Mitos 4: Anda boleh menghapuskan hama debu rumah sepenuhnya.
Realiti: Penghapusan sepenuhnya hama debu rumah adalah hampir mustahil, namun bilangannya dapat dikurangkan dengan pembersihan rumah dan barangan serta peralatan rumah dengan kerap.

Mitos 5: Hama debu rumah boleh merangkak keluar dari vakum
Realiti: Hama debu rumah tidak merangkak keluar dari pembersih vakum anda. Hama ini (samada mati atau hidup) termasuk kulit dan najisnya hanya keluar dari pembersih vakum anda jika ia bocor. Sentiasa vakum dengan penapis HEPA untuk mengurangkan alergen hama debu rumah di rumah.

Biodata Penulis:
Dr. Noradilah Samseh binti Abdullah merupakan seorang pensyarah kanan di Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Sains Islam Malaysia dalam bidang Parasitologi yang merangkumi Protozoologi, Helmintologi dan Penyakit Berjangkit.
Berkelulusan PhD dalam bidang Parasitologi Perubatan.
Bidang penyelidikan beliau melibatkan protozoa seperti Blastocystis dan microbiota usus, Entamoeba histolytica dan Acanthamoeba.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: alahanalahan asmaalahan ekzemaAlergikhama debu rumahhama tempat tidurkebersihan bilik tidurNoradilah Samseh Abdullah
Previous Post

Memahami Kaedah Rawatan Penyakit Buah Pinggang Kronik: Dari Kawalan Awal ke Terapi Gantian

Editor

Editor

Related Posts

Memahami Kaedah Rawatan Penyakit Buah Pinggang Kronik: Dari Kawalan Awal ke Terapi Gantian
Berita & Peristiwa

Memahami Kaedah Rawatan Penyakit Buah Pinggang Kronik: Dari Kawalan Awal ke Terapi Gantian

44 minutes ago
Pemulihan Pasca Strok: Potensi Otak Untuk Pulih
Berita & Peristiwa

Pemulihan Pasca Strok: Potensi Otak Untuk Pulih

1 hour ago
Anak Terjatuh dan Gigi Susu Tercedera. Selamatkah Gigi Kekalnya?
Berita & Peristiwa

Anak Terjatuh dan Gigi Susu Tercedera. Selamatkah Gigi Kekalnya?

1 hour ago
Secebis Tisu Sebagai Penentu: Rahsia Sains Hirisan Beku
Berita & Peristiwa

Secebis Tisu Sebagai Penentu: Rahsia Sains Hirisan Beku

2 days ago

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In