Thursday, November 26, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Hepatitis B Okult: Memahami Jangkitan Tersembunyi di Sebalik Keputusan Saringan Negatif

Hepatitis B Okult: Memahami Jangkitan Tersembunyi di Sebalik Keputusan Saringan Negatif

Editor by Editor
26/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Dr. Nik Haszroel Hysham b. Nik Hashim
Pakar Patologi (Mikrobiologi) & Pensyarah Perubatan
Jabatan Mikrobiologi & Parasitologi Perubatan
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia

Hepatitis B Okult (OBI) adalah keadaan di mana virus Hepatitis B (HBV) wujud di dalam tubuh seseorang individu walaupun ujian saringan serologi darah untuk mengesan antigen permukaan virus, iaitu Hepatitis B surface antigen (HBsAg), menunjukkan keputusan negatif (1). Fenomena jangkitan senyap ini membuktikan bahawa ketiadaan HBsAg dalam darah tidak semestinya bermakna tubuh bebas daripada virus Hepatitis B (1).

Kanta Diagnostik 

Bagi memahami bagaimana saringan serologi hepatitis B memberi keputusan negatif, penting untuk membezakan antara kaedah pengesanan antigen dan pengesanan bahan genetik virus secara langsung (2). Ujian saringan serologi rutin yang dilakukan di kebanyakan klinik menyasarkan protein HBsAg. Sekiranya jumlah protein ini berada di bawah had pengesanan alat makmal, keputusan akan dilabelkan sebagai negatif (1).

Sebaliknya, bahan genetik virus (HBV DNA) mungkin masih wujud dalam darah atau tisu hati, tetapi pada paras yang sangat rendah (1). Untuk mengesan kehadiran HBV DNA yang berparas rendah ini, kepakaran teknologi diagnostik molekul berketepatan tinggi seperti tindak balas rantai polimerase (Polymerase Chain Reaction, PCR) amat diperlukan (2).

Rahsia Virus ‘Tidur’ di Dalam Nukleus Hati

Persoalan utama yang sering timbul ialah: bagaimana virus ini berupaya kekal di dalam tubuh tanpa mencetuskan kehadiran antigen HBsAg dalam aliran darah? Jawapannya terletak pada keupayaan penyesuaian biologi virus Hepatitis B itu sendiri (1). Virus HBV mempunyai struktur bahan genetik khas yang dikenali sebagai covalently closed circular DNA (cccDNA). Sebaik sahaja virus berjaya menjangkiti sel hati (hepatosit), cccDNA ini akan menyusup masuk dan bertapak kukuh di dalam nukleus sel, di mana ia mampu bertahan untuk jangka masa yang amat panjang (1).

Terdapat dua mekanisme utama mengapa HBsAg gagal dikesan semasa cccDNA ini kekal dalam sel hati iaitu kawalan sistem imun dan mutasi genetik virus (1). Kawalan sistem imun individu mungkin berjaya menyekat pembiakan virus secara aktif, menyebabkan paras replikasi dan penghasilan antigen ditekan ke tahap yang sangat rendah sehingga tidak mampu melepasi ambang pengesanan makmal serologi ujian HBsAg (1). Selain itu, mutasi genetik virus boleh berlaku menyebabkan perubahan pada jujukan DNA virus yang menghasilkan perubahan struktur antigen HBsAg pada virus (1). Perubahan struktur antigen ini menyebabkan ujian makmal standard gagal mengecam atau mengikat protein tersebut (1).

Bahaya Tersembunyi

Kehadiran virus yang berterusan di dalam sel hati membawa implikasi patologi jangka panjang yang serius kepada pesakit, termasuk risiko keradangan kronik dan pengaktifan semula virus apabila sistem imun terganggu (1, 3).

Kajian perubatan mendapati bahawa OBI turut dikaitkan dengan peningkatan risiko kanser hati primer, atau Hepatocellular Carcinoma (HCC) (4). Kehadiran berterusan bahan genetik virus HBV di dalam sel hati dipercayai menyumbang kepada ketidakstabilan genomik, mutasi sel, dan proses transformasi sel normal kepada sel kanser (hepatocarcinogenesis) (4). Walaupun penyelidikan mendalam masih giat dijalankan bagi menghuraikan mekanisme sebab-akibat yang tepat, bukti klinikal menunjukkan pesakit OBI memerlukan pengawasan rapi terhadap kesihatan hati mereka (4).

OBI memberi kesan langsung kepada sistem perkhidmatan kesihatan awam, terutamanya dalam aspek transfusi darah dan pemindahan organ (5). Walaupun kepekatan virus dalam darah individu OBI secara amnya amat rendah, virus yang wujud masih mempunyai potensi infektif (5). Sekiranya darah atau organ daripada penderma yang mempunyai OBI diberikan kepada penerima yang tidak mempunyai perlindungan antibodi terhadap Hepatitis B (iaitu individu yang belum divaksinasi atau kehilangan imuniti), virus boleh berpindah dan menjangkiti penerima tersebut (5). Oleh sebab itu, institusi perubatan moden kini semakin menitikberatkan ujian saringan asid nukleik (NAT) berasaskan PCR bagi penderma darah dan organ bagi menjamin keselamatan penerima (2, 5).

Kesedaran tentang OBI perlu ditingkatkan dalam kalangan masyarakat dan pengamal perubatan supaya jangan hanya bergantung kepada keputusan saringan darah pantas. Ini adalah penting terutamanya bagi kumpulan berisiko tinggi atau yang sedang merancang untuk memulakan rawatan perubatan yang mempengaruhi sistem imun (3). Pengamal perubatan perlu mempertimbangkan keperluan melakukan ujian molekul lanjutan seperti ujian PCR HBV DNA (2, 3). Langkah ini mampu mengenal pasti jangkitan tersembunyi, mencegah komplikasi keradangan hati, dan memastikan rawatan perlindungan dapat dimulakan(3).

Rujukan

  1. Raimondo G, Locarnini S, Pollicino T, Levrero M, Zoulim F, Lok AS, et al. Update of the statements on biology and clinical impact of occult hepatitis B virus infection. J Hepatol. 2019;71(2):397–408.
  2. European Association for the Study of the Liver. EASL 2017 Clinical Practice Guidelines on the management of hepatitis B virus infection. J Hepatol. 2017;67(2):370–98.
  3. Reddy KR, Beavers KL, Hammond SP, Lim JK, Falck-Ytter YT; American Gastroenterological Association Institute. American Gastroenterological Association Institute guideline on the prevention and treatment of hepatitis B virus reactivation during immunosuppressive drug therapy. Gastroenterology. 2015;148(1):215–9.
  4. Mak LY, Wong DKH, Pollicino T, Raimondo G, Hollinger FB, Yuen MF. Occult hepatitis B infection and hepatocellular carcinoma: epidemiology, virology, hepatocarcinogenesis and clinical significance. J Hepatol. 2020;73(4):952–64.
  5. Candotti D, Laperche S. Transfusion-transmitted occult hepatitis B virus infection: current understanding, challenges, and its implication in blood safety. Front Med (Lausanne). 2025;12:12602493.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Hepatitis B OkultNik Haszroel Hysham b. Nik Hashimvirus Hepatitis B (HBV)
Previous Post

Apabila Jalan Raya Mula 'Berfikir': Revolusi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Dunia Pengangkutan

Next Post

Kenali Amelogenesis Imperfecta: Enamel Gigi Tidak Sempurna Sejak Lahir

Editor

Editor

Related Posts

Tibi: Diwarisi atau Dijangkiti? Membongkar Mitos Batuk Kering
Berita & Peristiwa

Tibi: Diwarisi atau Dijangkiti? Membongkar Mitos Batuk Kering

7 hours ago
Daripada Chatbot ke Klinik: Model Bahasa Besar (LLM) dalam Perubatan
Berita & Peristiwa

Daripada Chatbot ke Klinik: Model Bahasa Besar (LLM) dalam Perubatan

7 hours ago
Kenali Amelogenesis Imperfecta: Enamel Gigi Tidak Sempurna Sejak Lahir
Berita & Peristiwa

Kenali Amelogenesis Imperfecta: Enamel Gigi Tidak Sempurna Sejak Lahir

8 hours ago
Apabila Jalan Raya Mula ‘Berfikir’: Revolusi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Dunia Pengangkutan
Berita & Peristiwa

Apabila Jalan Raya Mula ‘Berfikir’: Revolusi Kecerdasan Buatan (AI) dalam Dunia Pengangkutan

8 hours ago
Next Post
Kenali Amelogenesis Imperfecta: Enamel Gigi Tidak Sempurna Sejak Lahir

Kenali Amelogenesis Imperfecta: Enamel Gigi Tidak Sempurna Sejak Lahir

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In