23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, January 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak

Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak

Editor by Editor
09/12/2025
in Berita & Peristiwa, Tempatan
0 0
0

Laporan: Dr. Nurhidaya Mohamad Jan & Dr. Siti Munirah Mohd

Pensyarah Kanan, Kolej PERMATA Insan
Universiti Sains Islam Malaysia

 

BANDAR BARU NILAI, 29 November – Kumpulan penyelidikan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) telah menganjurkan Program Kesedaran Pertanian Pintar Komuniti Taman Semarak yang berlangsung di Dewan Komuniti Taman Semarak, Bandar Baru Nilai, Negeri Sembilan. Program ini terbuka kepada penduduk Taman Semarak yang berumur 18 tahun ke atas. Pelaksanaan program ini mendapat kerjasama yang baik daripada Semarak Resource Centre dan para penyelidik dari Universiti Putra Malaysia (UPM).

Program ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan ilmu pengetahuan, malah membuka ruang kepada komuniti untuk meneroka peluang baharu dalam penghasilan makanan secara lestari, menjimatkan kos, serta memanfaatkan ruang terhad selaras dengan keperluan kehidupan masyarakat bandar masa kini.

Walaupun teknologi IoT berpotensi membantu melalui pemantauan masa nyata dan keputusan berasaskan data, penerapannya dalam pertanian bandar masih rendah akibat kekurangan maklumat, akses terhad, dan peralatan yang kurang mesra pengguna bagi komuniti bandar. Oleh itu, program ini merupakan satu inisiatif penting untuk memberi pendedahan kepada masyarakat mengenai potensi dan kelebihan teknologi dalam bidang pertanian, khususnya teknologi IoT, automasi serta kaedah penanaman moden yang lebih efisien.

Program ini turut mendapat sokongan daripada pelajar Kolej PERMATA Insan berumur 15 dan 16 tahun yang berperanan sebagai ahli jawatankuasa pelaksana. Penglibatan ini bertujuan memberikan pendedahan awal kepada mereka untuk turun padang dan terlibat secara langsung dalam aktiviti kemasyarakatan. Pada masa yang sama, mereka berpeluang mempelajari konsep serta aplikasi pertanian pintar, termasuk penggunaan teknologi moden untuk dalam meningkatkan kecekapan pertanian bandar. Melalui pengalaman ini, pelajar bukan sahaja dapat mengukuhkan kemahiran kepimpinan dan kerja berpasukan, malah turut memperoleh pengetahuan praktikal yang relevan dengan perkembangan teknologi semasa. Program seperti ini diharapkan dapat mampu melahirkan generasi muda yang lebih celik teknologi, berdaya saing, dan peka terhadap keperluan komuniti.

Program ini dimulakan dengan ucapan daripada Ketua Program, Dr. Nurhidaya Mohamad Jan. Dalam ucapan beliau, program ini dirangka untuk menilai tahap kesedaran, perspektif, dan penerimaan masyarakat bandar di Malaysia terhadap inovasi pertanian berasaskan IoT melalui prototaip mini rumah hijau yang dibangunkan. Hasil kajian dijangka memberikan pandangan baharu mengenai integrasi teknologi dalam pertanian bandar, mencadangkan dasar pembangunan mampan, serta meningkatkan penglibatan masyarakat dalam pertanian urban. Projek ini juga menyumbang kepada pembangunan lestari, ketahanan komuniti, pertumbuhan ekonomi, dan pencapaian Matlamat Pembangunan Lestari (SDG).

Sesi diteruskan dengan pembentangan mengenai pengenalan Pertanian Pintar yang disampaikan oleh Saudara Amirul Asyraf bin Mohamad Zhahir, pelajar pascasiswazah dari USIM. Dalam sesi ini, para peserta diberikan pendedahan yang jelas mengenai perbezaan antara pertanian tradisional dan pertanian pintar, termasuk aspek penggunaan teknologi, kecekapan sumber, serta kemampuan pemantauan tanaman secara automatik dan berterusan.

Selain itu, beliau turut menerangkan perkembangan terkini dalam bidang pertanian pintar di Malaysia, termasuk penggunaan sensor IoT, sistem pengairan automatik, analitik data, dan inovasi lain yang memberikan manfaat signifikan kepada para petani. Antara kebaikan yang ditekankan ialah penjimatan kos, peningkatan hasil tanaman, pengurangan pembaziran air, serta keupayaan mengurus tanaman walaupun dalam ruang terhad khususnya di bandar.

Beliau turut berkongsi pengalaman dalam menghasilkan prototaip pertanian pintar yang dibangunkan sebagai sebahagian daripada penyelidikan beliau. Proses pembinaan, fungsi prototaip, serta potensi penggunaannya dalam komuniti turut dihuraikan dengan terperinci. Sepanjang program berlangsung, prototaip tersebut dipamerkan di dalam dewan bagi memberi peluang kepada peserta untuk melihat sendiri komponen, cara operasi, dan aplikasi teknologi yang digunakan. Pameran ini membolehkan peserta memahami konsep pertanian pintar dengan lebih mendalam dan melihat secara langsung cara teknologi dapat menyokong pertanian masa hadapan.

Setelah selesai sesi pengenalan mngenai pertanian pintar, para peserta diberikan borang soal selidik yang bertujuan menilai tahap pengetahuan, persepsi, dan penerimaan mereka terhadap konsep pertanian pintar. Soal selidik tersebut merangkumi beberapa aspek utama seperti kefahaman peserta tentang teknologi IoT dalam pertanian, kesediaan mereka untuk mengaplikasikan teknologi tersebut dalam kehidupan seharian, serta pandangan mereka terhadap manfaat dan cabaran yang mungkin dihadapi.

Pengisian borang ini bukan sahaja membantu penganjur mengukur keberkesanan sesi pembentangan yang telah dijalankan, malah turut memberikan maklumat penting untuk menilai tahap kesedaran komuniti terhadap kemajuan teknologi dalam bidang pertanian. Data yang dikumpulkan akan dianalisis bagi tujuan penambahbaikan program pada masa hadapan serta sebagai sokongan kepada kajian mengenai penerimaan masyarakat terhadap pertanian pintar. Dengan cara ini, peserta bukan sahaja memperoleh ilmu baharu, malah turut menyumbang kepada pembangunan pengetahuan dalam bidang pertanian moden. Selain borang soal selidik, beberapa peserta juga terlibat dalam sesi temubual.

Sebagai kesimpulan, pertanian pintar merupakan pendekatan moden dalam bidang pertanian yang mengintegrasikan teknologi digital seperti sensor IoT, automasi, data analitik dan kecerdasan buatan untuk meningkatkan kecekapan, produktiviti serta kelestarian pengeluaran makanan. Melalui pemantauan masa nyata terhadap faktor seperti kelembapan tanah, suhu, cahaya dan penggunaan air, pertanian pintar membantu petani membuat keputusan yang lebih tepat dan pantas. Sistem automatik seperti pengairan dan pembajaan turut membolehkan penggunaan sumber secara optimum tanpa pembaziran. Pendekatan ini bukan sahaja meningkatkan hasil tanaman, malah membolehkan aktiviti pertanian dijalankan dalam ruang terhad khususnya di bandar. Secara keseluruhan, pertanian pintar memainkan peranan penting dalam memenuhi keperluan makanan masa kini sambil menyokong usaha kelestarian alam sekitar.

Mudah-mudahan program ini menjadi titik permulaan kepada pembangunan ekosistem pertanian pintar yang lebih maju dalam komuniti Taman Semarak. Melalui pendedahan awal terhadap teknologi moden, sokongan komuniti, dan penglibatan aktif peserta, program ini diharapkan dapat memupuk minat berterusan dalam mengamalkan pertanian berasaskan inovasi. Dengan asas yang telah dibina melalui aktiviti kesedaran dan perkongsian ilmu ini, komuniti berpotensi untuk mengembangkan lebih banyak inisiatif pertanian pintar pada masa hadapan, sekali gus mewujudkan persekitaran yang lebih lestari, produktif, dan berdaya saing dalam menghadapi cabaran urbanisasi dan isu keselamatan makanan. Program seperti ini juga berpotensi menjadi model rujukan bagi komuniti lain yang ingin memulakan usaha pertanian moden di kawasan masing-masing.

Para penulis ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (PPPI) Universiti Sains Islam Malaysia untuk pembiayaan kewangan melalui Projek Penyelidikan Geran Penyelidikan Translasional dengan kod penyelidikan PPPI/TRANSLASIONAL/KPI/USIM/19024.

Biodata Ringkas Penulis:

Dr. Nurhidaya Mohamad Jan merupakan seorang Pensyarah Kanan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan pengalaman selama lapan tahun dalam bidang akademik. Prinsip beliau yang tidak tertumpu kepada satu disiplin sahaja menjadikan beliau seorang akademik yang versatil. Beliau bersemangat untuk meneroka pelbagai bidang, khususnya matematik, teknologi pendidikan, serta aplikasi IoT.

Dr. Siti Munirah Mohd ialah Pensyarah Kanan di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) dengan lebih lapan tahun pengalaman sebagai ahli akademik. Penyelidikan beliau merangkumi pengkomputeran kuantum, matematik fizik, AI–IoT dan pembelajaran mesin, dengan tumpuan kepada pembangunan sistem pintar berasaskan kecerdasan buatan dan pemodelan kuantum. Beliau juga mula berjinak dalam bidang IoT, terutamanya dalam meneroka integrasi sensor pintar, analitik data dan automasi bagi menyokong penyelesaian inovatif dalam domain teknologi kuantum.

Gambar-gambar sepanjang aktiviti berlansung

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Kolej PERMATA InsanMatlamat Pembangunan Lestari (SDG)Nurhidaya Mohamad JanSiti Munirah MohdUniversiti Sains Islam Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari: Apa Itu Green Lab?

Next Post

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

Editor

Editor

Related Posts

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia
Berita & Peristiwa

Landskap Galium Nitrida (GaN) sebagai Semikonduktor Elektronik Kuasa Tinggi di Malaysia

3 days ago
Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya
Berita & Peristiwa

Transformasi Bidang Kimia: Isu Terkini dan Arah Pembangunan Kerjaya

7 days ago
Industri Getah Negara: Jangan Biarkan Pekebun Kecil Terus Menanggung Beban
Alam Semulajadi

Industri Getah Negara: Jangan Biarkan Pekebun Kecil Terus Menanggung Beban

7 days ago
Seramik: Bukan sekadar Pinggan Mangkuk dan Pasu
Berita & Peristiwa

Seramik: Bukan sekadar Pinggan Mangkuk dan Pasu

1 week ago
Next Post
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In