23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 17, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pemeliharaan Pantai berasaskan Penyelesaian Alam Semula Jadi

Adee by Adee
16/04/2020
in Uncategorized
0 0
0

Oleh: Dr. Chee Su Yin
Pusat Kajian Samudera dan Pantai, Universiti Sains Malaysia

“Sesebuah negara tidak boleh mengabaikan potensi menyeluruh alam semula jadi untuk membantu seluruh dunia mengurangkan dan menyesuaikan diri dengan perubahan iklim,” – Pemangku Pengarah Besar, International Union for Conservation of Nature (IUCN)

Eksosistem Pantai Terancam

Pembandaran, peningkatan populasi dan perubahan iklim mendorong kepada perubahan drastik alam semula jadi di seluruh dunia. Sepastinya, tidak dapat dikembalikan seperti sedia kala. Di kawasan pantai, amalan penebusgunaan tanah untuk menangani masalah ini mempunyai impak alam sekitar, sosio-budaya dan geopolitik yang meluas. Walaupun tambakan tanah sudah diamalkan bertahun-tahun lamanya, namun, skala, rentak dan jangkaan projek terlibat meningkat secara mendadak, sehingga ke tahap manusia sendiri mampu mencipta pulau buatan!

Carian “pulau buatan” di Internet akan memberikan gambaran sebuah pulau dari dunia futuristik, dengan pelbagai unsur pintar dan mesra alam, serta pusat pelancongan mewah yang boleh didiami dan dinikmati manusia. Walaupun sesetengah daripada idea itu belum direalisasikan lagi, namun beberapa projek sudah pun berjalan. Kecenderungan manusia untuk tinggal di pesisiran pantai dan tekanan alam semula jadi menimbulkan masalah kekurangan tanah dan ruang di kawasan tersebut. Acap kali, masyarakat menangani masalah ini dengan penyelesaian kejuruteraan, sebagai contoh, pembinaan bangunan tinggi ataupun penebusgunaan tanah dan tambakan pulau buatan. Akibatnya adalah kemusnahan alam semulajadi dan penurunan biodiversiti.

Penyelesaian berasaskan Alam Semula Jadi (NbS)

Kaedah biasa digunakan untuk mengurangkan impak daripada pembangunan di kawasan pantai dan bencana alam adalah dengan menggunakan infrastruktur konkrit dan keluli. Infrastruktur buatan manusia ini biasanya tidak mempunyai kerumitan struktur seperti unsur alam semula jadi. Contohnya, dinding konkrit tidak mempunyai kerumitan seperti akar pokok bakau. Oleh itu, fokus pembinaan di pesisiran pantai kini sedang beralih ke arah penyelesaian berasaskan alam semula jadi, atau Nature-based Solutions (NbS), untuk mengurangkan risiko bencana dan beradaptasi dengan perubahan iklim. Pelbagai istilah baru telah diperkenalkan untuk menerangkan jenis penyelesaian berasaskan alam semula jadi ini, termasuklah “Membina dengan Alam Semula Jadi”, “Menghidupkan Pinggir Laut”, “Kejuruteraan dengan Alam Semula Jadi”, “Kejuruteraan Ekologi”, “Bandar dan Alam Semula Jadi” dan “Infrastruktur Hijau” (Pontee et al., 2016). Baru-baru ini, NbS telah diiktiraf sebagai sebahagian daripada “Pelan Tindakan” di Persidangan Tindakan Iklim PBB pada bulan September 2019.

International Union for Conservation of Nature (IUCN) menakrifkan penyelesaian berasaskan alam semula jadi sebagai “tindakan untuk melindungi, menguruskan secara mampan dan memulihkan ekosistem semula jadi atau yang telah diubah suai, dengan mengambil kira perubahan dalam masyarakat, serta pada masa yang sama, memberikan manfaat terhadap kesejahteraan manusia dan kepelbagaian biologi” (Rajah 1). Penyelesaian ini mengambil inspirasi daripada alam semula jadi dan menggunakan ciri-ciri serta proses berasaskan alam. Pendekatan ini menjimatkan sumber, boleh diaplikasikan dalam pelbagai jenis senario dan pada masa yang sama, menangani cabaran yang dihadapi dari segi sosial, alam sekitar dan ekonomi. Dengan erti kata lain, penyelesaian ini memanfaatkan kuasa alam semula jadi itu sendiri agar manusia serta ekosistem lebih berdaya tahan terhadap perubahan iklim.

Rajah 1. Rangka kerja konsep Nature-based Solution (NbS). NbS direka untuk menangani cabaran utama masyarakat seperti kecukupan makanan, perubahan iklim, sumber air bersih, kesihatan manusia, risiko bencana, pembangunan sosial dan ekonomi. Sumber: IUCN

Berikut merupakan contoh-contoh penyelesaian berasaskan alam semulajadi yang telah dilaksanakan di pesisiran pantai

Pokok Bakau Sebagai Pengganti Tembok Pemecah Ombak

Pokok bakau merupakan salah satu NbS yang paling berkesan di kawasan pantai. Ini dibuktikan sewaktu tsunami terbesar melanda Malaysia pada 2004 (Rajah 2). Ekosistem tropika ini merupakan benteng pertahanan terbaik melawan hakisan, ribut, dan peningkatan paras laut. Paya bakau lebih berkesan dalam menstabilkan kawasan pinggir pantai dan melemahkan ombak, berbanding infrastruktur seperti tembok laut dan pemecah ombak, yang mampu menolak ombak tetapi kuasa ombak ini akan menghakis kawasan lain. Perlindungan kawasan bakau sedia ada jauh lebih berfaedah berbanding dengan pembinaan infrastruktur konkrit dan keluli (Narayan et al., 2016).

Di Filipina, perlindungan pokok bakau bukan sahaja lebih murah berbanding pembinaan tembok laut, tetapi ia juga memberikan manfaat terhadap sektor perikanan yang menjadi sumber pendapatan kepada masyarakat setempat. Di negara itu, satu hektar bakau dianggarkan menjimatkan US$3200 setahun dari segi manfaat pencegahan banjir (Losada et al., 2017). Bayangkan penjimatan diperolehi untuk beribu-ribu hektar bakau yang wujud di negara tersebut.

Ekosistem bakau ini bukan sahaja melindungi manusia dan bangunan daripada peningkatan paras laut dan kesan buruk akibat kekerapan ribut tinggi, malah ia juga menghubungkan masyarakat dengan alam semula jadi melalui nilai-nilai ekologi dan komuniti.

Rajah 2. Paya bakau di Pantai Acheh, Pulau Pinang, yang dipercayai telah mengelakkan pengorbanan nyawa serta kemusnahan harta penduduk setempat semasa tsunami 2004.

Terumbu Cangkerang Sebagai Penganti Tembok Batuan Granit

Baru-baru ini, terdapat program kitar semula cangkerang yang dilaksanakan untuk membina terumbu bagi menggantikan tembok batuan granit yang selalunya berderet di pesisiran pantai (Rajah 3). Sesetangah haiwan bercangkerang perlu hidup pada haiwan lain yang serupa. Konsep ini digunakan untuk membina terumbu tersebut. Selain daripada itu, kebanyakan haiwan bercangkerang seperti kerang dan tiram mampu menapis air, lalu mengeluarkan bahan pencemar seperti nitrogen dan fosforus semasa ia mencari makanan.

Rajah 3. Terumbu cangkerang di pesisir Gulf Coast A.S direka bentuk untuk melindungi dan memulihkan habitat pesisiran pantai. Terumbu hidup ialah pilihan mampan bagi mengurangkan hakisan tanah di pesisiran pantai . Kredit: The Nature Conservancy

Program kitar semula cangkerang, seperti Projek Billion Oyster di New York yang dianjurkan oleh para pelajar sekolah menengah menggunakan konsep yang sama. Mereka mengumpul cangkerang tiram yang telah dimakan untuk membina terumbu cangkerang dan menggunakan cangkerang sebagai lapisan untuk menghasilkan tiram baharu. Terumbu yang dihasilkan dapat meningkatkan kestabilan mendapan di kawasan tersebut, mengurangkan banjir dan mencegah hakisan. Terumbu cangkerang itu didapati lebih baik berbanding tembok batuan granit kerana ia menyediakan habitat yang sesuai untuk ikan dan organisma invertebrata yang lain. Penggunaan terumbu cangkerang juga dapat memulihkan mekanisme semula jadi ekosistem laut tempatan secara mampan dan tidak memerlukan penyelenggaraan manusia.

Rumput Laut Sebagai Penganti Tembok Konkrit

Rumput laut bertindak sebagai “hutan” dalam laut. Ia boleh didapati hidup di atas batu, terumbu karang dan pasir, dan menyediakan habitat dan oksigen bagi banyak spesies penting (Rajah 4). Contoh yang paling berjaya adalah usaha pemulihan hutan makroalga dikenali Crayweed di sekitar Sydney, Australia. Operation Crayweed menggabungkan penyelidikan ekologi terkini dan penglibatan masyarakat untuk meningkatkan kesedaran tentang kepentingan hutan rumpai laut. Spesies makroalga ini ditanam di beberapa tapak penting yang kemudiannya berkembang dan tersebar. Gabungan usaha pemuliharaan hidupan laut dan kempen kesedaran tertumpu kepada rumpai laut ini berjaya menangani isu hakisan pesisiran pantai, kepupusan crayweed di sepanjang pesisir pantai Sydney dan, pada masa yang sama, meningkatkan kualiti habitat dan kuantiti spesies haiwan yang hidup di kawasan tersebut.

Rajah 4. Rumput laut Halophila sp. boleh ditemui di perairan Pulau Pinang. Imej: John Turnbull.

Daripada projek-projek dilaksanakan terdahulu, dapat diperhatikan penyelesaian berasaskan alam memainkan peranan penting pada masa kini dan akan datang. Ini bermakna kesedaran mengenai penyelesaian berasaskan alam di peringkat global, terutamanya di kawasan-kawasan yang paling terjejas oleh perubahan iklim, perlu diberikan perhatian dengan lebih serius. Pelbagai fungsi penyelesaian berasaskan alam mesti diiktiraf terlebih dahulu sebelum rangka kerja dan perancangan rapi boleh dimulakan ke arah usaha pemuliharaan pantai.

Rujukan

  1. European Commission (2015). Final Report of the Horizon 2020 Expert Group on ‘Nature-Based Solutions and Re-Naturing Cities’ Directorate-General for Research and Innovation. Diperoleh pada 12 Disember 2019. Tersedia di: https://cordis.europa.eu/project/id/730338
  2. IUCN (2019). Nature-based Solutions. Tersedia dalam talian: https://www.iucn.org/commissions/commission-ecosystem-management/our-work/nature-based-solutions
  3. Losada, I. J., Beck, M., Menendez, P., Espejo, A., Torres, S., Diaz-Simal, P., Fernandez, F., Abad, S., Ripoll, N., Garcia, J. & Narayan, S. (2017). Valuing Protective Services of Mangroves in the Philippines: Technical report.
  4. Narayan, S., Beck, M. W., Reguero, B. G., Losada, I. J., Van Wesenbeeck, B., Pontee, N., Sanchirico, J.N., Ingram, J.C., Lange, G.M & Burks-Copes, K. A. (2016). The effectiveness, costs and coastal protection benefits of natural and nature-based defences. PloS one, 11(5), e0154735.
  5. Temmerman, S., Meire, P., Bouma, T. J., Herman, P. M., Ysebaert, T., & De Vriend, H. J. (2013). Ecosystem-based coastal defence in the face of global change. Nature, 504(7478), 79-83.
Berikan Komen Anda Di Sini

ShareTweetShare
Previous Post

Apa Yang Berlaku Pada Tubuh Apabila Berlaku Jangkitan SARS-CoV-2 ?

Next Post

COVID 19: Kit Ujian Antigen atau Kit Ujian Antibodi

Adee

Adee

Related Posts

Penghasilan Bahan Api dari Biojisim Lignoselulosa
Uncategorized

Penghasilan Bahan Api dari Biojisim Lignoselulosa

10 months ago
Apakah Sumbangan Nilai Ekonomi Penyu?
Alam Semulajadi

Apakah Sumbangan Nilai Ekonomi Penyu?

3 years ago
Soalan Untuk Saintis : Dr Hanani Abdul Manan
Berita & Peristiwa

Soalan Untuk Saintis : Dr Hanani Abdul Manan

7 years ago
Next Post
COVID 19: Kit Ujian Antigen atau Kit Ujian Antibodi

COVID 19: Kit Ujian Antigen atau Kit Ujian Antibodi

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In