Description
- 2017. ISBNÂ 9789670220031
- (kulit lembut). 148 halaman
- Kamaruzaman Yusoff, Wan Kamal Mujani, Nordin Jamaludin & Sallehuddin Mohamed Harris (sunt.)
Ketokohan al-Jazari dalam bidang kejuruteraan, terutamanya kejuruteraan makanikal tidak boleh disangkal lagi. Beliau bukan sahaja dikenali sebagai seorang ahli teori tetapi juga pengamal (jurutera) terhebat pada zamannya. Namun, ketokohan beliau tidak begitu diketahui oleh masyarakat umum, khususnya masyarakat Muslim di Malaysia. Buku hasil penyelidikan ini cuba memaparkan ketokohan al-Jazari dalam bidang yang diceburinya. Kelebihan buku ini ialah penulisannya terdiri daripada gabungan pakar bidang Sejarah & Tamadun Islam dan Kejuruteraan Makanikal. Hasil gabungan mantap ini diharap akan dapat memberikan gambaran tepat tentang ketokohan al-Jazari dan subangan besar beliau dalam dunia kejuruteraan makanikal yang masih boleh dilihat kesannya sehingga ke hari ini.