23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, May 25, 2022
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Tulang Belakang : Apa Yang Anda Perlu Tahu

Editor by Editor
18/05/2015
in Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Mazira Mohamad Ghazali

Tulang belakang adalah bahagian tubuh kita yang sangat penting tetapi seringkali kita abaikan. Padahal di tulang belakang inilah tersimpan dan terlindungnya saraf-saraf yang paling penting. Kadangkala kerana kesilapan kita sendiri maka terjadi kerosakan atau kecederaan di tulang belakang, yang mengakibatkan pelbagai masalah yang terpaksa ditanggung.

Tulang belakang yang menyokong badan kita mempunyai 33 tulang vertebrae berasingan yang dipisahkan oleh pelapik kartilej bolehsuai yang dipanggil  ‘disc’ atau piring. Ia dikelilingi dan disulami dengan ligamen, otot, dan saraf. Setiap tulang vertebra ada sepasang saraf yang bersambung dengan bahagian badan lain sebagai pembawa maklumat.  Jenis tulang vertebra berbeza mengikut kedudukannya dan ia juga dijadikan pengkelasan kepada kecederaan yang dialami seseorang.
Namun ke 33 ruas tulang tersebut dapat dibahagikan kepada 5 bahagian iaitu
cervical (leher),thorak (toraks/dada), lumbal(pinggang), sacral(punggung) dan coccygeal (ekor).

Secara umum tulang cervical memiliki bentuk tulang yang kecil dengan spina atau procesus spinosus (bahagian seperti sayap pada belakang tulang) yang pendek, kecuali pada tulang ke-2 dan 7 yang procesus spinosusnya pendek. Diberi nombor berdasarkan urutannya dari C1-C7 (C dari cervical), namun beberapa memiliki sebutan khusus seperti C1 atau atlas, C2 atau aksis. Setiap mamalia memiliki 7 tulang cervical walau seberapa panjangpun lehernya. Saraf tunjang pada bahagian ini mengawal pernafasan dan sebarang kecederaan boleh mengakibatkan seseorang hilang keupayaan bernafas sendiri serta tidak mampu menggerakkan kaki dan tangan

Tulang
thorak, procesus spinosus
nya akan berhubungan dengan tulang rusuk. Beberapa gerakan memutar dapat terjadi. Bahagian ini dikenali juga sebagai ‘tulang dorsal’ bagi manusia. Bahagian ini diberi nombor T1 hingga T12. Kecederaan saraf tunjang pada bahagian ini menyebabkan hilang kawalan dada dan kaki. Tulang lumbal L1-L5 merupakan bahagian yang paling tegap kedudukannya dan menanggung beban terberat daripada yang lain. Bahagian ini membolehkan gerakan fleksi dan ekstensi tubuh, dan beberapa gerakan berputar dengan darjah yang kecil. Kecederaan saraf tunjang mengakibatkan kehilangan kawalan pada kaki, pundi kencing, usus (untuk buang air besar) dan fungsi seksual. Tulang sacral mempunyai 5 tulang di bahagian ini (S1-S5). Tulang-tulang bergabung dan tidak memiliki celah atau diskus intervertebralis antara satu sama lain. Kecederaan saraf di sini menyebabkan hilang kawalan kaki, pundi kencing, usus, fungsi seksual dan kerosakan saraf pada anggota terbabit.  Terdapat 3 hingga 5 tulang coccygeal (Co1-Co5) yang saling bergabung dan tanpa celah. Beberapa haiwan memiliki tulang coccyx atau tulang ekor yang banyak, maka ia disebut sebagai tulang kaudal (kaudal bermaksud ekor). Di dalam susunan tulang tersebut terangkai pula rangkaian saraf-saraf, yang apabila terjadi kecederaan di tulang belakang maka akan mempengaruhi saraf-saraf tersebut.

Kedudukan tulang belakang adalah bengkok dan terdiri daripada tiga bahagian iaitu badan, foramen dan tranverse process (spinous dan articular process). Saraf tunjang masuk dan keluar menerusi lubang foramen di tengah tulang belakang. Saraf tunjang adalah sebahagian daripada sistem saraf berukuran 45 cm panjang (lelaki) dan 43 cm (wanita). Saraf tunjang bermula dari otak, memasuki turus tulang belakang dan berakhir pada bahagian pinggang. Saiz saraf tunjang hanya sebesar jari manis dan boleh diumpamakan sebagai ‘kabel’ untuk menyampaikan maklumat. Oleh kerana ia sangat sensitif, ia dilindungi tulang belakang supaya tidak mudah mengalami kecederaan yang boleh melumpuhkan sistem penghantaran maklumat.
Sedarkah kita bahawa setiap kegiatan dan aktiviti yang salah boleh menyebabkan kesakitan pada tulang belakang kita? Melakukan aktiviti-aktiviti untuk menjaga tulang belakang adalah bagus untuk kebaikan dan kesihatan, malahan juga dapat menjaga postur tubuh agak tegak dan sihat. Jika kita inginkan tulang belakang kita dan keluarga sihat, maka sentiasa berada dalam posisi yang tepat, mulai sekarang ubahlah posisi duduk kita dan keluarga, apalagi anak-anak kita yang masih dalam proses pertumbuhan. Posisi duduk kita yang akan mempengaruhi kesihatan tulang belakang kita. Sakit belakang menandakan ada yang tidak kena dengan saraf kita. Saraf sihat sepatutnya bergerak bebas di dalam badan bagi memastikan bekalan darah, pertukaran cecair badan dan khasiat makanan berlaku dengan sempurna.
Sakit belakang boleh terjadi bila berlaku pegerakan yang salah atau secara tiba-tiba, terlalu banyak tekanan bebanan apabila membawa atau mengangkat barang berat, atau posisi badan yang lemah. Walaupun pada kebiasaannya masalah ini tidak serius dan boleh diatasi dengan mudah, namun kadang kala ianya boleh menyebabkan penyakit atau kecederaan yang terjadi pada tulang belakang, atau bagi sesetengah kes yang jarang berlaku iaitu penyakit pelvik dan abdomen.

Kecederaan tulang belakang boleh terjadi akibat daripada kemalangan jalanraya, kecederaan ketika bersukan, bergaduh dan juga jatuh daripada tempat yang tinggi. Kebanyakan kes kecederaan tulang belakang yang membabitkan saraf tunjang boleh menyebabkan kecacatan kekal dan lumpuh. Masalah ini tidak boleh dipulihkan sepenuhnya. Pada masa sekarang, penyelidikan giat sedang dijalankan untuk pemulihan pesakit yang disebabkan kecederaan saraf tunjang antaranya adalah sel stem tetapi ianya masih di peringkat kajian ke atas haiwan dan belum diuji ke atas manusia. Terdapat juga kajian yang menggunakan gamat untuk memulihkan kecederaan ke atas saraf tunjang. Sehingga kini tiada rawatan boleh memulihkan kecederaan saraf tunjang. Namun, pesakit digalakkan tekun menjalani fisioterapi bagi membolehkan mereka menjalani kehidupan dengan lebih baik.

Catatan : // Rencana ini disumbangkan oleh Pegawai Sains di Jabatan Neurologi USM, merangkap Penulis Sains Malaysia
Berikan Komen Anda Di Sini
Tags: Biologikesihatan
ShareTweetShare
Previous Post

Vaksin Tiada Bahan Terlarang

Next Post

Penyakit Cacar : Sejarah, Penemuan dan Program Pemvaksinan Dunia

Editor

Editor

Related Posts

Fahami Kaunseling Genetik dan Kepentingannya
Berita & Peristiwa

Fahami Kaunseling Genetik dan Kepentingannya

1 week ago
Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei
Berita & Peristiwa

Merungkai Misteri Penyakit “Systemic Lupus Erythematosus” (SLE): Sempena Sambutan Hari Lupus Sedunia 10 Mei

2 weeks ago
Pernahkah Anda Alami ‘Mabuk’ dalam Perjalanan?
Berita & Peristiwa

Pernahkah Anda Alami ‘Mabuk’ dalam Perjalanan?

3 weeks ago
Ahli Terapi Cara Kerja (Occupational Therapist) Sebagai Kerjaya Pilihan
Berita & Peristiwa

Ahli Terapi Cara Kerja (Occupational Therapist) Sebagai Kerjaya Pilihan

4 weeks ago
Next Post
Penyakit Cacar : Sejarah, Penemuan dan Program Pemvaksinan Dunia

Penyakit Cacar : Sejarah, Penemuan dan Program Pemvaksinan Dunia

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Penyakit HFMD dan Cacar Air: Apa Perbezaannya?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Kebaikan Aktiviti Berbasikal

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In