23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, November 28, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ubat Mujarab Terkini untuk Rawatan Meroyan Selepas Bersalin

Editor by Editor
08/08/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Mohd Mustazil Mohd Noor1, Dr. Fitri Fareez Ramli1
1Jabatan Farmakologi, Fakulti Perubatan, Universiti Kebangsaan Malaysia

Perkataan meroyan sering kali digunakan dalam masyarakat Melayu yang merujuk kepada gangguan emosi atau mental teruk yang dialami wanita selepas bersalin. Ia juga dikenali sebagai postpartum depression, kemurungan selepas bersalin atau kemurungan postnatal. Keadaan ini boleh berlaku setelah beberapa minggu sehingga beberapa bulan selepas melahirkan anak.

Kemurungan selepas bersalin berbeza dengan baby blues yang merupakan perubahan emosi sementara tanpa mengganggu aktiviti sehari-hari. Ia adalah satu bentuk kemurungan klinikal yang melibatkan perasaan sedih yang berpanjangan, hilang minat terhadap aktiviti yang digemari sebelumnya dan kepada bayi, keletihan melampau, gangguan tidur, perubahan nafsu makan, dan pemikiran bercelaru sehingga berisiko untuk mencederakan diri atau bayi.

Berdasarkan laporan statistik kajian di klinik-klinik kesihatan seluruh Malaysia yang diterbitkan pada tahun 2018, sekitar 4 daripada 100 wanita dalam tempoh postnatal (antara 6–16 minggu) mengalami kemurungan. Kajian terbaru yang menggunakan data daripada Laporan Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi 2022 pula menemukan kadar kemurungan yang lebih tinggi iaitu sekitar 10.4%.

Terdapat pelbagai faktor risiko yang dapat menyumbang kepada kemurungan selepas bersalin termasuk kekurangan sokongan daripada pasangan dan keluarga terutamanya dalam tempoh berpantang, pendapatan isi rumah yang rendah, keganasan rumah tangga, kehamilan luar jangkaan, dan pengambilan alkohol oleh pasangan.

Antara cara yang boleh dilakukan untuk membantu rawatan kemurungan selepas bersalin termasuk berkongsi tentang perasaan yang dialami dengan orang terdekat bagi mendapatkan sokongan, mendapatkan rehat dan tidur yang cukup, mengamalkan pengambilan makanan yang seimbang dan senaman berkala. Rawatan psikologi seperti terapi kognitif tingkah laku juga dapat membantu dalam rawatan penyakit tersebut.

Walau bagaimanapun, rawatan dengan ubat-ubatan diperlukan untuk kemurungan tahap sederhana dan teruk. Ubat-ubatan sedia ada yang dapat meningkatkan paras pengutus saraf otak serotonin dan norepinefrin di ruangan pertemuan saraf otak biasanya digunakan dalam rawatan kemurungan, termasuk kemurungan selepas bersalin. Walaupun berkesan untuk sesetengah individu, rawatan dengan ubat-ubatan sedia ada ini biasanya memerlukan masa selama beberapa minggu sebelum memberi kesan yang ketara pada perubahan mood dan gejala-gejala kemurungan dapat diperhatikan. Waktu pemulihan yang perlahan dapat mengganggu pelbagai aspek kehidupan pesakit seperti fungsi dan hubungan dengan orang sekeliling termasuk bayi.

Ubat dan Rawatan Baharu

Brexanolone adalah ubat anti-kemurungan terkini yang boleh digunakan untuk merawat kemurungan selepas bersalin. Berbeza dengan ubat-ubat anti-kemurungan sedia ada yang mengambil masa selama beberapa minggu untuk menunjukkan kesan anti-kemurungan, brexanolone mempunyai kesan yang cepat, seawal 24 jam dalam tempoh rawatan.

Brexanolone adalah molekul sintetik yang serupa dengan allopregnanolone, hormon semula jadi yang ditemui dalam otak dan uri. Paras allopregnanolone umumnya meningkat seiring dengan umur kandungan dan menurun selepas bersalin. Kajian sebelumnya melaporkan bahawa kadar allopregnanolone yang rendah mempunyai hubungan yang rapat dengan kemurungan selepas bersalin. Penemuan tersebut menjadi salah satu asas penggunaan brexanolone untuk penyakit ini. Selain itu, brexanolone bertindak sebagai modulator positif kepada reseptor GABAA, sistem penghambat utama dalam otak. Peningkatan aktiviti GABAA merupakan salah satu mekanisme utama yang dapat menjelaskan kesan brexanolone sebagai ubat anti-kemurungan dan anti-kegelisahan.

Brexanolone merupakan ubat pertama yang diluluskan oleh Food and Drug Administration (FDA) pada tahun 2019 untuk rawatan kemurungan selepas bersalin pada tahap sederhana dan teruk. Hanya satu suntikan brexanolone ke dalam saluran darah (intravena) secara berterusan selama 90 jam (2 setengah hari) diperlukan dalam rawatan tersebut.

Kajian-kajian yang dijalankan menemukan bahawa satu dos brexanolone dapat memberikan kesan anti-kemurungan yang cepat dan bertahan sekurang-kurangnya sebulan selepas rawatan. Walau bagaimanapun, kajian lanjut diperlukan untuk mengenal pasti kesan anti-kemurungan setelah sebulan daripada rawatan. Walaupun berkesan, penggunaan brexanolone juga mempunyai beberapa batas seperti keperluan untuk dirawat dalam wad untuk suntikan ubat berterusan dan pemantauan rapi bagi kesan sampingan seperti sedasi dan kehilangan kesedaran.

Berdasarkan carian dalam laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) dan Formulari Ubat Kementerian Kesihatan Malaysia, brexanolone masih belum didaftarkan di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia. Sungguhpun belum didaftarkan dan tersedia di Malaysia, pengetahuan dan kesedaran tentang rawatan terbaru dapat menjadikan masyarakat peka terhadap perkembangan di peringkat global.

Secara jelas, ibu dengan gejala kemurungan selepas bersalin merupakan satu keadaan yang mesti diberikan perhatian untuk mendapatkan rawatan yang sewajarnya. Brexanolone merupakan ubat mujarab terkini yang mempunyai kesan anti-kemurungan yang cepat untuk merawat kemurungan selepas bersalin.

Foto-Imej janaan AI

Rujukan

  1. American Psychiatric Association. (2023). What is perinatal depression. American Psychiatric Association. https://www.psychiatry.org/patients-families/peripartum-depression/what-is-peripartum-depression
  2. Ahmad, N. A., Silim, U. A., Rosman, A., Mohamed, M., Chan, Y. Y., Mohd Kasim, N., Yusof, M., Abd Razak, M. A., Omar, M., Abdul Aziz, F. A., Jamaluddin, R., Ismail, F., Ibrahim, N., & Aris, T. (2018). Postnatal depression and intimate partner violence: A nationwide clinic-based cross-sectional study in Malaysia. BMJ Open, 8(5). https://doi.org/10.1136/bmjopen-2017-020649
  3. Abd Razak, M. A., Rezali, M. S., & Lai, W. K. (2023) The prevalence of postnatal depression among mothers in Malaysia: Are there any changes after 5 years? Institute for Public Health, National Institutes of Health Malaysia. https://iku.gov.my/images/poster-2023/poster-aznudin-2.pdf
  4. National Health Service (NHS). (2022). Overview – Postnatal depression. NHS. https://www.nhs.uk/mental-health/conditions/post-natal-depression/overview/
  5. Cornett, E.M., Rando, L., Labbé, A.M., Perkins, W., Kaye, A.M., Kaye, A.D., Viswanath, O., & Urits, I. Brexanolone to Treat Postpartum Depression in Adult Women. Psychopharmacol Bull. 2021 Mar 16;51(2):115-130.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: allopregnanolonebrexanoloneFakulti PerubatanFitri Fareez RamliJabatan FarmakologiMeroyanMohd Mustazil Mohd Noorpostpartum depressionubat anti kemurunganUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Manfaat Lengkuas bagi Kesihatan Badan dan Oral

Next Post

IdeaVault -Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

Editor

Editor

Related Posts

Kenali Asas Matematik dalam Kriptografi
Berita & Peristiwa

Kenali Asas Matematik dalam Kriptografi

22 hours ago
Teknologi Pembersihan Plasma dalam Pembuatan Cip Semikonduktor
Berita & Peristiwa

Teknologi Pembersihan Plasma dalam Pembuatan Cip Semikonduktor

23 hours ago
Kajian Fungsi Melatonin bagi Mengekalkan Kesegaran dan Ketahanan Buah Belimbing
Alam Semulajadi

Kajian Fungsi Melatonin bagi Mengekalkan Kesegaran dan Ketahanan Buah Belimbing

23 hours ago
Neoantigen sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal
Berita & Peristiwa

Neoantigen sebagai Sasaran Rawatan Terapi Kanser Kolorektal

2 days ago
Next Post
IdeaVault -Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

IdeaVault -Pemacu Idea Progresif Rakyat Malaysia

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In