23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 15, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

USM Cipta Kapsul Herba Antiobesiti Daripada Kacip Fatimah

Editor by Editor
28/02/2014
in Tempatan
0 0
0

GEORGE TOWN — Universiti Sains Malaysia (USM) mencipta kapsul herba antiobesiti yang pertama seumpamanya, dihasilkan daripada labisia pumila (kacip fatimah).

Naib canselor USM Prof Datuk Dr Omar Osman berkata kacip fatimah adalah ubat herba tempatan yang digunakan dengan meluas bagi kesihatan wanita, namun julung kali dihasilkan untuk menangani obesiti.

Obesiti dan berat badan berlebihan adalah masalah yang dihadapi bukan sahaja oleh orang dewasa tetapi juga kanak-kanak di Malaysia selain menjadi masalah kesihatan global yang menjejaskan penduduk daripada pelbagai lingkungan, katanya kepada pemberita di sini Jumaat.

Produk itu dibangunkan sepasukan penyelidik daripada Fakulti Sains Farmasi USM — Prof Dr Zhari Ismail, Dr Beh Hooi Kheng, Gheniya Ghaffar, Abdul Hakeem Memon, Mohammed Ali Ahmed Saeed, Mohd Shahrul Ridzuan Hamil dan Suzana Hashim.

Prof Dr Zhari berkata prototaip dengan nama Labeesity, perumusan ekstrak terpiawai nano daripada kacip fatimah pada dos 250 mg/kg menunjukkan pengurangan ketara dalam peratusan berat badan, indeks jisim tubuh (BMI) dan lemak viscera ke atas tikus dirawat berbanding kawalan diet tinggi lemak (HFD).

“Penyelidikan ke atas Labeesity mengambil masa dua tahun yang siap pada Jun tahun lepas. Produk itu telah selesai ujian makmal dan ketika ini pada kajian praklinikal dan klinikal.

“Sebuah syarikat tempatan menandatangani memorandum persefahaman untuk memasarkan produk ini dan kami jangkakan antara satu hingga dua bulan untuk pengkomersialannya,” katanya.

Prof Dr Zhari berkata proses pengkomersialan bergantung kepada tindakan syarikat itu dalam mendapatkan geran bagi ujian klinikal sebelum memasarkannya kepada pelanggan.

Beliau berkata jumlah pengambilan makanan turut disarankan dengan Labeesity membantu menahan selera makan, mengawal pengumpulan lemak dan melindungi kesan terhadap penyakit lemak hati.

Sumber – Bernama

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: anti obesitiobesiti
ShareTweetShare
Previous Post

Mosti Sasar Komersilkan 60 Produk Bernilai RM800j

Next Post

Jadikan Sains Subjek Menyeronokkan

Editor

Editor

Related Posts

Kepentingan Bidang Arkeogenetik dalam Kajian Penempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia
Berita & Peristiwa

Kepentingan Bidang Arkeogenetik dalam Kajian Penempatan Orang Asli di Semenanjung Malaysia

2 months ago
Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak
Berita & Peristiwa

Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak

2 months ago
Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan
Berita & Peristiwa

Etak Salai : Kandungan Nutrisi Makanan

3 years ago
Benteng Pemecah Ombak II: Melestari Komuniti Flora dan Fauna Dasar Laut
Alam Semulajadi

Benteng Pemecah Ombak II: Melestari Komuniti Flora dan Fauna Dasar Laut

4 years ago
Next Post
Jadikan Sains Subjek Menyeronokkan

Jadikan Sains Subjek Menyeronokkan

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In