23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, February 24, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Soalan-Soalan Tentang Gerhana Bulan Penuh 4 April 2015

Editor by Editor
03/04/2015
in Astronomi & Kosmologi
0 0
0

Pada hari Sabtu ini, 4 April 2015, akan berlaku sekali lagi fenomena Gerhana Bulan Penuh, yang dapat dilihat oleh kita di Malaysia dan sekitar Asia Tenggara. Mungkin ramai yang mempunyai pertanyaan yang masih terngiang-ngiang dalam hati, yang mahu tahu jawapan secepat/seringkas yang mungkin.

Artikel ini bertujuan memenuhi situasi tersebut. Mudah-mudahan ia dapat membantu.

(1) Bilakah gerhana bulan 4 April ini akan bermula?

Secara tepatnya, gerhana ini akan bermula pada jam 5.01pm. Bulan ketika itu baru memasuki kawasan bayang-bayang yang dipanggil penumbra. Pada jam 6.15pm, ia akan memasuki kawasan bayang-bayang umbra, Pada jam 7.57pm, Bulan akan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra, menandakan bermulannya fasa gerhana penuh.

Pada jam 8.00pm, ia berada di puncak gerhana. Selang 2 minit kemudian, iaitu jam 8.02pm, ia mula bergerak keluar dari bayang-bayang umbra. Pada jam 9.44pm, bulan sepenuhnya keluar dari bayang-bayang umbra, tetapi masih berada dalam kawasan penumbra, sehinggalah jam 10.58pm, yang mana secara rasminya, bulan telah pun keluar sepenuhnya dari kawasan bayang-bayang bumi penumbra.

(2) Apakah yang dimaksudkan dengan penumbra dan umbra?

Bayang-bayang bumi ada 2 bahagian, umbra dan penumbra. Ia terbentuk kerana sumber cahaya yang menghasilkan bayang-bayang ini, iaitu matahari, merupakan sebuah objek yang besar dan sumber cahayanya wujud dari sebuah objek berbentuk bulatan (bukannya satu titik).

Kesannya, sebahagian bayang-bayang bumi, masih ada kena tempias cahaya matahari. Maka, bayang-bayang ini tidak pekat hitam. Inilah kawasan bayang-bayang penumbra.

Manakala, sebahagian lagi kawasan bayang-bayang bumi langsung tidak menerima cahaya direct matahari, maka ia lebih gelap. Kawasan ini dipanggil bayang-bayang umbra.

TAMBAHAN: 30 Mac 2014:12:41pm. Disebabkan bayang-bayang penumbra ini tidak gelap, maka ia amat susah untuk dikesan atau dilihat dengan mata. Cuma apabila Bulan mula menghampiri kawasan sempadan bayang-bayang umbra, barulah kelihatan warna gelap, dan bulan kelihatan sompek sedikit demi sedikit.

umbra

(3) Adakah berbahaya untuk melihat gerhana bulan penuh ini dengan mata?

Tidak bahaya langsung.

Kita boleh melihatnya terus dengan mata kerana yang kita lihat itu ialah bulan (bukannya matahari)

(4) Mengapakah bulan kelihatan merah pekat dan tidak hilang sepenuhnya ketika gerhana?

Warna kemerahan pada bulan itu disebabkan cahaya matahari yang bergerak berhampiran dengan bumi, telah dibiaskan oleh atmosferanya, Cahaya spektrum berwarna merah lebih mudah/banyak terbias berbanding warna lain.

Itulah sebabnya kita boleh lihat kesan kemerahan ketika fasa gerhana penuh.

gerhana bulan penuh

(5) Selain dari warna merah, saya pernah terdengar ada warna turquoise?

Menarik sekali, warna merah bukan sahaja satu-satunya warna yang boleh dilihat. Ketika bulan baru sahaja nak masuk sepenuhnya ke dalam kawasan bayang-bayang umbra, kita berpeluang melihat sedikit warna turquoise di bahagian bulan yang lebih terang).

Warna turquoise ini wujud kerana cahaya matahari yang memasuki kawasan lapisan ozon bumi, hampii kesemua spektrum warna matahari akan diserap KECUALI biru.

Warna biru ini terlepas dan mengenai permukaan bulan, lalu menghasilkan warna turquoise.

Saya pernah berjaya merakamnya pada gerhana bulan tahun 2011 lepas, dan dipaparkan di laman Spaceweather.com . Cukup menarik!

(6) Fasa gerhana penuh kali ini macam pendek je, kenapa ye?

Memang benar, untuk gerhana kali ini, julat waktu fasa gerhana penuh (iaitu ketika bulan sepenuhnya berada dalam bayang-bayang umbra) agak pendek, iaitu kurang 5 minit.

Malah, untuk gerhana 4 April 2015 ini, ia merupakan yang PALING PENDEK untuk kurun ke-21!

Ini adalah kerana laluan bulan merentasi bayang-bayang bumi kali ini betul-betul di penjuru luar sempadan umbra. Maka, durasi ia berada dalam kawasan umbra ini amat singkat.

Lihat simulasi di sini > Simulasi Gerhana Bulan

(7) Di lokasi manakah sesuai untuk melihat gerhana bulan kali ini?

Disebabkan gerhana SUDAH PUN BERMULA ketika ia terbit pada Maghrib 4 April 2015 nanti, maka bulan akan berada rendah di ufuk sebelah timur. Maka, lokasi sesuai yang disarankan ialah:

  1. Kawasan ufuk timur yang kosong, tiada gangguan bangunan, pokok mahupun bukit yang tinggi.
  2. Di atas bangunan tinggi, yang dapat melihat ufuk TIMUR yang kosong (tiada gangguan/halangan)
  3. Kawasan pantai timur semenanjung, yang mana langit timurnya mengadap laut.
  4. Malaysia timur seperti di Sabah, di mana Bulan akan terbit satu jam lebih awal dari Semenanjung, maka di sana hampir keseluruhan fasa gerhana (dari awal hingga akhir) dapat dilihat. Bagi di Semenanjung, hanya dapat lihat separuh sahaja, iaitu bermula dari fasa hampir-hampir nak penuh.

(8) Bolehkah kita lihat gerhana bulan dari kawasan bandar yang banyak gangguan cahaya?

InsyaAllah boleh, kerana bulan merupakan objek yang besar dan terang. Maka, ia mudah dilihat di mana-mana pun, dengan syarat TIADA HALANGAN pandangan di ufuk timur.

(9) Saya lihat jadual di SINI, merujuk kepada bandar Kuala Lumpur, Kuching dan Sandakan sahaja? Bandar-bandar lain tak nampak ke?

Kalau nak tulis setiap satu bandar di Malaysia, jenuh ler!

Jadual ini sebagai panduan. Jika kita duduk berhampiran KL, seperti Semenanjung Malaysia, gunalah waktu KL sebagai rujukan. Jika kita berada di sekitar Sarawak dan lebih dekat ke Kuching, gunalah jadual Kuching. Jika kita berada lebih hampir ke Sandakan, gunalah jadual Sandakan.

Kalau di tengah-tengah, buatlah congakan kasar.

(10) Ada tak perisian yang boleh digunakan untuk membuat simulasi gerhana ini?

Untuk PC, gunakan Stellarium (percuma)

Untuk alat mobil, saya recommend apps seperti Sky Safari.

(11) Ada kedengaran orang memanggil fenomena ini Blood Moon atau Bulan Berdarah. Apa maksudnya?

Istilah Blood Moon ini dikatakan dimulakan oleh 2 orang paderi Mark Blitz and John Hagee, yang merujuk kepada fenomena 4 kali gerhana bulan penuh berturut-turut (bermula tahun 2014 hingga 2015 ini). Fenomena ini juga dikenali sebagai tetrad.

John Hagee telah mempopularkan istilah Blood Moon ini dalam bukunya Four Blood Moons: Something is About to Change pada tahun 2013.

(12) Adakah fenomena tetrad ini berlaku hanya pada tahun 2014-2015 sahaja?

Tidak. Tetrad yang membawa maksud 4 kali kejadian gerhana bulan penuh berturut-turut (tanpa ada fenomena gerhana bulan separa lain di antaranya) telah banyak kali berlaku sebelum ini.

Sila rujuk The Science Behind the “Blood Moon Tetrad”, yang turut menyediakan jadual tarikh tetrad yang berlaku sebelum dan selepas ini.

Malah, kita pun boleh kajian sendiri dengan mengkaji fenomena gerhana bulan yang pernah berlaku sebelum ini, menerusi data kiraan ini .

(13) Apakah alat paling sesuai untuk mencerap Gerhana Bulan Penuh ini?

Disebabkan bulan ini kelihata besar di langit, kesemua jenis alat mencerap boleh digunakan.

Namun, saya sarankan, guna Binokular atau teleskop berkuasa RENDAH, untuk dapat melihat keindahan fasa gerhana ini semaksimum yang mungkin.

(14) Bolehkah kita merakam gerhana bulan?

Boleh. Jika anda mempunyai kamera DSLR, cuba gunakan lens sekitar 300mm ke atas, saya rasakan barulah bulan itu kelihatan cukup besar untuk menonjolkan kesan gerhana di permukaanya.

(15) Apakah ibadat khusus yang boleh dilakukan ketika gerhana bulan?

Umat Islam disarakan melakukan solat sunat gerhana (sunat muakkad). Difahamkan masjid-masjid utama akan turut mengadakan solat sunat gerhana pada malam 4 April 2015 nanti.

Panduan solat sunat ini boleh dirujuk melalui Panduan Solat Sunat Gerhana Bulan/Matahari, edaran Jabatan Hal Ehwal Terengganu.


Tentang Penulis

Shahrin Ahmad (aka ShahGazer) ialah pemilik portal Falak Online. Beliau meminati Astronomi sejak tahun 1984 dan masih bertahan minatnya sehingga hari ini. Beliau gemar berkongsi pengalaman, cerita dan informasi terkini berkenaan dunia Astronomi. Beliau juga sering dijemput memberi ceramah dan kursus yang berkaitan. Beliau mempunyai sebuah balai cerap persendirian, dipanggil sebagai ShahGazer Observatory (SGO).

Oleh – Shahrin Ahmad, FalakOnline

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: apa itu gerhana bulanBila gerhana bulan berlakuFakta tentang gerhana bulanGerhana bulan penuhKejadian gerhana bulanLokasi melihat gerhana bulanMaksud umbra dan penumbraMengapa bulan berwarna merahPanduan melihat gerhana bulanPerbezaan gerhana bulan dan matahariSimulasi gerhana bulanSolat sunat gerhana
ShareTweetShare
Previous Post

Ulasan Buku : The Grand Design

Next Post

Mengapa Manusia tersedu

Editor

Editor

Related Posts

Keindahan Penjajaran Planet-Planet di Langit Malam 2025
Alam Semulajadi

Keindahan Penjajaran Planet-Planet di Langit Malam 2025

11 months ago
Mengapa Galaksi masih Berlanggar dalam Alam Semesta yang Mengembang?
Astronomi & Kosmologi

Mengapa Galaksi masih Berlanggar dalam Alam Semesta yang Mengembang?

11 months ago
Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham
Astronomi & Kosmologi

Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham

2 years ago
HARI LAUTAN SEDUNIA: Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan
Astronomi & Kosmologi

HARI LAUTAN SEDUNIA: Amalan Kepercayaan Masyarakat Dunia Terhadap Lautan

3 years ago
Next Post
Mengapa Manusia tersedu

Mengapa Manusia tersedu

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In