23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, November 18, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar

Editor by Editor
23/05/2025
in Berita & Peristiwa, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Penulis: Azhari Bin Shamsudeen
Pegawai Penyelidik Kanan
Pusat Penyelidikan Automotif, Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatan
Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina (FKAB), Universiti Kebangsaan Malaysia

Kenderaan elektrik atau EV, kini semakin mendapat tempat di hati pengguna di seluruh dunia termasuk di Malaysia. Dari sebuah konsep yang dulu dilihat eksklusif dan mahal, kenderaan EV kini telah menjadi kenderaan yang mampu milik, praktikal dan penuh dengan ciri menarik. Kita juga sedia maklum bahawa dunia kini semakin sedar akan keperluan untuk mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar akibat penggunaan bahan bakar fosil, terutamanya dalam sektor pengangkutan. EV muncul sebagai penyelesaian utama untuk cabaran ini, menawarkan alternatif yang lebih bersih dan mesra alam berbanding kenderaan yang menggunakan teknologi Enjin Pembakaran Dalam (ICE) yang melepaskan karbon dioksida (CO₂) atau nitrogen oksida (NOₓ) yang mencemarkan udara dan menyumbang kepada perubahan iklim. Jadi, apa sebenarnya yang menjadikan EV kini begitu popular?

Pertama sekali, jarak pemanduan yang semakin jauh memainkan peranan penting. Model-model EV terkini seperti Tesla Model S Plaid mampu bergerak lebih 600 km dengan sekali cas. Ini sangat membantu mengurangkan kebimbangan pengguna terhadap bateri habis semasa memandu jarak jauh, atau dikenali sebagai “range anxiety”. Selain itu, teknologi pengecasan juga semakin maju. Dengan pengecas pantas seperti Tesla Supercharger, NACS dan CCS, ramai pengguna kini boleh mengecas bateri sehingga 80% dalam hanya 20 hingga 30 minit. Di Malaysia pula, pelaburan dalam pembangunan stesen pengecas pantas oleh syarikat seperti TNB, Gentari dan ChargEV menjadikan pemilikan EV lebih mudah dan mesra pengguna.

Selain dari itu, kereta elektrik menawarkan kos penyelenggaraan yang lebih rendah berbanding dengan kenderaan konvensional. Sebagai contoh, EV tidak memerlukan perubahan minyak enjin, sistem ekzos, atau komponen pembakaran dalam yang biasanya memerlukan penyelenggaraan berkala. Sistem pemanduannya lebih sederhana, dengan motor elektrik yang lebih tahan lasak dan memerlukan sedikit penyelenggaraan berbanding ICE. Selain itu, dengan pengurangan penggunaan bahan bakar fosil, pemilik EV boleh menikmati kos “pengisian” yang jauh lebih rendah berbanding dengan mengisi minyak. Ini memberi kelebihan ekonomi jangka panjang bagi pemilik kereta elektrik, terutama dengan harga petrol dan diesel yang tidak stabil.

Bukan itu sahaja, EV kini dilengkapi pelbagai ciri pintar yang menjadikannya jauh lebih canggih daripada kereta biasa. Fungsi seperti sistem bantuan pemandu (ADAS), kemas kini perisian secara over-the-air (OTA), dan aplikasi kawalan mudah alih menjadikan pengalaman memandu lebih selamat, selesa dan menyeronokkan. Tambahan pula, pilihan model EV juga semakin pelbagai daripada model bajet seperti BYD Dolphin dan Ora Good Cat, hinggalah kepada SUV dan trak elektrik. Ini menjadikan EV sesuai untuk pelbagai jenis pengguna, daripada keluarga kecil hingga syarikat penghantaran. Selain itu, terdapat banyak pilihan untuk EV ini, bergantung kepada teknologi yang digunakan dan kemahuan masing-masing. EV boleh diketagorikan kepada 4 jenis mengikut teknologi dan dan penggunaan tenaga iaitu kenderaan elektrik bateri (BEV), kenderaan elektrik hibrid plug-in (PHEV), kenderaan elektrik hibrid (HEV) dan kenderaan elektrik sel bahan api (FCEV). Ciri – ciri lanjut bagi EV berkenaan dapat ditujukkan pada jadual di bawah, manakala contoh model sebuah BEV dapat ditunjukkan dalam rajah di bawah.

Jadual 1. Perbandingan teknologi dan penggunaan tenaga dalam EV
Rajah 1. Sistem asas kereta elektrik yang menggunakan bateri sahaja (BEV) (https://afdc.energy.gov)

Sehubungan itu, Malaysia juga tidak ketinggalan dalam usaha memperluaskan penggunaan EV. Kita dapat lihat pelbagai kenderaan komersial seperti bas dan van elektrik mula digunakan oleh Rapid KL, Pos Malaysia dan syarikat penghantaran lain. Kerajaan turut menyokong melalui insentif cukai dan sasaran yang jelas: menjelang 2030, 15% jualan kenderaan baharu adalah EV, dan 80% menjelang 2050. Dengan perkembangan teknologi, kesedaran alam sekitar, dan sokongan dasar yang kukuh, jelaslah bahawa EV bukan sekadar trend sementara tetapi ia adalah masa depan pemanduan yang lebih hijau dan pintar.

Evolusi EV adalah langkah besar menuju masa depan yang lebih hijau dalam industri automotif. Dengan kemajuan teknologi bateri, pengembangan infrastruktur pengecasan, dan sokongan dasar yang kuat dari kerajaan dan industri, EV berpotensi untuk menggantikan ICE yang kini mendominasi pasaran. Selain mengurangkan pelepasan karbon dan memberi manfaat ekonomi dalam jangka panjang EV juga membawa inovasi dalam reka bentuk dan pengalaman pemanduan. Walaupun cabaran seperti kos dan infrastruktur masih wujud, perjalanan menuju masa depan automotif yang lebih bersih dan mesra alam semakin dekat, menjadikan EV sebagai penyelesaian utama untuk masalah perubahan iklim global.

 

Rujukan

  1. International Energy Agency (IEA). (2023). Global EV Outlook 2023: The transition to electric mobility.
  2. Tesla, Inc. (2022). Tesla Impact Report 2022.
  3. Bloomberg NEF. (2022). Electric Vehicle Outlook 2022.
  4. Honda Motor Co., Ltd. (2022). Honda’s Future Vision on Electric Vehicles.
  5. Boriboonsomsin K. 2021. Electric Vehicles and Health, International Encyclopedia of Transportation: Volume 1-7.
  6. Dhananjaya B., Rajalakshmi Samaga B.L. 2024. Performance Study of 72V PMBLDC Motor in Light Electric Vehicles, 8th IEEE International Conference on Distributed Computing, VLSI, Electrical Circuits and Robotics.
  7. AlZohbi G. 2024. An overview on electric vehicles, technologies, emissions, and challenges, Smart Electric and Hybrid Vehicles: Fundamentals, Strategies and Applications.
  8. Choudhury, T.R., Debnath, D., Majumder, S. 2024. Impact of EVs and its business case studies for the automobile market. Electric Vehicle Propulsion Drives and Charging Systems, 1 – 26.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: electrical vehicleFKABJabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Pembuatankenderaan elektrikkereta EVPusat Penyelidikan Automotifteknologi EVUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Teknologi Perubatan Nuklear - Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

Next Post

Penukaran Air Sisa kepada Air Bersih: Teknologi Hijau melalui Aplikasi Pengental Semulajadi

Editor

Editor

Related Posts

Rahang Berbunyi ‘Klik’? Mungkin Itu Petanda Temporomandibular Disorder (TMD)
Berita & Peristiwa

Rahang Berbunyi ‘Klik’? Mungkin Itu Petanda Temporomandibular Disorder (TMD)

10 hours ago
Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²
Berita & Peristiwa

Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²

4 days ago
Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran
Berita & Peristiwa

Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran

6 days ago
Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia
Alam Semulajadi

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia

6 days ago
Next Post
Penukaran Air Sisa kepada Air Bersih: Teknologi Hijau melalui Aplikasi Pengental Semulajadi

Penukaran Air Sisa kepada Air Bersih: Teknologi Hijau melalui Aplikasi Pengental Semulajadi

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In