23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, July 10, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Penukaran Air Sisa kepada Air Bersih: Teknologi Hijau melalui Aplikasi Pengental Semulajadi

Penukaran Air Sisa kepada Air Bersih: Teknologi Hijau melalui Aplikasi Pengental Semulajadi

Editor by Editor
26/05/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis : Dr. Azmi Bin Ahmad1
1Pensyarah Jabatan Kejuruteraan Petrokimia, Politeknik Tun Syed Nasir Syed Ismail

Pencemaran air merupakan satu masalah yang semakin membimbangkan di Malaysia, dan umumnya secara global.  Air sisa dari kawasan perubahan, kilang-kilang, dan industri pertanian dibuang ke dalam sungai dan tasik. Bagi membersihkan air sisa tersebut, loji rawatan air sisa menggunakan bahan kimia untuk menyingkirkan bahan-bahan sisa. Bahan kimia ini sangat efektif namun, ia juga berkemungkinan menjejaskan kesihatan dan memberi risiko kepada alam sekitar. Maka, ramai pengkaji telah mencari alternatif yang lebih selamat, lebih murah dan mesra alam iaitu pengental semulajadi. Ia diperolehi dari sumber semulajadi seperti tumbuhan dan haiwan yang boleh membantu dalam proses rawatan air sisa menjadi air yang bersih dan selamat.

Pengental Semulajadi

Pengental adalah bahan yang membantu dalam menyingkirkan bendasing dalam air. Ia berfungsi dengan menggumpalkan bendasing halus/zarah tersebut menjadi gumpalan yang besar dan berat, seterusnya akan terenap di dasar tangki dan ditapis keluar. Kebanyakkan rawatan air sisa secara konvensional menggunakan pengental kimia seperti alum (Aluminium Sulfat), tetapi ia boleh meninggalkan sisa yang berbahaya.

Pengental semulajadi boleh didapati dari sumber tumbuhan dan sisa makanan. Contohnya adalah seperti biji merunggai iaitu tumbuhan tropika yang mudah dijumpai di Malaysia. Tumbuhan bendi yang bersifat melekit juga boleh digunakan kerana membantu dalam proses pengikatan bendasing halus di dalam air sisa. Manakala kulit pisang dan kulit kacang yang merupakan sisa dari dapur berpotensi sebagai ejen pembersih air sisa. Tumbuhan lain seperti kaktus, biji betik dan asam jawa turut dikaji kerana dijangka mempunyai kebolehan dalam menjadi ejen pengental semulajadi bagi rawatan air sisa tersebut. Dengan pilihan dari sumber semulajadi yang mempunyai ciri seperti mudah terbiodegradasi, tidak toksik, dan murah merupakan satu kaedah alternatif yang sempurna untuk komuniti luar bandar serta pedalaman.

Rajah 1: Proses rawatan air sisa menggunakan pengental semulajadi

Banyak kajian sudah dilakukan termasuklah di Malaysia, telah menunjukkan pengental semulajadi ini boleh mengurangkan kekeruhan air melebihi 90%. Ia juga boleh mengurangkan kandungan yang berbahaya seperti Keperluan Oksigen Kimia (Chemical Oxygen Demand – COD) dan Keperluan Oksigen Biologi (Biological Oxygen Demand – BOD), yang merupakan parameter digunakan untuk mengukur pencemaran air. Sebagai contoh, biji merunggai mengandungi protein yang bertindak seperti magnet dalam menggumpalkan bendasingan dan juga mikroorganisma. Manakala lendir bendi membantu bendasing menggumpal antara satu sama lain, seterusnya terenap di dasar tangki. Untuk kulit pisang pula, ia berpotensi dalam menyerap logam berat dan menyingkirkan warna dari air sisa. Walaupun pengental semulajadi ini tidak begitu cekap seperti pengental kimia, tetapi lebih baik kerana mempunyai ciri-ciri yang lebih hijau dan mesra alam.

Kepentingan

yang banyak yang memberikan sumber pengental semulajadi yang banyak. Merunggai contohnya mudah untuk tumbuh dan banyak digunakan secara tradisional. Pendekatan ini sangat bermanfaat dalam banyak cara seperti:

  • di kawasan pedalaman yang tidak mempunyai akses kepada loji rawatan air
  • semasa musim banjir atau kekurangan air yang mana boleh menghasilkan air bersih dengan selamat semasa kecemasan.
  • dalam projek sekolah dan pertanian kecil, untuk tujuan kitar semula air secara berskala kecil

Maka, ia merupakan satu kaedah alternatif dan juga projek kepada pelajar, pengkaji dan komuniti alam yang mahu meneroka teknologi hijau yang mudah.

Cabaran

Seperti kebanyakan idea yang baharu, penggunaan pengental semulajadi juga turut mempunyai halangan atau cabaran iaitu:

  • kualiti dan konsistensi – sumber tumbuhan semulajadi yang berbeza dari setiap tempat
  • simpanan dan jangka hayat – bahan yang digunakan mungkin mempunyai jangka hayat yang pendek berbanding dengan pengental kimia
  • kesedaran awam – kebanyakan orang awam tidar sedar berkaitan terdapat pilihan yang wuju dalam rawatan air sisa.

Namun, dengan sokongan dan kajian yang lebih mendalam, cabaran-cabaran ini boleh diatasi. Matlamatmnya adalah untuk menjadikan pengental semulajadi sebagai satu pilihan yang boleh diguna pakai untuk rawatan air sisa setiap hari.

Penggunaan pengental semulajadi merupakan satu cara alternatif yang baik untuk merawat air sisa secara semulajadi. Ia adalah murah, dan berisiko rendah yang membantu dalam melindungi manusia dan alam sekitar. Bila keadaan yang mana air bersih menjadikan satu bahan yang sangat bernilai, penggunaan tumbuhan tempatan dan sisa makanan mungkin boleh menjadi sebahagian dari penyelesaian. Maka ini adalah masa untuk kita berfikir semula bagaimana menghasilkan air bersih yang selamat. Kadang kala tanpa diduga, jawapan terbaik boleh diperolehi dari halaman rumah sahaja.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Azmi Bin Ahmadpengental semulajadirawatan airTeknologi Hijautumbuhan merunggai
ShareTweetShare
Previous Post

Kenderaan EV Semakin Popular: Masa Depan Pemanduan Lebih Hijau dan Pintar

Next Post

Kenji Fukaya Penerima '2025 Shaw Prize' dalam Sains Matematik

Editor

Editor

Related Posts

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia
Alam Semulajadi

Tanah Liat Lembut: Cabaran, Punca dan Penyelesaian Mampan dalam Sektor Pembinaan dan Pertanian di Malaysia

4 days ago
Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan
Alam Semulajadi

Plastik Terbiodegradasi Pilihan Mesra Alam untuk Masa Depan

6 days ago
Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet
Berita & Peristiwa

Ancaman Patogen Selepas Bencana Banjir: Peranan Komuniti dan Kesihatan Planet

6 days ago
Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan
Berita & Peristiwa

Memperkukuh Pengetahuan STEM di Kalangan Murid Dalam Suasana Yang Menyeronokkan

7 days ago
Next Post
Kenji Fukaya Penerima ‘2025 Shaw Prize’ dalam Sains Matematik

Kenji Fukaya Penerima '2025 Shaw Prize' dalam Sains Matematik

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In