23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, December 9, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

9 Saintis Teori Penerima ‘Fundamental Physics Prize’

Editor by Editor
01/08/2012
in Berita & Peristiwa, Luar Negara
0 0
0
Yuri Milner – Pengasas Fundamental Physics Prize Foundation
Amat jarang sekali untuk menemui ahli fizik yang terkenal mahupun kaya-raya. Namun pengiktirafan dan pemberian hadiah berupa wang kepada ahli fizik yang menjalankan kajian bidang teori. Hadiah ‘baru’ ini diperkenalkan oleh jutawan yang berasal dari Russia iaitu Yuri Milner melalui Yayasan Hadiah Fizik Asas (Fundamental Physics Prize Foundation) telah menjadikan sembilan orang ahli fizik sebagai ‘jutawan segera’.


Yuri Milner dari Russia merupakan seorang bekas pelajar kedoktoran bidang fizik yang tidak menamatkan pengajian pada tahun 1989 tetapi menjadi kaya- raya dalam bidang perniagaan dengan pelaburan di dalam syarikat-syarikat internet seperti Facebook dan Groupon.

Profesor Alan H.Guth – Massachusetts Institute of Technology (MIT)

Menurut salah seorang penerima anugerah tersebut, Alan H. Guth, iaitu professor fizik di Massachusetts Institute of Technology (MIT) yang mengemukakan idea Penggelembungan Kosmik (Cosmic Inflation), beliau menjangkakan hadiah bernilai USD3 juta tersebut akan dikongsi di antara sembilan pemenang hadiah. Tetapi sebenarnya setiap penerima hadiah tahun ini akan menerima hadiah bernilai USD3 juta itu.

Ketika ini, Hadiah Nobel, adalah bernilai USD1.2 juta yang biasanya dikongsi bersama dua atau tiga penerima. Manakala Hadiah Templeton, iaitu hadiah untuk mengiktiraf sumbangan kepada pemahaman kehidupan dari sisi spiritual, adalah bernilai USD1.7 juta.

Wang sebanyak USD3 juta tersebut telahpun dimasukkan ke dalam akaun bank Dr. Guth, yang pada awalnya hanya berbaki USD200. “Tiba-tiba, akaun saya menunjukkan nilai $3,000,200”, ujar Dr. Guth.

Menurut Yuri Milner, beliau ingin memberi pengiktirafan kepada perkembangan di dalam kajian fizik dan alam semesta. “Usaha intelektual untuk memahami alam semesta merupakan usaha yang mencorak kehidupan dan pemikiran manusia” kata beliau.

Baca – Penyelidikan Fizik Teori di Malaysia


Penerima-penerima yang lain adalah Andrei Linde, saintis fizik di Stanford yang juga mengusahakan idea Penggelembungan Kosmik; Alexei Kitaev, profesor fizik di California Institute of Technology yang mengkaji komputer kuantum; Maxim Kontsevich, ahli matematik di Institute of Advance Scientific Studies, Paris yang mana penemuan matematik abstraknya membantu ahli fizik merungkai Teori Tetali (String Theory); dan juga Ashoke Sen, seorang ahli teori tetali di Harish-Chandra Research Institute di India. Selain itu, empat saintis fizik dari Institut for Advanced Study di Princeton, New Jersey iaitu Nima Arkani-Hamed, Juan Maldacena, Nathan Seiberg dan Edward Witten juga turut menerima hadiah yang sama. Mereka menjalankan penyelidikan fizik teori dalam usaha mencari zarah-zarah asas dan kesatuan daya yang membentuk alam semesta yang juga melibatkan kajian mengenai Teori Tetali. 

Pada permulaannya, Milner sendiri yang memilih setiap penerima hadiah tersebut, Tetapi penerima hadiah tahunan seterusnya, akan ditentukan oleh penerima-penerima hadiah sebelumnya. Beliau tidak memperincikan bagaimana atau kenapa pemilihan dibuat. “Saya lihat ini sebagai pemulaan, untuk hadiah seterusnya, penimbangan penerima akan ditentukan oleh satu jawatankuasa”, kata beliau.

Menurut peraturan, hadiah pada masa akan datang boleh dikongsi oleh beberapa penerima dan seorang penyelidik boleh menerima hadiah berulang kali. Terdapat juga hadiah bernilai USD100,000 untuk mengiktiraf penyelidik muda. Berlainan dengan Hadiah Nobel, Hadiah Fizik Asas boleh dianugerahkan kepada saintis yang mana ideanya belum lagi boleh disahkan melalui eksperimen.

Rujukan – http://www.nytimes.com/2012/07/31/science/9-scientists-win-yuri-milners-fundamental-physics-prize.html?_r=1

Berikan Komen Anda Di Sini
Tags: FizikPenerima Anugerah Fundamental Physics PrizeSaintis Teori
ShareTweetShare
Previous Post

Bendera Amerika Masih di Bulan

Next Post

Pensyarah UKM Cipta Pengecas Telefon Bimbit Guna Tenaga Suria

Editor

Editor

Related Posts

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan

2 hours ago
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser
Alam Semulajadi

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

2 hours ago
Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak
Berita & Peristiwa

Menyemai Ilmu, Menuai Inovasi: Memperkasa Kesedaran Komuniti terhadap Pertanian Pintar di Taman Semarak

3 hours ago
Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari:  Apa Itu Green Lab?
Berita & Peristiwa

Peranan Makmal Universiti Ke Arah Kampus Lestari: Apa Itu Green Lab?

2 days ago
Next Post
Pensyarah UKM Cipta Pengecas Telefon Bimbit Guna Tenaga Suria

Pensyarah UKM Cipta Pengecas Telefon Bimbit Guna Tenaga Suria

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In