23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, April 29, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Hideki Yukawa : Saintis Fizik Nuklear Jepun (1907–1981)

Editor by Editor
25/12/2009
in Tokoh
0 0
0

Hideki Yukawa

Hideki Yukawa

Oleh : Mohd Faizal Aziz

Pada tahun 1949, Hadiah Nobel Fizik dimenangi oleh Hideki Yukawa dari Jepun. Beliau seolah-olah memberitahu dunia bahawa sudah tiba masanya bangsa Asia juga mampu untuk bersaing dengan bangsa lain di seluruh dunia dalam bidang sains. Jepun merupakan negara kedua Asia yang melahirkan penerima Hadiah Nobel selepas India. Sebelum itu India merupakan negara yang dikagumi kerana telah melahirkan saintis hebat dalam bidang fizik seperti CV Raman. Yukawa dilahirkan pada tahun 1907 di Tokyo. Beliau merupakan anak ketiga Takuji Ogawa. Bapanya merupakan seorang Profesor dalam bidang geologi di Kyoto Imperial University yang kini dikenali sebagai Kyoto University. Beliau memperolehi ijazah master di Kyoto University  pada tahun 1929 dan Doktor Falsafahnya dalam bidang fizik dari Universiti Osaka pada tahun 1938. Yukawa Sejak di zaman remajanya lagi, Yukawa telah menunjukkan minat yang mendalam bidang fizik partikel. Beliau menyatakan bahawa dia tertarik dengan bidang tersebut daripada kedua profesornya K Tamaki dari Kyoto dan Y. Nishina di Tokyo. Selain itu, beliau secara berjenaka berkata bahawa minatnya dalam fizik teori disebabkan beliau tidak berupaya untuk menghasilkan alat untuk digunakan di dalam makmal yang memerlukan kemahiran bereksperimen menggunakan peralatan. Einstein, Yukawa, J.A.Wheeler, Hoemi Babha

Einstein, Yukawa, J.A. Wheeler, Homi Babha

Pada tahun 1935 ketika berusia 27 tahun, Yukawa telah menerbitikan satu kajiannya di dalam sebuah jurnal dengan tajuk kajiannya ’On the Interaction of Elementary Particles I. Dalam kajiannya dia mengutarakan satu teori baru iaitu mengenai daya nuklear dan meramalkan wujudnya satu partikel yang dinamakan Meson. Menurut teori beliau, sekiranya daya elektromagnetik dibawa oleh foton, daya nuklear pula dibawa oleh Meson. Secara kebetulan, seorang saintis dari Amerika juga telah menemui Meson pada tahun 1937 dan penemuan itu menjadikan Yukawa lebih bersemangat untuk meneruskan kajiannya tentang bidang fizik partikel tersebut. Partikel yang diajukan oleh Yukawa ini pada mulanya diberi nama Yukon untuk menghormatinya sebagai pencetus idea yang pertama. Namun komuniti sains akhirnya memilih nama Meson dengan alasan jisim partikel Meson ini berada dalam julat jisim elektron dan jisim proton iaitu sekitar 200 hingga 300 lebih besar dari jisim elektron. Penemuan partikel Pi-Meson pada tahun 1947 menjadikan nama Yukawa semakin dikenali ramai. Penemuan ini meyakinkan orang ramai di kalangan ahli sains bahawa teori yang dikemukakan oleh Yukawa ini tentang daya nuklear berada dalam aturan yang tepat. Penemuan Meson yang kemudiannya disahkan kewujudannya melalui kajian secara empirikal menarik minat Swedish Academy of Science di Stockholm menganugerahkannya Hadiah Nobel bidang fizik. Sebahagian hadiah kemenangan berprestij itu telah dihadiahkan kepada Universiti Kyoto untuk membina pusat penyelidikan fizik teori yang baru di sana. H.Yukawa Selain membangunkan teori berkenaan dengan partikel Meson, Yukawa juga gigih mengusahakan penyelidikan tentang teori fizik nuklear. Teori-teori yang banyak berasal dari ideanya ini banyak diterbitkan dalam jurnal-jurnal ilmiah yang terkenal. Beliau juga menulis buku berjudul Introduction to Quantum Mechanics dan Introduction to the Theory of Elementary Particle. Dalam kesibukannya menjalankan penyelidikan, beliau masih sempat menjadi editor bagi jurnal Progress of Theoretical Physics. Pada tahun 1948, saintis yang juga terkenal dengan nama jolokan Bapa Bom Atom, Robert J. Oppenheimer mengundang Yukawa untuk bergabung dengan kumpulan penyelidik fizik nuklear di Institute of Advanced Study, Princeton University di New Jersey Amerika. Beliau kemudian dilantik sebagai profesor di Universiti Columbia, Amerika Syarikat pada tahun 1949. yukawa1L Selain hadiah nobel, beberapa anugerah lain diberikan kepadanya seperti the Royal Society of Edinburgh, the Indian Academy of Sciences,, the International Academy of Philosophy and Sciences, dan the Pontificia Academia Scientiarum. Di negara kelahirannya sendiri, beliau banyak mendapat anugerah dari kerajaan Jepun atas sumbangannya dalam bidang sains. Walaupun terkenal dalam penyelidikan nuklear dan elementary particle, Yukawa merupakan seorang penentang pembangunan senjata nuklear. Beliau juga dihormati kerana peribadinya yang sering merendah diri dan menghormati orang-orang di sekelilingnya. Yukawa meninggal dunia pada tahun 1981.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FizikIMEN-UKMKomunikasi sainsKomunikasi Sains MalaysiaLaporan Berita SainsmajalahsainsMohd Faizal Aziznuklearpegawai sainsPenulisan Sains PopularRencana Sains PopularSains PopularTokohUniversiti Kebangsaan Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Nanoteknologi Kaedah Terbaik Tangani Masalah Global

Next Post

Depleted Uranium & Sindrom Perang Teluk

Editor

Editor

Related Posts

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia
Alam Semulajadi

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia

6 months ago
Jejak Kriptanalisis: Sumbangan Cendekiawan Islam Al-Kindi
Berita & Peristiwa

Jejak Kriptanalisis: Sumbangan Cendekiawan Islam Al-Kindi

10 months ago
HARI PENYU SEDUNIA: Bila Cikgu Sains Jadi Sukarelawan Penyu!
Alam Semulajadi

HARI PENYU SEDUNIA: Bila Cikgu Sains Jadi Sukarelawan Penyu!

11 months ago
Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham
Astronomi & Kosmologi

Islam dan Kalkulus: Sumbangan Ibnu al-Haytham

2 years ago
Next Post
Depleted Uranium & Sindrom Perang Teluk

Depleted Uranium & Sindrom Perang Teluk

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In