23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 31, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Masa Depan Iklim Dunia

Editor by Editor
14/01/2010
in Alam Semulajadi, Suara Saintis Muda
0 0
0

JR Green Carbon Footprint

 

Logo Carbon Footprint

 

Oleh: Muhammad Izzuddin Syakir Ishak

http://misyakir.blogspot.com/

SIDANG Kemuncak Perubahan Iklim Global di Copenhagen telah pun tamat. Justeru resolusi inisiatif iklim di Copenhagen amat diharapkan membuahkan hasil yang positif agar ia menjadi 'hadiah' tahun baru buat seluruh penduduk dunia untuk bergembira meraikannya. Malangnya ia tidak begitu, resolusi yang diharapkan bakal membentuk masa depan baharu iklim dunia berakhir sekadar melepas batuk di tangga. Sehingga kini pun, gas karbon dioksida terus dibebaskan dan kepekatannya dikatakan terus meningkat iaitu sebanyak 30 peratus lebih tinggi berbanding 17 tahun yang lalu sewaktu UNFCCC dimeterai. Pada tahun lepas, kepekatan gas karbon dioksida juga direkodkan telah mencecah lebih 50 peratus kenaikan berbanding era sebelum revolusi industri. Secara umumnya, jika melihat trend kadar pelepasan karbon dioksida yang semakin meningkat ini, kemungkinan risiko untuk suhu global meningkat sebanyak 5 darjah Celcius pada penghujung abad ini adalah tidak mustahil. Peningkatan suhu setinggi ini dijangka akan memberi kesan yang lebih dahsyat kepada bumi di mana berlakunya fenomena pencairan ais yang lebih pantas, kenaikan paras air laut, kemarau yang berlarutan, evolusi penyakit baru serta kemusnahan kawasan pertanian yang mengancam kelestarian bekalan makanan global. Menyedari akan realiti ini, pemimpin-pemimpin negara sedang membangun telah menyeru agar negara-negara maju mengurangkan kadar pelepasan gas rumah hijau melebihi 40 peratus (berbanding tahap 1990) menjelang tahun 2020. Malangnya seruan tersebut disambut hambar oleh negara-negara maju yang sekadar menyatakan untuk komited terhadap hanya 13 hingga 19 peratus kadar pengurangan. Keadaan ini menunjukkan suatu pertembungan aspirasi yang sangat berbeza dari kedua-dua kelompok – negara-negara sedang membangun dan negara-negara maju. Meskipun begitu, sebanyak AS$30 bilion akan diperuntukkan untuk membantu negara sedang membangun melaksanakan strategi pengadaptasian terhadap sebarang kemungkinan kesan pemanasan global termasuk pemuliharaan hutan dan integrasi teknologi baharu dalam rancangan pembangunan lestari untuk tempoh tiga tahun akan datang. Bagaimanapun, mekanisme pengurusan dana yang berbilion ini masih tidak jelas kerana sebelum ini pun negara-negara maju juga telah menyumbang berbilion dolar kepada Bank Dunia di bawah dana pelaburan untuk iklim. Meskipun begitu, keadaan masih tidak berubah, malahan pelepasan gas rumah hijau terus meningkat. Sememangnya amat sukar untuk mencapai kesepakatan, apatah lagi ia melibatkan ratusan delegasi dari seluruh dunia. Walaupun resolusi yang dimeterai tidaklah seperti yang diharapkan, inisiatif ini secara dasarnya masih bersetuju dengan pandangan saintifik yang menyatakan bahawa peningkatan suhu global seharusnya dikekang di bawah 2 darjah Celcius. Cuma, apabila tiada keputusan kuantitatif yang jelas terhadap komitmen negara membangun dalam mengurangkan suhu dunia khususnya pasca 2012 serta kesamaran mekanisme penggemblengan dana baru yang bernilai berbilion dolar ini, ia telah meletakkan hala tuju persidangan iklim Copenhagen berada dalam kesamaran.

Catatan Editor ://  Penulis ialah Felo Rancangan Latihan Kakitangan Akademik, Pusat Pengajian Teknologi Industri, Universiti Sains Malaysia dan kini sedang melanjutkan pengajian Ijazah Kedoktoran dalam bidang ‘Earth Science’ di University of Ottawa, Canada. Artikel ini telah terbit di Utusan Malaysia bertarikh 27/12/2009 dan dimuatkan kembali di MajalahSains.Com dengan keizinan penulis.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Alam Semulajadi
ShareTweetShare
Previous Post

Kimia Dalam Bioteknologi

Next Post

Ringkasan Peristiwa Sains Sepanjang 2009

Editor

Editor

Related Posts

Daun Kelapa Sawit: Sisa Ladang yang Berpotensi Menjadi Rawatan Luka Masa Hadapan
Alam Semulajadi

Daun Kelapa Sawit: Sisa Ladang yang Berpotensi Menjadi Rawatan Luka Masa Hadapan

22 hours ago
Keupayaan Kumpulan Ikan Diadromus Beradaptasi dengan Iklim
Alam Semulajadi

Keupayaan Kumpulan Ikan Diadromus Beradaptasi dengan Iklim

3 days ago
Dari Bunga ke Elektrik: Bagaimana Bunga Telang Mungkin Menjadi Sumber Tenaga Masa Depan
Alam Semulajadi

Dari Bunga ke Elektrik: Bagaimana Bunga Telang Mungkin Menjadi Sumber Tenaga Masa Depan

3 days ago
Ancaman dari Tanah: Apabila Bakteria Genus Klebsiella Menjadi Kebal Antibiotik
Alam Semulajadi

Ancaman dari Tanah: Apabila Bakteria Genus Klebsiella Menjadi Kebal Antibiotik

1 week ago
Next Post
Ringkasan Peristiwa Sains Sepanjang 2009

Ringkasan Peristiwa Sains Sepanjang 2009

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In