23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, October 18, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Jerebu: Ancaman Terhadap Sistem Imun Kita

Jerebu: Ancaman Terhadap Sistem Imun Kita

Editor by Editor
18/10/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Norhanani Mohd Redzwan¹, Dr. Diyana Mohd Shukri²& Dr. Syazwani Mohd Tajudin³

¹Pensyarah Kanan, Jabatan Imunologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM)
²Pensyarah perubatan dan Pakar Patologi (Imunologi Klinikal) di Jabatan Imunologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM)
³Pensyarah perubatan dan Pakar Patologi (Mikrobiologi Perubatan) di Jabatan Imunologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM)

Bayangkan tubuh kita seperti sebuah kota yang dilindungi sistem pertahanan. Sistem ini sentiasa bersedia mengesan ancaman. Namun, bagaimana jika musuh terlalu halus untuk dilihat dengan mata kasar?

Ketika jerebu melanda, langit bertukar kelabu, udara berbau asap dan mata terasa pedih. Ramai menganggap jerebu sekadar mengganggu penglihatan atau menyebabkan batuk ringan. Hakikatnya, pencemaran udara boleh menjejaskan kesihatan, termasuk sistem imun atau pertahanan badan.

Sistem imun melindungi tubuh daripada ancaman luar. Namun, pendedahan berulang kepada udara tercemar boleh mencetuskan keradangan dan tekanan oksidatif yang merosakkan sel serta tisu. Oleh itu, jerebu bukan sekadar masalah alam sekitar, tetapi juga ancaman kesihatan.

Di Sebalik Langit Kelabu Malaysia

Antara punca utama jerebu di Malaysia ialah kebakaran hutan dan tanah gambut, termasuk di Sumatera dan Kalimantan, Indonesia. Asap kebakaran boleh merentasi sempadan negara mengikut pergerakan angin. Cuaca panas dan kering meningkatkan risiko kebakaran, manakala kekurangan hujan mengurangkan penyingkiran bahan pencemar daripada atmosfera. Pergerakan udara yang terhad juga boleh menyebabkan pencemar terkumpul lebih lama di sesuatu kawasan.

Di bandar, pelepasan kenderaan bermotor, aktiviti perindustrian dan pembakaran terbuka turut menambah pencemaran udara. Gabungan sumber ini menjadikan jerebu masalah kompleks yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

Sistem Pemantauan dan Petunjuk Risiko Kesihatan

Di Malaysia, Jabatan Alam Sekitar (JAS) memantau kualiti udara melalui Indeks Pencemar Udara (IPU). Indeks ini membantu orang ramai mengenal pasti tahap pencemaran dan memahami risiko kesihatan. Secara umum, bacaan IPU dibahagikan kepada lima kategori seperti dalam infografik di bawah.

Sumber: Jabatan Alam Sekitar Malaysia (JAS), Apakah Itu Indeks Pencemar Udara (IPU)

Zarah halus PM2.5, yang berdiameter 2.5 mikrometer atau lebih kecil, perlu diberi perhatian. Saiznya membolehkan zarah ini menembusi jauh ke dalam paru-paru apabila disedut. Pendedahan kepada PM2.5 dikaitkan dengan keradangan saluran pernafasan dan peningkatan risiko masalah kesihatan.

Udara yang kelihatan jernih tidak semestinya bebas daripada zarah halus. Oleh itu, pantau bacaan IPU melalui saluran rasmi JAS, khususnya ketika musim jerebu. Maklumat ini membantu kita merancang aktiviti dan mengurangkan pendedahan, terutama bagi kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan individu berpenyakit kronik.

Bagaimana Jerebu Menjejaskan Sistem Imun?

Apabila udara tercemar disedut, zarah halus seperti PM2.5 boleh memasuki saluran pernafasan dan menembusi jauh ke dalam paru-paru. Zarah ini boleh mencetuskan tindak balas pertahanan badan yang melibatkan sistem imun.

Makrofaj ialah sel imun yang mengenal pasti, menelan dan menyingkirkan bahan asing serta sisa sel. Apabila terdedah kepada zarah pencemar, makrofaj boleh diaktifkan lalu membebaskan bahan perantara keradangan, termasuk sitokin. Tindak balas ini membantu tubuh menangani ancaman, tetapi pendedahan berterusan boleh menyebabkan keradangan berpanjangan dan menjejaskan tisu saluran pernafasan.

Pencemaran udara juga boleh meningkatkan tekanan oksidatif, iaitu keadaan apabila molekul reaktif melebihi keupayaan antioksidan badan untuk mengawalnya. Akibatnya, membran sel, protein dan bahan genetik boleh rosak. Pendedahan berterusan turut dikaitkan dengan perubahan pengawalan tindak balas imun, termasuk keseimbangan keradangan dan mekanisme pertahanan pada permukaan saluran pernafasan.

Sel T dan sel B juga merupakan komponen penting sistem imun. Kesan pencemaran udara terhadap fungsi kedua-dua sel ini bergantung pada tahap pendedahan dan keadaan kesihatan individu. Saluran pernafasan boleh menjadi lebih mudah meradang, manakala penyakit seperti asma dan penyakit paru-paru kronik boleh bertambah teruk. Maka, kesan jerebu bukan sahaja berupa gejala yang dirasai, tetapi turut melibatkan proses biologi dalam tubuh. Sistem imun yang seimbang penting kerana tindak balas yang terlalu lemah boleh mengurangkan perlindungan, manakala keradangan berlebihan pula boleh merosakkan tisu sendiri. Kesan ini tidak semestinya sama bagi setiap orang.

Kesan terhadap Kumpulan Berisiko Tinggi

Jerebu boleh menjejaskan sesiapa sahaja, tetapi kanak-kanak, warga emas, wanita hamil dan individu yang mempunyai penyakit kronik lebih mudah mengalami kesan kesihatan.

Paru-paru dan sistem imun kanak-kanak masih berkembang. Mereka juga cenderung aktif, lalu bernafas lebih cepat. Pendedahan kepada zarah halus boleh memburukkan asma, meningkatkan masalah pernafasan dan menjejaskan kesihatan paru-paru.

Warga emas mungkin mengalami penurunan fungsi paru-paru dan sistem imun seiring usia, selain lebih berkemungkinan mempunyai penyakit kronik. Pencemaran udara boleh memburukkan keadaan ini dan dikaitkan dengan peningkatan risiko komplikasi kardiovaskular, termasuk serangan jantung dan strok.

Wanita hamil perlu mengehadkan pendedahan kepada jerebu. Pencemaran udara dikaitkan dengan risiko kelahiran pramatang dan berat lahir rendah, walaupun risiko sebenar turut bergantung pada tahap pendedahan dan faktor kesihatan lain.

Individu dengan penyakit kronik seperti asma, penyakit pulmonari obstruktif kronik (COPD) dan penyakit jantung berisiko mengalami gejala lebih teruk. Jerebu boleh mencetuskan batuk, sesak nafas, nafas berbunyi dan keradangan saluran pernafasan.

Golongan berisiko tinggi perlu peka terhadap perubahan kualiti udara dan mengambil langkah perlindungan lebih awal. Mengurangkan pendedahan membantu melindungi kesihatan mereka. Ibu bapa boleh membantu dengan memastikan anak-anak bermain di dalam rumah ketika kualiti udara merosot, manakala penjaga warga emas perlu memastikan ubat dan pelan rawatan mudah dicapai.

Langkah Pencegahan: Apa yang Boleh Kita Lakukan?

Walaupun kita tidak dapat mengawal jerebu sepenuhnya, beberapa langkah boleh membantu mengurangkan pendedahan kepada udara tercemar.

Kurangkan aktiviti luar. Hadkan aktiviti fizikal, terutama apabila IPU meningkat. Aktiviti berat menyebabkan kita bernafas lebih cepat dan menyedut lebih banyak bahan pencemar.

Pastikan udara di dalam rumah lebih bersih. Tutup pintu dan tingkap apabila udara luar tercemar. Jika ada, gunakan penapis udara berkecekapan tinggi (HEPA) untuk mengurangkan zarah halus. Penghawa dingin dalam mod peredaran semula juga boleh mengurangkan kemasukan udara luar.

Gunakan pelitup muka yang sesuai. Jika perlu berada di luar, respirator seperti N95 yang dipasang dengan betul boleh menapis zarah halus. Pelitup muka biasa kurang melindungi daripada zarah halus. Namun, respirator tidak menapis semua gas pencemar dan mungkin tidak sesuai untuk setiap individu.

Pantau bacaan IPU melalui saluran rasmi JAS dan ikuti nasihat pihak berkuasa. Apabila IPU melebihi 100, aktiviti luar wajar dikurangkan, khususnya bagi golongan berisiko tinggi. Tingkatkan langkah perlindungan apabila bacaan meningkat.

Amalkan penjagaan kesihatan harian. Minum air secukupnya, bersihkan muka dan kulit yang terdedah selepas berada di luar, serta elakkan merokok dan asap rokok. Langkah ini membantu menjaga keselesaan dan mengelakkan beban tambahan pada sistem pernafasan.

Jika mempunyai asma, penyakit jantung atau penyakit paru-paru kronik, teruskan ubat seperti diarahkan doktor. Dapatkan nasihat perubatan jika gejala bertambah teruk. Pencegahan yang konsisten membantu mengurangkan risiko ketika jerebu. Mereka yang menggunakan inhaler atau ubat kecemasan hendaklah memastikan bekalannya mencukupi dan mengikut pelan tindakan yang diberikan oleh doktor. Jangan mengubah dos ubat sendiri.

Bila Perlu Mendapatkan Rawatan Kecemasan?

Jerebu boleh menyebabkan mata pedih, tekak tidak selesa, batuk, nafas berbunyi dan sesak nafas. Gejala ringan mungkin berkurangan apabila pendedahan kepada udara tercemar dikurangkan.

Jika gejala berterusan atau semakin teruk, dapatkan pemeriksaan perubatan, terutama jika mempunyai penyakit pernafasan atau jantung. Jangan abaikan gejala yang mengganggu aktiviti harian atau tidak pulih selepas berada di tempat yang udaranya lebih bersih.

Sesak nafas teruk, sakit dada, bibir atau muka kebiruan dan pengsan ialah tanda kecemasan. Hubungi 999 atau pergi ke Jabatan Kecemasan hospital terdekat. Jangan tunggu sehingga keadaan bertambah buruk.

Jerebu bukan sekadar fenomena bermusim yang mengaburkan pandangan, tetapi pencemaran udara yang boleh menjejaskan kesihatan. Zarah halus seperti PM2.5 boleh mencetuskan keradangan dan tekanan oksidatif, sekali gus meningkatkan risiko gangguan kesihatan, khususnya pada sistem pernafasan dan kardiovaskular. Memahami kesan ini mengingatkan kita bahawa perlindungan perlu bermula sebelum gejala muncul. Dengan memantau kualiti udara, mengurangkan pendedahan dan mengamalkan langkah pencegahan, kita dapat melindungi diri, keluarga dan generasi akan datang. Tindakan individu perlu disertai usaha bersama untuk mencegah pembakaran terbuka dan mengurangkan sumber pencemaran. Udara bersih ialah keperluan asas, dan menjaganya merupakan tanggungjawab kita bersama.

Rujukan:

  1. https://eqms.doe.gov.my/
  2. https://www.moh.gov.my/teras/info-kesihatan/jerebu/artikel-dan-panduan-pengguna-berkaitan-jerebu
  3. https://infosihat.moh.gov.my/isu-semasa/51-jerebu.html
  4. https://www.who.int/publications/i/item/B09563
  5. https://www.moh.gov.my/teras/info-kesihatan/jerebu/artikel-dan-panduan-pengguna-berkaitan-jerebu/penjagaan-penghidap-penyakit-kronik-ketika-keadaan-berjerebu

Dr. Norhanani Mohd Redzwan merupakan Pensyarah Kanan di Jabatan Imunologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Sains dalam bidang Bioteknologi dari Universiti Malaysia Sabah, Ijazah Sarjana dalam Imunologi Perubatan dari Universiti Sains Malaysia dan Ijazah Doktor Falsafah (PhD) dalam Imunologi Sel dari University of New South Wales, Australia.Bidang kepakaran dan penyelidikan beliau tertumpu pada imunologi, khususnya mekanisme tindak balas imun, keradangan dan penyakit berkaitan sistem imun. Beliau turut berminat dalam perkongsian ilmu sains dengan masyarakat bagi meningkatkan pemahaman orang ramai tentang sistem imun dan kepentingannya dalam mengekalkan kesihatan manusia.

Dr. Nur Diyana Mohd Shukri merupakan seorang pensyarah perubatan dan pakar patologi (Imunologi Klinikal) di Jabatan Imunologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM) Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau memperoleh Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Sarjana Muda Pembedahan (MBBS) dari Melaka Manipal Medical College pada tahun 2010 dan Ijazah Sarjana Patologi (Imunologi Klinikal) dari USM pada tahun 2021. Bidang kepakaran dan penyelidikan beliau tertumpu kepada bidang imunologi, khususnya penyakit autoimun dan penyakit alahan.

Dr. Syazwani bt Mohd Tajudin merupakan pensyarah perubatan dan Pakar Patologi (Mikrobiologi Perubatan) di Jabatan Imunologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia (USM), Kampus Kesihatan, Kubang Kerian, Kelantan. Beliau memperoleh Ijazah Perubatan dari Volgograd State Medical University pada tahun 2010 dan Ijazah Sarjana Patologi (Mikrobiologi Perubatan) dari Universiti Sains Malaysia pada tahun 2020. Bidang kepakaran dan penyelidikan beliau merangkumi Mikrobiologi Perubatan dan Imunologi, khususnya mekanisme tindak balas imun, penyakit berkaitan sistem imun serta peranan sistem imun dalam kesihatan.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ancaman sistem imunjerebu dan sistem imunKampus Kesihatan USMNorhanani Mohd Redzwanpartikel jerebupetunjuk kesihatan
ShareTweetShare
Previous Post

Menikmati Kelestarian Masa Hadapan Melalui Perspektif Mikroorganisma

Next Post

Gigi Palsu Boleh Tanggal: Penyelesaian Praktikal Menggantikan Gigi Hilang

Editor

Editor

Related Posts

CPR: Kemahiran Asas yang Boleh Menyelamatkan Nyawa
Berita & Peristiwa

CPR: Kemahiran Asas yang Boleh Menyelamatkan Nyawa

9 minutes ago
Gigi Palsu Boleh Tanggal: Penyelesaian Praktikal Menggantikan Gigi Hilang
Berita & Peristiwa

Gigi Palsu Boleh Tanggal: Penyelesaian Praktikal Menggantikan Gigi Hilang

20 minutes ago
Menikmati Kelestarian Masa Hadapan Melalui Perspektif Mikroorganisma
Alam Semulajadi

Menikmati Kelestarian Masa Hadapan Melalui Perspektif Mikroorganisma

45 minutes ago
Menyulam Warisan dan Psikologi Melalui Kebaya Selangor
Berita & Peristiwa

Menyulam Warisan dan Psikologi Melalui Kebaya Selangor

53 minutes ago
Next Post
Gigi Palsu Boleh Tanggal: Penyelesaian Praktikal Menggantikan Gigi Hilang

Gigi Palsu Boleh Tanggal: Penyelesaian Praktikal Menggantikan Gigi Hilang

Kategori Produk

  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In