23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, October 13, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Hubungan Kaedah Green dengan Supersimetri Kuantum #MudahnyaBacaJurnal

Hubungan Kaedah Green dengan Supersimetri Kuantum #MudahnyaBacaJurnal

Editor by Editor
13/10/2025
in Berita & Peristiwa, Fizik
0 0
0

Penulis: Nurisya M.Shah, PhD
Pensyarah Kanan, Jabatan Fizik, Universiti Putra Malaysia

 

Bagaimana ahli fizik mencari jalan pintas dalam memahami tenaga dan struktur kuantum?

Pada tahun 2023, satu kertas kajian penulis berjudul ‘On the Green Factorization Method and Supersymmetry’ telah diterbitkan yang menghidupkan semula satu idea lama tetapi kurang diberi perhatian yang dinamakan Kaedah Pemfaktoran Green.

Kaedah yang diperkenalkan pada tahun 1965, pada mulanya tidaklah begitu popular. Mengambil nama daripada Herbert Sydney Green (1920-1999), seorang Profesor Fizik yang menulis buku Matrix Methods in Quantum Mechanics [1].  H.S. Green juga merupakan  pelajar ijazah kedoktoran (PhD) di bawah seliaan pemenang Nobel Fizik 1954, Profesor Max Born (1882-1970). Beliau turut dikenali bersama Born menghasilkan apa yang dipanggil Born–Green reciprocity, satu prinsip yang menerangkan simetri-dualiti antara ruang dan momentum.

Gambar 1: Herbert S. Green Sumber-https://set.adelaide.edu.au/physics-chemistry-earth-sciences/history/physics

Kajian bertajuk On the Green factorization method and supersymmetry menunjukkan bahawa kaedah Green sebenarnya mempunyai hubungan rapat dengan satu bidang moden yang lebih terkenal, iaitu Mekanik Kuantum Supersimetri (SUSY QM) [2]. Penemuan ini membuka cara baharu untuk mengira sifat penting sistem kuantum seperti aras tenaga dan superpotensi  secara langsung dan lebih elegan.

Gambar 2: Matrix Method in Quantum Mechanics: With a Forward by Max Born (1965) -Sumber-https://biblio.co.uk/book/matrix-methods-quantum-mechanics-herbert-green/d/1356981432

Supersimetri dan Superpotensi: Apa Maksudnya?

Dalam fizik, simetri merujuk kepada keutuhan sesuatu sistem apabila dikenakan transformasi atau jelmaan, seperti contoh proses putaran atau pantulan sesuatu objek. Supersimetri pula melangkaui konsep simetri ini. Ia bukan sekadar ‘simetri lebih hebat’, tetapi satu peluasan matematik yang menghubungkan zarah boson (zarah daya) dan zarah fermion (zarah jirim). Dalam mekanik kuantum, supersimetri menjadi satu alat penting untuk menyelesaikan persamaan Schrödinger.

Di sini, muncul satu objek matematik penting yang dikenali sebagai superpotensi. Ia bukanlah ‘tenaga’ dalam erti kata biasa yang mana potential energy difahami sebagai tenaga keupayaan, sebaliknya superpotensi merupakan fungsi khas yang membolehkan ahli fizik memfaktorkan Hamiltonan yang memperihalkan persamaan Schrödinger berkaitan dan mengekstrak maklumat tentang sistem tanpa perlu mengetahui fungsi gelombang asas.

Apa yang Dicapai dalam Kajian Ini?

  1. Menghidupkan semula kaedah Green – menjelaskan bagaimana operatornya ditakrifkan dan digunakan dalam masalah kuantum.
  2. Membuktikan hubungan dengan supersimetri – menunjukkan bahawa algebra kaedah Green secara semula jadi menghasilkan superpotensi.
  3. Aplikasi kepada potensi sebenar – mengaplikasi kaedah Green kepada potensi Deng–Fan (digunakan untuk memodelkan molekul dwiatom) dan potensi Möbius segi empat umum.
  4. Kesahihan keputusan – aras tenaga yang diperoleh sepadan dengan kajian terdahulu, yang seterusnya mengukuhkan lagi kebolehpercayaan kaedah ini.

Mengapa ia Penting?

  • Menyediakan jalan pintas untuk menentukan superpotensi dan aras tenaga tanpa perlu tahu fungsi gelombang asas.
  • Memperkaya set alat teori fizik untuk mengkaji sistem anharmonik, yang penting dalam spektroskopi molekul dan bahan kuantum.
  • Menunjukkan bahawa idea lama dari tahun 1965 kini dibangkitkan semula dengan konteks moden melalui kajian tahun 2023.

Kajian ini membuktikan bahawa kaedah Green bukan sahaja masih relevan, tetapi juga berhubung rapat dengan supersimetri kuantum. Ia membuka jalan untuk membangunkan satu kerangka matematik yang menyatukan pelbagai teknik pemfaktoran, yang menyumbang kepada aplikasi lebih luas pada masa depan seperti spektroskopi molekul hinggalah kepada kajian bahan kuantum.

Nota Istilah

  • Harmonik → sistem pengayun harmonik
  • Hamiltonan →  jumlah tenaga mekanik iaitu tenaga kinetik dan tenaga keupayaan
  • Tenaga keupayaan → digunakan bila V(x) ditafsirkan sebagai sebahagian daripada jumlah tenaga mekanik.
  • Potensi → digunakan bila V(x) dianggap sebagai fungsi matematik dalam persamaan Schrödinger.
  • Superpotensi → fungsi khas dalam supersimetri kuantum; bukan tenaga, tetapi alat algebra.


Rujukan

[1] Gree, H.S. (1965). Matrix Methods in Quantum Mechanics. Barnes & Noble Inc. Forward by M.Born

[2] Tan M.Y., Nurisya, M.S. &  Zainuddin, H (2023). On the Green Factorization Method and Supersymmetry. Phys. Scr. 98 (2023) 015027

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: FizikFizik BermatematikGreen FactorizationJabatan Fizik UPMmathematical physicsMudahnyaBacaJurnalNurisya M.ShahUPM
ShareTweetShare
Previous Post

Rahsia Usia Di Sebalik Senyuman

Editor

Editor

Related Posts

Rahsia Usia Di Sebalik Senyuman
Berita & Peristiwa

Rahsia Usia Di Sebalik Senyuman

13 hours ago
Like, Komen, Share dan Hubungannya dengan Matematik
Berita & Peristiwa

Like, Komen, Share dan Hubungannya dengan Matematik

3 days ago
Peranan Penting Rekod Pergigian dalam Pengecaman Forensik
Berita & Peristiwa

Peranan Penting Rekod Pergigian dalam Pengecaman Forensik

4 days ago
Garis Diagonal pada Cuping Telinga -Petunjuk Risiko Masalah Saluran Darah Jantung?
Berita & Peristiwa

Garis Diagonal pada Cuping Telinga -Petunjuk Risiko Masalah Saluran Darah Jantung?

5 days ago

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In