23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, May 31, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Peranan Penting Rekod Pergigian dalam Pengecaman Forensik

Peranan Penting Rekod Pergigian dalam Pengecaman Forensik

Editor by Editor
09/10/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Nurul Liyana Berahim¹ & Dr. Nor Atika Md Ashar²

¹Pelajar Siswazah Program Kepakaran Doktor Odontologi Forensik, Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia
²Pensyarah Kanan/ Pakar Odontologi Forensik, Fakulti Pergigian Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Rekod pergigian merupakan maklumat penting yang diperoleh hasil daripada pemeriksaan pergigian terhadap pesakit yang mendapatkan rawatan di mana-mana klinik pergigian. Maklumat ini tidak hanya terhad kepada catatan ringkas tentang rawatan pergigian, tetapi merangkumi pelbagai aspek yang berkaitan dengan kesihatan pergigian serta kesihatan umum pesakit. Antaranya termasuklah rekod kehadiran pesakit di klinik pergigian, tujuan pesakit hadir sama ada untuk pemeriksaan rutin, rawatan kecemasan, atau rawatan susulan, maklumat perubatan dan pergigian lampau yang boleh mempengaruhi rawatan, hasil pemeriksaan klinikal dan radiografik, keputusan penyiasatan lanjut, diagnosis penyakit pergigian dan keadaan mulut, rancangan rawatan yang dipersetujui bersama pesakit, rawatan yang telah dijalankan, maklumat daripada makmal pergigian serta rekod pembayaran. Keseluruhan maklumat ini membentuk satu dokumen lengkap yang bukan sahaja memberi panduan kepada doktor pergigian ketika merawat pesakit, malah berfungsi sebagai rujukan bagi rawatan di masa akan datang.

Rekod pergigian adalah merupakan dokumen sulit yang perlu dilindungi. Ia hanya boleh diakses oleh individu yang diberi kebenaran, sama ada doktor pergigian yang merawat, pihak pentadbiran klinik, atau pihak berkuasa tertentu yang mendapat kelulusan undang-undang. Rekod ini digunakan bagi memastikan penjagaan kesihatan pergigian pesakit dapat dibuat secara menyeluruh, tepat dan konsisten. Sekiranya pesakit bertukar klinik atau doktor pergigian, rekod yang lengkap membolehkan kesinambungan rawatan berlaku tanpa kekeliruan maklumat. Di Malaysia, panduan baru mengenai penyediaan dan penyimpanan rekod pergigian telah dipersetujui dan dikuatkuasakan oleh Majlis Pergigian Malaysia bagi kegunaan semua pengamal pergigian bermula daripada 14 Februari 2023. Garis panduan ini bertujuan menyeragamkan cara rekod disediakan, disimpan, dan dilindungi agar sejajar dengan piawaian antarabangsa serta undang-undang tempatan.

Terdapat pelbagai jenis rekod pergigian yang biasa digunakan. Antaranya ialah carta pergigian, rekod klinikal pemeriksaan dan rawatan, radiograf, gambar klinikal termasuk ekstraoral dan intraoral, model gigi, prostesis gigi dan laporan makmal pergigian. Carta pergigian merupakan antara rekod pergigian yang paling asas dan paling biasa digunakan. Terdapat pelbagai format carta pergigian yang wujud, namun fungsinya tetap sama iaitu merekodkan keadaan setiap gigi yang ada, rosak atau telah menerima rawatan tertentu, atau gigi yang tiada di dalam mulut pesakit akibat telah dicabut atau ketiadaan secara kongenital. Carta ini juga perlu diisi bagi setiap pesakit baru, diperbaharui secara berkala, diperbaharui sekurang-kurangnya sekali setahun, atau sekiranya terdapat perubahan besar pada status pergigian pesakit seperti cabutan gigi, penambahan tampalan atau pemasangan prostesis baru.

Tempoh penyimpanan rekod pergigian juga telah ditetapkan oleh undang-undang. Majoriti rekod ini disimpan di klinik pergigian sekurang-kurangnya selama tujuh tahun selepas kali terakhir pesakit mendapatkan rawatan di klinik pergigian tersebut mengikut panduan yang telah ditetapkan. Rekod yang disimpan dalam jangka masa panjang membolehkan rujukan semula dibut sekiranya maklumat diperlukan untuk sebarang tujuan bagi kepentingan pesakit. Sejak masa lalu, rekod pergigian lazimnya ditulis secara manual dalam fail pesakit oleh doktor pergigian yang merawat, tetapi seiring dengan perkembangan teknologi, banyak klinik pergigian kini telah beralih kepada sistem rekod digital bagi menyimpan maklumat pergigian. Kaedah digital bukan sahaja menjadikan proses merekod, menyimpan dan mencari maklumat berlaku dengan lebih efisien, malah ia membolehkan data dipindahkan dengan pantas sekiranya diperlukan untuk rujukan doktor atau pakar pergigian lain atau bagi tujuan pentadbiran kesihatan awam.

Pengecaman Forensik

Selain digunakan bagi tujuan menjalankan rawatan, rekod pergigian juga mempunyai nilai yang lebih besar dalam bidang forensik. Dalam keadaan tertentu, rekod pergigian digunakan oleh doktor pergigian forensik bagi mengenal pasti identiti seseorang individu dalam proses pengecaman mayat tanpa dokumen. Dalam kes-kes sebegini, maklumat mengenai klinik pergigian yang pernah dilawati oleh mangsa ketika masih hidup biasanya diperolehi melalui temuramah dengan ahli keluarga terdekat dan kenalan rapat. Namun, terdapat juga keadaan di mana ahli keluarga tidak mengetahui lokasi mangsa mendapatkan rawatan pergigian. Dalam situasi ini, pencarian rekod pergigian secara rawak, berpandukan alamat rumah atau alamat tempat kerja mangsa akan dilakukan.

Apabila klinik pergigian di mana pesakit berkaitan mendapatkan rawatan berjaya dikenalpasti, pihak polis atau pihak berkuasa berkaitan akan mendapatkan rekod pergigian daripada klinik pergigian yang berkenaan. Rekod ini akan berperanan sebagai rekod pergigian antemortem (iaitu rekod ketika individu masih hidup). Rekod antemortem ini kemudiannya akan dibandingkan dengan rekod posmortem yang diperolehi melalui pemeriksaan pergigian ke atas mangsa di bilik mayat oleh doktor pergigian forensik. Proses ini merupakan langkah penting dalam identifikasi, lebih-lebih lagi apabila kaedah lain tidak dapat digunakan.

Proses pengecaman mayat menggunakan gigi melalui perbandingan maklumat antemortem dan postmortem telah diiktiraf oleh badan antarabangsa, sebagai salah satu daripada tiga cara identifikasi utama terhadap mangsa bencana selain daripada cap jari dan DNA. Ini adalah kerana gigi merupakan salah satu bahagian yang unik dalam badan manusia. Gigi manusia juga adalah kukuh, terlindung di dalam rongga mulut, serta mampu bertahan walaupun terdedah kepada haba, trauma, atau pereputan selepas kematian. Dalam kes bencana besar seperti nahas kapal terbang, runtuhan bangunan, atau bencana alam, proses mencari dan mengeluarkan mangsa biasanya mengambil masa lama. Apabila mayat ditemui, kebanyakannya sudah berada dalam fasa pereputan lewat, khususnya dalam keadaan iklim Malaysia yang panas dan lembap. Pada tahap ini, pengecaman wajah oleh ahli keluarga hampir mustahil kerana perubahan drastik pada ciri fizikal. Kaedah cap jari pula mungkin gagal akibat degradasi tisu, manakala sampel DNA boleh terjejas oleh faktor persekitaran. Maka, gigi menjadi pilihan terbaik untuk membantu proses pengecaman.

Maklumat Pengecaman

Maklumat pergigian yang digunakan dalam proses identifikasi juga adalah unik bagi setiap individu. Antara aspek yang diberi perhatian termasuklah bilangan gigi yang masih ada, jenis rawatan pergigian yang pernah dijalani (seperti tampalan, rawatan saluran akar, mahkota, jambatan atau implan), penggunaan prosthesis seperti gigi palsu, serta susunan dan bentuk gigi yang sememangnya berbeza antara satu individu dengan individu lain. Malah, tanda-tanda kecil seperti jenis bahan tampalan yang digunakan, kedudukan gigi yang tidak teratur, atau kehadiran penyakit periodontal turut boleh dijadikan bukti sokongan. Semua faktor ini memberikan satu profil pergigian yang unik, ibarat ‘cap jari dalam mulut’ seseorang.

Walau bagaimanapun, keberkesanan proses identifikasi ini sangat bergantung kepada keadaan dan kualiti rekod pergigian yang ada. Jika rekod pergigian antemortem tidak lengkap, ditulis secara sambil lewa, atau tidak disimpan dengan baik, proses perbandingan dengan rekod postmortem menjadi sukar. Begitu juga jika gigi mangsa telah musnah akibat haba tinggi seperti kebakaran, atau telah hilang kerana trauma besar, maklumat yang boleh digunakan menjadi terhad. Oleh itu, usaha untuk memastikan rekod pergigian sentiasa lengkap, kemas kini, dan disimpan dengan baik adalah sangat penting, bukan sahaja bagi tujuan rawatan, tetapi juga bagi membantu proses identifikasi dalam konteks forensik.

Rekod pergigian memainkan peranan yang amat besar dan luas fungsinya. Ia bukan sahaja menjadi rujukan dalam memberikan rawatan kesihatan pergigian kepada pesakit, malah berperanan sebagai bukti perundangan dan dokumen forensik yang boleh membantu dalam proses mengenal pasti mangsa yang tidak dikenali. Dengan penguatkuasaan garis panduan baharu oleh Majlis Pergigian Malaysia pada tahun 2023, diharapkan tahap penyediaan dan penyimpanan rekod pergigian akan menjadi lebih sistematik, seragam, dan boleh dipercayai. Akhirnya, rekod pergigian bukan sahaja melindungi kepentingan pesakit ketika hidup, tetapi juga dapat memberikan identiti dan maruah kepada seseorang selepas kematian.

Kredit foto-dentistchannel


Rujukan:

Malaysian Dental Council, Malaysian Dental Therapists Board. Guidelines for dental record keeping and dental charting. Putrajaya: Malaysian Dental Council; 2023.

INTERPOL Disaster Victim Identification Guide 2023. Maley, S., & Higgins, D. (2024). Validity of postmortem computed tomography for use in forensic odontology identification casework. Forensic Science, Medicine, and Pathology, 20(1), 43–50. https://doi-org.eresourcesptsl.ukm.remotexs.co/10.1007/s12024-023-00591-9

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: carta pergigianFakulti Pergigian UKMForensikforensik pergigianMajlis Pergigian MalaysiaNor Atika Md Asharpengecaman identitirekod pergigianSains Forensik
ShareTweetShare
Previous Post

Garis Diagonal pada Cuping Telinga -Petunjuk Risiko Masalah Saluran Darah Jantung?

Next Post

Like, Komen, Share dan Hubungannya dengan Matematik

Editor

Editor

Related Posts

Daun Kelapa Sawit: Sisa Ladang yang Berpotensi Menjadi Rawatan Luka Masa Hadapan
Alam Semulajadi

Daun Kelapa Sawit: Sisa Ladang yang Berpotensi Menjadi Rawatan Luka Masa Hadapan

9 hours ago
Keupayaan Kumpulan Ikan Diadromus Beradaptasi dengan Iklim
Alam Semulajadi

Keupayaan Kumpulan Ikan Diadromus Beradaptasi dengan Iklim

2 days ago
30 Saat yang Mengubah Plastik Menjadi Helaian Grafin
Berita & Peristiwa

30 Saat yang Mengubah Plastik Menjadi Helaian Grafin

2 days ago
Dari Bunga ke Elektrik: Bagaimana Bunga Telang Mungkin Menjadi Sumber Tenaga Masa Depan
Alam Semulajadi

Dari Bunga ke Elektrik: Bagaimana Bunga Telang Mungkin Menjadi Sumber Tenaga Masa Depan

2 days ago
Next Post
Like, Komen, Share dan Hubungannya dengan Matematik

Like, Komen, Share dan Hubungannya dengan Matematik

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In