23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, April 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pembunuh Senyap: Keracunan Gas Karbon Monoksida

Pembunuh Senyap: Keracunan Gas Karbon Monoksida

Editor by Editor
20/02/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Wan Mohammad Hafiz bin Wan Razali 
Pensyarah Perubatan,
Jabatan Patologi Forensik
Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) 

Dalam dunia perubatan forensik, kematian sering kali meninggalkan jejak yang boleh ditafsir oleh mereka yang terlatih. Tubuh manusia, walaupun sudah tidak bernyawa, namun ia masih mampu menceritakan mengenai saat-saat akhir kehidupan mereka melalui perubahan fisiologi dan kimia dalam badan sewaktu sebelum dan juga selepas meninggal dunia. Salah satu cerita yang paling tragis namun sering berulang dalam masyarakat kita adalah kematian akibat keracunan gas karbon monoksida. Ia digelar pembunuh senyap atau the silent killer kerana sifatnya yang hadir tanpa rupa, tanpa bau, dan tanpa rasa, namun mampu meragut nyawa dalam masa yang singkat tanpa disedari oleh mangsa.

Karbon monoksida adalah gas beracun yang terhasil daripada proses pembakaran bahan api yang tidak lengkap. Ia wujud di sekeliling kita, terutamanya daripada ekzos kenderaan, asap kebakaran, dan juga daripada peralatan pemanas yang rosak. Ancaman utama gas ini terletak pada interaksinya dengan darah manusia. Di dalam tubuh kita, sel darah merah mengandungi protein bernama hemoglobin yang berfungsi sebagai kenderaan untuk mengangkut gas oksigen dari paru-paru ke seluruh tisu badan. Namun, hemoglobin mempunyai satu kelemahan fatal iaitu ia mempunyai daya tarikan atau afiniti kimia terhadap karbon monoksida yang jauh lebih tinggi yang mana ia dianggarkan antara 200 hingga 250 kali ganda lebih kuat berbanding daya tarikannya terhadap oksigen.

Sebagai contoh, apabila seseorang menghidu udara yang tercemar dengan gas karbon monoksida, molekul karbon monoksida akan merampas tempat oksigen pada hemoglobin, membentuk sebatian yang dipanggil karboksihemoglobin (Rajah 1). Akibatnya, darah tidak lagi mampu membawa oksigen yang mencukupi ke otak dan jantung. Keadaan ini menyebabkan hipoksia dalaman yang kritikal, di mana sel-sel badan lemas kerana tidak dapat menerima oksigen daripada darah merah walaupun mangsa masih bernafas seperti biasa, angkara sebatian.

Rajah 1. Ilustrasi menunjukkan pembentukan karboksihemoglobin dalam darah.

Senario yang paling kerap dikaitkan dengan keracunan ini di Malaysia adalah kematian di dalam kenderaan yang berhenti. Kita sering dikejutkan dengan laporan media mengenai individu atau sekeluarga yang ditemui meninggal dunia di dalam kereta di kawasan rehat lebuh raya atau stesen minyak. Dalam kebanyakan kes ini, enjin kenderaan dibiarkan hidup untuk membolehkan sistem penghawa dingin berfungsi. Orang ramai sering menyalah anggap bahawa kematian ini berpunca daripada kehabisan oksigen di dalam ruang kabin yang tertutup. Hakikat sebenarnya adalah jauh lebih menakutkan.

Kematian dalam situasi ini biasanya berlaku akibat kebocoran pada sistem ekzos kenderaan atau struktur lantai kereta yang berkarat. Apabila kereta tidak bergerak, asap ekzos yang mengandungi karbon monoksida dalam kepekatan tinggi boleh terkumpul di bawah kenderaan dan meresap masuk ke dalam kabin penumpang melalui celahan-celahan kecil. Sifat gas karbon monoksida yang turut memberi kesan sedatif atau mengantuk menyebabkan mangsa tidak menyedari bahawa mereka sedang diracuni. Mereka mungkin berasa sedikit pening atau letih, lalu tertidur, dan akhirnya tidak sedarkan diri apabila paras tepu carboxyhemoglobin dalam darah meningkat ke tahap yang membawa maut. Inilah sebabnya mengapa mangsa dalam kes sebegini sering ditemui dalam keadaan seolah-olah sedang tidur dengan tenang.

Selain daripada kenderaan, keracunan karbon monoksida juga merupakan punca utama kematian dalam kejadian kebakaran rumah atau bangunan. Sering kali, apabila bedah siasat dijalankan ke atas mangsa kebakaran, pakar patologi forensik mendapati bahawa punca kematian bukanlah disebabkan oleh luka terbakar semata-mata, sebaliknya akibat terhidu asap tebal yang sarat dengan karbon monoksida. Dalam kebakaran di ruang tertutup, pembakaran perabot dan struktur bangunan membebaskan kuantiti karbon monoksida yang sangat besar. Mangsa yang terperangkap mungkin akan pengsan dan meninggal dunia akibat keracunan gas ini jauh lebih awal sebelum api sempat menyambar tubuh mereka.

Dalam penyiasatan forensik bagi kes kebakaran, kehadiran jelaga hitam di dalam saluran pernafasan trakea dan paru paru adalah petunjuk penting bahawa mangsa masih bernafas semasa kebakaran berlaku. Ini, digabungkan dengan paras karboksihemoglobin yang tinggi dalam darah, mengesahkan bahawa mangsa meninggal dunia akibat asfiksia kimia daripada asap, dan bukannya mati sebelum kebakaran bermula. Penemuan ini amat kritikal dalam membezakan antara kematian kemalangan dan kes jenayah yang cuba dilindungi dengan pembakaran bukti.

Dari sudut pandang patologi forensik, diagnosis keracunan karbon monoksida ini sering kali dapat dikesan melalui tanda luaran yang sangat spesifik pada jenazah. Dalam kematian biasa, darah yang tidak lagi dipam oleh jantung akan mendap ke bahagian terendah tubuh akibat tarikan graviti, membentuk lebam mayat atau juga dikenali dalam bahasa Inggeris sebagai hypostasis atau livor mortis. Lebam mayat untuk kes kematian yang biasa seperti masalah semula jadi seperti serangan jantung akan berwarna merah gelap atau keunguan, menjadikan lebam mayat kelihatan lebam biru-ungu.

Namun, situasi ini berbeza bagi mangsa keracunan karbon monoksida. Sebatian karboksihemoglobin yang terbentuk dalam darah mempunyai pigmen warna merah yang sangat terang dan stabil. Oleh hal yang demikian, lebam mayat yang terbentuk pada jenazah mangsa keracunan ini tidak berwarna ungu gelap, sebaliknya berwarna merah ceri atau cherry-red (Rajah 2).

Rajah 2. Foto lebam mayat yang berwarna merah ceri disebabkan oleh keracunan karbon monoksida. (Sumber: “Postmortem Changes: Overview,” by M. Tsokos & R.W. Byard, 2016, Encyclopedia of Forensic and Legal Medicine (Edisi Kedua))

Warna merah ceri ini tidak hanya terhad pada kulit luaran. Semasa prosedur autopsi atau bedah siasat dijalankan, pakar patologi sering kali menemui perubahan warna yang sama pada organ dalaman dan tisu otot. Darah yang mengalir keluar semasa pembedahan akan kelihatan cair dan merah ceri, berbeza dengan darah mayat biasa yang lebih pekat dan gelap. Organ seperti paru-paru dan usus juga mungkin menunjukkan rona merah jambu yang tidak normal. Walau bagaimanapun, perlu diingatkan bahawa tanda merah ceri ini mungkin sukar dilihat pada individu yang mempunyai kulit gelap atau jika paras karbon monoksida tidak mencapai tahap tepu yang ekstrem.

Pengesahan muktamad bagi punca kematian ini tidak hanya bergantung pada pemerhatian mata kasar sahaja. Sampel darah mangsa perlu dihantar ke makmal toksikologi untuk analisis kuantitatif. Bagi seorang perokok tegar, paras karboksihemoglobin dalam darah mungkin mencecah sehingga 10 peratus, namun paras yang melebihi 50 peratus lazimnya dianggap sebagai paras maut bagi individu yang sihat.

Kesimpulannya, fenomena perubahan warna pada mayat ini adalah satu manifestasi sains kimia yang berlaku dalam tubuh manusia. Ia menjadi saksi bisu kepada tragedi yang menimpa mangsa. Memahami bahaya karbon monoksida adalah penting bagi masyarakat umum. Tragedi kematian di dalam kereta atau akibat kebakaran sering kali boleh dielakkan dengan langkah pencegahan yang betul, seperti penyelenggaraan sistem ekzos kenderaan dan pemasangan pengesan asap di kediaman.

 

Rujukan:

  1. Kinoshita H, Türkan H, Vucinic S, Naqvi S, Bedair R, Rezaee R, Tsatsakis A. Carbon monoxide poisoning. Toxicol Rep. 2020 Jan 20;7:169-173. doi: 10.1016/j.toxrep.2020.01.005. PMID: 32015960.
  2. Sartori A, Tiberio M, Gottardo R, Del Balzo G, Vermiglio E, Raniero D, De Leo D. Carbon monoxide related deaths: A Verona case series. When cooperation becomes compulsory. Leg Med (Tokyo). 2024 Mar;67:102375. doi: 10.1016/j.legalmed.2023.102375. Epub 2023 Dec 22. PMID: 38154312.
  3. McMahon K, Launico MV. Carbon Monoxide Toxicity. [Updated 2025 Apr 19]. In: StatPearls [Internet]. Treasure Island (FL): StatPearls Publishing; 2025 Jan. Available from: https://www.ncbi.nlm.nih.gov/books/NBK430740/
  4. Kinoshita H, Türkan H, Vucinic S, Naqvi S, Bedair R, Rezaee R, Tsatsakis A. Carbon monoxide poisoning. Toxicol Rep. 2020 Jan 20;7:169-173. doi: 10.1016/j.toxrep.2020.01.005. PMID: 32015960; PMCID: PMC6992844.
  5. Saukko, P., & Knight, B. (2015). Knight’s Forensic Pathology (4th ed.). CRC Press. 

Biodata ringkas pengarang:
Dr. Wan Mohammad Hafiz bin Wan Razali merupakan Pensyarah Perubatan Kanan di Fakulti Perubatan, Universiti Teknologi MARA (UiTM) dan juga Pakar Patologi Forensik di Hospital Al-Sultan Abdullah, UiTM Puncak Alam. Beliau aktif dalam penyelidikan berkaitan patologi forensik.

Tags: Fakulti Perubatankarbon monoksidakemalangan karbon monoksidaKeracunan Gas Karbon Monoksidapatologi forensiktragedi karbon monoksidaUniversiti Teknologi MARA (UiTM)Wan Mohammad Hafiz bin Wan Razali
ShareTweetShare
Previous Post

Cat yang Mengembang Apabila Terbakar: Sains di Sebalik Perlindungan Api

Next Post

Cermin Mata Bukan Sekadar Mencegah Rabun

Editor

Editor

Related Posts

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden
Berita & Peristiwa

Menembusi Sempadan Mikroskopik: Teknologi Mikro-CT dalam Revolusi Sains Moden

11 hours ago
Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin
Alam Semulajadi

Isu dan Cabaran Penternakan Ikan Patin

2 days ago
Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami
Alam Semulajadi

Memahami Gempa Terbesar Malaysia di Perairan Kudat Tanpa Tsunami

3 days ago
Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian
Berita & Peristiwa

Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian

3 days ago
Next Post
Cermin Mata Bukan Sekadar Mencegah Rabun

Cermin Mata Bukan Sekadar Mencegah Rabun

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In