23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, April 29, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Ancaman Mikroplastik dalam Rantai Makanan Kita

Ancaman Mikroplastik dalam Rantai Makanan Kita

Editor by Editor
30/03/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Ts. Dr. Nurjannah Salim
Pensyarah Kanan, 
Fakulti Sains dan Teknologi Industri, Universiti Malaysia Pahang Al Sultan Abdullah (UMPSA)

Kita sering diingatkan bahawa pemakanan yang sihat bermula daripada pilihan yang bijak. Namun, dalam dunia moden yang semakin kompleks, persoalannya bukan lagi sekadar apa yang kita makan, tetapi apa yang tersembunyi di dalamnya. Tanpa kita sedari, zarah plastik bersaiz mikroskopik mungkin turut menjadi “penumpang” dalam hidangan harian kita. Fenomena ini berkait rapat dengan kehadiran mikroplastik, iaitu serpihan plastik bersaiz kurang daripada 5 milimeter. Zarah ini terhasil apabila plastik yang dibuang ke alam sekitar terdedah kepada cahaya matahari, haba, dan tindakan fizikal seperti ombak serta geseran.

Plastik seperti di Rajah 1, ianya tidak benar-benar hilang, ia hanya berpecah menjadi bahagian yang lebih kecil dan semakin sukar dikesan. Dalam sesetengah keadaan, ia terus mengecil menjadi nanoplastik, yang berpotensi menembusi sistem biologi pada tahap selular. Apa yang lebih membimbangkan, mikroplastik kini bukan sahaja ditemui di lautan, tetapi juga dalam sungai, tanah, udara, dan pelbagai sumber makanan manusia. Ia seolah-olah menjadi sebahagian daripada kitaran alam yang baharu, kitaran yang dicipta oleh aktiviti manusia sendiri.

Rajah 1: Pencemaran plastik di lautan

Lautan yang Tidak Lagi Sama

Lautan sering dianggap sebagai sumber kehidupan dimana tempat bermulanya rantaian makanan marin. Namun hari ini, lautan juga menjadi tempat pengumpulan pelbagai jenis sisa plastik. Dari permukaan hingga ke dasar laut, mikroplastik tersebar luas. Zarah ini sering menyerupai plankton dari segi saiz dan tingkah laku. Akibatnya, hidupan marin seperti zooplankton, ikan kecil, udang, dan kerang-kerangan mudah tersalah anggap mikroplastik sebagai makanan. Proses ini berlaku secara senyap, tanpa disedari, tetapi kesannya berpanjangan.

[ARTIKEL LAIN BERKENAAN ISU MIKROPLASTIK]

Apabila organisma kecil ini dimakan oleh pemangsa yang lebih besar, mikroplastik tidak terurai atau hilang. Sebaliknya, ia terkumpul dalam tisu badan melalui proses yang dikenali sebagai bioakumulasi. Dari satu peringkat ke peringkat yang lain, kepekatan mikroplastik boleh meningkat dan fenomena ini disebut sebagai biomagnifikasi. Akhirnya, manusia sebagai pengguna di peringkat tertinggi dalam rantaian makanan turut terdedah kepada zarah ini. Dari laut ke pinggan makan, perjalanan mikroplastik berlaku tanpa kita sedari.

Realiti yang Sukar Dibayangkan

Sejauh mana sebenarnya kita terdedah kepada mikroplastik? Soalan ini masih menjadi perdebatan dalam kalangan saintis, namun beberapa kajian memberikan gambaran awal yang membimbangkan. Satu kajian oleh University of Newcastle menganggarkan bahawa manusia boleh mengambil kira-kira 5 gram mikroplastik setiap minggu, bersamaan berat sekeping kad kredit (Cox et al., 2019). Dalam tempoh setahun, jumlah ini boleh mencecah ratusan gram.

Pendedahan ini tidak hanya datang daripada makanan laut. Mikroplastik juga telah dikesan dalam air minuman, termasuk air botol dan air paip, serta dalam garam makanan. Malah, zarah halus ini juga boleh berada dalam udara yang kita sedut setiap hari, terutamanya dalam persekitaran tertutup.

Di Malaysia, kajian tempatan turut mengesahkan kehadiran mikroplastik dalam pelbagai komponen alam sekitar, termasuk air sungai, sedimen, dan hidupan marin seperti kerang-kerangan (Praveena et al., 2020). Penemuan ini menunjukkan bahawa isu mikroplastik bukan lagi sesuatu yang jauh atau abstrak, tetapi realiti yang semakin hampir dengan kehidupan seharian kita.

Ancaman yang Tidak Kelihatan

Rajah 2: Kesan pendedahan mikroplastik kepada tubuh manusia dan pencemaran mikroplastik di Malaysia.

Mikroplastik bukan sekadar zarah kecil yang tidak memberi kesan. Dari sudut saintifik, ia mempunyai ciri-ciri yang menjadikannya berpotensi berbahaya. Permukaan mikroplastik yang luas membolehkannya bertindak seperti “span”, menyerap pelbagai bahan pencemar dari persekitaran. Antaranya termasuk bahan pencemar organik tegar, logam berat, dan bahan tambahan plastik seperti Bisphenol A (BPA) serta phthalates.

Apabila mikroplastik memasuki tubuh manusia seperti di Rajah 2, ia tidak semata-mata membawa zarah plastik, tetapi juga bahan-bahan toksik yang melekat padanya. Ini menimbulkan kebimbangan terhadap kesan kesihatan yang mungkin berlaku. Antara kesan yang sedang dikaji termasuk gangguan sistem hormon, tindak balas keradangan, dan stres oksidatif. Zarah yang lebih kecil, seperti nanoplastik, berpotensi menembusi membran sel dan berinteraksi dengan sistem biologi pada tahap yang lebih mendalam.

Tambahan pula, kajian yang diterbitkan dalam Environment International (Leslie et al., 2022) telah mengesan kehadiran mikroplastik dalam darah manusia. Penemuan ini membuka dimensi baharu dalam memahami bagaimana zarah ini bergerak dalam tubuh dan berpotensi sampai ke organ-organ penting. Walaupun kesan jangka panjang masih belum difahami sepenuhnya, bukti yang semakin bertambah menunjukkan bahawa mikroplastik bukan lagi isu kecil yang boleh diabaikan.

Malaysia: Cabaran di Pesisir Pantai

Sebagai negara yang dikelilingi lautan, Malaysia berada dalam kedudukan yang unik tetapi mencabar. Sungai-sungai utama seperti Sungai Klang dan Sungai Langat menjadi laluan penting yang membawa sisa plastik dari daratan ke laut. Apabila plastik ini terurai, ia menyumbang kepada pembentukan mikroplastik yang seterusnya mencemari perairan seperti Selat Melaka dan Laut China Selatan. Kesan ini bukan sahaja menjejaskan ekosistem marin, tetapi juga memberi implikasi kepada keselamatan makanan dan ekonomi negara, khususnya sektor perikanan.

Pelbagai inisiatif telah diperkenalkan oleh kerajaan, termasuk Pelan Hala Tuju Sifar Plastik Sekali Guna 2018–2030. Namun, kejayaan pelaksanaannya memerlukan kerjasama semua pihak iaitu daripada pembuat dasar hingga pengguna. Persoalannya, sejauh mana kita bersedia untuk bertindak.

Ke arah Perubahan yang Lebih Bermakna

Mengatasi isu mikroplastik memerlukan perubahan yang lebih menyeluruh. Kitar semula sahaja tidak mencukupi, kerana sebahagian besar plastik tidak dapat diproses dengan berkesan. Pendekatan yang lebih mampan termasuk mengurangkan penggunaan plastik sekali guna, serta membangunkan bahan alternatif yang lebih mesra alam. Penyelidikan dalam bahan berasaskan lignoselulosa dan biopolimer menawarkan potensi besar dalam menggantikan plastik konvensional.

Dalam masa yang sama, perubahan tingkah laku pengguna memainkan peranan penting. Langkah kecil seperti membawa beg sendiri atau mengurangkan penggunaan pembungkusan plastik boleh memberi kesan yang besar jika diamalkan secara konsisten.

Isu mikroplastik adalah cerminan kepada gaya hidup moden iaitu mudah, cepat, tetapi sering mengabaikan kesan jangka panjang. Ia mengingatkan kita bahawa setiap tindakan mempunyai implikasi, walaupun tidak dapat dilihat dengan mata kasar. Apa yang kita buang hari ini tidak hilang begitu sahaja. Ia kembali kepada kita, mungkin dalam bentuk yang lebih halus, tetapi lebih sukar untuk dielakkan.

Dalam menghadapi cabaran ini, sains memberikan kita pemahaman. Namun, tindakan kitalah yang akan menentukan masa depan. Kerana pada akhirnya, bumi ini bukan sekadar tempat kita hidup, tetapi amanah yang perlu kita pelihara untuk generasi akan datang.

Kredit foto utama-plasticengineering

Rujukan

  1. Cox, K. D., Covernton, G. A., Davies, H. L., Dower, J. F., Juanes, F., & Dudas, S. E. (2019). Human consumption of microplastics. Environmental science & technology, 53(12), 7068-7074.
  2. Leslie, H. A., Van Velzen, M. J., Brandsma, S. H., Vethaak, A. D., Garcia-Vallejo, J. J., & Lamoree, M. H. (2022). Discovery and quantification of plastic particle pollution in human blood. Environment international, 163, 107199.
  3. Praveena, S. M., Pakharuddin, N. A. A., Nafisyah, A. L., Karuppannan, S., & Sundaramanickam, A. (2025). Baseline assessment of microplastics pollution in beach sediments along tropical coastline (Kuala Langat, Malaysia). Marine Pollution Bulletin, 216, 117938.
  4. Andrady, A. L. (2011). Microplastics in the marine environment. Marine pollution bulletin, 62(8), 1596-1605.
  5. Galloway, T. S., & Lewis, C. N. (2016). Marine microplastics spell big problems for future generations. Proceedings of the national academy of sciences, 113(9), 2331-2333.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ancaman mikroplastikgangguan rantaian makananNurjannah Salimpencemaran lautrantaian makananUMPSA
ShareTweetShare
Previous Post

Vaksin Denggi, Kadar Perlindungan dan Kebimbangan Orang Ramai

Next Post

Teknologi Salutan Polimer, Bukan Sekadar Cat

Editor

Editor

Related Posts

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

24 hours ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

2 days ago
Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital
Berita & Peristiwa

Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital

3 days ago
Dari Idea ke Realiti: Kuasa Pencetak 3D Mengubah Dunia
Berita & Peristiwa

Dari Idea ke Realiti: Kuasa Pencetak 3D Mengubah Dunia

3 days ago
Next Post
Teknologi Salutan Polimer, Bukan Sekadar Cat

Teknologi Salutan Polimer, Bukan Sekadar Cat

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In