23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, June 15, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Edu Tourism EdAS: Membina Jambatan Ilmu Bersama Murid Orang Asli SK Tekir

Edu Tourism EdAS: Membina Jambatan Ilmu Bersama Murid Orang Asli SK Tekir

Editor by Editor
15/06/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Dr. Siti Munirah Mohd
Education & Advance Sustainability (EdAS),
Kolej PERMATA Insan, Universiti Sains Islam Malaysia

Melalui inisiatif proaktif Kumpulan Penyelidikan (Education & Advanced Sustainability (EdAS) dari Kolej PERMATA Insan (KPI), Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) program Edu Tourism: Knowledge Beyond Borders telah berjaya dianjurkan di Sekolah Kebangsaan Tekir yang juga merupakan sekolah rendah orang asli sebagai usaha memperkasa pendidikan komuniti melalui pendekatan pembelajaran interaktif dan berimpak tinggi. Program ini melibatkan penyertaan lima orang pensyarah KPI bersama fasilitator yang terdiri daripada 21 orang murid Kolej PERMATA Insan serta 78 murid sekolah rendah daripada Tahun 1 hingga Tahun 6 yang bertindak sebagai peserta. Disamping itu, program ini juga turut dibantu oleh semua tenaga pengajar Sekolah Kebangsaan Tekir dalam menjayakan program ini dengan sempurna.

Program berteraskan pendidikan luar bilik darjah ini memberi fokus kepada dua bidang utama, iaitu Matematik dan bahasa Melayu melalui pendekatan pembelajaran interaktif, kreatif dan berasaskan pengalaman. Inisiatif ini bukan sahaja bertujuan meningkatkan minat murid terhadap ilmu, malah membuka ruang pendedahan awal kepada budaya pembelajaran abad ke-21 yang mengintegrasikan teknologi, komunikasi dan pemikiran kritis, terutamanya kepada murid orang asli dan luar bandar.

Antara pengisian utama program ialah seminar bertajuk MEKAR RIMBA: Permata Desa ke Menara Gading yang memberi motivasi serta kesedaran kepada murid tentang kepentingan pendidikan sebagai jambatan perubahan masa depan. Seminar ini turut menyuntik semangat kepada murid luar bandar untuk berani bermimpi dan menanam cita-cita dan melanjutkan pelajaran ke peringkat lebih tinggi.

Selain itu, program ini turut menampilkan pameran interaktif Pencetakan 3D yang bertemakan 3D Printopia yang berjaya menarik perhatian para peserta melalui pendekatan pembelajaran secara visual dan sentuhan. Tiga modul utama diperkenalkan, iaitu Modul Tactile 3DP Math yang membantu murid memahami konsep Matematik melalui bahan bercetak 3D, Modul Visual & Ayat bagi meningkatkan penguasaan bahasa Melayu melalui rangsangan visual, serta Kod Simpulan Bahasa yang memperkenalkan simpulan bahasa secara kreatif menggunakan elemen kod dan permainan bahasa.

Pendekatan pembelajaran yang diketengahkan memberi peluang kepada murid untuk belajar secara aktif melalui eksplorasi, pemerhatian dan interaksi secara langsung. Penggunaan teknologi seperti bahan bercetak 3D juga menjadikan proses pembelajaran lebih menyeronokkan dan mudah difahami, khususnya bagi murid sekolah rendah.

Bagi mengukur keberkesanan program, sesi kuiz dan maklum balas peserta turut dijalankan pada akhir aktiviti. Rata-rata murid menunjukkan respons yang amat positif dan teruja terhadap kaedah pembelajaran yang diperkenalkan. Program ini secara tidak langsung membuktikan bahawa pendekatan pendidikan yang kreatif dan inklusif mampu meningkatkan minat murid terhadap pembelajaran, khususnya dalam kalangan komuniti luar bandar.

Penganjuran Edu Tourism: Knowledge Beyond Borders mencerminkan usaha berterusan Kumpulan Penyelidikan EdAS, Kolej PERMATA Insan, USIM dalam memperluas akses pendidikan berkualiti dan berkongsi pengetahuan kepada masyarakat. Melalui gabungan ilmu, teknologi dan khidmat komuniti, program seperti ini diharap dapat menjadi pemangkin kepada pembangunan modal insan yang lebih holistik dan berdaya saing pada masa hadapan.

Kumpulan Education & Advance Sustainability (EdAS) merupakan kumpulan penyelidikan dari Universiti Sains Islam Malaysia (USIM). Kumpulan ini dianggotai oleh pensyarah terdiri daripada pelbagai latar belakang, seperti bidang sains dan teknologi dan sains sosial. Ahli kumpulan ini ialah Ts. Dr. Hatika Kaco, Dr. Siti Munirah Mohd, Dr. Fadzidah Mohd Idris, Dr. Nurhidaya Mohamad Jan, Diani Mardiana Mat Zin,  Nor Atirah Izzah binti Zulkefli dan Dr. Nadiah Suboh.

Foto sekitar program berlansung

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Edu Tourism EdASEducation & Advance Sustainability (EdAS)Kolej PERMATA InsanSiti Munirah MohdUniversiti Sains Islam MalaysiaUSIM
ShareTweetShare
Previous Post

Kemunculan 7-Hidroksimitraginin (7-OH) sebagai Ancaman Baharu Dadah Sintetik Berasaskan Ketum: Potensi Risiko kepada Malaysia

Next Post

Keladi Gajah: Sumber Makanan yang Terpinggir

Editor

Editor

Related Posts

Keladi Gajah: Sumber Makanan yang Terpinggir
Alam Semulajadi

Keladi Gajah: Sumber Makanan yang Terpinggir

5 hours ago
Kemunculan 7-Hidroksimitraginin (7-OH) sebagai Ancaman Baharu Dadah Sintetik Berasaskan Ketum: Potensi Risiko kepada Malaysia
Alam Semulajadi

Kemunculan 7-Hidroksimitraginin (7-OH) sebagai Ancaman Baharu Dadah Sintetik Berasaskan Ketum: Potensi Risiko kepada Malaysia

4 days ago
Teknologi Nuklear, Ekonomi Kitaran dan Agenda bagi Pengurusan Unsur Nadir Bumi di Malaysia
Alam Semulajadi

Teknologi Nuklear, Ekonomi Kitaran dan Agenda bagi Pengurusan Unsur Nadir Bumi di Malaysia

4 days ago
Pokok Patah Tulang: Si Pemanjat Empat Segi dengan Khasiat Luar Biasa
Alam Semulajadi

Pokok Patah Tulang: Si Pemanjat Empat Segi dengan Khasiat Luar Biasa

5 days ago
Next Post
Keladi Gajah: Sumber Makanan yang Terpinggir

Keladi Gajah: Sumber Makanan yang Terpinggir

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In