23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, June 11, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kemunculan 7-Hidroksimitraginin (7-OH) sebagai Ancaman Baharu Dadah Sintetik Berasaskan Ketum: Potensi Risiko kepada Malaysia

Kemunculan 7-Hidroksimitraginin (7-OH) sebagai Ancaman Baharu Dadah Sintetik Berasaskan Ketum: Potensi Risiko kepada Malaysia

Editor by Editor
11/06/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: ChM Dr. Thiruventhan Karunakaran
Pensyarah Kanan, Pusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatan

Universiti Sains Malaysia

7-Hidroksimitraginin (7-OH), salah satu alkaloid yang dikaitkan dengan ketum (Mitragyna speciosa), kini semakin mendapat perhatian pihak berkuasa kesihatan dan penggubal dasar di Amerika Syarikat berikutan kemunculannya sebagai dadah psikoaktif baharu atau new psychoactive substance (NPS) dalam pasaran bahan psikoaktif alternatif.

Kebimbangan utama ialah perkembangan teknologi pengekstrakan dan pemprosesan kimia yang telah membawa kepada penghasilan produk berkandungan tinggi 7-OH, jauh melebihi kandungan semula jadinya dalam daun ketum. Produk berkandungan tinggi yang membahayakan ini kini dipasarkan secara meluas di Amerika Syarikat dan dikhuatiri berpotensi menembusi pasaran dadah haram di Malaysia. Produk tersebut dihasilkan dalam pelbagai bentuk seperti tablet, gula-gula kenyal, minuman, cecair oral dan ekstrak. Pakar kesihatan awam di Amerika Syarikat turut menyuarakan kebimbangan bahawa pemasaran produk 7-OH secara agresif, khususnya dalam bentuk produk berperisa dan mudah diperoleh di kedai runcit biasa, boleh meningkatkan risiko penggunaan dalam kalangan remaja dan golongan muda.

Berbeza dengan tanggapan umum bahawa 7-OH merupakan komponen utama semula jadi dalam daun ketum, kajian terkini menunjukkan bahawa kandungan 7-OH dalam daun ketum segar sebenarnya sangat rendah, lazimnya kurang daripada 0.2%. Kajian kami sebelum ini turut menunjukkan bahawa 7-OH mungkin terbentuk semasa proses selepas daun ketum dipetik dan disimpan, dan bukannya hadir secara semula jadi dalam jumlah tinggi dalam daun ketum segar.

Produk berdos tinggi 7-OH ini sering dipromosikan sebagai alternatif kepada opioid bagi pengurusan kesakitan, peningkatan mood dan membantu mengurangkan kesan putus opioid. Namun begitu, penggunaan produk tersebut pada dos tinggi dikhuatiri boleh meningkatkan risiko penyalahgunaan, kebergantungan dan kejadian dos berlebihan (overdose).

Pada tahun lalu, U.S. Food and Drug Administration (FDA) telah menerbitkan satu laporan saintifik bertajuk “7-Hydroxymitragynine (7-OH): An Assessment of the Scientific Data and Toxicological Concerns Around an Emerging Opioid Threat” yang menilai aspek keselamatan produk tersebut. FDA turut mengumumkan tindakan penguatkuasaan terhadap syarikat yang memasarkan produk 7-OH secara tidak sah di Amerika Syarikat.

FDA juga dilaporkan telah mengesyorkan agar 7-OH berkandungan tinggi diklasifikasikan sebagai bahan terkawal di bawah Akta Bahan Terkawal Amerika Syarikat berikutan kebimbangan terhadap peningkatan penyalahgunaan bahan tersebut.

Fenomena ini menunjukkan bahawa 7-OH kini sedang berkembang daripada sekadar derivatif minor berkaitan ketum kepada satu dadah tersendiri dalam pasaran NPS di Amerika Syarikat dan negara-negara Barat. Perkembangan ini wajar diberi perhatian serius di Malaysia memandangkan negara ini mempunyai kaitan rapat dengan penggunaan tradisional dan penyalahgunaan ketum dalam masyarakat.

Pada masa yang sama, kemunculan produk berasaskan ketum yang dimanipulasi, termasuk produk sintetik atau produk yang mengandungi dos mitraginin dan 7-hidroksimitraginin yang tinggi, berpotensi mengubah landskap penyalahgunaan bahan di negara ini sekiranya mula dibawa masuk melalui pasaran dalam talian dan rangkaian pengedaran dadah sintetik antarabangsa.

Sekiranya tidak dipantau lebih awal, kemunculan produk derivatif 7-OH berdos tinggi atau produk 7-OH yang dipekatkan boleh menimbulkan cabaran baharu kepada sistem kesihatan awam, penguatkuasaan dadah dan dasar kawal selia negara, khususnya dalam membezakan penggunaan tradisional ketum daripada penyalahgunaan produk derivatif ketum yang telah dimanipulasi secara kimia dan mempunyai risiko penyalahgunaan yang lebih tinggi

Rujukan:

  1. U.S. Food and Drug Administration. 7-hydroxymitragynine (7-OH): an assessment of the scientific data and toxicological concerns around an emerging opioid threat. Published July 29, 2025. Accessed June 1, 2026. https://www.fda.gov/files/drugs/published/7-hydroxymitragynin_7oh_an_assessment_of_the_scientific_data_and_toxicological_concerns_around_an_emerging_opioid_threat.pdf
  2. Vicknasingam B, Karunakaran T. Research and publication gaps on kratom and kratom products: a scoping review of current literature. Curr Opin Psychiatry. 2024;37(4):282-291. doi:10.1097/YCO.0000000000000950.
  3. Ganasan J, Karunakaran T, Marimuthu Y, et al. Chemistry and toxicity of 7-hydroxymitragynine (7-OHMG): an updated review on the oxidized derivative of mitragynine. Phytochem Rev. 2024. doi:10.1007/s11101-024-10029-x.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: 7-Hidroksimitraginin (7-OH)bahaya ketumdaun ketumkajian daun ketumMitragyna speciosanew psychoactive substance (NPS)pengharaman ketumPusat Penyelidikan Dadah dan Ubat-Ubatanrisiko ketumThiruventhan KarunakaranUniversiti Sains Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Teknologi Nuklear, Ekonomi Kitaran dan Agenda bagi Pengurusan Unsur Nadir Bumi di Malaysia

Editor

Editor

Related Posts

Teknologi Nuklear, Ekonomi Kitaran dan Agenda bagi Pengurusan Unsur Nadir Bumi di Malaysia
Alam Semulajadi

Teknologi Nuklear, Ekonomi Kitaran dan Agenda bagi Pengurusan Unsur Nadir Bumi di Malaysia

5 hours ago
Pokok Patah Tulang: Si Pemanjat Empat Segi dengan Khasiat Luar Biasa
Alam Semulajadi

Pokok Patah Tulang: Si Pemanjat Empat Segi dengan Khasiat Luar Biasa

2 days ago
Aspirasi SDG 7: Mahasiswa UTHM dan Politeknik Teroka Tenaga Mampan Melalui Pembelajaran Interaktif
Berita & Peristiwa

Aspirasi SDG 7: Mahasiswa UTHM dan Politeknik Teroka Tenaga Mampan Melalui Pembelajaran Interaktif

2 days ago
Rahsia Kod Nombor 1 Hingga 7: Mengapa Usaha Kitar Semula Plastik Anda Mungkin Menjadi Sia-Sia?
Alam Semulajadi

Rahsia Kod Nombor 1 Hingga 7: Mengapa Usaha Kitar Semula Plastik Anda Mungkin Menjadi Sia-Sia?

2 days ago

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In