Monday, November 9, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kena Tahu Sebelum Pam! Panduan Tepat Bacaan Tekanan Darah di Rumah

Kena Tahu Sebelum Pam! Panduan Tepat Bacaan Tekanan Darah di Rumah

Editor by Editor
09/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Zainab Mat Yudin,
Pakar Perubatan Keluarga, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Pensyarah Perubatan di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM

Ramai menganggap pemantauan tekanan darah hanya perlu dilakukan di klinik atau hospital. Namun, tahukah anda bacaan tekanan darah di rumah sering kali lebih mencerminkan keadaan kesihatan sebenar anda?

Artikel ini menjelaskan sains di sebalik pemantauan kendiri ini dari persediaan awal sehinggalah tafsiran bacaan.

Apa Sebenarnya Pemantauan Tekanan Darah di Rumah?

Secara saintifik, ia dikenali sebagai Home Blood Pressure Monitoring (HBPM). Ringkasnya, ia ialah kaedah mengukur dan merekod tekanan darah sendiri menggunakan mesin digital automatik (jenis lilitan lengan) dalam persekitaran harian yang biasa (Gambar 1).

Berbeza dengan ujian sekali-sekala di klinik, HBPM membantu doktor melihat pola tekanan darah jangka panjang dan mengelakkan fenomena “white coat hypertension” iaitu keadaan apabila bacaan melonjak tinggi secara tiba-tiba hanya kerana rasa cemas melihat kot putih doktor atau suasana hospital.

Gambar 1: Alat pemeriksaan tekanan darah (Gambar dijana oleh Gemini AI).

Bila Pemeriksaan Tekanan Darah di Rumah Penting? 

HBPM berguna dalam pelbagai situasi. Ia boleh digunakan semasa penilaian awal pesakit dan untuk mendiagnosis hipertensi. HBPM juga membantu mengenal pasti fenomena white coat hypertension ataupun dalam istilah perubatan dikenali sebagai isolated office hypertension (hipertensi klinik terpencil) dan masked hypertension (hipertensi terselindung). Hipertensi klinik terpencil ialah keadaan apabila bacaan tekanan darah hanya tinggi di klinik tetapi normal di rumah. Hipertensi terselindung pula ialah keadaan sebaliknya, iaitu bacaan normal di klinik tetapi tinggi di rumah. Selain itu, HBPM membantu doktor menilai keberkesanan rawatan dan mendiagnosis hipertensi rintang sebenar (true resistant hypertension). HBPM juga menggalakkan pesakit mematuhi rawatan dan membantu mengoptimumkan kawalan tekanan darah.

Fasa Pra-Ukuran: Apa Perlu Dibuat Sebelum Tekan Butang “Start”?

Tekanan darah ialah parameter biologi yang sangat dinamik; ia bertindak balas pantas terhadap rangsangan sekeliling. Berikut ialah langkah-langkah yang perlu diambil bagi memastikan bacaan tekanan darah yang jitu dan tidak “palsu”:

1- Rehat Sekurang-kurangnya 5 Minit: Duduk dengan tenang sebelum memulakan ujian. Jangan terus mengukur sebaik sahaja selesai berjalan laju atau mengangkat barang.

2- Kosongkan Pundi Kencing: Pundi kencing yang penuh boleh merangsang sistem saraf dan menaikkan tekanan darah.

3-Elak Kafein, Merokok & Bersenam (30 Minit Sebelum): Nikotin dan kafein menyempitkan saluran darah serta merangsang degupan jantung buat sementara waktu.

4-Postur Badan yang Betul (Gambar 2):
a- Duduk tegak di atas kerusi dengan kaki mencecah lantai (jangan silang kaki).

b-Sokong lengan di atas meja supaya lilitan kaf (cuff) berada selaras dengan paras jantung.

c-Jangan bercakap atau bermain telefon bimbit semasa mesin sedang mengepam.

Gambar 2: Postur badan yang betul semasa mengukur tekanan darah (Gambar dijana oleh Gemini AI).

Berapa Bacaan Normal di Rumah?

Perlu diingat bahawa standard bacaan normal di rumah adalah sedikit lebih rendah berbanding piawaian di klinik kerana faktor persekitaran yang lebih tenang (Rajah 1).

Rajah 1: Bacaan tekanan darah di rumah mengikut garis panduan klinikal (Rajah ini dijana oleh Gemini AI).

Selepas Mendapat Bacaan, Apa Tindakan Selanjutnya?

 Mendapat angka di skrin hanyalah separuh daripada proses. Langkah seterusnya yang menentukan nilai kesihatan anda:

i- Gunakan Kaedah Gandaan: Ambil bacaan kali kedua selang 1 hingga 2 minit selepas bacaan pertama. Catat purata kedua-dua bacaan tersebut sekiranya terdapat perbezaan ketara.

ii- Rekod Secara Konsisten: Catat tarikh, masa, dan bacaan ke dalam buku log atau aplikasi kesihatan di telefon pintar. Pantau pada waktu yang konsisten (contohnya: 1 kali pada waktu pagi sebelum sarapan/makan ubat, dan 1 kali pada waktu malam sebelum tidur).

iii-Bawa Buku Log Berjumpa Doktor: Jangan ubah dos atau berhenti mengambil ubat sendiri hanya kerana bacaan kelihatan normal atau sedikit tinggi pada hari tertentu. Biarkan doktor membuat penilaian holistik berdasarkan trend catatan anda.

iv- Ketahui Tanda Bahaya: Sekiranya bacaan melambung melebihi 160/100 mmHg secara berulang, segera berjumpa doktor. Sekiranya anda mempunyai gejala seperti sakit dada, sesak nafas, kebas anggota badan, atau sakit kepala yang teruk, ini merupakan kecemasan perubatan dan memerlukan rawatan segera di hospital.

Kekerapan pemeriksaan tekanan darah di rumah bergantung kepada arahan doktor serta kawalan semasa penyakit darah tinggi anda. Sekiranya anda mempunyai bacaan tekanan darah yang stabil, pemeriksaan setiap bulan hingga 3 bulan sekali sudah mencukupi. Anda juga perlu memeriksa tekanan darah setiap kali bergejala seperti sakit kepala, ketegangan bahagian leher, pening dan lain-lain. Menjadikan pemantauan tekanan darah di rumah sebagai rutin bukan bererti anda perlu cemas setiap hari, sebaliknya ia memberi anda kawalan penuh terhadap kesihatan kardiovaskular sendiri.

Biodata Penulis
Dr. Zainab Mat Yudin
mendapat pendidikan sebagai doktor perubatan pada tahun 2003 daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah bertugas di Hospital Alor Setar, Klinik Kesihatan Rasa dan Klinik Ibu dan Anak Kuala Kubu Bharu. Pada tahun 2015, beliau telah menamatkan pengajian sarjana dalam bidang Perubatan Keluarga di Universiti Sains Malaysia dan beliau bertugas di klinik kesihatan di Sabah iaitu Klinik Kesihatan Putatan dan Klinik Kesihatan Kundasang sebelum bertugas sebagai Pensyarah Perubatan di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM pada tahun 2016 sehingga kini. Beliau juga bertugas di Klinik Rawatan Keluarga, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kelantan.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Zainab Mat Yudinperiksa sendiri tekanan darahtekanan darah
Previous Post

Senyuman Bergaya, Risiko Tersembunyi: Bahaya Pendakap Gigi Palsu (Fake Braces) yang Perlu Anda Tahu!

Next Post

HPV Bukan Sekadar Kanser Serviks: Kenali Jangkitan, Risiko Kanser dan Langkah Pencegahannya

Editor

Editor

Related Posts

HPV Bukan Sekadar Kanser Serviks: Kenali Jangkitan, Risiko Kanser dan Langkah Pencegahannya
Berita & Peristiwa

HPV Bukan Sekadar Kanser Serviks: Kenali Jangkitan, Risiko Kanser dan Langkah Pencegahannya

6 hours ago
Senyuman Bergaya, Risiko Tersembunyi: Bahaya Pendakap Gigi Palsu (Fake Braces) yang Perlu Anda Tahu!
Berita & Peristiwa

Senyuman Bergaya, Risiko Tersembunyi: Bahaya Pendakap Gigi Palsu (Fake Braces) yang Perlu Anda Tahu!

6 hours ago
Keselesaan Terma Kediaman: Aplikasi Prinsip Fizik di sebalik Seni Bina Rumah Melayu
Berita & Peristiwa

Keselesaan Terma Kediaman: Aplikasi Prinsip Fizik di sebalik Seni Bina Rumah Melayu

2 days ago
Rahsia Dunia Mikroorganisma: Probiotik, Prebiotik, Sinbiotik, Postbiotik dan Makanan Terfermentasi untuk Kesihatan
Berita & Peristiwa

Rahsia Dunia Mikroorganisma: Probiotik, Prebiotik, Sinbiotik, Postbiotik dan Makanan Terfermentasi untuk Kesihatan

2 days ago
Next Post
HPV Bukan Sekadar Kanser Serviks: Kenali Jangkitan, Risiko Kanser dan Langkah Pencegahannya

HPV Bukan Sekadar Kanser Serviks: Kenali Jangkitan, Risiko Kanser dan Langkah Pencegahannya

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In