Monday, November 9, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Senyuman Bergaya, Risiko Tersembunyi: Bahaya Pendakap Gigi Palsu (Fake Braces) yang Perlu Anda Tahu!

Senyuman Bergaya, Risiko Tersembunyi: Bahaya Pendakap Gigi Palsu (Fake Braces) yang Perlu Anda Tahu!

Editor by Editor
09/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Nur Adibah Amani binti Mustapha
Pegawai Pergigian di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia

Braces atau pendakap gigi adalah satu alat pergigian yang selalunya digunakan oleh pakar ortodontik untuk membetulkan susunan gigi yang tidak teratur. Namun kini, bagi sesetengah individu, ia juga dianggap sebagai aksesori fesyen dan simbol gaya hidup. Di sebalik senyuman yang dihiasi pendakap gigi berwarna-warni, wujud satu fenomena yang semakin membimbangkan di kalangan masyarakat, iaitu penggunaan pendakap gigi palsu.

Pendakap Gigi: Daripada Rawatan Pergigian kepada Trend Fesyen

Rawatan pendakap gi semakin popular kini dan ianya tidak mengira usia. Walaubagaimanapun, rawatan ini lebih sinonim dalam kalangan remaja dan golongan muda. Ada yang memakai pendakap gigi untuk memperbaiki susunan gigi, meningkatkan fungsi gigitan dan untuk mendapatkan senyuman yang lebih menarik. Namun begitu, ada juga yang memakainya semata-mata untuk memenuhi keperluan fesyen walaupun sebenarnya rawatan ortodontik tidak diperlukan oleh golongan ini. Fenomena ini telah membawa kepada kemunculan pendakap gigi palsu atau pendakap gigi fesyen.

Pendakap gigi palsu merujuk kepada pendakap gigi yang dipasang oleh individu yang tidak berkelayakan dan tidak mempunyai latihan klinikal pergigian yang sewajarnya. Selalunya, pendakap gigi palsu kelihatan hampir sama seperti pendakap gigi yang sebenar, lengkap dengan braket, wayar dan getah berwarna-warni. Bezanya, pemasangannya dilakukan tanpa melalui pemeriksaan pergigian, perancangan rawatan atau pemantauan profesional.

Menurut kajian yang dilakukan oleh Mohd Nor et al. (2020) pelbagai risiko terhadap kesihatan mulut boleh timbul apabila berlaku pemasangan pendakap gigi palsu oleh individu yang tidak bertauliah. Persoalannya, mengapa masih ramai yang tertarik untuk memakai pendakap gigi palsu walaupun mengetahui risiko prosedur ini?

Antara faktor utama ialah kos yang lebih rendah berbanding rawatan pendakap gigi yang di tawarkan oleh pakar ortodontik. Selain itu, ada individu yang tertarik dengan penampilan pendakap gigi sebagai aksesori fesyen tanpa memahami fungsi sebenar alat tersebut.

Media sosial juga memainkan peranan besar dalam mempengaruhi persepsi masyarakat. Gambar dan video yang dipamerkan oleh pemakai pendakap gigi palsu dalam pelbagai warna dan gaya boleh menjadikan penggunaannya kelihatan menarik serta tidak berbahaya. Kajian Mohd Nor et al. (2023) telah menganalisis kandungan Instagram berkaitan pendakap gigi palsu di Malaysia dan mendapati bahawa golongan yang tidak bertauliah ini aktif mempromosikan perkhidmatan pendakap gigi palsu melalui media sosial. Kajian turut mendapati sebahagian besar perkhidmatan pendakap gigi palsu ini ditawarkan melalui perkhidmatan dari rumah ke rumah.

Gambar1- Pendakap gigi palsu

Risiko pendakap gigi palsu yang Mungkin Anda Tidak Sedari

Risiko pendakap gigi palsu berlaku bukan semata-mata kerana ianya dipasang oleh individu yang tidak bertauliah dan melibatkan penggunaan barang yang tidak steril. Ianya melibatkan satu permasalahan yang lebih besar di mana ia boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan mulut, malah ia boleh membawa kepada komplikasi yang memerlukan rawatan pergigian yang lebih kompleks.

1- Kerosakan Gigi atau Karies

Pendakap gigi boleh dikategorikan sebagai bendasing di dalam mulut di mana braket dan wayar boleh menjadi kawasan pengumpulan plak gigi. Oleh itu, kebersihan mulut amat penting apabila memakai braces bagi memastikan gigi tidak rosak disebabkan oleh plak gigi yang terkumpul. Situasi ini menjadi lebih membimbangkan apabila pendakap gigi palsu dipasang tanpa pemeriksaan kesihatan gigi terlebih dahulu. Bayangkan seseorang mempunyai gigi berlubang atau masalah gusi yang belum dirawat, tetapi terus dipasang pendakap gigi tanpa pemeriksaan. Keadaan ini boleh menyebabkan masalah sedia ada menjadi lebih serius. Pengumpulan plak bakteria yang berterusan boleh meningkatkan risiko karies, keradangan gusi dan masalah kebersihan mulut.

Gambar2: Gigi berlubang atau karies semasa pemakaian pendakap gigi palsu

2- Keradangan Gusi dan Penyakit Periodontal
Kesihatan gusi yang baik amat diperlukan sepanjang rawatan ortodontik kerana gusi merupakan struktur penting yang menyokong gigi. Pemasangan pendakap gigi palsu yang dilakukan oleh individu yang tidak terlatih boleh menyebabkan iritasi pada tisu gusi, terutamanya jika braket atau wayar dipasang pada kedudukan yang tidak sesuai. Pengumpulan plak di sekitar braket pula boleh menyebabkan gingivitis, iaitu masalah keradangan gusi yang boleh dikenalpasti melalui ciri-ciri kemerahan, pembengkakan dan pendarahan ketika memberus gigi. Jika masalah ini berterusan tanpa rawatan, penyakit periodontal yang lebih serius boleh berlaku dan menjejaskan struktur sokongan gigi.

Gambar 3: Penyakit periodontal dan gigi goyang

3. Pergerakan Gigi yang Tidak Terkawal

Rawatan pendakap gigi sebenar berfungsi menggunakan prinsip biomekanik ortodontik. Dalam rawatan ortodontik, daya yang terkawal dan dirancang digunakan untuk menggerakkan gigi secara beransur-ansur melalui proses pembentukan semula tulang yang dikenali sebagai bone remodelling. Proses ini melibatkan aktiviti sel osteoklas yang membantu penyerapan tulang dan osteoblas yang membentuk tulang baharu. Setiap pergerakan gigi perlu mengambil kira faktor seperti kedudukan akar, keadaan tulang alveolar, kesihatan periodontal dan jenis maloklusi pesakit. Sebaliknya, pendakap gigi palsu yang dipasang tanpa pengetahuan biomekanik dan perancangan rawatan boleh menghasilkan daya yang tidak sesuai atau tidak terkawal. Akibatnya, kedudukan gigi boleh berubah mendadak secara tidak diingini. Dalam keadaan tertentu, pesakit mungkin mengalami masalah gigi goyang, kerosakan sokongan periodontal atau masalah gigitan yang lebih kompleks. Kesannya, misi yang dimulakan untuk mendapatkan senyuman menawan berakhir menjadi masalah pergigian yang lebih besar.

Gambar 4: Pergerakan gigi yang tidak terkawal
  1. Jangkitan dan Reaksi Alahan

Salah satu aspek paling membimbangkan dalam pemasangan pendakap gigi palsu ialah keselamatan bahan dan kawalan jangkitan. Dalam rawatan pergigian profesional, instrumen yang digunakan bagi setiap pesakit akan melalui prosedur pensterilan yang betul bagi mengurangkan risiko jangkitan silang. Namun, pemasangan braces oleh individu tidak bertauliah mungkin tidak mempunyai kemudahan atau prosedur kawalan jangkitan yang mencukupi.

Selain itu, bahan yang digunakan juga mungkin meragukan dari segi komposisi dan tiada aspek keselamatan yang jelas. Reaksi alahan terhadap bahan logam tertentu yang digunakan, seperti nikel juga boleh dialami oleh sesetengah individu. Reaksi alahan ini mungkin boleh menyebabkan ketidakselesaan, kemerahan, pembengkakan dan keradangan pada tisu mulut.

Gambar 5: Jangkitan dan reaksi alahan
  1. Risiko Wayar dan Komponen Tertanggal

Pendakap gigi terdiri daripada beberapa komponen kecil seperti braket, wayar dan ligatur. Dalam rawatan profesional, setiap komponen dipasang dengan berhati-hati dan diperiksa bagi memastikan ia berada dalam keadaan selamat dan di posisi yang betul. Manakala, pendakap gigi palsu pula dipasang menggunakan komponen yang tidak memenuhi standard kualiti atau dipasang tanpa teknik yang betul. Ini menyebabkan komponen-komponen ini mudah tertanggal apabila digunakan. Komponen yang tertanggal pula boleh menyebabkan kecederaan pada tisu lembut mulut.

Gambar 6:Braket tertanggal disebabkan penggunaan bahan yang tidak berkualiti

Pendakap gigi dan pendakap gigi sebenar: Apa Perbezaannya?

Walaupun kedua-duanya kelihatan hampir sama, namun terdapat perbezaan yang sangat ketara.

Pendakap Gigi Sebenar:

i- Dipasang oleh doktor pergigian yang berkelayakan di premis pergigian yang berdaftar.

ii-Didahului dengan pemeriksaan klinikal dan penilaian kesihatan mulut.

iii-Mempunyai diagnosis dan objektif rawatan yang jelas.

iv-Menggunakan daya biomekanik yang terkawal dan dirancang.

v-Dipantau secara berkala sepanjang rawatan.

vi-Menggunakan bahan dan prosedur yang memenuhi aspek piawaian keselamatan.

Pendakap Gigi Palsu:

i-Dipasang oleh individu yang tidak bertauliah dan tidak mempunyai kelayakan pergigian yang sewajarnya. Pemasangan braces juga dijalankan di premis yang meragukan.

ii-Tiada pemeriksaan dan diagnosis pergigian yang lengkap.

iii-Tiada perancangan biomekanik ortodontik.

iv-Bahan dan prosedur pemasangan tidak terkawal.

v-Tiada pemantauan klinikal yang berkala dan sewajarnya.

vi-Berisiko menyebabkan komplikasi pergigian.

Rawatan ortodontik bukan sekadar melekatkan braket pada permukaan gigi. Perbezaan ini menunjukkan yang rawatan ini memerlukan seorang professional untuk mempunyai  pengetahuan tentang anatomi, fisiologi, pertumbuhan rahang dan juga biomekanik pergerakan gigi bagi memastikan ia berjaya.

Apa yang Perlu Dilakukan Jika Sudah Memakai Pendakap Gigi Palsu?

Sekiranya seseorang telah memakai pendakap gigi palsu, langkah paling penting ialah mendapatkan pemeriksaan dan khidmat nasihat daripada doktor pergigian berdaftar secepat mungkin.  Keadaan gigi, gusi dan tisu sokongan akan dinilai oleh doktor pergigan sebelum langkah pengurusan yang seterusnya diambil. Jangan sesekali cuba untuk menanggalkan pendakap gigi palsu sendiri kerana ini akan menyebabkan kecederaan dalam mulut. Malah kesan bahan yang digunakan juga mungkin tertinggal pada permukaaan gigi.  Jika terdapat tanda seperti sakit yang semakin teruk, pembengkakan, pendarahan, nanah atau demam, pemeriksaan pergigian perlu dilakukan dengan segera.

Peranan Ibu Bapa dan Masyarakat

Pencegahan pendakap gigi palsu memerlukan kerjasama daripada semua pihak, dan bukan hanya melibatkan doktor pergigian. Kempen menjauhi pemakaian pendakap gigi palsu harus digiatkan lagi supaya tidak ada remaja atau golongan muda yang terlibat dengan trend pemakaian pendakap gigi palsu. Ibu bapa perlu memainkan peranan dengan memberikan pendidikan mengenai kepentingan kesihatan mulut kepada anak-anak. Remaja juga perlu dididik supaya tidak mudah terpengaruh dengan trend media sosial tanpa memahami risiko kesihatan. Penguatkuasaan terhadap amalan pergigian tanpa kelayakan juga perlu diperkukuh oleh pihak berkuasa supaya servis ini tidak bercambah lagi pada masa hadapan. Masyarakat juga perlu diberi pemahaman bahawa rawatan pergigian bukan sekadar perkhidmatan kecantikan biasa dan ia melibatkan prosedur klinikal yang memerlukan ilmu, kemahiran dan tanggungjawab profesional.

Jangan Pertaruhkan Kesihatan Demi Trend

Senyuman yang cantik sentiasa menjadi idaman ramai. Namun, kesihatan gigi dan gusi tidak seharusnya diperjudikan semata-mata untuk mendapatkan senyuman yang menarik dengan kos yang murah. pendakap gigi palsu mungkin kelihatan seperti aksesori fesyen yang tidak berbahaya, tetapi kesannya ia boleh membawa pelbagai komplikasi kesihatan mulut. Pendakap gigi bukan sekadar aksesori untuk menghiasi gigi tetapi ia merupakan alat pergigian yang memerlukan pengetahuan saintifik, kemahiran klinikal dan pemantauan profesional. Ingatlah senyuman yang sihat bermula dengan pilihan yang betul.

Sumber Rujukan:

  1. Mohd Nor NA, Wan Hassan WN, Mohd Yusof ZY, Mohamed Makhbul MZ. (2020). Fake Braces by Quacks in Malaysia: A Major Concern. Annals of Dentistry, University of Malaya, 27, 33–40.
  2. Mohd Nor NA, Ab Aziz MH, Ramasindarum C, Kamarudin Y. (2023). ‘Fake Braces’: A Content Analysis of Instagram Posts by Unlicensed Providers. Journal of Health and Translational Medicine, 26(1).
  3. Zainal Fikry MF, Abd Rahman ANA, Nik Mustapha NM, Ahmad Shafiai NA. (2025). Issues of Fake Braces: A Review of Literature. Thai Journal of Orthodontics, 15(2), 65–71.

Biodata Penulis:

Dr. Nur Adibah Amani binti Mustapha ialah Pegawai Pergigian di Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia. Beliau berkelulusan Sarjana Muda dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM). Beliau kini bertugas di Klinik Rawatan Keluarga-Pergigian HPUSM.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: pendakap gigipendakap gigi palsurawatan gigirisiko pendakap gigi palsu
Previous Post

Keselesaan Terma Kediaman: Aplikasi Prinsip Fizik di sebalik Seni Bina Rumah Melayu

Next Post

Kena Tahu Sebelum Pam! Panduan Tepat Bacaan Tekanan Darah di Rumah

Editor

Editor

Related Posts

HPV Bukan Sekadar Kanser Serviks: Kenali Jangkitan, Risiko Kanser dan Langkah Pencegahannya
Berita & Peristiwa

HPV Bukan Sekadar Kanser Serviks: Kenali Jangkitan, Risiko Kanser dan Langkah Pencegahannya

6 hours ago
Kena Tahu Sebelum Pam! Panduan Tepat Bacaan Tekanan Darah di Rumah
Berita & Peristiwa

Kena Tahu Sebelum Pam! Panduan Tepat Bacaan Tekanan Darah di Rumah

6 hours ago
Keselesaan Terma Kediaman: Aplikasi Prinsip Fizik di sebalik Seni Bina Rumah Melayu
Berita & Peristiwa

Keselesaan Terma Kediaman: Aplikasi Prinsip Fizik di sebalik Seni Bina Rumah Melayu

2 days ago
Rahsia Dunia Mikroorganisma: Probiotik, Prebiotik, Sinbiotik, Postbiotik dan Makanan Terfermentasi untuk Kesihatan
Berita & Peristiwa

Rahsia Dunia Mikroorganisma: Probiotik, Prebiotik, Sinbiotik, Postbiotik dan Makanan Terfermentasi untuk Kesihatan

2 days ago
Next Post
Kena Tahu Sebelum Pam! Panduan Tepat Bacaan Tekanan Darah di Rumah

Kena Tahu Sebelum Pam! Panduan Tepat Bacaan Tekanan Darah di Rumah

Kategori Produk

  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In