Tuesday, November 10, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bukan Sekadar Kolesterol: Memahami Rahsia di Sebalik Ujian Profil Lipid

Bukan Sekadar Kolesterol: Memahami Rahsia di Sebalik Ujian Profil Lipid

Editor by Editor
10/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Prof. Madya Dr. Tuan Salwani binti Tuan Ismail1, Nornaizie binti Che Nor Din2 & Noor Azura Binti Abdul Aziz2
1Pakar Patologi Kimia, Hospital Universiti Sains Malaysia & Pensyarah Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia
2Juruteknologi Makmal Patologi Kimia

Pernahkah anda mendengar seseorang mengalami serangan jantung secara tiba-tiba walaupun sebelum itu kelihatan sihat dan aktif? Salah satu kemungkinan ialah individu tersebut mempunyai paras kolesterol yang tinggi tanpa disedari. Hakikatnya, kolesterol tinggi sering tidak menunjukkan sebarang gejala. Seseorang boleh menjalani kehidupan seperti biasa, sedangkan proses pengumpulan lemak dalam salur darah mungkin telah berlaku selama bertahun-tahun.

Penyakit kardiovaskular, termasuk serangan jantung dan strok, merupakan antara penyebab utama kematian di Malaysia. Dislipidemia, iaitu keadaan apabila paras lipid dalam darah tidak normal, merupakan salah satu faktor risiko penting. Bersama-sama diabetes, hipertensi, merokok dan obesiti, keadaan ini meningkatkan risiko penyakit kardiovaskular.

Di sinilah pentingnya ujian profil lipid. Ujian darah ini bukan sekadar mengukur kolesterol, malah memberikan gambaran tentang metabolisme lemak dan membantu doktor menilai risiko penyakit jantung seseorang.

Lemak: Musuh atau Keperluan Tubuh?

Sebelum memahami keputusan ujian profil lipid, kita perlu mengetahui bahawa lemak sebenarnya penting untuk tubuh. Kolesterol diperlukan untuk membina membran sel, menghasilkan hormon steroid dan asid hempedu, manakala trigliserida merupakan bentuk simpanan tenaga.

Namun, lemak tidak larut dalam air. Bagaimana bahan ini boleh bergerak dalam aliran darah yang sebahagian besarnya terdiri daripada air? Tubuh mempunyai sistem pengangkutan khas yang dikenali sebagai lipoprotein. Lipoprotein ialah struktur yang terdiri daripada gabungan lemak dan protein, yang membolehkan kolesterol serta trigliserida diangkut melalui darah.

Lipoprotein: Sistem Pengangkutan Lemak dalam Darah

Terdapat beberapa jenis lipoprotein yang mempunyai fungsi berbeza. Kilomikron (chylomicron) mengangkut trigliserida daripada makanan yang diserap di usus ke tisu badan. VLDL (Very Low-Density Lipoprotein) pula dihasilkan oleh hati untuk membawa trigliserida yang dihasilkan oleh tubuh ke tisu seperti otot dan tisu lemak.

Apabila trigliserida dalam VLDL semakin berkurangan, ia berubah menjadi IDL (Intermediate-Density Lipoprotein) dan seterusnya boleh membentuk LDL (Low-Density Lipoprotein). LDL membawa kolesterol ke tisu badan, tetapi paras yang berlebihan boleh menyumbang kepada pembentukan plak dalam salur darah.

Berbeza daripada LDL, HDL (High-Density Lipoprotein) membantu mengangkut kolesterol berlebihan daripada tisu kembali ke hati untuk diproses dan disingkirkan. Oleh sebab perbezaan fungsi ini, LDL sering dikenali sebagai kolesterol jahat, manakala HDL dikenali sebagai kolesterol baik.

Bayangkan salur darah seperti rangkaian paip air. Pengumpulan plak pada dinding salur darah menyebabkan ruang aliran semakin sempit. Jika salur darah yang membekalkan darah kepada jantung tersumbat, serangan jantung boleh berlaku. Jika melibatkan salur darah otak, ia boleh menyebabkan strok.

Empat Angka yang Menceritakan Kesihatan Jantung Anda

Ujian profil lipid lazimnya merangkumi empat komponen utama:

i- Kolesterol keseluruhan (Total Cholesterol)

Kolesterol keseluruhan merujuk kepada jumlah kolesterol yang dibawa oleh pelbagai lipoprotein dalam darah, termasuk LDL, HDL dan VLDL. Secara umum, paras kurang daripada 5.2 mmol/L dianggap sebagai paras yang diingini. Namun, bacaan ini tidak boleh ditafsirkan secara bersendirian kerana seseorang mungkin mempunyai kolesterol keseluruhan yang normal tetapi masih mempunyai LDL-C tinggi atau HDL-C rendah.

ii- LDL-C: Sasaran utama rawatan

LDL-C merupakan komponen utama yang diberi perhatian dalam pengurusan dislipidemia. Menariknya, sasaran LDL-C berbeza mengikut tahap risiko kardiovaskular seseorang. Berdasarkan Garis Panduan Amalan Klinikal Pengurusan Dislipidemia Malaysia 2023 (Edisi Keenam), sasaran LDL-C adalah seperti berikut:

Sebagai contoh, individu yang sihat tanpa faktor risiko utama dan dikategorikan sebagai berisiko rendah mempunyai sasaran LDL-C kurang daripada 3.0 mmol/L. Sebaliknya, pesakit yang pernah mengalami serangan jantung atau strok dikategorikan sebagai berisiko sangat tinggi dan memerlukan sasaran LDL-C ≤1.4 mmol/L, berserta pengurangan melebihi 50% daripada paras asal. Ini menunjukkan bahawa bacaan LDL-C yang sama boleh membawa maksud klinikal yang berbeza bergantung pada tahap risiko seseorang.

iii- HDL-C: Penanda perlindungan

Paras HDL-C yang rendah sering ditemui bersama peningkatan trigliserida, obesiti dan kerintangan insulin, khususnya dalam kalangan pesakit diabetes jenis 2. Aktiviti fizikal secara berkala, berhenti merokok, mengawal berat badan dan memilih sumber lemak tidak tepu merupakan antara langkah yang membantu memperbaiki profil lipid.

Paras HDL-C yang rendah, iaitu kurang daripada 1.0 mmol/L bagi lelaki dan 1.2 mmol/L bagi wanita, dikaitkan dengan peningkatan risiko penyakit kardiovaskular. Walaupun HDL-C sering dikenali sebagai “kolesterol baik”, parasnya lebih berperanan sebagai penanda risiko berbanding sasaran utama rawatan. Oleh itu, pengurusan dislipidemia lebih menumpukan kepada pengurangan LDL-C, yang merupakan sasaran utama dalam usaha mengurangkan risiko kejadian kardiovaskular.

iv – Trigliserida: Bukan kolesterol sahaja yang perlu dirisaukan

Trigliserida (TG) ialah sejenis lemak yang berfungsi sebagai simpanan tenaga. Parasnya dipengaruhi oleh pengambilan kalori dan karbohidrat berlebihan, alkohol serta keadaan metabolik seperti diabetes dan obesiti. Paras TG yang diingini ialah kurang daripada 1.7 mmol/L. Peningkatan TG sering dikaitkan dengan kerintangan insulin dan sindrom metabolik. Ia juga boleh menyumbang kepada risiko kardiovaskular baki (residual cardiovascular risk), walaupun sasaran LDL-C telah dicapai. Lebih membimbangkan, paras TG yang sangat tinggi, khususnya melebihi 10.0 mmol/L, meningkatkan risiko pankreatitis akut, iaitu keradangan pankreas yang boleh menjadi serius.

Non-HDL-C: Apabila LDL Sahaja Tidak Mencukupi

Selain empat komponen utama, terdapat satu lagi parameter penting, iaitu kolesterol bukan-HDL (Non-HDL Cholesterol). Parameter ini mewakili jumlah kolesterol yang dibawa oleh lipoprotein aterogenik, termasuk LDL, VLDL, IDL dan lipoprotein sisa.

Pengiraannya mudah:

Non-HDL-C = Kolesterol keseluruhan – HDL-C

Sebagai contoh, jika kolesterol keseluruhan ialah 5.5 mmol/L dan HDL-C ialah 1.0 mmol/L, nilai non-HDL-C ialah 4.5 mmol/L.

Non-HDL-C memberikan gambaran lebih menyeluruh tentang kolesterol yang berpotensi membentuk plak dalam salur darah. Ia amat berguna dalam penilaian pesakit yang mempunyai TG tinggi, diabetes, obesiti dan sindrom metabolik. Parameter ini juga boleh digunakan sebagai sasaran rawatan sekunder selepas sasaran LDL-C dinilai.

Adakah Semua Lemak Memberi Kesan yang Sama?

Tidak semua lemak memberikan kesan yang sama kepada kesihatan. Pendekatan pemakanan moden bukan sekadar mengurangkan pengambilan lemak, tetapi lebih menekankan pemilihan jenis lemak yang sihat.

Menggantikan lemak tepu dengan lemak tidak tepu merupakan strategi pemakanan yang disarankan untuk mengurangkan risiko penyakit kardiovaskular. Lemak trans pula sebaiknya dielakkan.

Perlukah Berpuasa Sebelum Ujian Profil Lipid?

Satu persoalan yang sering ditanya ialah sama ada seseorang perlu berpuasa selama 8–12 jam sebelum menjalani ujian profil lipid. Sebenarnya, ujian tanpa berpuasa boleh diterima untuk saringan kebanyakan individu. Walau bagaimanapun, ujian berpuasa mungkin diperlukan apabila paras TG tanpa puasa melebihi 4.5 mmol/L atau melebihi 2.3 mmol/L bagi pesakit diabetes, berdasarkan garis panduan Malaysia 2023. Hal ini penting kerana TG yang tinggi boleh menjejaskan ketepatan pengiraan LDL-C menggunakan formula Friedewald, yang secara tradisional digunakan apabila TG kurang daripada 4.5 mmol/L.

Daripada Setitis Darah kepada Pencegahan Penyakit

Ujian profil lipid bukan sekadar pemeriksaan untuk mengetahui sama ada kolesterol tinggi atau rendah. Ia merupakan alat penting untuk mengenal pasti individu yang berisiko mengalami penyakit kardiovaskular sebelum komplikasi berlaku.

Penilaian perlu mengambil kira keseluruhan profil lipid bersama faktor lain seperti umur, diabetes, tekanan darah, merokok, obesiti dan sejarah keluarga. Keputusan makmal perlu dibincangkan bersama doktor bagi menentukan sasaran rawatan dan keperluan perubahan gaya hidup.

Saringan dislipidemia disarankan bermula pada usia dewasa, khususnya selepas umur 30 tahun, dan lebih awal bagi individu yang mempunyai faktor risiko kardiovaskular. Akhirnya, kesihatan jantung bukan hanya tentang apa yang kita rasakan, tetapi juga tentang apa yang sedang berlaku di dalam tubuh tanpa kita sedari. Pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan rawatan yang sesuai boleh membantu mengawal paras lipid serta mengurangkan risiko komplikasi.

Kolesterol tinggi mungkin tidak memberikan sebarang amaran, tetapi melalui ujian profil lipid, setitis darah mampu mendedahkan petunjuk penting tentang kesihatan jantung kita.

Rujukan:

  1. Ministry of Health Malaysia, Academy of Medicine Malaysia, National Heart Association of Malaysia. Clinical Practice Guidelines: Management of Dyslipidaemia. 6th ed. Putrajaya: Ministry of Health Malaysia; 2023.
  2. Feingold KR. Introduction to Lipids and Lipoproteins. In: Feingold KR, Adler RA, Ahmed SF, et al., editors. Endotext [Internet]. South Dartmouth (MA): MDText.com, Inc.; updated 2024.
  3. Feingold KR. Lipid and Lipoprotein Metabolism. Endocrinol Metab Clin North Am. 2022;51(3):437–458. doi:10.1016/j.ecl.2022.02.008.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bahaya kolestrolDr. Tuan Salwani binti Tuan IsmailHUSMkolestrol badankolestrol tinggipatologi kimiapenyakit kardiovaskularUjian Profil Lipid
Previous Post

Anak Kerap Jatuh Sakit: Bolehkah Ia Menjadi Ancaman Nyawa?

Next Post

Herba Semula Jadi, Adakah Semestinya Selamat?

Editor

Editor

Related Posts

Herba Semula Jadi, Adakah Semestinya Selamat?
Berita & Peristiwa

Herba Semula Jadi, Adakah Semestinya Selamat?

2 hours ago
Anak Kerap Jatuh Sakit: Bolehkah Ia Menjadi Ancaman Nyawa?
Berita & Peristiwa

Anak Kerap Jatuh Sakit: Bolehkah Ia Menjadi Ancaman Nyawa?

3 hours ago
Apabila Bencana Melanda: Bagaimana Makmal Klinikal Memastikan Perkhidmatan Kesihatan Terus Berjalan?
Berita & Peristiwa

Apabila Bencana Melanda: Bagaimana Makmal Klinikal Memastikan Perkhidmatan Kesihatan Terus Berjalan?

3 hours ago
HPV Bukan Sekadar Kanser Serviks: Kenali Jangkitan, Risiko Kanser dan Langkah Pencegahannya
Berita & Peristiwa

HPV Bukan Sekadar Kanser Serviks: Kenali Jangkitan, Risiko Kanser dan Langkah Pencegahannya

1 day ago
Next Post
Herba Semula Jadi, Adakah Semestinya Selamat?

Herba Semula Jadi, Adakah Semestinya Selamat?

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In