Monday, November 16, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Gaya Hidup dan Makanan Sebagai ‘Ubat’: Solusi Semula Jadi Peri-Menopaus

Gaya Hidup dan Makanan Sebagai 'Ubat': Solusi Semula Jadi Peri-Menopaus

Editor by Editor
16/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Zainab Mat Yudin,
Pakar Perubatan Keluarga, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia
Pensyarah Perubatan di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM

Perubahan hormon menjelang usia menopaus sering membuatkan wanita terasa seperti hilang kawalan terhadap tubuh sendiri. Namun hakikatnya, anda memegang kuasa besar untuk menguruskannya. Gejala peri-menopaus yang ringan, tidak memerlukan rawatan terapi hormon menopaus. Mari kita memahami langkah-langkah yang boleh untuk menangani gejala peri-menopaus secara bukan hormon.

Perubahan Gaya Hidup

Perkara paling asas untuk mengalakkan impak ketara terhadap kekerapan bagi gejala vasomotor (hot flushes) adalah memastikan pakaian yang dipakai adalah fabrik berlapis (layering) nipis daripada fabrik bernafas seperti kapas atau linen supaya mudah ditanggalkan apabila rasa panas menyerang. Keadaan rumah dan bilik tidur juga perlu sentiasa sejuk (gunakan kipas atau pendingin hawa). Semasa tidur gunakan cadar penyejuk berasaskan gentian yang sejuk dan mudah menyerap pelu seperti kapas

Anda juga perlu mengelakkan pencetus (Triggers) gejala peri-menopaus dengan mengurangkan atau mengelak makanan pedas, dan minuman berkafein tinggi (kopi/teh pekat) terutamanya pada lewat petang atau malam. Pengambilan alcohol juga tidak digalakkan.

Melakukan senaman secara berkala adalah satu perubahan gaya hidup yang penting menjelang peri-menopaus. Bersenam dengan melakukan sekurang-kurangnya 150 minit aktiviti fizikal sederhana seminggu (jalan laju, berenang, yoga) adalah baik untuk kesihatan tubuh. Pastikan anda bersenam 5 hari seminggu sekurang-kurangnya 30 minit setiap kali bersenam. Senaman membantu menstabilkan pusat kawalan haba di otak (hipotalamus), memperbaiki kualiti tidur, dan mengurangkan stres. Manakala senaman bebanan (resistance training) 2 kali seminggu juga bagus untuk melindungi ketumpatan tulang dan jisim otot.

Anda juga perlu memastikan rehat dan tidur yang cukup. Tidur selama 6 hingga 9 jam setiap malam amat membantu tubuh untuk mendapat rehat yang cukup. Kesemua Langkah-langkah perubahan gaya hidup juga dapat membantu mnegurangkan stres yang mungkin akan menjadi pencetus gejala anda.

Rajah 1: Perubahan gaya hidup adalah perkara yang penting untuk diamalkan untuk setiap Wanita (Rajah ini dijana oleh Gemini AI).

Pendekatan Diet dan Fitoestrogen Semula Jadi

Pemakanan seimbang adalah penting untuk kesihatan tubuh kita. Terdapat beberapa jenis sumber makanan yang digalakkan diambil bagi wanita yang mencecah usia peri-menopaus (Gambar 1). Makanan tertentu mengandungi sebatian tumbuhan yang menyerupai struktur estrogen manusia secara lemah iaitu pengambilan Fitoestrogen (Isoflavon & Lignan). Bahan ini terdapat secara semula jadi di dalam produk soya tulen (tempe, tauhu, edamame, susu soya tanpa gula) dan biji flaks (flaxseeds). Ia boleh mengikat reseptor estrogen dalam badan secara lembut untuk membantu meredakan hot flushes ringan tanpa kesan sampingan hormon dos tinggi. Namun begitu, ia tidak sesuai dan perlu dielakkan oleh wanita yang menghidap kanser payudara jenis sensitif hormon (kanser payudara positif reseptor estrogen / ER positive).

Pengambilan kalsium yang mencukupi daripada sumber semulajadi (seperti sayuran berdaun hijau, yogurt, ikan bilis/sardin) serta pendedahan cahaya matahari pagi atau suplemen Vitamin D3 penting untuk mengekalkan kekuatan tulang kerana kekurangan estrogen meningkatkan risiko kerapuhan tulang (osteoporosis).

Gambar 1: Pemakanan seimbang dan pengambilan sumber makanan yang membantu mengurangkan gejala peri-menopaus serta meningkatkan kesihatan tulang juga penting (Gambar ini dijana oleh Gemini AI).

Rawatan Setempat Faraj (Bukan Hormon)

Jika gejala utama tertumpu pada kekeringan faraj atau ketidakselesaan semasa bersama; penggunaan pelembap faraj (Vaginal Moisturisers) juga amat membantu. Ia digunakan secara tetap (2–3 kali seminggu), bukan hanya semasa hubungan intim. Produk ini berasaskan air atau asid hialuronik untuk mengekalkan kelembapan tisu faraj. Pelincir faraj (Lubricants) juga boleh digunakan semasa hubungan kelamin untuk mengurangkan geseran dan kesakitan (dyspareunia). Anda perlu memilih pelincir berasaskan air atau silikon tanpa pewangi atau bahan kimia perengsa.

Terapi Minda dan Tingkah Laku

Terapi tingkah laku kognitif (Cognitive Behaviour Therapy-CBT) kini diiktiraf dalam garis panduan klinikal antarabangsa untuk menopaus (Gambar 2). CBT melatih cara minda bertindak balas terhadap sensasi panas dan keresahan, sekali gus meredakan reaksi sistem saraf simpatetik.

Ia terbukti mengurangkan kekerapan hot flushes, memperbaiki masalah tidur seperti insomnia, serta mengurangkan keletihan dan kemurungan ringan tanpa sebarang ubat.

Gambar 2: Sesi terapi tingkah laku kognitif sedang dijalankan di klinik (Gambar ini dijana oleh Gemini AI).

Jawapannya, anda perlu mendapatkan nasihat doctor dahulu sebelum menggunakannya. Ini adalah kerana tidak semua suplemen telah menjalani ujian klinikal dan bagi memastikan ia selamat untuk digunakan. Beberapa supplement yang digunakan untuk mengangani gelaja peri-menopaus adalah seperti berikut:

i- Black cohosh: Kajian mendapati herba ini tidak terbukti berkesan untuk melegakan gejala menopaus. Malah, ada kebimbangan dari sudut keselamatan, ia berisiko menjejaskan sel kanser payudara dan boleh merosakkan hati (toksik pada hati) jika diambil dalam dos yang banyak.

ii- Red clover (Klover merah): Herba ini berkesan mengurangkan rasa panas badan dan berpeluh secara tiba-tiba (hot flushes) jika diambil bersama probiotik, namun kajian adalah berskala kecil.

iii-Ubat herba tradisional Cina: Kajian menunjukkan ramuan herba tradisional Cina tidak berkesan untuk merawat masalah rasa panas badan (hot flushes) akibat menopaus.

iv- Minyak evening primrose (EPO): Ramai menyangka EPO boleh melegakan rasa panas badan. Namun, kajian klinikal selama 6 bulan terhadap 56 orang wanita yang mengambil 500 mg sehari menunjukkan ubat ini tidak memberikan sebarang perbezaan nyata berbanding pil kosong tanpa ubat. Pendek kata, ia tidak terbukti membantu.

Rujukan:

Clinical Practice Guidelines: Management of Menopause in Malaysia, 2022, diterbitkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Malaysian Health Technology Assessment Section (MaHTAS), Obstetrical and Gynaecological Society of Malaysia (OGSM) dan Malaysian Menopause Society (MMS).

Pengakuan Penggunaan Kecerdasan Buatan

Artikel dan bahan grafik konsep ini dibangunkan dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi tujuan pemudahcaraan visual dan sintesis maklumat. Kandungan akhir telah disemak, dinilai, dan disahkan ketepatannya oleh penulis bagi menjamin integriti saintifik.

Biodata Penulis
Dr. Zainab Mat Yudin
mendapat pendidikan sebagai doktor perubatan pada tahun 2003 daripada Universiti Sains Malaysia. Beliau pernah bertugas di Hospital Alor Setar, Klinik Kesihatan Rasa dan Klinik Ibu dan Anak Kuala Kubu Bharu. Pada tahun 2015, beliau telah menamatkan pengajian dalam bidang Pakar Perubatan Keluarga di Universiti Sains Malaysia dan beliau bertugas di klinik kesihatan di Sabah iaitu Klinik Kesihatan Putatan dan Klinik Kesihatan Kundasang sebelum bertugas sebagai Pensyarah Perubatan di Pusat Pengajian Sains Pergigian USM pada tahun 2016 sehingga kini. Beliau juga bertugas di Klinik Rawatan Keluarga, Hospital Pakar Universiti Sains Malaysia, Kelantan.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Zainab Mat Yudingaya hidup selepas Menopausegejala menopausepenjagaan diri menopauseterapi menopause
Previous Post

Revolusi Pendidikan Perubatan Moden: Latihan Simulasi Perubatan dalam Perubatan Kecemasan

Editor

Editor

Related Posts

Revolusi Pendidikan Perubatan Moden: Latihan Simulasi Perubatan dalam Perubatan Kecemasan
Berita & Peristiwa

Revolusi Pendidikan Perubatan Moden: Latihan Simulasi Perubatan dalam Perubatan Kecemasan

52 minutes ago
Bagaimana Bakteria Merosakkan Gigi
Berita & Peristiwa

Bagaimana Bakteria Merosakkan Gigi

14 hours ago
Anemia Ketika Hamil: Bukan Sekadar Kurang Darah
Berita & Peristiwa

Anemia Ketika Hamil: Bukan Sekadar Kurang Darah

3 days ago
Suntikan Kurus: Jalan Pintas atau Risiko Tersembunyi?
Berita & Peristiwa

Suntikan Kurus: Jalan Pintas atau Risiko Tersembunyi?

3 days ago

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In