Wednesday, November 25, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Memahami Kaedah Rawatan Penyakit Buah Pinggang Kronik: Dari Kawalan Awal ke Terapi Gantian

Memahami Kaedah Rawatan Penyakit Buah Pinggang Kronik: Dari Kawalan Awal ke Terapi Gantian

Editor by Editor
25/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh: Dr. Abdul Hanan Abdullah
Pensyarah & Pakar Perubatan, Jabatan Perubatan Penyakit Dalam,
Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia

Setiap hari, sepasang organ bersaiz genggaman tangan di bahagian belakang pinggang kita bekerja tanpa henti menapis kira-kira 120 hingga 150 liter darah. Buah pinggang bukan sekadar kilang pemprosesan air kencing, malah ia mengawal keseimbangan garam dan air, menstabilkan tekanan darah, serta merangsang penghasilan sel darah merah. Namun, apabila organ ini mengalami kerosakan dalam tempoh melebihi tiga bulan, keadaan ini dikenali sebagai Penyakit Buah Pinggang Kronik atau Chronic Kidney Disease (CKD).

Di Malaysia, statistik kesihatan menunjukkan peningkatan membimbangkan terhadap bilangan pesakit CKD,terutamanya yang berpunca daripada komplikasi diabetes (kencing manis) dan hipertensi (tekanan darah tinggi). Ramai dalam kalangan masyarakat sering menganggap  penyakit buah pinggang pasti berakhir dengan mesin dialisis. Hakikatnya, kemajuan perubatan moden menawarkan pelbagai pendekatan rawatan yang disesuaikan mengikut punca dan juga tahap kerosakan. Memahami pilihan rawatan ini bukan sahaja membantu pesakit membuat keputusan yang tepat, malah memberi harapan untuk menjalani kehidupan yang berkualiti.

Memperlahankan Kerosakan pada Peringkat Awal

Penyakit buah pinggang kronik dibahagikan kepada lima peringkat berdasarkan kadar penapisan glomerulus (estimated Glomerular Filtration Rate atau eGFR). Pada peringkat awal (Tahap 1 hingga 3),buah pinggang masih mampu berfungsi walaupun kecekapannya telah menurun. Pada fasa ini, matlamat utama rawatan bukanlah untuk “menyembuhkan” tisu yang telah rosak, tetapi untuk memperlahankan atau merencatkan kadar kemerosotan fungsi buah pinggang agar ia tidak melarat ke tahap kegagalan tahap akhir.

Langkah pertama yang paling penting ialah mengawal penyakit yang menjadi punca kerosakan. Sebagai contoh, bagi pesakit yang mengidap kencing manis, langkah utama adalah mengekalkan paras gula dalam darah pada julat yang disasarkan. Begitu juga dengan pesakit darah tinggi langkah utama adalah memastikan tekanan darah sentiasa dalam julat tekanan yang terkawal. Doktor lazimnya akan mempreskripsikan ubat-ubatan khusus seperti perencat enzim penukar angiotensin (ACE inhibitors) atau penghalang reseptor angiotensin (ARBs). Ubat-ubatan ini bukan sahaja menurunkan tekanan darah,malah bertindak melindungi penapis halus di dalam buah pinggang daripada tekanan berlebihan dan mengurangkan kebocoran protein dalam air kencing.

Selain itu, ubat-ubatan baharu seperti perencat SGLT2 (SGLT2 inhibitors) kini menjadi tonggak utama dalam rawatan CKD. Walaupun pada asalnya dibangunkan untuk pesakit diabetes, kajian klinikal membuktikan ubat ini amat berkesan melambatkan kemerosotan fungsi buah pinggang terutamanya bagi penyakit buah pinggang bocor. Sekian itu ubat ini turut melindungi jantung, menurunkan tekanan darah dan berat badan,. Ianya selamat digunakan untuk pesakit selain daripoada mengidap kencing manis.

Pemakanan dan Gaya Hidup Sihat

Perubahan gaya hidup dan pengurusan diet adalah amat penting dalam rawatan penyakit buah pinggang. Apabila buah pinggang mula lemah, ia sukar menyingkirkan bahan buangan daripada makanan yang kita ambil. Oleh itu, pesakit perlu merujuk kepada pegawai dietetik untuk merancang pelan pemakanan yang seimbang.dan sesuai.

Pengambilan garam (natrium) perlu dihadkan bagi mengelakkan peningkatan air dalam badan dan tekanan darah. Secara amnya, pesakit dinasihatkan untuk menghadkan dan mengwal jumlah pengambilan protein terutamanya CKD stage 3 – 5. Walaupun protein penting untuk membina tisu badan, pengambilan berlebihan akan memaksa buah pinggang bekerja lebih keras untuk menapis sisa urea. Begitu juga dengan mineral seperti kalium (potassium) dan fosforus; paras yang terlalu tinggi dalam darah boleh mengganggu rentak jantung dan melemahkan tulang.

Pada masa yang sama, pesakit dinasihatkan agar menjauhi tabiat merokok yang menyempitkan saluran darah ke buah pinggang, serta mengelakkan penggunaan ubat tahan sakit jenis NSAIDs (seperti ibuprofen atau asid mefenamik) dan produk kesihatan tanpa kajian klinikal atau herba tanpa nasihat doktor yang berisiko mencederakan buah pinggang.

Antara Rawatan CKD yang tersedia

Rawatan Kegagalan Buah Pinggang: Pilihan rawatan

Sekiranya kerosakan berada di tahap 5, di mana fungsi buah pinggang merosot di mana eGFR di bawah 15, ia tidak lagi mampu menampung keperluan asas tubuh dan memyebabkan toksin dan cecair berlebihan akan mula berkumpul, menyebabkan simptom klinikal seperti bengkak kaki, sesak nafas, loya, keletihan melampau,  hilang selera makan dan tekanan darah yang tidak terkawal. Pada peringkat ini, pesakit memerlukan KRT (Kidney Replacement Therapy) untuk mengambil alih tugas buah pinggang. Terdapat tiga pilihan utama dalam kategori ini:

  1. Hemodialisis

Hemodialisis adalah kaedah rawatan paling dikenali dan menjadi pilihan utama di Malaysia buat masa ini. Dalam prosedur ini, darah pesakit dialirkan keluar ke mesin dialisis yang dilengkapi penapis buatan khas dikenali sebagai dialyzer (atau buah pinggang buatan). Penapis ini membersihkan darah daripada toksin, garam, dan cecair berlebihan sebelum darah yang bersih dikembalikan ke dalam tubuh.

Rawatan ini biasanya dilakukan di pusat dialisis atau hospital sebanyak tiga kali seminggu, dengan setiap sesi mengambil masa sekitar empat jam. Sebelum memulakan hemodialisis jangka panjang, pesakit perlu menjalani pembedahan kecil di lengan untuk menyambungkan arteri dan vena (dikenali sebagai  AV Fistula) bagi memastikan aliran darah yang kuat dan selamat semasa proses rawatan. Kateter juga boleh digunakan bagi pesakit yang tidak mempunyai AV Fistula yang telah matang.

  1. Peritoneal Dialisis

Berbeza dengan hemodialisis yang mencuci darah di luar badan, dialisis peritoneal menggunakan lapisan selaput semula jadi di dalam rongga perut pesakit (membran peritoneum) sebagai penapis. Satu tiub lembut yang kekal (kateter Tenckhoff) akan dimasukkan ke dalam ruang peritoneum di bahagian perut melalui pembedahan kecil.

Melalui tiub ini, sekitar 2 liter cecair dialisis khas dimasukkan ke dalam rongga perut. Cecair tersebut dibiarkan selama beberapa jam untuk menyerap bahan buangan dan air berlebihan daripada saluran darah di dinding perut,sebelum dialirkan keluar dan digantikan dengan cecair baharu. Kelebihan utama kaedah ini ialah pesakit boleh melakukannya sendiri di rumah, di tempat kerja, atau ketika bercuti tanpa perlu berulang-alik ke pusat dialisis. Ia juga mengurangkan risiko kepada jantung dan risiko penyakit berjangkit berkaitan darah  bebanding hemodialisis. Kebanyakan pesakit masih mempunyai air jumplah air kencing yang bagus berbanding [esakit hemodialisis yang rata-ratanya tidak lagi mempunyai air kencing selepas beberapa bulan rawatan dilakukan. Ia boleh dilakukan secara manual beberapa kali sehari (CAPD) atau menggunakan mesin automatik pada waktu malam ketika pesakit sedang tidur (APD).

Rawatan amatlah sesuai bagi pesakit yang mampu mengurus diri sendiri, menjaga kebersihan. Ia sesuai untuk pelajar dan juga individu yang masih bekerja.

  1. Pemindahan Buah Pinggang (Transplan)

Pemindahan buah pinggang merupakan kaedah rawatan terbaik dan paling hampir menyerupai fungsi buah pinggang asal bagi pesakit kegagalan buah pinggang tahap akhir. Melalui pembedahan, satu buah pinggang yang sihat daripada penderma, sama ada penderma hidup dalam kalangan ahli keluarga terdekat atau penderma kadaverik (penderma yang telah meninggal dunia) akan dipindahkan ke dalam badan pesakit di bahagian perut. Ianya dijalankan oleh hospital utama yang menjalankan pembedahan transplan dan perlu pemantauan rapi selepas pembedahan.

Pesakit yang berjaya menjalani transplan tidak lagi perlu menjalani dialisis dan mempunyai kualiti hidup serta jangka hayat yang jauh lebih baik. Namun, proses ini memerlukan penilaian kesihatan yang ketat bagi memastikan keserasian tisu dan kesesuaian menjalan pembedahan major.  Selepas pembedahan, penerima organ wajib mengambil ubat imunosupresan sepanjang hayat bagi mengelakkan sistem imun badan menolak organ baharu tersebut dan juga mematuhi rawatan susulan di hospital berpakar.

Antara pilihan kaedah terapi gentian buah pinggang

Rawatan Konservatif

Bagi sesetengah pesakit, terutamanya warga emas yang sangat uzur atau mempunyai pelbagai penyakit kronik lain yang serius, menjalani dialisis atau pembedahan pemindahan mungkin membawa lebih banyak beban fizikal berbanding manfaat. Dalam situasi ini, pesakit dan keluarga boleh memilih rawatan konservatif. Pendekatan ini tidak menggunakan mesin dialisis, sebaliknya memberi tumpuan penuh kepada pengurusan simptom, kawalan pemakanan, sokongan psikologi, dan ubat-ubatan untuk memastikan pesakit kekal selesa di penghujung usia mereka. Kaedah ini semakin diterima oleh masyarakat setempat dan dipantau rapi oleh pakar perubatan paliatif.

Kesimpulan

Penyakit buah pinggang kronik sememangnya satu cabaran kesihatan yang besar, namun ia bukanlah suatu pengakhiran. Kunci utama dalam menguruskan penyakit ini terletak pada pengesanan awal melalui saringan darah dan air kencing terutamanya bagi golongan berisiko tinggi. Dengan gabungan rawatan perubatan yang tepat, disiplin pemakanan, serta sokongan padu daripada keluarga dan pasukan perubatan, pesakit buah pinggang masih berpeluang mencorakkan kehidupan yang aktif, bermakna, dan sejahtera.

Rujukan

  1. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2018). Clinical Practice Guidelines: Management of Chronic Kidney Disease (Second Edition). Putrajaya: Bahagian Perkembangan Perubatan, Kementerian Kesihatan Malaysia.
  2. National Kidney Foundation of Malaysia (NKF). (2023). Memahami Penyakit Buah Pinggang Kronik dan Pilihan Rawatan. Petaling Jaya: Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia.
  3. Kidney Disease: Improving Global Outcomes (KDIGO) CKD Work Group. (2024). KDIGO 2024 Clinical Practice Guideline for the Evaluation and Management of Chronic Kidney Disease. Kidney International, 105(4S), S117–S314.
  4. Persatuan Nefrologi Malaysia (MSN). (2023). 30th Report of the Malaysian Dialysis and Transplant Registry 2022. Kuala Lumpur: National Renal Registry.

Pengakuan Penggunaan Kecerdasan Buatan

Bahan grafik konsep ini dibangunkan dengan bantuan teknologi kecerdasan buatan (AI) bagi tujuan pemudahcaraan visual dan sintesis maklumat. Kandungan akhir telah disemak, dinilai, dan disahkan ketepatannya oleh penulis bagi menjamin integriti saintifik.

Biodata Penulis

Dr. Abdul Hanan Abdullah adalah Pensyarah dan Pakar Perubatan Penyakit Dalam di Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia. Beliau terlibat secara aktif memberi rawatan kepada pesakit CKD di Hospital Pakar USM. Peyelidikan beliau juga tertumpu kepada Penyakit CKD.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Abdul Hanan AbdullahChronic Kidney Disease (CKD)HemodialisisJabatan Perubatan Penyakit DalamPemindahan Buah Pinggang (Transplan)pencegahan sakit buah pinggangPensyarah & Pakar Perubatanpenyakit buah pinggang kronikPeritoneal DialisisPusat Pengajian Sains Perubatanrawatan buah pinggangUniversiti Sains Malaysia
Previous Post

Pemulihan Pasca Strok: Potensi Otak Untuk Pulih

Next Post

Hama Debu Rumah: Teman Serumah yang Tidak Kelihatan

Editor

Editor

Related Posts

Pemulihan Pasca Strok: Potensi Otak Untuk Pulih
Berita & Peristiwa

Pemulihan Pasca Strok: Potensi Otak Untuk Pulih

54 minutes ago
Anak Terjatuh dan Gigi Susu Tercedera. Selamatkah Gigi Kekalnya?
Berita & Peristiwa

Anak Terjatuh dan Gigi Susu Tercedera. Selamatkah Gigi Kekalnya?

1 hour ago
Secebis Tisu Sebagai Penentu: Rahsia Sains Hirisan Beku
Berita & Peristiwa

Secebis Tisu Sebagai Penentu: Rahsia Sains Hirisan Beku

2 days ago
Sakit Rahang dan Tabiat Mengetap Gigi: Apa Kaitannya dengan Stres?
Berita & Peristiwa

Sakit Rahang dan Tabiat Mengetap Gigi: Apa Kaitannya dengan Stres?

2 days ago

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In