23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, May 7, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Topeng Muka N95 atau Topeng Muka Pembedahan – Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Virus Korona?

Isu Semasa

Saiful Bahari by Saiful Bahari
06/02/2020
in Berita & Peristiwa, Isu Semasa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Muhammad Wa’iz
Artikel ini merupakan olahan perkongsian dari portal
 HelloDoktor

 

Tarikh Reviu: Januari 30, 2020 | Kali terakhir kemaskini: Januari 30, 2020

 

Topeng Muka N95 atau Surgical Mask – Mana Satu Boleh Lindungi Anda Dari Coronavirus? 

Sejak heboh berita tentang novel coronavirus ini, ramai individu mula memikirkan langkah-langkah persediaan kesihatan yang perlu diambil. Ada yang kerap menggunakan hand sanitizer, dan semakin ramai juga mula memakai topeng muka apabila berada di tempat awam.

Tapi persoalan mula timbul, adakah topeng muka pembedahan atau juga disebut surgical mask berkesan dalam mengelakkan diri anda daripada dijangkiti virus?

Adakah terdapat jenis topeng muka yang lebih berkesan berbanding topeng pembedahan ini? Mari kami terangkan kepada anda melalui artikel di bawah ini.

Saiz coronavirus yang mungkin anda tidak tahu

Sekitar tahun 2002 dan 2003, wabak SARS telah melanda dunia, yang bermula di China. Wabak ini disebabkan oleh sejenis coronavirus, sama seperti novel coronavirus dari Wuhan. Akan tetapi, saiz bagi SARS coronavirus ini hanyalah sebesar 100 nanometer.

Virus flu pula bersaiz antara 80 hingga 120 nanometer. Walaupun saiz novel coronavirus dari Wuhan ini tidak lagi diketahui, saiz coronavirus manusia biasanya adalah sebesar 125 nanometer.

Kesemua jenis virus ini adalah sangat kecil dan virus-virus ini sebenarnya boleh melepasi halangan seperti topeng muka pembedahan yang anda pakai.

Topeng Muka Pembedahan atau N95?

Topeng  muka pembedahan mungkin melindungi anda daripada titisan pernafasan yang besar seperti cecair akibat bersin atau kahak akibat batuk, namun ia sememangnya tidak memberikan perlindungan terhadap titisan kecil dalam udara.

Menurut Center for Disease Control and Prevention (CDC), Topeng muka pembedahan tidak dianggap sebagai satu perlindungan terhadap pernafasan memandangkan ia tidak menapis partikel dalam udara yang lebih kecil.

Oleh itu, ia sememangnya tidak berkesan dalam mengelakkan jangkitan coronavirus. Ia hanya berfungsi untuk mengelakkan anda dari menyebarkan kuman kepada individu lain ketika anda sakit.

Tambahan lagi, Topeng muka pembedahan hanya boleh dipakai sekali guna sahaja kerana ia tidak direka untuk penggunaan berulang kali.

Pemakaian topeng N95 pula bergantung jika anda adalah seorang ahli perubatan yang terlibat dengan tugas mengendalikan pesakit yang dijangkiti. CDC menggalakkan pekerja kesihatan seperti doktor memakai topeng muka jenis ini sekiranya mereka terlibat dengan pesakit yang dijangkiti novel coronavirus.

Walau bagaimanapun, topeng muka ini bukanlah sejenis alat yang benar-benar kebal daripada serangan coronavirus.

Mengapa N95?

topeng muka

Anda tahu mengapa nama yang diberikan kepada topeng ini ialah N95?

Ini kerana sekiranya pemakai memakai topeng muka ini dengan betul, ia memberikan perlindungan sebanyak 95% kepada si pemakai. Ia boleh menapis partikel halus sehingga saiz 0.3 mikron.

Selain itu, ia tidak sesuai untuk digunakan oleh kanak-kanak dan juga individu yang memiliki bulu pada wajah. Untuk lebih jelas, lihat perbezaan antara kedua-dua jenis topeng muka melalui jadual di bawah ini:

Topeng Muka PembedahanTopeng N95
Ujian dan kelulusanDisahkan oleh U.S. Food and Drug Administration (FDA)Dinilai, diuji dan diluluskan oleh NIOSH U.S
KegunaanLindungi tubuh daripada dimasuki titisan besar atau cecair berbahaya. Elak penyebaran kuman kepada individu lainKurangkan pendedahan kepada partikel halus yang berada dalam udara
Fitting LonggarKetat
PenapisanKurang perlindungan terhadap partikel udara yang lebih kecilMenapis sekurang-kurangnya 95% partikel udara termasuklah partikel yang kecil dan besar
KebocoranKebocoran akan berlaku di sekitar hujung topeng apabila pemakainya menghirup udaraJika dipakai dengan fitting yang betul, hanya berlaku kebocoran yang kecil di sekitar hujung topeng
Had penggunaanPakai buangPaling ideal digunakan hanya sekali bagi setiap kali penggunaan. Ia juga patut dibuang apabila ia telah rosak, tidak berfungsi dengan berkesan, kotor, basah, sukar bernafas apabila menggunakannya, dicemari dengan darah atau cecair pernafasan

Cara memakai topeng muka yang betul

topeng muka

  1. Sebaiknya, cuci tangan anda terlebih dulu dengan air dan sabun atau hand sanitizer.
  2. Pastikan topeng muka yang ingin dipakai dalam keadaan baik dan tidak terdapat sebarang koyakan atau kebocoran.
  3. Pastikan kedudukan topeng dalam keadaan betul. Sisi yang mengandungi jalur besi halus perlu berada di bahagian atas bagi menutup atas hidung dengan kemas apabila dibengkokkan.
  4. Sisi yang berwarna perlu berada di bahagian luar, manakala sisi yang berwarna putih pula di bahagian dalam.
  5. Sangkutkan pada telinga anda jika ia adalah topeng jenis sangkutan pada telinga. Ikat pada belakang kepala anda jika ia adalah topeng jenis ikatan.
  6. Bentukkan jalur besi topeng yang berada pada bahagian atas hidung mengikut bentuk hidung anda.
  7. Tarik bahagian bawah topeng muka ke bawah bagi menutupi mulut dan dagu anda.
  8. Gunakan topeng muka hanya untuk sekali penggunaan sahaja. Buang setelah digunakan.

Inti pati yang boleh anda ambil

Jika anda berjalan-jalan di luar rumah dengan menggunakan topeng muka pembedahan, ia tidaklah benar-benar memberikan perlindungan kepada anda. Walau bagaimanapun, dalam situasi di mana anda terdedah dengan risiko jangkitan yang tinggi, pemakaian topeng muka ini boleh membantu anda mengurangkan risiko.

Kami tidak mengatakan bahawa pemakaiannya tidak akan memberikan sebarang manfaat perlindungan, tetapi anda perlu tahu ia tidak akan memberikan jaminan 100% perlindungan kepada anda terhadap sebarang jangkitan virus.

Rujukan

https://www.cdc.gov/niosh/npptl/pdfs/UnderstandDifferenceInfographic-508.pdf
https://edition.cnn.com/2020/01/28/health/coronavirus-us-masks-prevention-trnd/index.html
https://www.newscientist.com/article/2231535-can-an-n95-face-mask-protect-you-from-catching-the-new-coronavirus/
https://www.express.co.uk/life-style/health/1233451/Coronavirus-protection-do-n95-masks-work-who-should-wear-n95-mask-china-France-uk-usa
https://slate.com/news-and-politics/2020/01/coronavirus-surgical-masks-china.html
https://www.sfcdcp.org/communicable-disease/healthy-habits/how-to-put-on-and-remove-a-face-mask/

 

Kredit Foto : abc7, HelloDoktor

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: HelloDoktorMuhammad Wa'izTopeng Muka N95Topeng Muka PembedahanVirus Korona
ShareTweetShare
Previous Post

Berita Baik, Nantikan April 2020, Vaksin Virus Korona Bakal Diuji!

Next Post

Khasiat Daun Pudina

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih
Alam Semulajadi

Hidrogen daripada Garam Kimia: Penyelidikan Malaysia Menuju Tenaga Bersih Mudah Alih

16 hours ago
Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal
Alam Semulajadi

Sains Tanpa Buku : Murid Terokai Dunia Air Secara Praktikal

16 hours ago
Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang
Alam Semulajadi

Ramalan Satelit Tentang Masa Depan Terumbu Karang

3 days ago
Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden
Berita & Peristiwa

Implan Gigi: Pilihan Rawatan dalam Pergigian Moden

6 days ago
Next Post
Khasiat Daun Pudina

Khasiat Daun Pudina

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In