23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, September 11, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pengeraman Telur Penyu Dicemari Plastik

Info Alam Sekitar Marin

Saiful Bahari by Saiful Bahari
04/11/2020
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa, Bicara Saintis, Isu Semasa
0 0
0

Dr. Mohd Uzair Rusli ,Yusof Shuaib Ibrahim & Abdulmula Abdulmagid Hamza
Sea Turtle Research Unit, Universiti Malaysia Terengganu

 

Lebih 70% (22.9 juta) penduduk Malaysia menetap di kawasan persisir pantai dan dianggarkan menghasilkan sejumlah 1.52 kg sampah setiap orang pada setiap hari.

Seterusnya dianggarkan kira-kira 0.14–0.37 juta metrik tan sampah pula dialirkan ke laut pada setiap tahun sama ada secara sengaja mahupun tidak, dan ini menjadikan Malaysia merupakan negara ke-8 daripada 49 keseluruhan negara Asia penyumbang kepada pencemaran sampah marin.

Melihat kepada statistik pencemaran sampah marin ini, sewajarnya kita perlu mula menilai kesannya kepada khazanah lautan kita terutamanya spesis yang paling terancam iaitu penyu.

Negeri Terengganu mempunyai jaringan pantai sejauh 244 km dan 42 pantai persarangan penyu berhadapan dengan Laut China Selatan yang telah diklasifikasikan sebagai salah satu kawasan tercemar dengan mikroplastik (plastik kecil bersaiz kurang 5 mm).

Universiti Malaysia Terengganu telah mengambil inisiatif memulakan kajian garis data asas untuk menentukan kadar taburan pencemaran mikroplastik dengan empat pantai persarangan penyu terpilih bagi mewakili gugusan pantai persarangan penyu di sebelah utara dan selatan negeri Terengganu, dan didapati kawasan utara di Setiu lebih tercemar berbanding Kertih di selatan.

Apa yang dibimbangi ialah penentuan jantina anak penyu sebenarnya ditentukan oleh suhu pengeraman. Dan diketahui juga bahawa plastik mempunyai keupayaan menyerap dan menyimpan haba dengan lebih tinggi mampu menjadikan sarang pengeraman telur penyu lebih panas.

Lebih mengejutkan kami, plastik yang bewarna hitam paling tinggi dijumpai dan mengukuhkan lagi kebimbangan kami. Warna hitam juga diketahui mampu menyerap haba dengan lebih tinggi.

Memburukkan keadaan dengan isu pemanasan global ketika ini, adalah dijangkakan penghasilan induk jantan adalah sifar dan menyebabkan ketidakstabilan nisbah jantan kepada betina di dalam populasi spesis terancam ini.

Tindakan kecil kita seperti membuang plastik sekali guna di daratan, dialirkan ke sungai ketika hujan dan seterusnya ke laut, proses pemanasan ultraviolet dan arus lautan memulangkan kembali serpihan plastik kecil yang terdegradasi (mikroplastik) ke kawasan persarangan penyu, akhirnya tiada penyu jantan dihasilkan dan kita kehilangan spesis yang penting untuk keseimbangan ekosistem lautan kita.

Ekosistem lautan yang tidak stabil menyebabkan kita terputus bekalan sumber protein utama kita. Dalam Islam, sesuatu musibah menimpa seseorang dianggap sebagai kifarah terhadap sesuatu dosa yang telah dilakukan. Dalam ajaran Hindu dan Budha pula, ini dipanggil hukum karma.

“Mulia dibalas syurga, Dosa kan sengsara, Ini hukum karma.”– Wings 1988.

Hubungi penulis di uzair@umt.edu.my untuk mendapatkan artikel penuh yang diterbitkan di Journal of Green Engineering: Microplastic Occurrence in Sea Turtle Nesting Beach Sediments from Terengganu, Malaysia.

 

Seekor penyu agar yang baru selesai bersarang di Stesen Penyelidikan Alami Penyu UMT, Pantai Chagar Hutang, Pulau Redang. Seekor ibu penyu mampu bersarang sekitar 7-12 kali pada sesuatu musim persarangan dengan 100 biji telur bagi setiap persarangan.

 

Keadaan Pantai Teluk Dalam yang menjadi salah satu lokasi persarangan penyu pada musim persarangan dicemari oleh sampah yang dibawa oleh arus lautan. Keadaan pantai yang dicemari sebegini amat memerlukan ramai tenaga sukarelawan untuk bekerjasama membersihkan pantai selepas musim tengkujuh berakhir di pantai timur (sekitar Feb/Mac) dan menyediakan kawasan persarangan penyu sebelum musim persarangan bermula (April-Oktober).

 

 

Anak penyu memerlukan masa sekurang-kurangnya 45 hari untuk menetas di dalam sarang dan segala perubahan persekitaran turut memberi kesan kepada perkembangan anak penyu ini.

 

Salah satu usaha Sea Turtle Research Unit (SEATRU), Universiti Malaysia Terengganu dalam mendekati orang awam untuk meningkatkan kesedaran ancaman plastik kepada alam sekitar marin dan mendidik warga menjadi pengguna plastik yang bijak dan bertanggungjawab.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Dr. Mohd Uzair RusliInfo Alam Sekitar MarinMikroplastikPenyuSea Turtle Research UnitUniversiti Malaysia Terengganu
ShareTweetShare
Previous Post

Aplikasi Geospatial dalam Sektor Perhutanan: Lebih dari Sekadar Fungsi Pemetaan

Next Post

Landas Cincang Lubuk Kuman Berpesta

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Penggunaan Bateri Litium Menyokong Teknologi Hijau
Berita & Peristiwa

Penggunaan Bateri Litium Menyokong Teknologi Hijau

7 days ago
Malaria: Penyakit Purba yang Masih Mengancam Dunia
Berita & Peristiwa

Malaria: Penyakit Purba yang Masih Mengancam Dunia

7 days ago
Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi
Alam Semulajadi

Buah Gac (Momordica cochinchinensis): Mutiara Merah Asia yang Kaya dengan Potensi Nutrisi dan Ekonomi Tinggi

1 week ago
Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa
Berita & Peristiwa

Mempromosi Rumah Api di Sarawak Menerusi Gelombang Radio Amatur Antarabangsa

1 week ago
Next Post
Landas Cincang Lubuk Kuman Berpesta

Landas Cincang Lubuk Kuman Berpesta

Kategori Produk

  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In