23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, April 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Li-Fi, Teknologi Internet Terkini 100 kali lebih Pantas daripada Wi-Fi

Editor by Editor
30/11/2015
in Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh : Khairul N. Mohd Kharuddin

Semasa Thomas Edison mencipta mentol lampu elektrik, beliau mungkin tidak menyangka bahawa ciptaannya satu hari nanti bukan sahaja akan menyinari semua rumah di dunia, bahkan juga berupaya menghantar data yang membolehkan maklumat dimuat-turun dari satelit di angkasa lepas kepada peranti mudah alih. Dengan terciptanya Li-Fi, nyalaan lampu di rumah boleh turut bertindak sebagai satu bentuk penghantaran data yang berkelajuan 100 kali tinggi lebih daripada Wi-Fi yang sedia ada kini.

Li-Fi hasil ciptaan Harold Haas dari University of Edinburgh pada 2011, menggunakan ‘Komunikasi Cahaya Tampak’ (Visible Light Communication-VLC) untuk menghantar  data pada kelajuan tinggi yang ekstrim. Secara ringkas, ia bekerja sebagai lampu isyarat laju, yang menyala on dan off untuk menyampaikan mesej berbentuk kod binari (1 dan 0). Berdasarkan eksperimen makmal, teknologi ini berupaya menghantar 224 gigabit per saat. Bandingkan ini dengan Wi-Fi yang hanya mampu menghantar data pada kelajuan mencecah 600 megabit persaat.

Li-Fi3

Teknologi Li-Fi ini sudah mula digunakan dalam situasi sebenar apabila Velmenni, sebuah syarikat di Estonia melancarkan Li-Fi di pejabat-pejabat dan kawasan industri di daerah Tallinn. Dalam situasi ini, mereka berjaya memperoleh kelajuan sambungan internet sehingga satu gigabit per saat.

[Baca – Komputer Kuantum Bakala Merubah Dunia]

Selain berkelajuan sangat tinggi, Li-Fi juga mempunyai kelebihan lain berbanding Wi-Fi. Isyarat Li-Fi dibawa oleh cahaya optik bermakna ia tidak boleh merentasi dinding menjadikan rangkaian internet lebih selamat/secure. Namun ia boleh menjadi kekangan seperti terputus sambungan internet bila pengguna keluar dari bilik misalnya. Sekiranya halangan ini dapat diatasi, Li-Fi akan berupaya menghantar mesej merentasi julat frekuensi yang lebih lebar daripada yang Wi-Fi boleh (2.4 GHz – 5 GHz).

Li-Fi boleh menjadi penyelesaian kepada kesesakan frekuensi berikutan penggunaan Internet semakin meningkat seluruh dunia. Menurut  laporan Cisco Visual Networking Index Global Mobile Data Traffic Forecast, penggunaan data bulanan secara global adalah dijangka melebihi 24.3 exabytes menjelang 2019 – satu nilai yang tidak mampu dikendali oleh sambungan wireless terkini.

Li-Fi2

Dalam ceramah TED beliau baru-baru ini, Haas menegaskan yang mentol lampu LED rumah boleh diubah dengan mudah menjadi pemancar (transmitter) LI-Fi yang memberikan sambungan Internet lebih cekap.

“Apa yang kita perlu adalah memuatkan satu mikrocip ke dalam setiap peranti pemancar cahaya yang berpotensi, dan ini akan menggabungkan dua fungsi asas; pencahayaan dan penghantaran data tanpa wayar”, ujar Haas.

Kelipan LED ini semasa penghantaran dan penerimaan data adalah terlalu pantas untuk dilihat oleh mata manusia, jadi pengguna tidak perlu risaukan kelipan lampu yang mengganggu persekitaran mereka.

Walaupun tidak dapat diketahui jika Li-Fi dapat dilaksanakan seluruh dunia dengan lancar, VLC sudahpun digunakan dalam banyak aplikasi. Contohnya Disney sedang membina beberapa produk yang menggunakan teknologi VLC termasuk barang permainan seperti kayu sakti yang dapat menyalakan mentol lampu pada baju sang puteri. ®MajalahSains.Com

SUMBER – BBC
FOTO– prolinkedmag

ShareTweetShare
Previous Post

Nama Pelajar Sekolah Malaysia diabadikan sebagai nama Asteroid

Next Post

Cip Bateri Cas Telefon dengan Pantas

Editor

Editor

Related Posts

Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian
Berita & Peristiwa

Pembungkusan Fleksibel: Teknologi di Sebalik Produk Harian

4 days ago
Perkembangan-Teknologi-Memori-Komputer
Berita & Peristiwa

Perkembangan-Teknologi-Memori-Komputer

4 days ago
Teknologi Salutan Polimer, Bukan Sekadar Cat
Berita & Peristiwa

Teknologi Salutan Polimer, Bukan Sekadar Cat

2 weeks ago
Perkomputeran Neuro: Teknologi Komputer Berinspirasikan Otak Manusia untuk Kelestarian Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) Masa Depan
Berita & Peristiwa

Perkomputeran Neuro: Teknologi Komputer Berinspirasikan Otak Manusia untuk Kelestarian Aplikasi Kecerdasan Buatan (AI) Masa Depan

4 weeks ago
Next Post
Cip Bateri Cas Telefon dengan Pantas

Cip Bateri Cas Telefon dengan Pantas

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In