Monday, November 2, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Sains di Sebalik Kesesakan Jalan Raya

Sains di Sebalik Kesesakan Jalan Raya

Editor by Editor
02/11/2026
in Berita & Peristiwa, Matematik, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Profesor Madya Ir. Dr. Sitti Asmah binti Hassan
Pensyarah Kanan, Jabatan Geoteknik & Pengangkutan,
Fakulti Kejuruteraan Awam, Universiti Teknologi Malaysia

“Tadi jem teruk, tetapi apabila sampai di depan, tiada apa-apa pun!”

Pernahkah anda mengalami keadaan ini? Ketika memandu di lebuh raya, kenderaan yang pada mulanya bergerak lancar pada kelajuan 80 kilometer sejam tiba-tiba memperlahankan pergerakan. Kelajuan turun kepada 40, kemudian 20 kilometer sejam, sebelum kenderaan hampir berhenti. Kita mula mengesyaki kemalangan, lori rosak atau kerja penyelenggaraan di hadapan. Namun, selepas beberapa kilometer, trafik kembali lancar. Tiada kemalangan atau halangan yang kelihatan. Ke manakah perginya kesesakan tadi?

Fenomena ini dikenali sebagai kesesakan hantu (phantom traffic jam). Ia boleh terbentuk tanpa halangan fizikal yang jelas, akibat interaksi antara kenderaan dalam aliran trafik yang tidak stabil. Untuk memahaminya, kita perlu melihat jalan raya sebagai sistem dinamik, bukannya sekadar hamparan tar.

Jalan Raya Ada Had Keupayaan

Bayangkan ribuan penyokong meninggalkan stadium selepas perlawanan bola sepak. Pada mulanya, semua orang berjalan selesa. Apabila semakin ramai menghampiri pintu keluar, ruang menjadi terhad dan pergerakan perlahan. Jika seseorang berhenti secara tiba-tiba, orang di belakang turut memperlahankan langkah. Barisan panjang boleh terbentuk walaupun pintu keluar masih terbuka.

Jalan raya beroperasi melalui prinsip yang hampir sama. Dalam kejuruteraan trafik, tiga pemboleh ubah penting ialah kelajuan, aliran dan kepadatan. Kelajuan menunjukkan seberapa pantas kenderaan bergerak. Aliran ialah bilangan kenderaan yang melalui satu lokasi dalam tempoh tertentu, manakala kepadatan ialah bilangan kenderaan dalam sesuatu panjang jalan.

Hubungannya boleh dinyatakan sebagai: aliran trafik = kepadatan × kelajuan purata ruang.

Pada kepadatan rendah, kenderaan biasanya bergerak lancar. Apabila kepadatan meningkat, lebih banyak kenderaan boleh melalui sesuatu lokasi sehingga aliran menghampiri kapasiti jalan. Selepas tahap tertentu, ruang untuk bergerak semakin terhad. Kelajuan boleh jatuh dengan ketara, menyebabkan aliran turut merosot walaupun bilangan kenderaan di atas jalan bertambah. Inilah sebabnya jalan yang penuh sesak tidak semestinya mengalirkan lebih banyak kenderaan.

Daripada Brek Kecil kepada Kesesakan Hantu

Bayangkan seorang pemandu memperlahankan kereta kerana jaraknya dengan kenderaan di hadapan semakin dekat. Pemandu di belakang mengambil sedikit masa untuk bertindak balas, lalu turut membrek. Pemandu seterusnya mungkin membrek lebih kuat. Tindakan ini berulang sepanjang barisan kenderaan.

Dalam trafik yang stabil, gangguan kecil biasanya beransur hilang. Namun, apabila aliran semakin padat dan tindak balas pemandu saling menguatkan gangguan, perubahan kelajuan boleh menjadi semakin besar. Keadaan ini dinamakan ketidakstabilan aliran trafik (traffic flow instability).

Gangguan yang pada mulanya hanya menyebabkan sedikit perlambatan akhirnya boleh membuatkan kenderaan di belakang berhenti sepenuhnya. Kesesakan hantu ialah fenomena yang boleh terhasil daripada ketidakstabilan tersebut, walaupun tiada kemalangan atau penyempitan jalan.

Menariknya, perkara ini bukan sekadar teori. Dalam eksperimen menggunakan kenderaan yang bergerak mengelilingi trek berbentuk bulatan, penyelidik menunjukkan bahawa gelombang berhenti dan bergerak semula boleh muncul walaupun tiada persimpangan atau halangan di laluan.

Mengapa Gelombang Kesesakan Bergerak ke Belakang?

Bayangkan kenderaan pertama memperlahankan pergerakan, kemudian kenderaan kedua dan ketiga mengikutinya. Setiap kereta masih bergerak ke hadapan, tetapi kawasan yang mengalami perlambatan merebak ke belakang.

Perambatan perubahan keadaan trafik ini boleh dihuraikan melalui konsep gelombang kejutan trafik (traffic shockwave). Sempadan antara trafik lancar dengan trafik sesak boleh bergerak ke arah hulu, bertentangan dengan arah kenderaan. Apabila kita akhirnya melepasi gelombang tersebut, perjalanan kembali lancar tanpa menemui punca fizikal yang nyata.

Walau bagaimanapun, kesesakan hantu dan gelombang kejutan bukan istilah yang sama. Kesesakan hantu merujuk kepada fenomena kesesakan tanpa halangan jelas. Gelombang kejutan pula menerangkan perambatan perubahan aliran, kelajuan atau kepadatan. Gelombang sedemikian juga boleh berlaku berhampiran lampu isyarat dan penyempitan lorong, apabila puncanya diketahui.

Rajah 1 Gelombang kejutan trafik (Trafic Shockwave)

Mengapa Lokasi Sama Sering Sesak?

Sesetengah lokasi mengalami kesesakan hampir setiap hari. Contohnya, di kawasan jalan masuk lebuh raya, kenderaan yang mahu bergabung dengan aliran utama perlu mencari ruang. Pemandu lain mungkin membrek atau menukar lorong, lalu mengganggu kelancaran trafik.

Lokasi seperti ini boleh menjadi titik kesesakan (bottleneck). Jika jumlah kenderaan yang tiba melebihi kadar yang mampu dilepaskan, barisan akan memanjang ke belakang. Berbeza daripada kesesakan hantu, keadaan ini mempunyai kekangan kapasiti atau gangguan setempat yang boleh dikenal pasti. Justeru, penyelesaiannya juga perlu berdasarkan punca sebenar.

Adakah Menambah Lorong Sentiasa Berkesan?

Melebarkan jalan boleh meningkatkan kapasiti dan mengurangkan kesesakan dalam keadaan tertentu. Namun, manfaatnya tidak semestinya kekal. Apabila perjalanan menjadi lebih cepat, sebahagian pengguna mungkin memilih laluan tersebut, menukar waktu perjalanan atau melakukan lebih banyak perjalanan menggunakan kereta.

Fenomena ini dikenali sebagai permintaan teraruh (induced demand). Dalam jangka panjang, pertambahan trafik boleh mengurangkan semula manfaat kapasiti baharu. Oleh itu, pelebaran jalan perlu dinilai bersama pilihan pengangkutan awam, pengurusan permintaan perjalanan dan pembangunan guna tanah.

Apa yang Boleh Dilakukan?

Tingkah laku pemandu turut mempengaruhi kestabilan trafik. Mengekori terlalu rapat, membrek secara mendadak dan kerap menukar lorong boleh mencetuskan gangguan yang merebak kepada kenderaan lain. Mengekalkan jarak selamat, mengawal kelajuan secara konsisten dan mengelakkan pertukaran lorong yang tidak perlu membantu mewujudkan aliran lebih teratur.

Pada peringkat sistem, teknologi seperti pengesan trafik, kamera dan Sistem Pengangkutan Pintar membolehkan jurutera memantau keadaan jalan secara masa nyata. Kawalan kemasukan ke lebuh raya (ramp metering), misalnya, boleh mengatur kadar kenderaan memasuki laluan utama bagi mengurangkan gangguan. Simulasi komputer pula membantu menguji strategi sebelum dilaksanakan.

Namun, teknologi bukan penyelesaian tunggal. Keberkesanannya bergantung pada data, reka bentuk jalan, corak perjalanan dan tindakan pengguna.

Lain kali apabila anda terperangkap dalam kesesakan yang tiba-tiba hilang, ingatlah bahawa anda mungkin sedang melalui gelombang trafik yang terbentuk daripada tindak balas kecil secara berantai. Memahami sains di sebalik fenomena ini membantu kita melihat kesesakan bukan sekadar masalah terlalu banyak kereta, tetapi hasil interaksi antara manusia, kenderaan dan kapasiti jalan. Jalan raya ialah sistem yang perlu dirancang, diurus dan digunakan dengan bijaksana.

Sumber Rujukan:

  1. Roess, R.P., Prassas, E.S. & McShane, W.R. (2011). Traffic Engineering, 4th Prentice Hall.
  2. Garber, N.J. & Hoel, L.A. (2020). Traffic and Highway Engineering, Enhanced SI Edition. 5th CENGAGE.
  3. Mannering, F.L. & Washburn, S.S. (2019). Principles of Highway Engineering and Traffic Analysis, 7th Edition. John Wiley & Sons, Inc.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Fakulti Kejuruteraan Awamgelombang kejutan trafikJabatan Geoteknik & Pengangkutanphantom traffic jamSains di Sebalik Kesesakan Jalan RayaSitti Asmah binti Hassantitik kesesakantraffic shockwaveUniversiti Teknologi Malaysia
Previous Post

Opioid dan Ketum: Bolehkah Ketum Mengurangkan Sindrom Penarikan?

Next Post

Saringan Kanser Pangkal Rahim: Apa yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Editor

Editor

Related Posts

Saringan Kanser Pangkal Rahim: Apa yang Setiap Wanita Perlu Tahu
Berita & Peristiwa

Saringan Kanser Pangkal Rahim: Apa yang Setiap Wanita Perlu Tahu

2 hours ago
Opioid dan Ketum: Bolehkah Ketum Mengurangkan Sindrom Penarikan?
Alam Semulajadi

Opioid dan Ketum: Bolehkah Ketum Mengurangkan Sindrom Penarikan?

9 hours ago
Prinsip Koheren: Asas Menangani Maklumat Palsu
Berita & Peristiwa

Prinsip Koheren: Asas Menangani Maklumat Palsu

2 days ago
Bukan Sekadar Bakteria: Dunia Protozoa di Sebalik Senyuman Kita
Alam Semulajadi

Bukan Sekadar Bakteria: Dunia Protozoa di Sebalik Senyuman Kita

2 days ago
Next Post
Saringan Kanser Pangkal Rahim: Apa yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Saringan Kanser Pangkal Rahim: Apa yang Setiap Wanita Perlu Tahu

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In