Cip Bateri Cas Telefon dengan Pantas

Pembuat cip baharu menemui penyelesaian dengan mengurangkan tempoh cas telefon mudah alih kepada beberapa minit sahaja sekali gus mengelakkan letupan yang berbahaya.
Penyelidik Nanyang Technological University di Singapura, Profesor Rachid Yazami berkata, cip kecil itu boleh dimasukkan ke dalam pelbagai saiz bateri dan memantau kadar cas.
Profesor Rachid Yazami, Nanyang Technological University, Singapura
Katanya, bateri lithium-ion yang tidak sihat mempunyai risiko untuk meletup di samping kehilangan kapasiti untuk mengecas dengan lebih pantas.
Ujar beliau, masalah itu mungkin menjadi keutamaan dalam kalangan pengguna berikutan orang ramai kini bergerak ke arah kereta elektrik atau kenderaan lain.
“Ia adalah risiko serius buat kenderaan elektrik kerana jika terdapat bahan api kimia disebabkan kegagalan bateri, ia boleh menyebabkan kebakaran seterusnya mencetus letupan.
“Meskipun risiko kegagalan bateri dan terbakar sangat rendah, setiap tahun lebih satu bilion bateri lithium-ion dihasilkan setiap tahun,” katanya seperti dilaporkan dalam independent.co.uk.
Menurut Yazami, dengan mengetahui keadaan bateri, ia membolehkan tempoh pengecasan lebih cepat dan memastikan bateri berkenaan kekal baik.
“Selain itu, teknologi yang kami bangunkan boleh memberitahu keadaan sebenar cas bateri justeru mengoptimumkan pengecasan bateri berkenaan.
“Kami berharap bateri ini boleh bersedia untuk pelesenan sebelum akhir 2016,” tambahnya. 
SUMBER
[1]Utusan
[2]
ibtimes.com

FOTO-Gizmodo
Berikan Komen Anda Di Sini

Related Posts

Next Post

Login to your account below

Fill the forms bellow to register

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.