Saturday, October 17, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pensyarah Berinovasi, Cipta Pelbagai Bentuk Roket Air Perkasa STEM

Pensyarah Berinovasi, Cipta Pelbagai Bentuk Roket Air Perkasa STEM

Editor by Editor
17/10/2026
in Berita & Peristiwa, STEM, Teknologi & Kejuruteraan
0 0
0

Oleh: Dr. Siti Rudhziah Che Balian, Dr. Siti Aisyah Zawawi, Shazuan Abdul Latip & Nor Faridah Hanim Mat Junit
Pensyarah Kanan, Unit Fizik, Pusat Asasi UiTM Cawangan Selangor, Kampus Dengkil

Profesion pensyarah merupakan antara kerjaya akademik yang paling signifikan dalam ekosistem pendidikan tinggi negara. Namun, dalam era pendidikan moden yang sarat dengan cabaran teknologi dan transformasi sosial, peranan seorang pensyarah tidak lagi wajar terasing di dalam “menara gading”, dewan kuliah, mahupun terbatas kepada penerbitan jurnal semata-mata. Kebolehan akademik perlu diterjemahkan kepada bentuk sumbangan yang membawa manfaat nyata dan memberi impak ikhlas kepada masyarakat.

Dalam konteks pendidikan Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM), peranan ini menjadi semakin mendesak. Pendidik tidak boleh sekadar menyuruh generasi muda menjadi kreatif sekiranya mereka sendiri tidak memimpin melalui teladan (lead by example). Untuk membina masyarakat yang celik dan meminati STEM, pendidik perlu terlebih dahulu bertindak sebagai obor dan inovator. Mendorong atas kesedaran ini, pensyarah Unit Fizik, Pusat Asasi Universiti Teknologi MARA (UiTM) Cawangan Selangor, Kampus Dengkil mengambil langkah proaktif mereka bentuk pelbagai inovasi roket air berasaskan bahan harian dan kitar semula untuk dibawakan terus kepada komuniti sekolah.

Langkah menterjemahkan konsep fizik kepada roket air bukan sekadar aktiviti pertukangan biasa, sebaliknya melibatkan proses penyelidikan dan pembangunan (R&D) yang berasaskan aplikasi saintifik sebenar. Pensyarah Unit Fizik bersama staf makmal turun padang mengkaji pelbagai bentuk badan roket, konfigurasi sirip, aerodinamik, serta kestabilan dengan memanfaatkan bahan terpakai kos rendah seperti botol plastik minuman. Kemuncak kejayaan R&D ini dibuktikan menerusi penghasilan roket air tiga lapis dengan sistem payung terjun. Binaan kompleks ini diperhebat dengan paparan simbolik logo UiTM, logo sekolah, perkataan STEM, dan Jalur Gemilang. Lambang ini bukan sekadar perhiasan visual, malah membawa mesej keberhasilan bahawa bahan terpakai dan DIY mampu diinovasikan menerusi pengetahuan fizik menjadi binaan roket kompleks yang berfungsi tinggi. Menerusi inovasi ini, konsep abstrak seperti daya tujahan, tekanan udara, Hukum Newton, dan trajektori penerbangan dapat dijelaskan secara visual dan konkrit.

Pengalaman R&D pensyarah ini dibukukan ke dalam modul Water Rocket STEM berasaskan pendekatan CDIO (Conceive, Design, Implement, Operate). Menerusi modul ini, fokus utama diberikan secara menyeluruh kepada kemenjadian murid. Pelajar sekolah tidak sekadar menjadi pengguna pasif kepada produk siap, sebaliknya dibimbing melalui keseluruhan kitaran reka bentuk kejuruteraan. Fasa Conceive melatih pelajar menceruskan idea menerusi pemahaman teori fizik dan analisis keperluan, manakala fasa Design membimbing mereka merancang spesifikasi aerodinamik, bentuk sirip, kon muncung, serta nisbah isipadu air dan tekanan. Seterusnya, fasa Implement memberi ruang amali untuk membina roket air dan menguji pemboleh ubah pelancaran, diikuti fasa Operate yang melatih pelajar mengendalikan pelancaran dalam pertandingan sebenar serta menganalisis punca kegagalan sekiranya roket tersasar atau payung terjun tidak terbuka. Pendekatan amali ini mengubah persepsi pelajar terhadap kegagalan daripada satu pengakhiran kepada fasa penambahbaikan berterusan, sekali gus memupuk kemenjadian murid merangkumi pemikiran kritis, kemahiran menyelesaikan masalah, kerja berpasukan, serta keyakinan diri.

Inovasi dan modul pembelajaran ini direalisasikan menerusi program Water Rocket STEM Outreach yang berlangsung dari 22 Jun 2026 hingga 26 Ogos 2026 di SMK Dengkil. Program bersiri ini digerakkan oleh Unit Fizik UiTM Dengkil bersama Kelab ICAN Sinergi, serta mendapat kerjasama strategik rakan kolaborasi Planetarium Negara di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI). Pelaksanaan program ini selari dengan aspirasi Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) dan Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) yang menekankan pengukuhan STEM menerusi pembelajaran berasaskan pengalaman (experiential learning) dan pemindahan ilmu (knowledge transfer) kepada masyarakat. Usaha ini turut menyokong agenda Matlamat Pembangunan Mampan (Sustainable Development Goals), terutamanya SDG 4 (Pendidikan Berkualiti), SDG 9 (Industri, Inovasi & Infrastruktur), dan SDG 17 (Kerjasama demi Matlamat).

Inisiatif pensyarah Unit Fizik UiTM Dengkil melalui inovasi roket air membuktikan bahawa martabat profesion pensyarah menjadi paling bermakna apabila ilmu yang dimiliki dibawa keluar untuk berbakti kepada generasi akan datang. Pensyarah bukan sekadar pembimbing di dalam dewan kuliah, tetapi merupakan pemacu transformasi sosial yang berkeupayaan menyalakan rasa ingin tahu, keberanian mencuba, dan budaya reka cipta dalam jiwa para pelajar sekolah. Melalui inovasi roket air yang berasaskan bahan kitar semula ini, pensyarah UiTM Dengkil telah menunjukkan bahawa inovasi yang berimpak besar tidak semestinya bermula dengan kelengkapan berteknologi mahal, melainkan bermula daripada kreativiti, kepakaran, dan keikhlasan pendidik untuk berkhidmat demi kemajuan anak bangsa dan pendidikan STEM negara.

Gambar 1: Inovasi roket air 3 lapis
Gambar 2: Inovasi payung terjun roket air 3 lapis
Gambar 3: Inovasi roket air oleh pensyarah fizik UiTM Dengkil
Gambar 4: Program Water Rocket STEM Outreach di SMK Dengkil
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Inovasi Roket AirPendidikan STEMSiti Rudhziah Che BalianSTEMUiTM Dengkil
ShareTweetShare
Previous Post

Kenali Vaksin dan Penyakit Influenza

Next Post

Biodegradasi: Benarkah Plastik Akan Hilang?

Editor

Editor

Related Posts

Bolehkah Matematik Menyelamatkan Penyu?
Alam Semulajadi

Bolehkah Matematik Menyelamatkan Penyu?

36 minutes ago
Biodegradasi: Benarkah Plastik Akan Hilang?
Alam Semulajadi

Biodegradasi: Benarkah Plastik Akan Hilang?

49 minutes ago
Kenali Vaksin dan Penyakit Influenza
Berita & Peristiwa

Kenali Vaksin dan Penyakit Influenza

3 days ago
Gigi Bongsu: Mengapa Gigi Terakhir yang Tumbuh Sering Menjadi Masalah?
Berita & Peristiwa

Gigi Bongsu: Mengapa Gigi Terakhir yang Tumbuh Sering Menjadi Masalah?

3 days ago
Next Post
Biodegradasi: Benarkah Plastik Akan Hilang?

Biodegradasi: Benarkah Plastik Akan Hilang?

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In