23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Wednesday, October 14, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kenali Vaksin dan Penyakit Influenza

Kenali Vaksin dan Penyakit Influenza

Editor by Editor
14/10/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Wan Majdiah Wan Mohamad
Pensyarah Perubatan (Imunologi),
Pusat Pengajian Sains Pergigian, Hospital Pakar USM

Apakah itu Vaksin

Vaksin adalah produk biologi yang dihasilkan untuk melindungi daripada penyakit berjangkit tertentu dengan merangsang sistem ketahanan badan secara selamat. Suntikan vaksin boleh mencegah lebih dari 30 jenis penyakit berjangkit yang mengancam nyawa. Sekiranya masih dijangkiti, pesakit akan mengalami simptom yang ringan dan risiko untuk mendapat komplikasi adalah lebih rendah jika dibandingkan dengan pesakit yang tidak mengambil suntikan vaksin.

Kenapa perlu Mengambil Vaksin?

1- Vaksin boleh melindungi diri sendiri

Vaksin boleh mengurangkan risiko jangkitan. Sekiranya seseorang pesakit masih dijangkiti, simptom yang dialami adalah tidak teruk dan risiko untuk mendapat komplikasi adalah lebih rendah

2- Vaksin boleh merangsang pembentukan imuniti berkelompok (herd immunity)

Imuniti berkelompok bermaksud jika sebahagian besar masyarakat telah menerima suntikan vaksin, virus atau bakteria sukar untuk merebak. Secara tidak langsung, ini akan membantu golongan yang tidak boleh menerima vaksin atas faktor kesihatan.

3- Vaksin boleh mencegah penyakit dan mengurangkan kadar kematian

Kajian perubatan telah menunjukkan penggunaan vaksin secara menyeluruh telah berjaya membasmi penyakit seperti cacar (small pox) dan penyakit polio di kebanyakan negara serta mengurangkan kadar kematian.

Apakah Imunisasi

Imunisasi adalah satu proses pemberian vaksin untuk mencegah penyakit berjangkit yang merbahaya. Vaksin mengandungi sebahagian atau keseluruhan virus atau bakteria yang telah dimatikan atau dilemahkan. Kemasukan vaksin ke dalam badan boleh merangsang sistem imun untuk mengenali kuman di dalam badan serta merangsang penghasilan antibodi oleh sel B untuk melawan jangkitan penyakit. Pembentukan memori oleh Sel B membantu badan mengenali kuman yang telah dijangkiti dengan lebih cepat jika pesakit mendapat secara berulang di masa hadapan.

1- Imuniti Aktif dan Imuniti Pasif

Imuniti aktif

Imuniti aktif berlaku apabila seseorang individu terdedah kepada virus atau bakteria tertentu yang boleh merangsang sistem imun untuk menghasilkan antibodi. Imuniti aktif boleh diklasifikasikan kepada imuniti secara semulajadi atau dan imuniti yang diperolehi selepas pemberian suntikan  vaksin.

a- Imuniti secara semulajadi

Imuniti yang diperolehi disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria dalam penyakit tertentu. Apabila seseorang individu terdedah kepada virus atau bakteria, ini boleh merangsang sistem imun untuk menghasilkan antibodi untuk melawan jangkitan kuman tersebut.

b- Imuniti disebabkan pemberian suntikan vaksin

Imuniti yang diperolehi oleh seseorang individu selepas mendapat suntikan vaksin untuk penyakit tertentu. Suntikan vaksin boleh merangsang sistem imun untuk menghasikan antibodi untuk melawan penyakit.

Imuniti pasif

Imuniti pasif diperolehi oleh seseorang  individu menerima antibodi dari luar badan samada secara semulajadi atau sebagai rawatan dalam penyakit tertentu di mana pesakit mengalami kekurangan antibodi.

a- Imuniti secara semulajadi

Imuniti yang diperolehi secara semulajadi, contohnya bayi di dalam kandungan mendapat antibodi daripada ibunya melalui plasenta.

b- Imuniti diperolehi selepas rawatan

Imuniti yang diperolehi selepas pemberian antibodi melalui salur darah (intravenous), seperti immunoglobulin dalam penyakit tertentu. Contohnya penyakit Bruton Agammaglobulinaemia.

Kenali apakah Penyakit Influenza

Penyakit influenza adalah sejenis penyakit berjangkit yang disebabkan oleh virus influenza, sejenis virus RNA. Daripada 4 jenis strain virus influenza (A, B, C, dan D), Influenza A dan B boleh menyebabkan jangkitan kepada manusia. Secara umumnya, baka virus (virus strains) yang telah dikenalpasti menyebabkan penyakit influenza secara global adalah Infuenza H1N1pdm09, Influenza H3N2, dan Influenza B. Virus influenza boleh berjangkit melalui titisan cecair seperti air liur dan mukus yang terapung diudara. Titisan ini biasanya dibebaskan apabila pesakit lain batuk, bersin, atau bercakap dan boleh membawa kuman seperti virus atau bakteria. Selain darpada itu, virus influenza juga boleh berjangkit melalui kontak rapat langsung (direct close contact) atau permukaan yang kotor. Justeru itu, adalah penting untuk menjaga kesihatan diri sendiri dan orang lain dengan memakai topeng muka apabila seseorang individu mengalami simptom-simptom influenza.

Simptom-simptom Influenza

Simptom utama influenza termasuk:

i- Demam : suhu badan yang meningkat atau badan terasa panas

ii- Sakit tekak : rasa pedih dan tidak selesa ketika menelan

iii- Sakit kepala : sakit berdenyut di bahagian kepala biasanya berlaku serentak dengan peningkatan suhu badan

iv- Sakit otot dan badan (myalgia) : disebabkan oleh pengeluaran sitokin oleh sel tertentu yang menyebabkan keradangan di dalam badan

v- Kurang selera makan : disebabkan oleh sitokin yang bertindak ke atas otak untuk mengurangkan rasa lapar, membantu badan menjimatkan tenaga yang sepatutnya digunakan untuk mencerna makan, tetapi mengalihkannya untuk melawan jangkitan

vi- Keletihan yang melampau

vii- Hidung berair (rhinorrhoea)

viii-Batuk kering (dry cough)

Masa inkubasi adalah selama dua hari. Simptom boleh berkurangan dalam masa 3 hingga 7 hari bergantung kepada tahap imuniti seseorang. Seseorang individu boleh menjangkiti orang lain pada hari pertama hingga hari ketujuh jika mempunyai simptom atau gejala. Walaubagaimanapun, individu yang tidak mengalami simptom atau gejala (asymptomatic) juga boleh menyebabkan jangkitan kepada individu lain. Kajian perubatan telah menunjukkan sebanyak 75% daripada golongan yang tidak mempunyai simptom boleh menyebabkan jangkitan kepada individu lain.

Bagi golongan yang berusia terutamanya warga emas, jangkitan influenza boleh menjadi sangat merbahaya kerana sistem imun mereka adalah sangat lemah. Di samping itu, mereka seringkali tidak menunjukkan simptom yang biasa seperti demam, sebaliknya hanya menunjukkan gejala seperti seperti kekeliruan mental, kurang selera makan, atau keletihan yang teruk yang menyebabkan jangkitan ini lambat dikesan.

Sisihan Antigen dan Anjakan Antigen

Sisihan Antigen (Antigenic drift)

i- Definisi: Mutasi kecil dan beransur-ansur pada stuktur genetik virus influenza (hemagglutinin dan neuraminidase) dari masa ke semasa apabila virus membiak

ii- Kesan: Perubahan ini menyebabkan sistem imun badan sukar untuk mengenali protein permukaan virus yang telah berubah atau strain yang baharu ini

iii- Kepentingan: Ini menyebabkan jangkitan selsema atau flu bermusim berlaku setiap tahun dan vaksin influenza perlu dikemaskini pada setiap tahun

Anjakan antigen (Antigenic shift)

i- Definisi: Perubahan genetik yang besar, mendadak, dan drastik apabila dua strain yang berbeza (seperti virus manusia dan haiwan, burung, dan babi) bergabung atau bertukar segmen gen di dalam sel yang sama

ii- Kesan: Perubahan ini menyebabkan penghasilan strain virus yang baharu dan tidak dikenali oleh sistem imun badan

iii- Kepentingan: Ianya adalah jarang berlaku, tetapi sangat merbahaya kerana manusia tidak mempunyai imuniti yang sedia ada, justeru itu berisiko untuk mencetuskan pandemic yang besar

Rawatan

i- Rehat secukupnya : Tidur yang cukup dan elakkan daripada melakukan aktiviti berat untuk membantu sistem imun melawan virus

ii- Kekalkan hidrasi : Banyak meminum air kosong atau suam (1 hingga 2 liter sehari) untuk mengekalkan hidrasi

iii- Rawatan berdasarkan simptom : Mengambil paracetamol untuk demam dan sakit otot, ubat batuk atau lozenges untuk sakit tekak.

iv- Rawatan anti-virus : Contohnya seperti Oseltamivir (Tamiflu) dalam masa 2 hari (48 jam) selepas gejala bermula. Anti-virus sangat digalakkan untuk golongan berisiko tinggi seperti warga emas, kanak-kanak, wanita hamil, dan pesakit kronik atau pesakit yang mempunyai komplikasi teruk

v- Suntikan vaksin: Suntikan vaksin influenza adalah digalakkan terutamanya untuk golongan berisiko tinggi untuk mencegah daripada terkena jangkitan. Pesakit disarankan untuk mengambil vaksin pada setiap tahun untuk membina imuniti terhadap strain virus yang sentiasa berubah.

Jangkitan influenza adalah biasa berlaku dalam kalangan masyarakat secara global. Pencegahan adalah lebih baik daripada mengubati. Justeru itu adalah disarankan untuk kita mengambil langkah-langkah pencegahan sebelum terkena jangkitan. Golongan berisiko tinggi digalakkan untuk mengambil vaksin untuk mencegah komplikasi yang lebih teruk.

Rujukan

World Health Organization (WHO). (2025). Vaccines and Immunization.

Suntikan Imunisasi. (2026). https://jknkl.moh.gov.my/jkwpklp/ms/perkhidmatan/informasi-kesihatan/suntikan-imunisasi

Centre for Disease Control (CDC). (2024). Vaccines and Immunizations. https://www.cdc.gov/vaccines/basics/immunity-types.html.

Malaysian Society of infectious Diseases and Chemotherapy. (2026). Guidelines for Adult Immunization. https://adultimmunisation.msidc.my/influenza/

Centre for Disease Control (CDC). (2024). Influenza (Flu): How Flu Viruses Can Change: “Drift” and “Shift”. https://www.cdc.gov/flu/php/viruses/change.html.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Antigeninfluenzaperubatan USMrawatan influenzaUSMVaksin dan penyakitvaksin influenzaWan Majdiah Wan Mohamad
ShareTweetShare
Previous Post

Gigi Bongsu: Mengapa Gigi Terakhir yang Tumbuh Sering Menjadi Masalah?

Editor

Editor

Related Posts

Gigi Bongsu: Mengapa Gigi Terakhir yang Tumbuh Sering Menjadi Masalah?
Berita & Peristiwa

Gigi Bongsu: Mengapa Gigi Terakhir yang Tumbuh Sering Menjadi Masalah?

1 hour ago
Ubat Tahan Sakit Semasa Kehamilan: Antara Keperluan Ibu dan Keselamatan Bayi
Berita & Peristiwa

Ubat Tahan Sakit Semasa Kehamilan: Antara Keperluan Ibu dan Keselamatan Bayi

2 days ago
Liku-Liku Evolusi Konsep Entropi
Berita & Peristiwa

Liku-Liku Evolusi Konsep Entropi

5 days ago
Autisme dan ADHD: Mengapa Ada yang Hanya Didiagnosis Apabila Dewasa
Berita & Peristiwa

Autisme dan ADHD: Mengapa Ada yang Hanya Didiagnosis Apabila Dewasa

6 days ago

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In