23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, April 11, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Arang Aktif (activated charcoal) dan Pemutihan Gigi

Info Kimia

Saiful Bahari by Saiful Bahari
16/01/2019
in Berita & Peristiwa, Kimia
0 0
0

 

 

 

Oleh :  Dr Fatimah Binti Salim
Pensyarah Kanan
Institut Atta-ur-Rahman UITM

Menggosok gigi menggunakan arang tidak lebih sekali seminggu

Baru-baru tular mengenai sifat arang aktif yang boleh memutihkan gigi. Namun, arang yang dimaksudkan di sini bukanlah arang yang digunakan untuk membuat bara api BBQ tapi zat arang yang dihasilkan dari bahan-bahan semulajadi yang telah melalui proses pengaktifan.

Ramai yang menyuarakan kebimbangan tentang keupayaan arang aktif sebagai bahan pemutih gigi yang mana boleh menghakis enamel. Sebelum kita membuat sebarang andaian, mari kita kenali dahulu apa itu arang aktif, sifatnya dan mekanisma pemutihan gigi olehnya.

 

Tablet Arang

Apa itu arang aktif?

Arang aktif terhasil dari pelbagai bahan kaya carbon termasuk bamboo, tempurung kelapa tua, kayu dan lain-lain. Bahan-bahan kaya karbon ini kemudiannya melalui proses pengaktifan (sama ada secara fizikal atau kimia) untuk menambah bilangan pori, seterusnya jika perlu modifikasi struktur untuk meningkatkan kepelbagaian serapan. Pertambahan bilangan pori akan meningkatkan luas permukaan arang aktif. Mekanisma tindakan arang aktif terhadap molekul luar ialah dengan proses serapan permukaan (adsorption) melalui ikatan relatif lemah yang dipanggil daya Van Der Waals. Kekuatan ikatan ini bergantung kepada struktur pori, kumpulan berfungsi dan kedudukan kumpulan berfungsi pada arang aktif ini. Melihat fizikal arang aktif, semakin halus strukturnya, semakin tinggi daya upaya serapannya.

Biasanya arang aktif ini tersedia dalam bentuk pil atau serbuk. Sejarah pengunaan arang aktif yang popular ialah pada tahun 1834 di mana ahli fizik Amerika mengunakan arang aktif untuk menyelamatkan nyawa seorang pesakit yang tertelan bahan racun mercury chloride. Sejak itu banyak kajian telah dibuat tentang keselamatan dalam pengunaan arang aktif dalam perubatan modern.

 

Ubat Gigi Arang Aktif

Bolehkah arang aktif memutihkan gigi?

Boleh. Walaupun tidak ada kajian saintifik berkenaan arang aktif sebagai pemutih gigi, namun melihat sifat fizikal serapan permukaannya (adsorption), ianya mampu menyerap noda kotoran (stains) pada gigi yang disebabkan pengambilan kopi, tea, rokok dan sebagainya, yang seterusnya mampu membantu kearah pemutihan gigi.

Arang aktif sebagai ubat gigi boleh jadi cara terbaik untuk melambatkan proses pelekatan semula noda kotoran pada gigi yang diikuti dengan cucian profesional (scaling). Nilai abrasi (hakisan) arang aktif dalam ubat gigi juga sedikit jika digunakan dengan betul. Banyak jenama gergasi ubat gigi seperti Colgate juga ada mengeluarkan ubat gigi berkonsepkan arang aktif ini. Namun, harus diingat bahawa ubat gigi yang mengandungi arang aktif pastinya tidak mengandungi bahan pelindung gigi utama iaitu florida yang mana juga mampu diserap oleh arang aktif. Anda juga haruslah kritikal dengan bahan kandungan lain dalam ubat gigi tersebut yang mana mungkin boleh menyumbang kepada hakisan gigi.

Namun menggosok gigi dengan serbuk arang aktif dengan cara kuat boleh menghasilkan geseran partikel arang dengan gigi yang mana boleh menyebabkan hakisan pada enamel. Harus diingat lapisan gigi juga tidak sama dengan lapisan kulit wajah yang mana senang menjana semula. Malangnya lapisan enamel gigi adalah bukan tisu hidup dan pastinya tidak boleh menjana semula secara semulajadi.

Gosokkan arang aktif pada gigi juga boleh menjadikan gigi tidak cantik kerana partikel kecil mungkin tersangkut pada celah-celah gigi anda yang boleh menyebabkan pembentukan garisan hitam antara gusi dan gigi, yang mana kesan jangka panjang tidak diketahui. Namun, pastinya memerlukan wang yang banyak untuk rawatan. Maka gunakanlah arang aktif ini dengan bijak dan berpada-pada.

*semoga bermanfaat 😉*

Rujukan:
1) Muthanna, J. Ahmad, Samar, K. Theydan, 2012. Physical and Chemical Characteristics of activated charcoal prepared by pyrolysis of chemically treated date stones and its ability to adsorp organics. Power Technology 229.
2) John, K. Brooks, Mark A. Reynolds, 2017. Charcoal and charcoal-based dentifrices: A literature review. American Dental Association 148.
3) Anna Middleton, 2017. Tooth whitening versus strain removal. British Dental Association.
4) Linda Greenwall, Naim H.F. Wilson, 2017. Charcoal toothpaste: what we know so far. The Pharmaceutical Journal.

Kredit Foto :
Trustdental
centerofdentistry

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: activated carbonarang aktifDr Fatimah Binti Salimenamelhakisan gigiInfo KimiaInstitut Atta-ur-Rahmanpenjagaan gigiUITM
ShareTweetShare
Previous Post

Khasiat Sarang Burung Walit

Next Post

Ada Apa Dengan Matahari ?

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

H2H Permainan Inovatif Yang Meningkatkan Tahap Kognitif Dan Kelakuan Pelajar
Berita & Peristiwa

H2H Permainan Inovatif Yang Meningkatkan Tahap Kognitif Dan Kelakuan Pelajar

2 days ago
Kehijauan Alam Mampu Meningkatkan Kesihatan Mental
Alam Semulajadi

Kehijauan Alam Mampu Meningkatkan Kesihatan Mental

2 days ago
Pegaga: Rahsia Rejuvenasi Keremajaan Berkekalan
Berita & Peristiwa

Pegaga: Rahsia Rejuvenasi Keremajaan Berkekalan

4 days ago
Pemburuan Organisma Hanyut Yang ‘Bersaudara’ Dengan Manusia
Alam Semulajadi

Pemburuan Organisma Hanyut Yang ‘Bersaudara’ Dengan Manusia

1 week ago
Next Post
Ada Apa Dengan Matahari ?

Ada Apa Dengan Matahari ?

  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Fungsi Satelit dalam Kehidupan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In