23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Automasi Makmal Total: Transformasi Makmal untuk Penjagaan Pesakit Optimum

Automasi Makmal Total: Transformasi Makmal untuk Penjagaan Pesakit Optimum

Editor by Editor
18/12/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Wan Norlina Wan Azman & Dr. Aniza Bt Mat Jelani @ Mohammed Jelani
Pakar Patologi Kimia/Pensyarah Perubatan,
Jabatan Patologi Kimia, Pusat Pengajian Sains Perubatan, USM

 

Apabila kita menjalani ujian darah, jarang kita terfikir tentang apa yang berlaku kepada sampel tersebut selepas darah diambil. Hakikatnya, setiap tiub darah melalui satu perjalanan yang kompleks sebelum keputusan ujian sampai ke tangan doktor.

Dalam dunia perubatan hari ini, keputusan makmal memainkan peranan yang sangat penting dalam menentukan diagnosis dan rawatan pesakit. Setiap titisan darah atau cecair tubuh yang dihantar ke makmal sebenarnya membawa maklumat berharga tentang tahap kesihatan seseorang. Sama ada pesakit yang datang untuk pemeriksaan rutin, atau pesakit yang dirawat di jabatan kecemasan, trauma, dan unit rawatan rapi, ketepatan serta kepantasan keputusan ujian makmal amat mempengaruhi tindakan rawatan yang akan diambil.

Namun begitu, makmal perubatan berdepan dengan pelbagai cabaran. Setiap tahun, jumlah ujian semakin meningkat, penyakit menjadi lebih rumit, keputusan ujian semakin kritikal, sedangkan bilangan kakitangan makmal adalah terhad. Proses kerja yang masih bergantung kepada kaedah manual dan berulang pula meningkatkan risiko kesilapan serta melambatkan penyampaian keputusan ujian. Bagi mengatasi masalah ini, kemajuan teknologi moden telah membawa perubahan besar dalam operasi makmal melalui penggunaan Automasi Makmal Total atau Total Laboratory Automation (TLA), yang membantu meningkatkan kecekapan, ketepatan, dan kelancaran kerja makmal secara keseluruhan.

Apa itu Automasi Makmal Total?

Automasi Makmal Total ialah satu sistem pintar yang menguruskan keseluruhan proses kerja di makmal perubatan bermula daripada penerimaan sampel, proses analisis, sehinggalah kepada pelaporan keputusan ujian. Dengan bantuan teknologi automasi, banyak tugasan yang sebelum ini dilakukan secara manual kini dijalankan oleh mesin dan sistem berkomputer, menjadikan proses lebih pantas, teratur, dan selamat.

Pada masa kini, Automasi Makmal Total digunakan secara meluas terutamanya dalam bidang patologi klinikal. Sistem ini menyokong pelbagai jenis ujian rutin seperti ujian biokimia, pemantauan paras ubat dalam badan, ujian hormon, serta pengesanan penanda tumor. Penggunaannya semakin berkembang sejajar dengan peningkatan permintaan terhadap keputusan ujian yang cepat dan tepat.

Salah satu ciri menarik Automasi Makmal Total ialah sistem pengangkutan sampel yang automatik. Tiub darah bergerak melalui trek khas yang menghubungkan pelbagai peralatan makmal tanpa perlu diangkat atau dipindahkan secara manual. Selain itu, rangkaian tiub pneumatik dan sistem robotik turut digunakan bagi memastikan sampel sampai ke tempat yang betul dalam masa yang singkat. Pendekatan ini bukan sahaja mempercepatkan kerja, malah mengurangkan risiko kesilapan manusia.

Gambar 1: Penerimaan sample di kaunter

Antara komponen utama Automasi Makmal Total adalah :

i- Fasa pra-analisa

Dalam fasa pra-analisa, sistem automasi memainkan peranan penting dalam mengendalikan sampel sebaik sahaja ia diterima. Setiap tiub dikenal pasti menggunakan kod bar, disaring mengikut jenis ujian, dan diutamakan sama ada sebagai ujian segera atau rutin. Sampel juga diproses secara automatik, termasuk proses pemisahan serum atau plasma, pemeriksaan kualiti sampel, serta pembukaan dan penutupan penutup tiub. Semua ini dilakukan dengan cekap, konsisten, dan terancang.

Gambar 2: Fasa pra-analisa

ii- Fasa analisa

Fasa analisa merupakan teras utama dalam operasi makmal perubatan moden. Ia melibatkan penggunaan penganalisis automatik yang saling berhubung melalui sistem middleware, membolehkan komunikasi dan penyelarasan lancar antara pelbagai platform analisis.

Selain mempercepatkan pengeluaran keputusan, sistem ini turut memastikan kualiti ujian sentiasa terpelihara melalui Kawalan Kualiti Dalaman (Internal Quality Control, IQC).

Dalam fasa ini, ujian dijalankan mengikut konfigurasi automatik yang canggih, bagi menghasilkan keputusan yang tepat dan boleh dipercayai. Sistem akan melakukan pelbagai semakan, termasuk semakan perubahan nilai (delta check), amaran panik, keputusan kritikal, bendera (flagging) amaran daripada penganalisis, serta pengukuran julat analitik (Analytical Measurement Range, AMR). Beberapa ujian juga dijalankan secara refleks atau reflektif, bergantung kepada keputusan awal, untuk memastikan ketepatan dan keselamatan pesakit.

Gambar 3: Fasa analisa

iii- Fasa Pasca analisa

Dalam fasa pasca analisa, keputusan ujian disahkan secara automatik mengikut kriteria kualiti dan prestasi yang telah ditetapkan. Keputusan ini kemudiannya disepadukan ke dalam sistem rekod kesihatan elektronik (Electronic Health Record, EHR), yang memudahkan akses dan pengurusan maklumat pesakit. Fasa pasca analisa juga melibatkan sistem penyimpanan, pengarkiban dan penyejukan sampel secara automatik. Ia membantu mengekalkan integriti specimen dan juga membolehkan ujian dijalankan semula dengan cepat, sekiranya diperlukan dengan memastikan pematuhan terhadap peraturan, serta meningkatkan kecekapan keseluruhan pengurusan sampel.

Secara keseluruhan, ketiga-tiga fasa; pra-analisa, analisa, dan pasca analisa disepadukan melalui gabungan trek automasi canggih, sistem robotik, middleware, sistem komputer, serta Sistem Maklumat Makmal (Laboratory Information System, LIS). Infrastruktur yang saling berkaitan ini memastikan operasi yang tersusun, aliran kerja yang lancar, dan ketepatan keputusan ujian yang konsisten pada setiap peringkat.

Gambar 4: Fasa pasca analisa

Faedah pelaksanaan Automasi Makmal Total

Berikut adalah faedah-faedah perlaksanaan Automasi Makmal Total :

Rajah 1: Faedah-faedah Pelaksanaan Automasi Makmal Total

Sistem Automasi Makmal Total bukan sekadar inovasi teknologi; ia merupakan revolusi dalam penjagaan pesakit. Dengan pelaporan ujian yang pantas, tepat, dan berkualiti tinggi, hospital dapat menyediakan rawatan yang lebih selamat, efisien, dan bersasar. Integrasi automasi, berinformatik, dan kecerdasan buatan (Artificial Intelligence, AI) membolehkan makmal menjadi tulang belakang diagnosis moden, memastikan keputusan yang persis dan jitu serta disampaikan tepat pada masanya.

Pesakit juga mendapat manfaat secara langsung: masa menunggu berkurang, diagnosis menjadi lebih tepat, rawatan lebih cepat, dan pengalaman penjagaan kesihatan menjadi lebih lancar. Dalam dunia perubatan yang bergerak pantas, Automasi Makmal Total membuktikan bahawa inovasi bukan sekadar memudahkan kerja manusia, tetapi juga meningkatkan mutu hidup pesakit secara langsung. Dengan kata lain, automasi makmal bukan sahaja memacu efisiensi, tetapi juga menjadikan penjagaan kesihatan lebih berorientasikan pesakit, selamat, dan berterusan.

Walaupun Automasi Makmal Total menawarkan kecekapan, ketepatan dan kelajuan yang signifikan, ia bukanlah penyelesaian mutlak bagi semua jenis ujian. Sesetengah ujian pengesahan, ujian khusus atau special test masih memerlukan pengendalian manual dan pertimbangan profesional yang mendalam. Seiring dengan itu, pelaksanaan sistem automatik menuntut peningkatan kemahiran dan kecekapan kakitangan bagi memastikan operasi yang selamat, berkesan serta keupayaan menyelesaikan masalah teknikal.

Pemantauan manual kekal penting, terutamanya apabila keputusan ujian berada di luar julat rujukan, bersifat kritikal, terjejas oleh interferen, atau tidak mematuhi piawaian yang ditetapkan. Dalam situasi sedemikian, penilaian profesional dan pertimbangan manusia amat diperlukan bagi memastikan interpretasi keputusan yang tepat serta keselamatan pesakit terpelihara. Selain itu, pelaksanaan Automasi Makmal Total memerlukan proses pengesahan dan pematuhan kawal selia yang menyeluruh, termasuk pematuhan piawaian kualiti seperti MS ISO 15189, audit berkala, serta pengesahan semula selepas setiap kali kemas kini sistem.

Sistem Automasi Makmal Total harus dilihat sebagai alat yang memperkasa perkhidmatan makmal, bukan menggantikan peranan manusia sepenuhnya. Kepakaran, pertimbangan klinikal dan tanggungjawab profesional tenaga kerja makmal tetap menjadi tunjang utama dalam memastikan keputusan ujian yang berkualiti, selamat dan boleh dipercayai.

Rujukan

  1. Nam Y, Park HD. Revolutionizing laboratory practices: pioneering trends in total laboratory automation. Annals of laboratory medicine. 2025 Sep 1;45(5):472-83.
  2. Min WK, Park H. Optimization of the Total Testing Process Within the Big Data-to-Big Data Loop. Annals of Laboratory Medicine. 2025 Nov 1;45(6):558-61.
  3. Plebani M. Total laboratory automation: fit for its intended purposes?. Clinical Chemistry and Laboratory Medicine (CCLM). 2026 Jan 27;64(1):22-6.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Aniza Bt Mat Jelani @ Mohammed JelaniJabatan Patologi KimiaKawalan Kualiti DalamanMS ISO 15189Pakar Patologi Kimiapemeriksaan sampel kesihatanPensyarah PerubatanPusat Pengajian Sains Perubatanrekod kesihatan elektronikSistem Automasi Makmal TotalTotal Laboratory Automation (TLA)USMWan Norlina Wan Azman
ShareTweetShare
Previous Post

Ibarat 'Kunci' dan 'Mangga': Bagaimana Saintis Mencipta Antibodi untuk Pesakit

Next Post

Perak Man: Menyingkap Kehidupan dan Minda Manusia Prasejarah

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

2 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

4 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

4 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

4 days ago
Next Post
Perak Man: Menyingkap Kehidupan dan Minda Manusia Prasejarah

Perak Man: Menyingkap Kehidupan dan Minda Manusia Prasejarah

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In