23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, February 26, 2021
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

Gaya Hidup Sihat

Saiful Bahari by Saiful Bahari
06/11/2019
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Oleh : Muhammad Wa’iz
Artikel ini merupakan perkongsian dari portal HelloDoktor

 

Boleh Makan Lagi Ke Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

 

“Boleh makan lagi ke roti ni?”, bisik Farid dalam hatinya.

“Tarikh luput dah habis, tapi roti banyak lagi ni. Membazir kalau buang…”, getus lagi hatinya memikirkan roti yang masih banyak.

Kami pasti ramai antara kita yang sering mengalami situasi seperti ini. Roti yang dibeli masih tidak termakan, tetapi tarikh luputnya telah tamat. Hendak dibuang sayang, hendak disimpan belum tentu selamat dimakan. Adakah anda pernah terlintas, adakah makanan yang telah tamat tempoh selamat dimakan atau tidak? Ikuti jawapannya di bawah.

Bagaimana tarikh luput makanan ditentukan?

Pernahkah anda menjumpai tanda seperti ‘Guna Sebelum’ atau ‘Baik Sebelum’ dan diikuti dengan catatan tarikh? Sebenarnya, setiap frasa berikut mempunyai perbezaan dan kebanyakan daripadanya adalah amaran berkenaan kualiti makanan, bukannya amaran keselamatan. Adakah anda tahu bagaimana syarikat pengeluar makanan menentukan tarikh tersebut? Ia bergantung kepada kepada beberapa perkara iaitu:

  • Bagaimana makanan tersebut dibungkus
  • Bagaimana ia disimpan
  • Suhu yang akan terdedah semasa dalam proses pengangkutan
  • Tempoh masa yang diperlukan untuk dinyahbeku
  • Suhu peti ais pengguna

Apakah maksud sebenar label makanan?

Ketahui maksud sebenar frasa-frasa berikut:

  • ‘Baik Sebelum’ (Best if used by/before): Ini bermaksud bahawa kualiti makanan akan berada pada tahap terbaik sebelum tarikh yang dinyatakan. Biskut mungkin akan sedikit lemau selepas tarikh tersebut.
  • ‘Dijual Sebelum’ (Sell by): Ini adalah tarikh yang ditetapkan oleh pengeluar kepada peruncit, berkenaan tarikh produk tersebut perlu dikeluarkan daripada rak jualan. Ini adalah untuk memastikan agak pengguna mendapatkan produk dengan kualiti terbaik.
  • ‘Guna Sebelum’ (Use by): Ini adalah tarikh terakhir jaminan kualiti terbaik sesuatu produk makanan tersebut. Ini juga bukanlah tarikh keselamatan sesuatu makanan melainkan jika ia digunakan keatas susu formula bayi.

Tarikh luput tamat; boleh makan atau tidak?

Makanan yang tidak memerlukan penyejukan untuk tahan lama seperti bijirin, makanan kering dan makanan dalam tin masih boleh dimakan walaupun tarikhnya telah tamat. Tetapi bagi makanan berasaskan daging, tenusu dan telur, ia adalah tidak selamat.

Cara terbaik untuk mengenal pasti sekiranya sesuatu produk makanan itu masih selamat atau tidak adalah dengan menggunakan deria bau dan rasa anda. Pada kebiasaannya, makanan yang telah tamat tempoh akan mengandungi kulat, bakteria dan yis, yang menyebabkannya memberikan isyarat amaran kepada deria bau dan rasa anda. Makanan yang telah rosak akan mempunyai tekstur, warna, bau dan rasa yang berbeza. Berikut merupakan antara anggaran cadangan tempoh untuk sesuatu makanan selamat dimakan walaupun tarikh yang dinyatakan telah tamat:

  • Makanan dalam tin: kebanyakan makanan dalam tin boleh bertahan antara 1 hingga 4 tahun. Sekiranya anda menyimpannya di dalam tempat yang sejuk dan gelap, tempoh luputnya boleh bertambah antara 3 hingga 6 tahun lagi.
  • Makanan sejuk beku: tempohnya lebih kurang sama sebagaimana makanan dalam tin kecuali daging.
  • Telur: letakkan telur di dalam air. Sekiranya ia terapung, ini bermakna jumlah bakteria adalah tinggi dan tidak selamat dimakan. Bakteria telah menghasilkan gas di dalam telur yang menyebabkan telur tersebut terapung.
  • Pasta atau mi kering: makanan kering seperti ini amat sukar untuk rosak kerana tidak terdapat kandungan air. Anda boleh menggunakannya selagi mana ia tidak mempunyai bau yang pelik.
  • Roti: anda boleh menyimpannya lebih lama daripada tarikh yang tertera sekiranya anda menyimpannya di dalam peti sejuk. Selagi mana kulat kelihatan tidak tumbuh, ia masih selamat dimakan.

Untuk pengetahuan anda, penyakit bawaan makanan yang sering berlaku adalah disebabkan oleh pencemaran makanan, bukannya disebabkan oleh proses pereputan makanan secara semula jadi. Bakteria seperti listeria lebih gemar dan berkembang biak dalam suhu yang lebih panas. Oleh itu, amat penting untuk anda menyimpan makanan yang mudah rosak pada suhu yang sesuai untuk mengelakkan pembiakan bakteria. Mungkin selepas ini, anda boleh mencuba menyimpan roti di dalam peti sejuk untuk mengekalkan ketahanannya daripada rosak.

Rujukan

https://www.businessinsider.com/how-long-can-i-eat-food-expired-food-2017-4?IR=T
https://www.consumerreports.org/food-safety/how-to-tell-whether-expired-food-is-safe-to-eat/
https://www.menshealth.com/nutrition/a19537403/eat-expired-food/
https://www.insider.com/what-happens-if-you-eat-food-that-went-bad-2019-2

Kredit Foto : mass.gov

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: gaya hidup sihathello doktorLabel MakananMuhammad Wa'izTarikh Luput Makanan
ShareTweetShare
Previous Post

Kejayaan Pasukan Malaysia di Pertandingan International Earth Science Olympiad (IESO) 2019 di Daegu, Korea Selatan

Next Post

Kesan Efluen Industri Batik Terhadap Alam Sekitar

Saiful Bahari

Saiful Bahari

Related Posts

Adakah Penutupan Sekolah akan Memberi Impak  kepada Kenaikan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Adakah Penutupan Sekolah akan Memberi Impak kepada Kenaikan Berat Badan?

5 hours ago
Ekstrak Awan-Perkataan & Sentimen  Lirik Lagu Wayang P Ramlee
Berita & Peristiwa

Ekstrak Awan-Perkataan & Sentimen Lirik Lagu Wayang P Ramlee

1 day ago
ELECTRICO : Aplikasi Gaya Pengajaran Dan Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Abad Ke-21
Berita & Peristiwa

ELECTRICO : Aplikasi Gaya Pengajaran Dan Pembelajaran Aktif dalam Pendidikan Abad Ke-21

2 days ago
Kanta Sentuh : Dilema Antara Kosmetik Dan Kebutaan Akibat Jangkitan Parasit
Berita & Peristiwa

Kanta Sentuh : Dilema Antara Kosmetik Dan Kebutaan Akibat Jangkitan Parasit

4 days ago
Next Post
Kesan Efluen Industri Batik Terhadap Alam Sekitar

Kesan Efluen Industri Batik Terhadap Alam Sekitar

  • Sejarah Internet Malaysia

    Sejarah Internet Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Apa yang Anda Perlu Tahu tentang IVF

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Rumah Tradisional Melayu: Antara Seni, Sains & Realiti

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

Majalah Sains © 2020

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Majalah Sains © 2020

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In