23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, February 23, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Bolehkah Saraf Putus, disambung Semula? Ini Penjelasan Sains

Bolehkah Saraf Putus, disambung Semula? Ini Penjelasan Sains

Editor by Editor
23/02/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Mohd Nor Azim Ab Patar

Jabatan Neurosains, Pusat Pengajian Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatan

Bayangkan seseorang terlibat dalam kemalangan dan doktor mengesahkan sarafnya tercedera atau terputus. Soalan pertama yang biasanya timbul ialah: “Adakah saraf yang rosak ini masih boleh pulih semula?” Ramai menganggap saraf yang terputus ibarat wayar elektrik, sekali rosak, terus tidak dapat digunakan lagi. Namun dalam dunia perubatan neurosains, realitinya jauh lebih menarik. Ada saraf yang memang boleh bersambung semula, tetapi ada juga yang sangat sukar untuk pulih walaupun dengan rawatan moden.

Jadi, apa sebenarnya yang menentukan sama ada saraf boleh sembuh atau tidak? Jawapannya terletak pada jenis saraf yang terlibat dan bagaimana tubuh kita bertindak balas terhadap kecederaan tersebut.

Tidak Semua Saraf Sama

Tubuh kita mempunyai dua bahagian utama sistem saraf. Pertama ialah sistem saraf periferi, iaitu saraf yang berada di luar otak dan saraf tunjang. Contohnya saraf pada tangan, kaki dan muka. Kedua ialah sistem saraf pusat yang merangkumi otak dan saraf tunjang. Perbezaan ini sangat penting kerana kebolehan untuk pulih antara kedua-duanya sangat berbeza ibarat langit dan bumi.

Masih Ada Harapan Untuk Kecederaan Saraf Periferi

Berita baiknya, saraf periferi mempunyai keupayaan semula jadi untuk tumbuh kembali selepas kecederaan. Apabila saraf periferi terputus, hujung saraf boleh memanjangkan semula serabutnya (dipanggil akson) ke arah sasaran asal. Proses ini dibantu oleh sel khas yang dikenali sebagai sel Schwann yang bertindak seperti “pemandu arah” kepada akson yang sedang tumbuh. Secara purata, saraf periferi boleh tumbuh sekitar 1 milimeter sehari. Namun, pemulihan yang berjaya bergantung kepada beberapa faktor penting seperti jarak kecederaan yang tidak terlalu jauh, laluan saraf masih jelas, rawatan diberikan dengan segera selepas cedera dan tiada parut tisu yang menghalang pertumbuhan saraf. Sebab itu dalam sesetengah kes kecederaan tangan atau jari, pesakit boleh mendapatkan semula deria atau pergerakkan selepas beberapa bulan walaupun mungkin tidak sepenuhnya seperti asal.

Cabaran Lebih Besar Pada Kecederaan Otak dan Saraf Tunjang

Situasi berubah secara drastik apabila kecederaan melibatkan otak dan saraf tunjang. Dalam sistem saraf pusat, persekitarannya tidak mesra untuk pertumbuhan semula. Selepas kecederaan, beberapa perkara berlaku seperti terbentuk parut glia yang menjadi penghalang fizikal, wujud bahan kimia yang menghalang pertumbuhan akson dan sel sokongan tidak membantu regenerasi sebagaimana fungsi sel Schwann. Sel Schwann tidak didapati dalam sistem saraf pusat. Inilah sebab utama mengapa kecederaan saraf tunjang sering menyebabkan kelumpuhan jangka panjang atau kekal. Walaupun cabarannya besar, bidang neuropsains sedang berkembang pesat. Para penyelidik di seluruh dunia termasuk di Malaysia sedang meneroka pelbagai pendekatan baharu antaranya terapi sel stem, secretome (faktor bioaktif daripada sel stem), PRP (Platelet-Rich Plasma), Scaffold biomaterial untuk saraf dan terapi gen dan ransangan elektrik. Pendekatan ini bertujuan untuk mewujudkan persekitaran yang lebih kondusif supaya saraf boleh pulih dengan lebih baik. Kebanyakkan teknologi buat masa ini masih berada di peringkat kajian atau penggunaan terpilih dan memerlukan bukti klinikal yang kukuh sebelum boleh digunakan secara meluas.

Pelan B Otak: Neuroplastisiti

Walaupun saraf pusat sukar untuk tumbuh semula, sebenarnya otak mempunyai ‘pelan alternatif’ yang luar biasa. Kelebihan luar biasa ini dipanggil neuroplastisiti. Neuroplastisiti ialah keupayaan otak untuk menyesuaikan diri dengan membentuk sambungan baharu atau menguatkan laluan saraf yang sedia ada. Dalam erti kata lain, walaupun ‘wayar’ asal rosak, otak kadangkala boleh mencari ‘laluan alternatif’. Inilah sebab mengapa program rehabilitasi seperti fisioterapi, terapi carakerja dan latihan berulang intensif sangat penting selepas kecederaan neurologi. Latihan yang konsisten boleh membantu otak ‘belajar semula’ dan mengoptimumkan fungsi yang masih ada.

Harapan Ada Tetapi Bersyarat

Kesimpulannya, bolehkah saraf tunjang bersambung semula? Jawapan ringkasnya, kecederaan pada saraf periferi ada potensi tinggi untuk pulih kembali manakala kecederaan pada saraf pusat (otak dan saraf tunjang) sangat terhad. Banyak teknologi penyelidikan kini tengah berkembang untuk membantu ke arah pemulihan kecederaan saraf pusat. Sains moden semakin hampir untuk memahami rahsia regenerasi saraf. Walaupun kita belum sampai ke tahap boleh ‘membaiki’ saraf tunjang seperti membaiki wayar putus, kemajuan dalam perubatan regeneratif telah memberi sinar harapan yang semakin cerah.

Yang pasti, rawatan awal, rehabilitasi intensif dan pendekatan berasaskan bukti masih menjadi kunci utama dalam membantu pesakit mendapatkan semula fungsi yang hilang.

Tahukah Anda?

1. Saraf periferi manusia tumbuh kira-kira 1mm sehari dalam keadaan optimum

2. Saraf tunjang dewasa hampir tidak mempunyai keupayaan regenerasi semula jadi

3. Neuroplastisiti boleh berlaku sepanjang hayat, bukan hanya pada kanak-kanak

4. Rehabilitasi awal selepas kecederaan neurologi boleh meningkatkan peluang pemulihan fungsi.

Gambarajah 1: Perbandingan kecederaan saraf periferi (PNS) dan sistem saraf pusat (CNS). Saraf periferi masih berupaya menjalani regenerasi dengan bantuan sel Schwann, manakala kecederaan pada otak dan saraf tunjang terhalang oleh pembentukan parut glia dan persekitaran yang tidak kondusif untuk pertumbuhan semula akson (Sumber gambarajah dicipta melalui platform AI gemini dan disahkan tepat mewakili kandungan artikel)

Kredit foto utama-halodoc

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Jabatan Neurosainskecederaan sarafMohd Nor Azim Ab PatarNeuroplastisitineurosainsPenjelasan sainsPusat Pengajian Sains Perubatan Universiti Sains Malaysia Kampus Kesihatansaraf periferiSaraf Putussaraf tunjangSel Schwann
ShareTweetShare
Previous Post

Pencemaran Diesel: Ancaman yang Menggugat Kelestarian Alam

Editor

Editor

Related Posts

Pencemaran Diesel: Ancaman yang Menggugat Kelestarian Alam
Alam Semulajadi

Pencemaran Diesel: Ancaman yang Menggugat Kelestarian Alam

3 hours ago
Di Sebalik Putaran Glob, Tersembunyi Rahsia Matematik
Berita & Peristiwa

Di Sebalik Putaran Glob, Tersembunyi Rahsia Matematik

3 hours ago
Taburan hukum-kuasa: Ketakseimbangan yang teratur
Berita & Peristiwa

Taburan hukum-kuasa: Ketakseimbangan yang teratur

20 hours ago
Cermin Mata Bukan Sekadar Mencegah Rabun
Berita & Peristiwa

Cermin Mata Bukan Sekadar Mencegah Rabun

2 days ago

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In