23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, March 13, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Pencemaran Diesel: Ancaman yang Menggugat Kelestarian Alam

Pencemaran Diesel: Ancaman yang Menggugat Kelestarian Alam

Editor by Editor
23/02/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Dr. Nurul Aini binti Puasa1, Dr. Suhaila binti Rusni2 & Prof. Ts. Dr. Muhammad Lokman bin Md. Isa3

1Pegawai Penyelidik, Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM), International Islamic University Malaysia (IIUM)

2Pensyarah Kanan, Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM), International Islamic University Malaysia (IIUM)

3Pengarah, Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM), International Islamic University Malaysia (IIUM)

 

Realiti di Sebalik Kemajuan Ekonomi

Sumber minyak diesel merupakan nadi utama yang memacu sektor pengangkutan, perindustrian, dan pembinaan dalam pembangunan ekonomi moden. Daripada kenderaan berat, logistik maritim, sehinggalah kepada penjanaan elektrik di kawasan pedalaman, diesel membekalkan tenaga yang diperlukan untuk melaksanakan pelbagai aktiviti bagi menyokong kelangsungan hidup manusia. Namun, di sebalik sumbangan besarnya, diesel menyimpan ancaman senyap terhadap alam sekitar dan kesihatan manusia.

Pencemaran diesel sering berlaku secara perlahan namun berterusan, menjadikannya sukar dikesan pada peringkat awal. Walaupun impaknya tidak kelihatan secara mendadak, ia berpotensi merosakkan ekosistem secara meluas. Isu ini bukan sekadar masalah setempat di kawasan bandar, malah telah merebak ke kawasan yang jauh dan terpencil seperti di Antartika. Hal ini membuktikan bahawa pencemaran diesel adalah krisis global yang menuntut tindakan bersepadu melalui sains, teknologi, dan pengurusan lestari.

Sumber dan Punca Utama Pencemaran Diesel

Pencemaran diesel berpunca daripada pelbagai sektor utama yang menjadi tunjang aktiviti ekonomi moden. Sektor pengangkutan merupakan penyumbang terbesar melalui penggunaan kenderaan berat seperti lori dan bas yang beroperasi secara tanpa henti setiap hari. Selain itu, sektor maritim dan perkapalan turut memainkan peranan penting dalam pelepasan sisa pembakaran melalui kapal dagang dan bot nelayan yang menjejaskan kualiti atmosfera serta perairan. Di daratan pula, sektor perindustrian dan pembinaan menyumbang secara signifikan melalui penggunaan enjin serta penjana kuasa di kilang-kilang dan tapak pembinaan. Malah, pencemaran ini tidak terhad kepada pelepasan asap semata-mata, kecuaian dalam operasi harian dan kemalangan kapal laut sering mengakibatkan tumpahan diesel akibat sistem penyimpanan yang tidak sempurna, sekali gus memburukkan lagi krisis alam sekitar.

Kesan terhadap Alam Sekitar

Pencemaran diesel memberikan impak negatif yang signifikan terhadap kualiti atmosfera dan kestabilan iklim global. Pembakaran bahan api ini membebaskan bahan pencemar yang bukan sahaja menurunkan kualiti udara dan membentuk jerebu tebal, malah mencetuskan hujan asid yang berupaya merosakkan struktur tanah serta memusnahkan tumbuh-tumbuhan. Selain itu, pelepasan karbon dioksida secara besar-besaran meningkatkan kepekatan gas rumah hijau di atmosfera, yang secara langsung memburukkan fenomena perubahan iklim dan mempercepatkan kadar pemanasan global yang mengancam keseimbangan alam secara jangka panjang.

Di samping kesan atmosfera, tumpahan diesel turut mengakibatkan kerosakan fizikal yang serius kepada ekosistem tanah dan air. Apabila diesel meresap ke dalam tanah, ia menjadikan permukaan tanah bersifat hidrofobik dan mengurangkan kapasiti pegangan air, manakala di persekitaran akuatik, lapisan minyak yang terbentuk menghalang pertukaran oksigen dan mengancam hidupan air. Kehadiran sebatian Hidrokarbon Aromatik Polisiklik (PAH) yang sukar terurai juga mengganggu kepelbagaian mikrob tanah, di mana ketidakseimbangan populasi bakteria ini boleh membawa kepada kemerosotan biodiversiti serta mengancam kelestarian sumber semula jadi bagi generasi akan datang.

Kesan terhadap Kesihatan Manusia

Kesan pencemaran diesel terhadap kesihatan manusia merangkumi spektrum yang luas, bermula daripada gangguan pernafasan sehinggalah kepada penyakit kronik yang membawa maut. Pembebasan gas nitrogen oksida semasa pembakaran mampu menembusi saluran pernafasan lalu mencetuskan masalah akut seperti radang paru-paru, asma, dan bronkitis. Selain sistem pernafasan, diesel juga memberi kesan buruk kepada sistem kardiovaskular manusia termasuk menyebabkan peningkatan tekanan darah dan risiko serangan jantung. Lebih membimbangkan, pendedahan berterusan kepada bahan toksik seperti PAH dikaitkan secara langsung dengan risiko kanser kerana keupayaannya menembusi sel dan merosakkan struktur DNA.

Selain itu, bahan pencemar ini turut mengganggu sistem imun badan serta menjejaskan fungsi organ perkumuhan penting seperti buah pinggang, sekali gus meningkatkan risiko penyakit kronik yang boleh membawa maut. Kajian saintifik juga membuktikan bahawa pendedahan jangka panjang boleh menjejaskan perkembangan kognitif kanak-kanak dan memberikan impak negatif kepada kesihatan janin bagi wanita hamil. Kemudaratan impak pencemaran ini kepada manusia menekankan keperluan mendesak bagi masyarakat dan sektor industri untuk beralih kepada pengurusan tenaga yang lebih mampan, selamat, dan mesra alam demi melindungi kelangsungan serta kesejahteraan generasi masa hadapan.

Menuju Kelestarian: Strategi Menangani Pencemaran Diesel

Bagi menangani ancaman pencemaran diesel yang kian meruncing, pendekatan menyeluruh amat diperlukan melalui strategi berikut:

  • Peralihan Tenaga Alternatif: Mengurangkan kebergantungan kepada diesel fosil dengan beralih kepada bahan api alternatif seperti biodiesel dan kenderaan elektrik. Ini bukan sahaja meminimumkan pelepasan gas rumah hijau, malah menggurangkan risiko tumpahan diesel yang sukar terurai kepada alam sekitar.
  • Pemantauan Bersepadu: Menggunakan sistem amaran awal seperti sensor kualiti tanah dan air untuk mengesan kepekatan sisa toksik (seperti PAH) dengan pantas. Teknologi ini membolehkan tindakan mitigasi diambil sebelum pencemaran merebak ke dalam ekosistem.
  • Pemulihan Ekosistem (Bioremediasi): Mengaplikasikan kaedah saintifik dengan memanfaatkan mikroorganisma untuk merawat tanah atau air yang tercemar secara semula jadi, sekali gus mengembalikan keseimbangan biodiversiti kawasan terjejas.
  • Pemerkasaan Kerangka Perundangan: Mengetatkan penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan piawaian industri. Langkah ini penting bagi memastikan pihak yang bertanggungjawab mematuhi prosedur pelupusan sisa yang selamat dan dikenakan tindakan tegas jika berlaku pelanggaran.
  • Pendidikan dan Budaya Kelestarian: Melaksanakan program kesedaran yang berterusan untuk mendidik masyarakat tentang impak jangka panjang pencemaran diesel. Perubahan tingkah laku kolektif adalah kunci utama dalam mengekalkan kebersihan alam sekitar untuk generasi akan datang.

Perspektif Global dan Model Kejayaan Antarabangsa

Keberkesanan strategi di atas dapat diperkukuhkan lagi dengan mencontohi inisiatif global yang telah terbukti berjaya:

  • Peralihan Tenaga Alternatif: Peralihan China kepada kenderaan elektrik melalui dasar New Energy Vehicle (NEV) membuktikan bahawa sinergi antara intervensi kerajaan dan tindak balas strategik terhadap krisis alam sekitar mampu memacu transformasi teknologi secara besar-besaran. Melalui pelaksanaan sistem subsidi, pelepasan cukai, kuota pengeluaran, serta pembangunan infrastruktur pengecasan secara agresif, China bukan sahaja berjaya mengalihkan permintaan domestik daripada kenderaan bahan api fosil, malah secara drastik mengurangkan pencemaran udara (Zhao et al., 2024).
  • Pemantauan Bersepadu: Melalui pelaksanaan Ultra Low Emission Zone (ULEZ), London memanfaatkan rangkaian sensor kualiti udara untuk memantau kenderaan diesel. Strategi ini terbukti berjaya mengurangkan kepekatan Nitrogen Dioksida sebanyak 27% secara purata diseluruh London, menunjukkan kepentingan pemantauan bersepadu dalam mitigasi pencemaran (Greater London Authority, 2023).
  • Pemulihan Ekosistem (Bioremediasi): Penyelidikan saintifik di Antartika telah mengesahkan bahawa teknik bioremediasi mampu mempercepatkan penguraian PAH daripada tumpahan diesel sehingga 57.6% (Lim et. al., 2023). Pendekatan ini merupakan alternatif yang jauh lebih mesra alam berbanding kaedah rawatan kimia, terutamanya di kawasan yang mempunyai ekosistem yang sangat sensitif dan suhu yang ekstrem.
  • Pemerkasaan Kerangka Perundangan: Pertubuhan Maritim Antarabangsa (IMO) telah menguatkuasakan had sulfur global yang mewajibkan pengurangan kandungan sulfur dalam bahan api maritim daripada 3.5% kepada 0.5%. Dasar ini secara global telah mengurangkan pelepasan sulfur oksida yang menjadi punca utama hujan asid dan telah membantu mengurangkan kes asma dan penyakit kardiovaskular secara drastik di kawasan pelabuhan (International Maritime Organization, 2020).
  • Pendidikan dan Budaya Kelestarian: Melalui inisiatif Clean and Green Singapore (CGS), Singapura memberi inspirasi kepada rakyatnya untuk melindungi alam sekitar dengan mengamalkan gaya hidup lestari. Usaha ini membuktikan bahawa pembentukan masyarakat yang prihatin terhadap amalan hijau mampu menjadikan sesebuah bandar raya lebih hijau dan mampan untuk jangka masa panjang (National Environment Agency, 2026).

Tanggungjawab Kolektif Demi Masa Hadapan

Walaupun diesel diakui sebagai nadi penggerak ekonomi yang penting, masyarakat global tidak boleh lagi menutup mata terhadap impak negatifnya yang amat besar kepada alam sekitar dan kesihatan manusia. Kos “tersembunyi” ini daripada kemerosotan biodiversiti sehingga kepada kerosakan sel merupakan harga yang terlalu mahal untuk dibayar demi sebuah kemajuan.

Oleh itu, sinergi dan usaha bersepadu antara pihak kerajaan menerusi dasar yang ketat, komuniti saintifik melalui inovasi hijau, serta kesedaran masyarakat adalah kunci utama untuk memastikan pembangunan hari ini tidak mengorbankan kesejahteraan generasi masa hadapan. Kelestarian alam bukan lagi satu pilihan, tetapi ia merupakan satu tanggungjawab kolektif yang mendesak dan tidak boleh ditangguh lagi demi menjamin kelangsungan ekosistem sejagat.

Rujukan:

International Maritime Organization. (2020). IMO 2020 – cutting sulphur oxide emissions. https://www.imo.org/en/mediacentre/hottopics/pages/sulphur-2020.aspx

Lim, Z. S., Wong, C.-Y., Ahmad, S. A., Puasa, N. A., Phang, L. Y., Shaharuddin, N. A., Merican, F., Convey, P., Zulkharnain, A., Shaari, H., Azmi, A. A., Kok, Y.-Y., & Gomez-Fuentes, C. (2023). Harnessing Diesel-Degrading Potential of an Antarctic Microalga from Greenwich Island and Its Physiological Adaptation. Biology, 12(8), 1142. https://doi.org/10.3390/biology12081142

Mayor of London. The Ultra Low Emission Zone (ULEZ) for London. Greater London Authority. https://www.london.gov.uk/programmes-strategies/environment-and-climate-change/pollution-and-air-quality/ultra-low-emission-zone-ulez-london

National Environment Agency. (2026). Who we are: Clean & Green Singapore (CGS). Clean & Green Singapore, Government of Singapore. https://www.cgs.gov.sg/who-we-are/

Zhao, X., Li, X., Jiao, D., Mao, Y., Sun, J., & Liu, G. (2024). Policy incentives and electric vehicle adoption in China: From a perspective of policy mixes. Transportation Research Part A: Policy and Practice, 190, 104235. https://doi.org/10.1016/j.tra.2024.104235


Biodata Penulis

Dr. Nurul Aini binti Puasa merupakan pegawai penyelidik di Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-being (PLANETIIUM), Universiti Islam Antarabangsa Malaysia. Penulisan ini telah disemak oleh Dr. Suhaila binti Rusni dan Prof. Ts. Dr. Lokman Bin Md Isa.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Institute of Planetary Survival for Sustainable Well-beingKelestarian AlamNurul Aini binti PuasaPencemaran Alam SekitarPencemaran DieselPLANETIIUMProf. Ts. Dr. Muhammad Lokman bin Md. IsaSuhaila Binti Rusni
ShareTweetShare
Previous Post

Di Sebalik Putaran Glob, Tersembunyi Rahsia Matematik

Next Post

Bolehkah Saraf Putus, disambung Semula? Ini Penjelasan Sains

Editor

Editor

Related Posts

Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik
Berita & Peristiwa

Kod Penstabil Kuantum dalam Ruang Fasa Hiperbolik

13 hours ago
Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi
Berita & Peristiwa

Benarkah Masa Hubungan Intim Boleh Tentukan Jantina Bayi? Antara Hadith, Teori Sains dan Realiti Biologi

1 day ago
Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan
Berita & Peristiwa

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

3 days ago
Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak
Alam Semulajadi

Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak

3 days ago
Next Post
Bolehkah Saraf Putus, disambung Semula? Ini Penjelasan Sains

Bolehkah Saraf Putus, disambung Semula? Ini Penjelasan Sains

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In