23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, May 1, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak

Burung Pungguk Jelapang Membantu Mengawal Tikus Perosak

Editor by Editor
10/03/2026
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Penulis: Prof Madya Dr. Hasber Salim
Pensyarah Kanan, Barn Owl and Rodent Research Group (BORG),
Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia, Pulau Pinang

 

Dalam dunia pertanian, tikus adalah haiwan mamalia kecil yang mampu merosakkan dan mencuri hasil serta menyebabkan kerugian hasil pertanian yang sangat tinggi di seluruh dunia. Di Malaysia, tikus ialah antara perosak utama khususnya di kawasan sawah padi, ladang kelapa sawit serta kawasan tanaman lain seperti jagung, nanas dan lain-lain tanaman. Dalam sektor perladangan kelapa sawit, kerosakan akibat tikus menyebabkan pengurangan hasil sekitar 5 hingga 10 peratus jika program kawalan tidak dijalankan dengan berkesan. Di sawah padi pula, serangan pada peringkat pertumbuhan anak padi sehingga tuai boleh menyebabkan kehilangan hasil yang amat besar, malah dalam keadaan tertentu boleh membawa kepada kehilangan hasil secara keseluruhan di kawasan yang terjejas. Pada masa kini, kaedah kawalan menggunakan racun kimia iaitu racun tikus antikoagulan luas digunakan, namun praktis ini boleh memberi kesan kepada haiwan bukan sasaran dan pencemaran persekitaran. Dalam keadaan inilah burung pungguk jelapang muncul sebagai pemangsa semula jadi yang sangat bernilai sebagai agen kawalan biologi tikus dalam konsep pertanian lestari. Ia bukan sahaja membantu mengurangkan populasi tikus secara semula jadi, tetapi juga memberi alternatif kepada kebergantungan yang berlebihan terhadap racun kimia yang toksik. Bagi petani, kehadiran burung ini ibarat pekerja malam yang membantu melindungi hasil tanpa henti untuk kelestarian sektor pertanian.

Pemangsa Malam yang Unik

Burung pungguk jelapang merupakan satu spesies pemangsa dalam kumpulan burung hantu yang aktif pada waktu lewat senja dan malam. Kumpulan burung hantu secara taksonomi dibahagikan kepada dua keluarga utama, iaitu Strigidae dan Tytonidae. Burung pungguk jelapang tergolong dalam keluarga Tytonidae, iaitu kumpulan burung hantu yang dikenali dengan muka berbentuk hati. Nama saintifik burung pungguk jelapang ialah Tyto javanica javanica atau dahulunya dikenali sebagai Tyto alba javanica. Selain itu, masyakat tempatan juga memanggil burung pungguk jelapang sebagai serak biasa, jampuk kubur atau burung hantu. Burung pungguk jelapang mudah dikenali melalui bahagian mukanya yang berbentuk hati dan bahagian dada berwarna putih dan perang muda serta tompok-tompok kecil berwarna hitam manakala bahagian atas badannya berwarna perang gelap. Penampilannya ini memberikan penampilan unik burung pungguk jelapang dan membezakan ia daripada banyak spesies burung hantu yang lain. Muka berbentuk hati  adalah ciri unik yang dapat mengumpulkan bunyi dan meningkatkan ketajaman pendengaran burung pungguk jelapang. Selain itu, burung pungguk jelapang mempunyai keupayaan terbang dengan senyap kerana struktur bulunya yang sangat unik dan lembut serta cakar yang kuat menjadikan mereka sebagai pemburu tikus yang cekap walau dalam keadaan gelap gelita.

Tytonidae

Peranan Ekologi yang Sangat Bernilai

Tikus merupakan diet utama burung pungguk jelapang dengan komposisi sehingga 99% dan dilaporkan juga satu keluarga burung pungguk jelapang (Jantan, betina dan 3-4 ekor anak) boleh makan sehingga 3,000 ekor tikus dalam masa setahun. Diet yang unik ini menjadikannya seperti mesin pembunuh semula jadi tikus di lapangan. Burung pungguk jelapang juga mempunyai keupayaan pembiakan yang sangat tinggi iaitu 2-3 musim pembiakan setahun. Bilangan telur dan anak yang dihasilkan setiap musim pembiakan adalah bergantung kepada populasi tikus yang ada di lapangan. Konsep hubungan mangsa (tikus) dan pemangsa (burung pungguk jelapang) ini adalah komponen dalam keseimbangan ekosistem yang amat diperlukan bagi memastikan letusan populasi tikus tidak berlaku. Usaha awal penggunaan burung pungguk jelapang sebagai kawalan biologi tikus perosak di Malaysia direkodkan bermula seawal tahun 1970-an oleh beberapa syarikat perladangan kelapa sawit dan pihak jabatan pertanian Malaysia. Sehingga kini penggunaannya kawalan biologi ini terus dipertingkatkan dan diperluaskan dan oleh pelbagai pihak merentasi pelbagai jenis habitat termasuk memperkenalkan spesies yang sangat bernilai ini ke Sabah dan Sarawak yang mana spesies ini tidak wujud secara semula jadi di kawasan tersebut.

Gambar 2: Burung pungguk jelapang: A): Burung dewasa makan tikus dalam sarang; B): Ibu mengeram; C) Anak-anak burung dalam sarang berusia kurang sebulan.

Burung Pungguk Jelapang untuk Pertanian Lestari

Burung pungguk jelapang gemar menduduki kawasan terbuka seperti sawah padi, ladang kelapa sawit dan kawasan tanaman lain yang mempunyai ruang memburu yang luas serta sumber makanan yang banyak. Oleh sebab itu, kehadiran burung pungguk jelapang sering dikaitkan rapat dengan kawasan pertanian yang mempunyai populasi tikus yang tinggi. Burung ini juga tidak membina sarang sendiri. Secara semula jadi, ia menggunakan ruang sedia ada seperti lubang-lubang pokok, rongga semula jadi atau bangunan lama untuk berlindung dan membiak. Namun begitu, di kawasan pertanian komersial dan moden struktur seperti ini adalah sangat terhad. Burung pungguk jelapang boleh mendiami kotak sarang tiruan yang disediakan di lapangan,  apabila kotak sarang tiruan dipasang di lokasi yang sesuai, burung ini akan menetap, membiak dan seterusnya membantu mengawal populasi tikus secara berterusan di kawasan sekitar. Inilah sebabnya kotak sarang menjadi antara komponen penting dalam program konservasi dan pengurusan tikus perosak menggunakan burung pungguk jelapang. Burung pungguk jelapang adalah spesies tempatan yang dilindungi di bawah Akta Pemuliharaan Hidupan Liar 2010 (Akta 716) yang dikuatkuasakan oleh Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) di Semenanjung Malaysia. Burung pungguk jelapang tidak direkodkan secara semula jadi di Sabah dan Sarawak. Kehadiran burung ini di Sabah dan Sarawak adalah hasil program translokasi spesies ini sebagai agen kawalan tikus perosak di ladang sawit dan sawah padi yang telah dijalankan sekitar awal 90-an sehingga kini.

Gambar 3: Pemasangan kotak sarang tiruan burung pungguk jelapang di lapangan

Sahabat Petani dan Kelestarian

Kehadiran burung pungguk jelapang di kawasan pertanian memberi satu penyelesaian semula jadi yang amat bernilai dan lestari. Burung pungguk jelapang bukan sekadar burung hantu biasa, tetapi sahabat petani yang bekerja secara senyap demi melindungi hasil pertanian negara. Di Malaysia, peranan burung pungguk jelapang dalam kawalan biologi turut diperkukuh oleh kumpulan penyelidikan BORG USM ( Barn Owl and Rodent Research Group, Universiti Sains Malaysia). BORG ialah kumpulan penyelidikan yang aktif dalam penyelidikan, konservasi, promosi penggunaan burung pungguk jelapang dan kempen kesedaran kepada masyarakat. Maklumat lanjut boleh diperoleh melalui laman rasmi mereka di https://borg.usm.my/. Pelbagai program dan projek komuniti berimpak tinggi dijalankan oleh BORG USM seperti latihan dan pemasangan sarang burung pungguk kepada petani tempatan dengan objektif utama memastikan semua petani di Malaysia menggunakan burung pungguk jelapang sebagai rakan lestari terhadap kawalan tikus perosak di kawasan ladang dan pertanian mereka.

Rujukan:

1.Barn Owl and Rodent Research Group (BORG), Universiti Sains Malaysia. 2026. https://borg.usm.my/.

2.Berita USM. 2023. Pungguk Jelapang Menanti Tikus Di Kebun Sawit. https://news.usm.my/index.php/keratan-akhbar/9255-berita-dalam-talian-pungguk-jelapang-menanti-tikus-di-kebun-sawit

3.Berita USM. 2025. Memacu Pertanian Lestari: Burung Pungguk Jelapang Sebagai Agen Kawalan Biologi Di Sawah Padi. https://news.usm.my/index.php/berita-mutakhir/11666-memacu-pertanian-lestari-burung-pungguk-jelapang-sebagai-agen-kawalan-biologi-di-sawah-padi

4.Saufi, M.S., Ravindran, S., Hamid, N.H., Zainal Abidin, C.M.R., Ahmad, H., Ahmad, A.H. and Hasber. S.. 2020. Diet composition of introduced barn owls (Tyto alba javanica) in urban area in comparison with agriculture settings. Journal of Urban Ecology. 6 (1), 2020. https://doi.org/10.1093/jue/juz025

5.Zainal Abidin, C.M.R., Hafidzi M. N., Noor Hamid, H, Ravindran S., Puan C.L , Azhar K., and Hasber S.  (2021).  Comparison of effectiveness of introduced barn owls, Tyto javanica javanica, and rodenticide treatments on rat control in oil palm plantations. J Pest Sci 95, 1009–1022 (2022). https://doi.org/10.1007/s10340-021-01423-x 

Biodata Penulis

Profesor Madya Dr. Hasber Salim ialah Penyelaras Barn Owl and Rodent Research Group (BORG) di Pusat Pengajian Sains Kajihayat, Universiti Sains Malaysia. Beliau mempunyai pengalaman lebih 25 tahun dalam bidang kajian, konservasi dan pengembangan penggunaan burung pungguk jelapang sebagai agen kawalan biologi, khususnya bagi pengurusan tikus perosak di kawasan pertanian Malaysia.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: Barn Owl and Rodent Research Group (BORG)burung pemangsaBurung Pemburu TikusBurung Pungguk JelapangHasber SalimJabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN)kawalan biologi tikusKawalan Perosak Biologiperanan ekologipertanian lestariPulau PinangPusat Pengajian Sains KajihayatStrigidaetaksonomiTytonidaeUniversiti Sains Malaysia
ShareTweetShare
Previous Post

Literasi Penjagaan sebagai Sains Kehidupan: Keperluan Baharu Masyarakat Malaysia

Next Post

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

Editor

Editor

Related Posts

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?
Berita & Peristiwa

Bersenam Setiap Hari, Tetapi Berat Badan Masih Tidak Berubah?

17 hours ago
Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan
Alam Semulajadi

Bioteknologi: Memanfaatkan Sisa Buangan Nenas kepada Produk Industri Makanan

3 days ago
Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import
Alam Semulajadi

Bioreaktor Semulajadi: Memahami Mekanisma Pencernaan Ruminan Untuk Mengurangkan Kebergantungan Import

4 days ago
Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital
Berita & Peristiwa

Matematik dan Kriptografi di sebalik Tandatangan Digital

5 days ago
Next Post
Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

Senjata Tenaga Terarah (LASER): Satu Pengenalan

Kategori Produk

  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In