Sunday, November 22, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Diabetes dan Kesihatan Salur Darah: Mengapa Rawatan Bukan Sekadar Mengawal Gula?

Diabetes dan Kesihatan Salur Darah: Mengapa Rawatan Bukan Sekadar Mengawal Gula?

Editor by Editor
21/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Siti Safiah Mokhtar1, Prof. Madya Dr. Ruzilawati Abu Bakar1 & Dr. Suzana Mustafa2

1Pensyarah kanan, Jabatan Farmakologi, Pusat Pengajian Sains Perubatan, Universiti Sains Malaysia, Kampus Kesihatan, Kubang Kerian Kelantan
2Pegawai Farmasi, Hospital Perempuan Zainab II, Kota Bharu, Kelantan

Diabetes sering dikaitkan dengan paras gula yang tinggi dalam darah. Oleh sebab itu, kebanyakan pesakit memberi tumpuan kepada bacaan gula dan usaha untuk memastikan parasnya sentiasa terkawal. Namun, diabetes sebenarnya melibatkan lebih daripada sekadar gangguan metabolisme glukosa. Paras gula yang tinggi secara berterusan boleh mencetuskan perubahan dalam sel dan tisu, termasuk kerosakan pada salur darah yang membekalkan darah kepada jantung, otak dan buah pinggang.

Kerosakan salur darah ini boleh berlaku secara perlahan-lahan tanpa menunjukkan gejala pada peringkat awal. Apabila berterusan, keadaan tersebut meningkatkan risiko komplikasi seperti serangan jantung, strok dan penyakit buah pinggang kronik. Justeru, rawatan diabetes masa kini tidak lagi tertumpu kepada penurunan paras gula semata-mata. Perkembangan farmakologi telah memperkenalkan ubat-ubatan yang bukan sahaja membantu mengawal glukosa, malah memberikan manfaat perlindungan kepada jantung dan buah pinggang bagi pesakit yang sesuai.

Bagaimanakah diabetes boleh merosakkan salur darah, dan sejauh manakah ubat-ubatan moden membantu mengurangkan risiko komplikasi ini?

Bagaimana Gula Berlebihan Merosakkan Salur Darah?

Glukosa merupakan sumber tenaga utama bagi tubuh, namun parasnya yang kekal tinggi dalam tempoh panjang boleh mencetuskan kerosakan sel melalui dua mekanisme utama. Pertama, gula berlebihan bertindak balas dengan protein atau lemak untuk membentuk produk akhir glikasi lanjutan (advanced glycation end products atau AGEs). Pengumpulan bahan ini mengubah struktur dinding salur darah, menjadikannya kurang anjal dan lebih mudah mengalami kerosakan.

Kedua, gula darah yang tinggi secara berterusan meningkatkan penghasilan spesies oksigen reaktif (reactive oxygen species atau ROS). Apabila penghasilannya melampaui sistem pertahanan antioksidan tubuh, berlaku tekanan oksidatif yang mencetuskan tindak balas keradangan. Keadaan ini merosakkan endotelium, iaitu lapisan sel nipis di bahagian dalam salur darah yang menghasilkan nitrik oksida bagi membantu salur darah mengembang dan melancarkan aliran darah. Gangguan pada lapisan ini dikenali sebagai disfungsi endotelium.

Kerosakan yang berlaku pada salur darah inilah yang menyumbang kepada perkembangan penyakit kardiovaskular serta menjadi permulaan kepada pelbagai komplikasi diabetes pada jantung, otak, buah pinggang dan anggota badan.

Mengapa Kawalan Gula Sahaja Tidak Mencukupi?

Jika gula darah sudah terkawal, adakah risiko penyakit jantung dan strok turut hilang? Jawapannya, tidak semestinya.

Pesakit diabetes lazimnya mempunyai beberapa faktor risiko yang boleh berlaku serentak, termasuk tekanan darah tinggi, paras kolesterol tidak normal, berat badan berlebihan dan masalah buah pinggang. Gabungan faktor ini boleh mempercepatkan kerosakan salur darah.

Oleh itu, rawatan diabetes tidak seharusnya hanya tertumpu kepada penurunan gula darah. Tekanan darah dan kolesterol juga perlu dikawal, manakala fungsi buah pinggang dan risiko penyakit jantung perlu dinilai secara berkala. Pendekatan ini penting kerana matlamat rawatan bukan sekadar mendapatkan bacaan gula yang baik, tetapi juga mengurangkan risiko komplikasi dan mengekalkan kualiti hidup pesakit.

Ubat Diabetes Moden: Bukan Sekadar Menurunkan Gula

Perkembangan dalam bidang farmakologi telah mengubah pendekatan rawatan diabetes, khususnya diabetes jenis 2. Jika dahulu rawatan lebih tertumpu kepada usaha menurunkan paras gula dalam darah, kini pemilihan ubat turut mengambil kira manfaatnya terhadap jantung dan buah pinggang. Hal ini penting kerana pesakit diabetes bukan sahaja berdepan risiko gula darah yang tinggi, malah berisiko mengalami kegagalan jantung, serangan jantung, strok dan kemerosotan fungsi buah pinggang.

Antara perkembangan penting dalam rawatan diabetes ialah pengenalan tiga kumpulan ubat, iaitu perencat SGLT2 (sodium-glucose cotransporter-2 inhibitors), agonis reseptor GLP-1 (glucagon-like peptide-1 receptor agonists) dan agonis dwi-reseptor GIP/GLP-1 (glucose-dependent insulinotropic polypeptide/glucagon-like peptide-1 receptor agonists). Ketiga-tiganya membantu mengawal paras gula melalui mekanisme yang berbeza, di samping memberikan manfaat perlindungan organ kepada kumpulan pesakit tertentu.

Perencat SGLT2, seperti empagliflozin dan dapagliflozin, bertindak pada buah pinggang dengan menghalang penyerapan semula sebahagian glukosa ke dalam darah. Akibatnya, lebihan glukosa disingkirkan melalui air kencing. Menariknya, manfaat ubat ini bukan terhad kepada kawalan gula. Kajian klinikal menunjukkan bahawa ubat dalam kumpulan ini dapat mengurangkan risiko kemasukan ke hospital akibat kegagalan jantung serta memperlahankan kemerosotan fungsi buah pinggang, termasuk dalam sesetengah pesakit yang tidak menghidap diabetes.

Sementara itu, agonis reseptor GLP-1 seperti semaglutide dan liraglutide meniru tindakan hormon semula jadi dalam usus yang membantu mengawal paras gula. Ubat ini merangsang penghasilan insulin apabila paras gula meningkat, mengurangkan penghasilan glukagon dan memperlahankan pengosongan perut. Kesannya, paras gula lebih terkawal dan pesakit berasa kenyang lebih lama. Sesetengah ubat dalam kumpulan ini juga membantu mengurangkan berat badan serta terbukti menurunkan risiko kejadian kardiovaskular seperti serangan jantung dan strok dalam kalangan pesakit berisiko tinggi.

Seiring dengan itu, kemajuan terkini turut memperkenalkan agonis dwi-reseptor GIP/GLP-1 seperti tirzepatide yang meniru tindakan dua jenis hormon usus secara serentak (GIP dan GLP-1). Mekanisme berganda ini memberikan kesan penurunan paras gula dan berat badan yang lebih ketara, di samping terbukti memberi perlindungan kardiovaskular serta manfaat kepada pesakit diabetes yang mengalami masalah kegagalan jantung tertentu dan hati berlemak.

Selain ubat antidiabetes, kawalan faktor risiko kardiovaskular turut menjadi komponen penting dalam rawatan. Statin seperti atorvastatin dan rosuvastatin digunakan untuk menurunkan kolesterol LDL, iaitu kolesterol yang menyumbang kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Pengurangan kolesterol LDL membantu memperlahankan perkembangan aterosklerosis dan mengurangkan risiko serangan jantung serta strok.

Bagi pesakit diabetes yang turut mengalami tekanan darah tinggi, ubat seperti perindopril daripada kumpulan perencat enzim penukar angiotensin (ACE inhibitors) atau losartan daripada kumpulan penyekat reseptor angiotensin (ARBs) mungkin diperlukan. Selain menurunkan tekanan darah, ubat ini membantu mengurangkan tekanan dalam sistem penapisan buah pinggang dan mengurangkan kehilangan protein melalui air kencing, khususnya bagi pesakit yang mempunyai albumin dalam air kencing.

Jelaslah bahawa rawatan diabetes moden memerlukan pendekatan yang lebih menyeluruh. Pemilihan ubat bukan sahaja berdasarkan keupayaannya menurunkan gula darah, tetapi juga manfaatnya dalam mengurangkan risiko komplikasi dan melindungi organ penting dalam jangka panjang.

Kepentingan Pemilihan Ubat, Keselamatan dan Kepatuhan Rawatan

Walaupun pelbagai ubat moden menawarkan manfaat yang besar, tidak semua ubat sesuai untuk setiap pesakit. Pemilihan rawatan bergantung pada umur, keadaan kesihatan, fungsi buah pinggang, risiko penyakit jantung dan ubat lain yang sedang diambil. Setiap ubat juga mempunyai kesan sampingan yang perlu diketahui. Sebagai contoh, ubat GLP-1 boleh menyebabkan loya atau ketidakselesaan perut. Oleh itu, pesakit perlu mengambil ubat mengikut arahan doktor dan mendapatkan nasihat ahli farmasi sekiranya mengalami masalah. Ubat tidak seharusnya dihentikan atau diubah dosnya tanpa berbincang dengan profesional kesihatan.

Melindungi Salur Darah, Melindungi Kehidupan

Diabetes bukan sekadar masalah gula yang tinggi, tetapi penyakit yang boleh menjejaskan kesihatan salur darah dan pelbagai organ penting. Kemajuan farmakologi kini menyediakan pilihan rawatan yang bukan sahaja mengawal gula, malah membantu melindungi jantung dan buah pinggang. Namun, ubat sahaja tidak mencukupi tanpa pemakanan seimbang, aktiviti fizikal dan pemantauan kesihatan berkala. Matlamat sebenar rawatan diabetes bukan sekadar mendapatkan bacaan gula yang baik, tetapi memastikan pesakit dapat menjalani kehidupan yang lebih sihat dengan risiko komplikasi yang lebih rendah.
*infografik ini dijana oleh AI.

Rujukan

  1. American Diabetes Association Professional Practice Committee for Diabetes. 10. Cardiovascular disease and risk management: Standards of Care in Diabetes—2026. Diabetes Care. 2026;49(Suppl. 1):S216–S245.
  2. Ministry of Health Malaysia. Clinical Practice Guidelines: Management of Type 2 Diabetes Mellitus. 6th ed. Putrajaya: Malaysia Health Technology Assessment Section (MaHTAS); 2020.
  3. American Diabetes Association Professional Practice Committee for Diabetes. 9. Pharmacologic approaches to glycemic treatment: Standards of Care in Diabetes—2026. Diabetes Care. 2026;49(Suppl. 1):S183–S215.
  4. American Diabetes Association Professional Practice Committee for Diabetes. 11. Chronic kidney disease and risk management: Standards of Care in Diabetes—2026. Diabetes Care. 2026;49(Suppl. 1):S246–S260.
  5. Perkovic V et al.; FLOW Trial Committees and Investigators. Effects of Semaglutide on Chronic Kidney Disease in Patients with Type 2 Diabetes. N Engl J Med. 2024 Jul 11;391(2):109-121
  6. Chuang SM et al.; The Impact of GLP-1-Based Therapies on Cardiovascular Outcomes in Type 2 Diabetes: A Comprehensive Systematic Review and Network Meta-Analysis. Diabetes Obes Metab. 2026 Aug;28(8):7137-7148.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: diabetesHospital Perempuan Zainab IIJabatan FarmakologiKampus Kesihatankawalan gulaKesihatan Salur DarahKubang Kerian KelantanPegawai FarmasiPusat Pengajian Sains PerubatanSiti Safiah MokhtarUniversiti Sains Malaysia
Previous Post

Membongkar Mitos Pergigian: Benarkah Flos Menyebabkan Gigi Jarang?

Next Post

Menjejak Mutasi Senyap: Bagaimana Mengesan Talasemia Sebelum Terlambat

Editor

Editor

Related Posts

Berkhatan Bukan Sekadar Tradisi: Menyingkap Sains, Kesihatan dan Teknologi Moden
Berita & Peristiwa

Berkhatan Bukan Sekadar Tradisi: Menyingkap Sains, Kesihatan dan Teknologi Moden

15 hours ago
Tompok Gelap dalam Mulut: Perlukah Kita Bimbang?
Berita & Peristiwa

Tompok Gelap dalam Mulut: Perlukah Kita Bimbang?

15 hours ago
Khazanah Tersembunyi di Sebalik Senyuman Si Manja: Potensi Luar Biasa Sel Stem Gigi Susu
Berita & Peristiwa

Khazanah Tersembunyi di Sebalik Senyuman Si Manja: Potensi Luar Biasa Sel Stem Gigi Susu

15 hours ago
Mengapa Luka Lambat Sembuh Apabila Usia Meningkat?
Berita & Peristiwa

Mengapa Luka Lambat Sembuh Apabila Usia Meningkat?

15 hours ago
Next Post
Menjejak Mutasi Senyap: Bagaimana Mengesan Talasemia Sebelum Terlambat

Menjejak Mutasi Senyap: Bagaimana Mengesan Talasemia Sebelum Terlambat

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In