Sunday, November 22, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Gigi Palsu Cetakan 3D: Inovasi Baharu Mengembalikan Senyuman

Gigi Palsu Cetakan 3D: Inovasi Baharu Mengembalikan Senyuman

Editor by Editor
21/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Nurul Hanim Othman
Pakar Pergigian Prostodontik dan Pensyarah Pergigian, Unit Prostodontik,
Pusat Pengajian Sains Pergigian, Universiti Sains Malaysia

Pernahkah anda membayangkan bahawa gigi palsu kini boleh dihasilkan menggunakan pencetak tiga dimensi (3D), sama seperti teknologi yang digunakan untuk menghasilkan model bangunan, alat permainan dan pelbagai objek lain? Jika dahulu pembuatan gigi palsu memerlukan beberapa proses manual di makmal pergigian, perkembangan teknologi digital kini membuka lembaran baharu dalam dunia pergigian.

Melalui gabungan pengimbasan digital, reka bentuk bantuan komputer dan teknologi percetakan 3D, gigi palsu boleh dihasilkan berdasarkan maklumat khusus tentang keadaan mulut seseorang pesakit. Inovasi ini bukan sahaja memperkenalkan kaedah pembuatan yang lebih moden, malah berpotensi meningkatkan kecekapan rawatan dan memudahkan penghasilan semula gigi palsu apabila diperlukan.

Teknologi ini semakin mendapat perhatian dalam bidang prostodontik, iaitu cabang kepakaran pergigian yang berkaitan dengan pemulihan dan penggantian gigi yang hilang. Walaupun kedengaran seperti teknologi masa hadapan, percetakan 3D sebenarnya sudah digunakan dalam pelbagai aplikasi pergigian. Persoalannya, bagaimanakah teknologi ini berfungsi dan apakah manfaatnya kepada masyarakat?

Rajah 1: Rekabentuk gigi palsu menggunakan kaedah digital (3D printed denture)

Mengapa Kita Memerlukan Gigi Palsu?

Kehilangan gigi bukan sekadar menjejaskan penampilan seseorang. Keadaan ini juga boleh mengganggu keupayaan mengunyah makanan, pertuturan dan keselesaan ketika menjalani aktiviti harian. Antara punca kehilangan gigi termasuklah kerosakan gigi yang teruk, penyakit gusi, kecederaan dan masalah kesihatan mulut yang lain.

Gigi palsu merupakan antara pilihan rawatan untuk menggantikan gigi yang hilang. Bergantung pada keadaan pesakit, gigi palsu boleh menggantikan sebahagian atau keseluruhan gigi dalam mulut. Penggunaannya membantu memulihkan fungsi pengunyahan, menyokong pertuturan dan memperbaiki penampilan wajah.

Namun begitu, penghasilan gigi palsu yang sesuai bukanlah perkara mudah. Doktor gigi perlu mempertimbangkan bentuk rahang, keadaan gusi, hubungan antara rahang serta keselesaan pesakit. Di sinilah kepakaran prostodontik memainkan peranan penting untuk memastikan gigi palsu bukan sahaja kelihatan menarik, tetapi juga berfungsi dengan baik.

Daripada Kaedah Konvensional kepada Teknologi Digital

Secara tradisional, penghasilan gigi palsu melibatkan pengambilan acuan mulut menggunakan bahan khas. Acuan tersebut digunakan untuk menghasilkan model rahang daripada plaster sebelum juruteknologi pergigian membentuk dan memproses gigi palsu melalui beberapa peringkat kerja makmal.

Kaedah konvensional ini telah digunakan selama bertahun-tahun dan masih menjadi pilihan rawatan yang berkesan. Walau bagaimanapun, proses pembuatannya memerlukan kemahiran teknikal, penggunaan pelbagai bahan dan beberapa prosedur yang mengambil masa.

Kemunculan teknologi digital telah memperkenalkan pendekatan baharu. Maklumat struktur di dalam mulut boleh diperolehi melalui pengimbasan digital. Data tersebut kemudiannya diproses menggunakan perisian komputer untuk menghasilkan reka bentuk gigi palsu secara maya.

Reka bentuk yang telah disiapkan boleh digunakan untuk menghasilkan gigi palsu melalui teknologi percetakan 3D. Perubahan ini membolehkan sebahagian proses pembuatan dilakukan secara digital, sekali gus membuka peluang untuk meningkatkan kecekapan dan konsistensi penghasilan. Namun, kaedah konvensional masih diperlukan dalam keadaan tertentu.

Rajah 2: Perbandingan pembuatan gigi palsu secara kaedah konvensional dan digital.

Bagaimana Gigi Palsu 3D Dihasilkan?

Proses penghasilan gigi palsu cetakan 3D bermula dengan pengumpulan maklumat tentang keadaan struktur mulut pesakit. Doktor gigi boleh menggunakan pengimbas intraoral untuk merakam bentuk struktur mulut secara digital. Dalam keadaan tertentu, acuan konvensional masih diperlukan sebelum model yang terhasil diimbas untuk mendapatkan data digital.

Maklumat tersebut kemudiannya dimasukkan ke dalam perisian reka bentuk dengan bantuan komputer atau Computer-Aided Design (CAD). Melalui perisian ini, doktor gigi atau juruteknologi pergigian boleh merekabentuk tapak gigi palsu, menentukan kedudukan gigi dan menyesuaikan bentuknya mengikut keperluan pesakit.

Setelah reka bentuk disiapkan, fail digital dihantar kepada pencetak 3D. Berbeza daripada pencetak biasa yang menggunakan dakwat pada kertas, pencetak 3D pergigian menggunakan bahan resin khas untuk membentuk objek secara berlapis-lapis. Setiap lapisan dihasilkan berdasarkan reka bentuk komputer sehingga terbentuk komponen gigi palsu yang dikehendaki.

Komponen yang dicetak perlu melalui proses pembersihan dan pengerasan akhir menggunakan peralatan khas. Bergantung pada sistem yang digunakan, bahagian tapak dan gigi mungkin dicetak secara berasingan sebelum dicantumkan.

Akhir sekali, gigi palsu diperiksa, dikemaskan dan digilap sebelum dicuba di dalam mulut pesakit. Doktor gigi akan menilai kesesuaian, kestabilan, hubungan gigitan dan keselesaan pemakaian. Penyesuaian tambahan mungkin diperlukan bagi memastikan gigi palsu dapat digunakan dengan baik.

Apakah Kelebihan Gigi Palsu Cetakan 3D?

Salah satu kelebihan utama teknologi ini ialah potensi untuk meningkatkan kecekapan proses pembuatan. Melalui aliran kerja digital, beberapa prosedur makmal boleh diringkaskan, sekali gus membantu menjimatkan masa penghasilan dalam keadaan tertentu.

Selain itu, reka bentuk gigi palsu boleh disimpan dalam bentuk fail digital. Sekiranya gigi palsu hilang atau rosak, rekod tersebut boleh membantu proses penghasilan semula tanpa perlu mengulangi semua peringkat penyediaan. Walaubagaimanapun, pemeriksaan mulut tetap diperlukan sebelum penghasilan semula gigi palsu kerana keadaan tisu dan rahang boleh berubah dari semasa ke semasa.

Dari sudut makmal, penggunaan fail digital berpotensi meningkatkan konsistensi penghasilan serta memudahkan komunikasi antara doktor gigi dengan juruteknologi pergigian. Namun begitu, ketepatan dan kualiti akhir masih bergantung pada bahan, peralatan, teknik pembuatan serta penilaian klinikal yang teliti.

Adakah Teknologi Ini Mempunyai Kekurangan?

Walaupun pelbagai kelebihan telah dikenalpasti, teknologi percetakan 3D mempunyai beberapa cabaran. Kos pembelian pencetak, pengimbas, perisian dan bahan pergigian adalah tinggi. Pengendalian peralatan juga memerlukan latihan serta pengetahuan yang khusus.

Selain itu, tidak semua keadaan mulut sesuai untuk pengimbasan digital secara langsung di dalam mulut. Bagi pesakit yang kehilangan semua gigi, permukaan gusi yang licin and berkilat boleh menyukarkan proses pengimbasan.

Ketahanan gigi palsu cetakan 3D juga dipengaruhi oleh jenis resin, kaedah percetakan dan proses pengerasan akhir. Walaupun hasil penyelidikan menunjukkan perkembangan yang memberangsangkan, bukti klinikal jangka panjang masih diperlukan bagi sesetengah bahan dan teknik.

Oleh itu, teknologi digital perlu dilihat sebagai pelengkap kepada kepakaran klinikal, bukannya pengganti sepenuhnya kepada kaedah konvensional.

Masa Hadapan Gigi Palsu Digital

Perkembangan teknologi pergigian digital dijangka terus mengubah cara gigi palsu direka bentuk dan dihasilkan. Antara inovasi yang semakin mendapat perhatian ialah penggunaan kecerdasan buatan (AI) untuk membantu proses reka bentuk serta penyusunan gigi secara digital.

Gabungan teknologi pengimbasan mulut, pengimbasan wajah dan perisian reka bentuk senyuman juga berpotensi membantu doktor gigi merancang rawatan yang lebih bersesuaian dengan ciri wajah seseorang.

Pada masa yang sama, penyelidikan terhadap bahan resin baharu terus dijalankan untuk meningkatkan penampilan, kekuatan, dan ketahanan gigi palsu cetakan 3D.

Walaupun sebahagian teknologi ini masih berkembang, kemajuan tersebut memperlihatkan potensi masa hadapan rawatan prostodontik yang lebih cekap dan berorientasikan keperluan pesakit.

Teknologi Mengembalikan Senyuman

Teknologi percetakan 3D membuka dimensi baharu dalam penghasilan gigi palsu. Melalui gabungan kepakaran prostodontik dan inovasi digital, proses pembuatan kini berpotensi menjadi lebih cekap, sistematik dan mudah disesuaikan dengan keperluan pesakit.

Namun, teknologi yang canggih sahaja tidak menjamin kejayaan rawatan. Pemeriksaan menyeluruh, perancangan yang teliti dan kemahiran doktor gigi tetap menjadi asas kepada penghasilan gigi palsu yang berfungsi dengan baik.

Akhirnya, kejayaan inovasi ini bukan sekadar diukur melalui kecanggihan mesin, tetapi melalui keupayaannya membantu masyarakat menikmati kehidupan yang lebih selesa dan kembali tersenyum dengan yakin.

Rajah 3: Gambar pesakit sebelum dan selepas memakai gigi palsu.

Rujukan

  1. Zandinejad, A., Floriani, F., Lin, W. S., & Naimi-Akbar, A. (2024). Clinical outcomes of milled, 3D-printed, and conventional complete dentures in edentulous patients: A systematic review and meta-analysis. Journal of Prosthodontics, 33(8), 736–747.
  2. Sivaswamy, V., Cahyanto, A., Varma, S. R., & Matinlinna, J. P. (2026). Clinical outcomes of 3D printed complete dentures: A systematic review and meta-analysis. The Journal of Prosthetic Dentistry, 136(1), 60–68.
  3. Prott, L. S., et al. (2026). Conventional, milled, and 3D-printed complete dentures: A systematic review and meta-analysis of clinical and patient-centered outcomes. Journal of Esthetic and Restorative Dentistry. Advance online publication.

Penyataan penggunaan AI
Infografik dan ilustrasi rajah dijana menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI). Fakta adalah bersandarkan rujukan yang disenaraikan di atas.

Biodata Penulis

Dr Nurul Hanim Othman – BDS (IIUM), DClinDent (Prosthodontics) (UiTM)Bidang kepakaran: Bidang prostodontik merupakan bidang kepakaran pergigian yang memberi tumpuan kepada pemulihan dan penggantian gigi yang hilang atau rosak. Rawatan merangkumi gigi palsu, korona, jambatan dan implan pergigian. Bidang ini bertujuan mengembalikan fungsi mengunyah, pertuturan, keselesaan serta estetika senyuman, sekali gus meningkatkan keyakinan diri dan kualiti hidup pesakit melalui rawatan yang bersesuaian.

 

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: gigi palsugigi palsu cetakan 3DNurul Hanim OthmanPakar Pergigian Prostodontikpenjagaan gigiperubatanPusat Pengajian Sains PergigianUnit ProstodontikUniversiti Sains Malaysia
Previous Post

Kenali Kumpulan Darah Kita dan Implikasinya kepada Pendermaan Darah

Next Post

Platform Media Sosial dan Kesihatan Pergigian Rakyat Malaysia: Rakan atau Ancaman?

Editor

Editor

Related Posts

Berkhatan Bukan Sekadar Tradisi: Menyingkap Sains, Kesihatan dan Teknologi Moden
Berita & Peristiwa

Berkhatan Bukan Sekadar Tradisi: Menyingkap Sains, Kesihatan dan Teknologi Moden

11 hours ago
Tompok Gelap dalam Mulut: Perlukah Kita Bimbang?
Berita & Peristiwa

Tompok Gelap dalam Mulut: Perlukah Kita Bimbang?

11 hours ago
Khazanah Tersembunyi di Sebalik Senyuman Si Manja: Potensi Luar Biasa Sel Stem Gigi Susu
Berita & Peristiwa

Khazanah Tersembunyi di Sebalik Senyuman Si Manja: Potensi Luar Biasa Sel Stem Gigi Susu

11 hours ago
Mengapa Luka Lambat Sembuh Apabila Usia Meningkat?
Berita & Peristiwa

Mengapa Luka Lambat Sembuh Apabila Usia Meningkat?

11 hours ago
Next Post
Platform Media Sosial dan Kesihatan Pergigian Rakyat Malaysia: Rakan atau Ancaman?

Platform Media Sosial dan Kesihatan Pergigian Rakyat Malaysia: Rakan atau Ancaman?

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In