23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, August 9, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Hukum Penumpuan Jenayah: Mengapa Sebilangan Kecil Lokasi Menyumbang Sebahagian Besar Jenayah?

Hukum Penumpuan Jenayah: Mengapa Sebilangan Kecil Lokasi Menyumbang Sebahagian Besar Jenayah?

Editor by Editor
08/08/2026
in Berita & Peristiwa, Matematik
0 0
0

Penulis: Dr. Razik Ridzuan Mohd Tajuddin

Pensyarah Kanan,
Jabatan Sains Matematik, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

Bayangkan terdapat dua jalan yang hanya dipisahkan sejauh 300 meter. Kedua-duanya mempunyai bilangan rumah yang hampir sama, tahap pembangunan yang serupa dan berkongsi balai polis yang sama. Namun, sepanjang tahun, salah satu jalan merekodkan puluhan kes jenayah, manakala jalan yang satu lagi hampir tidak mencatatkan sebarang kejadian. Mengapa keadaan ini berlaku?

Ramai beranggapan bahawa jenayah berlaku secara rawak dan boleh berlaku di mana-mana sahaja. Hakikatnya, penyelidikan dalam bidang kriminologi kuantitatif menunjukkan bahawa jenayah tidak tertabur secara sekata. Sebaliknya, sebahagian besar jenayah tertumpu di sebilangan kecil lokasi. Fenomena ini dikenali sebagai Hukum Penumpuan Jenayah (Law of Crime Concentration). Penemuan ini mengubah cara penyelidik memahami jenayah. Daripada melihat seluruh bandar sebagai kawasan yang mempunyai risiko yang sama, penyelidik mula memberi perhatian kepada lokasi-lokasi tertentu yang berulang kali menjadi tumpuan kejadian jenayah, seperti yang dinyatakan oleh Weisburd pada tahun 2015.

Apakah yang dimaksudkan dengan Hukum Penumpuan Jenayah?

Dalam statistik, sesuatu fenomena dikatakan mempunyai penumpuan apabila sebahagian besar kejadian berkumpul pada sebahagian kecil unit pemerhatian. Konsep ini sebenarnya bukan sesuatu yang asing. Sebagai contoh, dalam dunia perniagaan, sering dikatakan bahawa sebahagian besar keuntungan sesebuah syarikat datang daripada sebilangan kecil pelanggan. Dalam bidang kesihatan pula, sebahagian besar kos rawatan mungkin disumbangkan oleh sebilangan kecil pesakit yang mempunyai penyakit kronik. Fenomena yang sama turut ditemui dalam kajian jenayah.

Kajian oleh ahli kriminologi seperti David Weisburd menunjukkan bahawa kira-kira 50% daripada kejadian jenayah hanya berlaku di sekitar 5% segmen jalan dalam sesebuah bandar. Walaupun angka ini berbeza mengikut jenis jenayah dan lokasi kajian, corak penumpuan tersebut didapati konsisten merentasi pelbagai bandar dan negara. Penemuan inilah yang akhirnya dikenali sebagai Hukum Penumpuan Jenayah.

Mengukur Penumpuan menggunakan Data.

Dalam kriminologi kuantitatif, penyelidik bukan sekadar memerhatikan lokasi yang sering dilaporkan di media. Mereka menggunakan data bagi mengukur tahap penumpuan jenayah. Salah satu ukuran yang mudah difahami ialah nisbah penumpuan jenayah, iaitu:

Sebagai contoh, sebuah bandar merekodkan sebanyak 10,000 kes jenayah dalam tempoh setahun. Daripada jumlah tersebut, 4,800 kes berlaku di hanya 300 daripada 6,000 jalan (bersamaan 5%) yang terdapat di bandar tersebut. Ini bermaksud,

Dengan kata lain, hampir separuh daripada semua kejadian jenayah berlaku di bandar tersebut disumbangkan oleh hanya sekitar 5% lokasi. Walaupun formula ini kelihatan ringkas, ia memberikan gambaran jelas bahawa jenayah tidak berlaku secara seragam di seluruh bandar.

Melihat Penumpuan Melalui Lengkung Pareto.

Salah satu cara untuk menggambarkan fenomena Hukum Penumpuan Jenayah ini ialah melalui lengkung penumpuan jenayah berasaskan konsep Pareto. Lengkung ini menunjukkan hubungan antara peratusan kumulatif lokasi dan peratusan kumulatif kejadian jenayah. Jika jenayah berlaku secara sama rata di semua lokasi, lengkung tersebut akan hampir membentuk garis lurus. Namun, dalam banyak kajian jenayah, lengkung ini biasanya meningkat dengan lebih cepat pada bahagian awal, menunjukkan bahawa sebilangan kecil lokasi menyumbang kepada jumlah kejadian jenayah yang besar. Sebagai contoh, sekiranya 5-10% daripada lokasi menyumbang kepada 40–50% kejadian jenayah, ini menunjukkan wujudnya penumpuan jenayah yang tinggi. Walaupun tahap penumpuan berbeza mengikut bandar dan jenis jenayah, corak ini menunjukkan bahawa jenayah bukanlah fenomena yang tertabur secara rawak.

Rajah 1. Lengkung Penumpuan Jenayah
Sumber – Pengarang

Mengapa Kawasan Titik Panas (hot spots) Jenayah Wujud?

Persoalan yang lebih menarik ialah mengapa sesuatu lokasi menjadi kawasan titik panas jenayah. Ramai mungkin beranggapan bahawa kawasan tersebut dipenuhi individu yang cenderung melakukan jenayah. Namun, penyelidikan menunjukkan bahawa jawapannya jauh lebih kompleks. Kajian oleh Sherman dan rakan-rakan pada tahun 1989 merupakan antara kajian awal yang menunjukkan bahawa jenayah jalanan tertumpu pada lokasi tertentu (hot spots), walaupun kawasan tersebut berada dalam bandar yang sama. Konsep ini kemudiannya berkembang kepada bidang yang dikenali sebagai kriminologi tempat (criminology of place), yang menekankan kepentingan memahami ciri-ciri tempat dalam menerangkan kejadian jenayah, seperti yang ditekankan oleh Weisburd dan rakan-rakan pada tahun 2012.

Sesuatu lokasi boleh menjadi kawasan titik panas jika kawasan tersebut dapat menawarkan lebih banyak peluang kepada interaksi sesama manusia. Antaranya ialah kawasan komersial yang sibuk, terminal pengangkutan awam, pusat hiburan serta kawasan parkir yang luas. Eck dan rakan-rakan mengelaskan kawasan-kawasan ini sebagai fasiliti berisiko. Apabila peluang meningkat, risiko berlakunya jenayah juga boleh meningkat. Keadaan ini selari dengan Teori Aktiviti Rutin (Routine Activity Theory) yang diperkenalkan oleh Cohen dan Felson pada tahun 1979. Teori ini menyatakan bahawa jenayah lebih berkemungkinan berlaku apabila tiga elemen bertemu pada masa dan tempat yang sama, iaitu seorang pelaku yang bermotivasi, sasaran yang sesuai dan ketiadaan kawalan yang berkesan. Oleh sebab itu, kawasan titik panas jenayah sering dikaitkan dengan fungsi sesuatu tempat, bukannya semata-mata dengan siapa yang tinggal di kawasan tersebut.

Mengapa Pengetahuan ini Penting?

Pengetahuan berkaitan penumpuan jenayah di lokasi tertentu mempunyai implikasi yang besar kepada pihak berkuasa dan pembuat dasar. Jika sebahagian besar jenayah berlaku di sebahagian kecil lokasi, maka usaha pencegahan tidak semestinya perlu dilaksanakan secara sama rata di seluruh bandar. Rondaan polis, pemasangan kamera litar tertutup (CCTV), penambahbaikan pencahayaan jalan dan program pencegahan komuniti boleh difokuskan kepada kawasan yang benar-benar memerlukan perhatian. Pendekatan sebegini bukan sahaja lebih berkesan, malah membantu memastikan sumber yang terhad digunakan secara optimum.

Walau bagaimanapun, kawasan titik panas jenayah tidak seharusnya dilihat sebagai “kawasan penjenayah”. Sebaliknya, ia perlu difahami sebagai lokasi yang mempunyai tahap risiko yang lebih tinggi berdasarkan corak data. Dengan memahami faktor-faktor yang menyumbang kepada penumpuan tersebut, langkah pencegahan yang lebih bersasar dapat dirancang tanpa memberi stigma kepada penduduk setempat.

Melihat Jenayah melalui Lensa Baharu.

Kriminologi moden tidak lagi bergantung kepada pemerhatian semata-mata. Dengan bantuan statistik, sistem maklumat geografi (GIS) dan analisis data raya, penyelidik kini mampu mengenal pasti corak yang sukar dilihat melalui pengalaman harian. Melalui analisis ini, fenomena jenayah dapat difahami bukan sahaja dari segi jumlah kejadian, tetapi juga dari aspek lokasi, masa dan faktor yang mempengaruhinya.

Hukum Penumpuan Jenayah mengingatkan kita bahawa jenayah bukanlah fenomena yang bertaburan secara rawak. Sebaliknya, ia cenderung tertumpu pada lokasi tertentu yang berkongsi ciri-ciri persekitaran dan aktiviti manusia yang hampir sama. Pemahaman terhadap corak ini bukan bertujuan untuk meramal siapa yang akan melakukan jenayah, tetapi untuk memahami di mana, bila dan mengapa risiko jenayah meningkat. Dengan pengetahuan ini, pihak berkuasa, perancang bandar dan masyarakat dapat membangunkan strategi pencegahan yang lebih berkesan serta berasaskan bukti saintifik.

Rujukan

Weisburd, D. (2015). The Law of Crime Concentration and the Criminology of Place. Criminology, 53(2), 133–157.

Sherman, L. W., Gartin, P. R., & Buerger, M. E. (1989). Hot Spots of Predatory Crime: Routine Activities and the Criminology of Place. Criminology, 27(1), 27–56.

Weisburd, D., Groff, E. R., & Yang, S.-M. (2012). The Criminology of Place: Street Segments and Our Understanding of the Crime Problem. Oxford University Press.

Eck, J. E., Clarke, R. V., & Guerette, R. T. (2007). Risky Facilities: Crime Concentration in Homogeneous Sets of Facilities. In Crime Prevention Studies.

Cohen, L. E., & Felson, M. (1979). Social Change and Crime Rate Trends: A Routine Activity Approach. American Sociological Review, 44(4), 588–608.

Biodata Penulis

Dr. Razik Ridzuan Mohd Tajuddin merupakan Pensyarah Kanan di Universiti Kebangsaan Malaysia. Penyelidikan beliau memberi tumpuan kepada kesan ruang-masa jenayah narkotik di Malaysia di samping menggunakan teknik pemodelan statistik dan pembelajaran mesin ke atas data jenayah.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: analisis data rayacriminology of placegraf jenayahHukum Penumpuan JenayahLaw of Crime Concentrationlengkung ParetoMatematikperausa kumulatif jenayahRazik Ridzuan Mohd TajuddinRoutine Activity Theorysistem maklumat geografi (GIS)statistik jenayahtitik panas jenayah
ShareTweetShare
Previous Post

Benarkah Daun Kelor dan Lidah Buaya Mampu Melawan Bakteria? Apa Kata Kajian Makmal?

Next Post

Penggunaan Bahan Nano dalam Pergigian Restoratif

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Bahan Nano dalam Pergigian Restoratif
Berita & Peristiwa

Penggunaan Bahan Nano dalam Pergigian Restoratif

1 day ago
Benarkah Daun Kelor dan Lidah Buaya Mampu Melawan Bakteria? Apa Kata Kajian Makmal?
Alam Semulajadi

Benarkah Daun Kelor dan Lidah Buaya Mampu Melawan Bakteria? Apa Kata Kajian Makmal?

1 day ago
EVA: Kerangka Statistik untuk Fenomena Luar Jangka
Berita & Peristiwa

EVA: Kerangka Statistik untuk Fenomena Luar Jangka

4 days ago
Sinergi Bioteknologi Makanan USIM-AEON Delicatessen Malaysia: Pacu Inovasi Pembangunan Makanan Mahasiswa
Berita & Peristiwa

Sinergi Bioteknologi Makanan USIM-AEON Delicatessen Malaysia: Pacu Inovasi Pembangunan Makanan Mahasiswa

5 days ago
Next Post
Penggunaan Bahan Nano dalam Pergigian Restoratif

Penggunaan Bahan Nano dalam Pergigian Restoratif

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In