23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Sunday, February 5, 2023
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kaedah Terkini Pembedahan Tiroid di PPUKM

Editor by Editor
12/11/2013
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0
Tiroid1

Oleh Shahfizal Musa

KUALA LUMPUR – Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) adalah Hospital yang pertama di Asia yang menggunakan teknik terkini dalam pembedahan tiroid yang mengurangkan risiko kecederaan kepada peti suara.

Dengan bantuan Automated Periodic Stimulation (APS) yang digunakan dengan alat  yang sedia ada iaitu  Nerve Integrity Monitoring system, risiko kecederaan dapat dikurangkan sebanyak 95 peratus, kata Prof Dr Rohaizak Muhammad, pakar bedah Endokrin dan Payu dara di PPUKM yang telah mempelopori teknik baru ini di UKM dan Malaysia.

Pembedahan tersebut merupakan mercu tanda dalam pembedahan tiroid dan hanya dijalankan di Eropah dan Amerika Syarikat buat masa ini.

Pembedahan atau penyingkiran Tiroid dilakukan untuk mengeluarkan kelenjar tiroid yang berada di leher. Kelenjar tiroid menghasilkan hormon yang bertindak di seluruh badan mempengaruhi metobolisme, pembesaran dan suhu badan.

Penyingkiran tiroid ataupun thyroidectomy perlu dilakukan untuk merawat barah tiroid, nodul dan hypertiroidisme. Semasa pembedahan sebahagian atau kesemua kelenjar tiroid akan di keluarkan. Dalam pembedahan tersebut terdapat risiko di mana saraf yang berhubung dengan peti suara atau saraf RLN mungkin terpotong atau tercedera. Jika ini berlaku suara pesakit akan terjejas.
 
Saraf RLN boleh diandaikan sebagai kabel elektrik yang menghubungkan rumah anda ke grid elektrik. Saraf RLN bercantum membolehkan beberapa otot dalam tekak anda berfungsi. Ia mengawal sensasi dan pergerakan peti suara.
Kedudukan RLN yang berada di belakang kelenjar tiroid menyukarkan tugas pakar bedah untuk memastikan saraf RLN sentiasa dalam keadaan selamat.

Dengan kaedah baru ini kerumitan tersebut dapat dielakkan. Sistem APS bertindak sama seperti pengesan di belakang kereta anda yang akan mengeluarkan bunyi amaran jika terdapat sebarang halangan.

Dengan menggunakan sistem pemantauan saraf ini ia bertindak dengan konsep yang sama. Setiap kali pemotongan yang dibuat menghampiri saraf RLN, bunyi amaran akan kedengaran.

Ini dapat dicapai dengan meletakkan suatu elektrod kepada saraf vagus. Elektrod ini kemudian disambung ke monitor. Elektrod yang telah diletakkan kepada peti suara ini dirangsang secara berkala. Bunyi amaran dapat didengar apabila pakar bedah telah terlalu hampir dengan saraf RLN, ini dapat memberi ruang yang cukup untuk pakar bedah berwaspada dan menilai semula pemotongan yang harus dibuat.

Munurut Dr Rohaizak, berdasarkan statistik setiap 3 orang dalam 100 pesakit yang menjalani pembedahan tiroid menanggung risiko kecederaan saraf RLN.

Beliau bergurau dan berkata yang pembedahan seperti itu membuktikan kewujudan tuhan. Walaupun saraf RLN telah digunakan sebagai hujah oleh sesetengah pihak untuk menidakkan kewujudan tuhan kerana posisinya yang agak berlainan dengan saraf lain.

“Kejayaan pembedahan sebelum pengunaan sistem ini bukanlah disebabkan pakar bedah yang hebat , tetapi tuhan yang melindungi saraf RLN pesakit dari kesilapan manusia” kata beliau.

Risiko pembedahan tiroid

Mempunyai suara yang serak mungkin menjadi isu yang besar pada ramai orang tetapi ia boleh menjadi masalah apabila anda bergantung pada suara anda untuk mencari rezeki.

Bayangkan jika anda adalah seorang pensyarah, cikgu ataupun penyanyi, kecederaan pada suara boleh menamatkan kerjaya anda.

Jadi ramai pesakit enggan menjalani pembedahan tiroid kerana selepas pembedahan mereka mungkin menghadapi masalah lain . Bayangkan selepas pembedahan anda terpaksa hidup dengan suara yang lain dari normal atau tidak mempunyai suara langsung.

Dalam beberapa kes pesakit memerlukan  tracheostomy di mana lubang perlu dibuat di tekak untuk melancarkan pernafasan.

Ini perlu kerana kecederaan kepada saraf RLN boleh menyebabkan peti suara hilang keupayaan untuk berfungsi dengan betul. Jadi apabila anda makan makanan akan jatuh ke dalam saluran pernafasan dan menyebabkan anda tercekik.
Ini adalah risiko pembedahan tiroid dalam kes-kes yang melampau. Tetapi dengan menggunakan sistem APS ini semua dapat dielakkan.

Pembedahan Kreatif

Keunikan teknik ini adalah ia tidak memerlukan sebarang pelaburan besar bagi pihak hospital untuk membeli alat yang baru. Peralatan yang diperlukan telah pun ada kebanyakkan hospital. Peralatan yang diperlukan telah pun digunakan dalam pembedahan saraf yang lain seperti pembedahan tulang belakang dan parotid.  Iaitu mesin Nerve Integrity Monitoring System (NIMS).

Tetapi ia hanya memerlukan sedikit penyelarasan kepada aturan mesin tersebut. Dengan hanya sedikit pengubah suaian ini keselamatan pesakit dapat dipastikan ditingkatkan.

Namun ia masih memerlukan elektrod yang akan disambungkan kepada saraf vagus di leher. Saraf RLN adalah satu cabang dari saraf vagus dan apabila elektrod disambungkan skrin di monitor akan mempamerkan lingkungan yang selamat untuk pakar bedah beroperasi.

Pakar bedah akan melakukan pemotongan kelenjar tiroid di pandu oleh bunyi amaran yang keluar. Ini membantu pakar bedah menjalankan tugas tanpa risau yang beliau akan terpotong saraf RLN secara tak sengaja.

Kaedah baru ini amat menyumbang kepada keselamatan pesakit tanpa memerlukan pelaburan yang besar
Prof Rohaizak berkata beliau berhasrat untuk mengadakan program latihan untuk teknik pembedahan tiroid mengunakkan sistem APS ini. Setakat ini beliau telah pun menerima permintaan untuk latihan dari pakar bedah di Malaysia. Kemudian bengkel latihan boleh dibuat untuk pakar bedah dari negara jiran.

Sumber & Foto  : www.ukm.my/news

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: pakar bedah PPUKMpembedahan tiroid PPUKMpenyakit tiroid
ShareTweetShare
Previous Post

Satelit seberat 1 tan Jatuh ke Lautan Atlantik

Next Post

Penyelidik UTM - Metanol Sebagai Bahan Api

Editor

Editor

Related Posts

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Penggunaan Platinum Dalam Sel Fuel

6 days ago
Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?
Berita & Peristiwa

Pemakanan Had Masa. Adakah Mampu Menurunkan Berat Badan?

1 week ago
Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun
Berita & Peristiwa

Peranan Ibu Bapa Dalam Mengembangkan Kemahiran Matematik Kanak-Kanak Satu Hingga Dua Tahun

1 week ago
Sejarah Sel Fuel
Berita & Peristiwa

Sejarah Sel Fuel

3 weeks ago
Next Post
Penyelidik UTM – Metanol Sebagai Bahan Api

Penyelidik UTM - Metanol Sebagai Bahan Api

  • Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    Mengenali dan Memahami Spesies Musang di Malaysia

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Boleh Makan Lagi Makanan Yang Tamat Tarikh Luput?

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mengapa Manusia tersedu

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Punca-punca Kepupusan Haiwan

    0 shares
    Share 0 Tweet 0
  • Mitos Telur Berdiri Sewaktu Gerhana: Sains Menjelaskan!

    0 shares
    Share 0 Tweet 0

Kategori Produk

  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Siapa Kami
  • Hubungi Kami
  • Pengiklanan
  • F.A.Q
  • Privacy Policy
e-ISSN : 2682-8456

@Majalah Sains 2009-2022

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

@Majalah Sains 2009-2022

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In