23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Thursday, February 12, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kelahiran Pramatang dan Berat Kelahiran Rendah: Memahami Isu Kesihatan Awal Kehidupan

Kelahiran Pramatang dan Berat Kelahiran Rendah: Memahami Isu Kesihatan Awal Kehidupan

Editor by Editor
30/12/2025
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Muhammad Zikri bin Ab Aziz
Pensyarah Perubatan
Jabatan Perubatan Masyarakat. Pusat Pengajian Sains Perubatan
Universiti Sains Malaysia (USM)

 

Setiap kelahiran membawa harapan baharu kepada sebuah keluarga. Namun, tidak semua bayi memulakan kehidupan mereka dengan langkah yang sama. Di sebalik tangisan pertama seorang bayi, terdapat segelintir bayi yang lahir terlalu awal atau dengan berat badan yang terlalu rendah. Fenomena ini dikenali sebagai kelahiran pramatang (preterm birth) dan berat lahir rendah (low birth weight, LBW), dua indikator penting kesihatan ibu dan bayi yang sering dibincangkan dalam bidang perubatan, tetapi masih kurang difahami oleh masyarakat umum.

Memahami Kelahiran Pramatang dan Berat Kelahiran Rendah

Secara definisi, kelahiran pramatang merujuk kepada bayi yang dilahirkan hidup sebelum 37 minggu kehamilan lengkap. Dalam konteks perubatan dan kesihatan awam, kelahiran ini boleh berlaku seawal 22 minggu kehamilan dan diklasifikasikan kepada beberapa kategori, termasuk pramatang ekstrem, sangat pramatang, dan pramatang sederhana hingga lewat. Semakin awal bayi dilahirkan, semakin tinggi risiko komplikasi yang mungkin dihadapinya.

Sementara itu, berat lahir rendah merujuk kepada bayi yang mempunyai berat kurang daripada 2,500 gram semasa lahir. Keadaan ini boleh berlaku sama ada disebabkan kelahiran pramatang, pertumbuhan bayi yang terbantut dalam rahim, atau gabungan kedua-duanya. Walaupun sesetengah bayi dengan berat lahir rendah dilahirkan cukup bulan, risiko kesihatan mereka tetap lebih tinggi berbanding bayi dengan berat lahir normal.

Mengapa isu ini Penting?

Di peringkat global, kelahiran pramatang merupakan punca utama kematian dalam kalangan kanak-kanak di bawah umur lima tahun. Menurut anggaran antarabangsa, sekitar 10% kelahiran di seluruh dunia berlaku secara pramatang. Di Malaysia, kadar kelahiran pramatang dianggarkan sekitar 12%, bermakna kira-kira satu daripada setiap lapan atau sembilan bayi dilahirkan lebih awal daripada sepatutnya.

Walaupun Malaysia telah mencapai penurunan ketara dalam kadar kematian neonatal sejak tahun 1990-an, data terkini menunjukkan bahawa kadar penurunan ini semakin perlahan sejak sedekad kebelakangan. Kadar kematian neonatal negara kini dianggarkan sekitar 4 per 1,000 kelahiran hidup. Trend ini berkait rapat dengan cabaran berterusan dalam menangani kelahiran pramatang dan berat lahir rendah, yang kekal sebagai antara penyumbang utama kepada kematian dan komplikasi neonatal. Bayi yang lahir terlalu awal atau dengan berat badan yang rendah mempunyai risiko yang jauh lebih tinggi untuk mengalami masalah kesihatan serius pada awal kehidupan.

Isu ini penting bukan sahaja kerana risiko kematian awal, tetapi juga kerana kesannya terhadap kesihatan jangka panjang. Bayi yang lahir pramatang atau dengan berat lahir rendah berisiko lebih tinggi mengalami masalah perkembangan saraf, pembelajaran, dan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes dan hipertensi apabila dewasa kelak.

Faktor Risiko Kelahiran Pramatang

Kelahiran pramatang jarang berlaku secara rawak. Ia biasanya berpunca daripada gabungan pelbagai faktor. Antara faktor risiko yang sering dikenal pasti termasuk jangkitan saluran genital atau saluran kencing semasa kehamilan, sejarah kelahiran pramatang sebelum ini, dan masalah struktur organ seperti serviks pendek. Kehamilan pada usia remaja atau pada usia yang lanjut juga didapati meningkatkan risiko.

Faktor gaya hidup turut memainkan peranan penting. Merokok semasa hamil, kekurangan zat makanan, dan jarak kehamilan yang terlalu rapat adalah antara penyumbang utama. Selain itu, penyakit kronik seperti kencing manis, darah tinggi dan anemia yang tidak dikawal dengan baik semasa kehamilan turut meningkatkan risiko kelahiran pramatang dan berat lahir rendah.

Dalam sesetengah keadaan, kelahiran pramatang boleh berlaku atas sebab perubatan. Contohnya, apabila ibu mengalami pra-eklampsia yang teruk atau keadaan bayi dalam kandungan didapati tidak stabil, kelahiran awal mungkin diperlukan untuk menyelamatkan nyawa ibu dan bayi.

Beban Kesihatan dan Sistem Kesihatan

Bayi pramatang, khususnya yang lahir sebelum 32 minggu, memerlukan penjagaan rapi neonatal yang intensif. Sebahagian besar bayi yang sangat pramatang mengalami sekurang-kurangnya satu komplikasi serius seperti jangkitan darah, masalah paru-paru kronik, atau gangguan penglihatan akibat retinopati pramatang.

Penjagaan ini bukan sahaja memerlukan kos yang tinggi, tetapi juga sumber manusia dan kemudahan kesihatan yang mencukupi. Dari sudut kesihatan awam, kelahiran pramatang memberi tekanan besar kepada sistem kesihatan, terutamanya di kawasan yang mempunyai akses terhad kepada perkhidmatan perinatal dan neonatal berkualiti tinggi.

Apa yang boleh dilakukan untuk mencegahnya?

Sebahagian besar faktor risiko kelahiran pramatang dan berat lahir rendah boleh dicegah atau dikurangkan melalui pencegahan yang berkesan sepanjang kitaran kehidupan wanita.

Langkah pencegahan bermula sebelum kehamilan, melalui penjagaan pra-kehamilan yang menekankan perancangan kehamilan, pemakanan sihat, kawalan penyakit kronik, dan penghentian tabiat merokok. Semasa kehamilan, penjagaan antenatal yang berkualiti memainkan peranan penting dalam mengesan risiko awal, merawat jangkitan, dan memantau pertumbuhan bayi dalam kandungan.

Bagi wanita hamil yang berisiko, terdapat beberapa langkah rawatan yang boleh membantu melindungi bayi, seperti pemberian rawatan tertentu untuk membantu memanjangkan tempoh kehamilan serta rawatan khas kepada ibu apabila kelahiran awal dijangka. Langkah-langkah ini didapati dapat mengurangkan komplikasi dan membantu meningkatkan peluang bayi untuk membesar dengan lebih sihat.

Selepas kelahiran pula, penjagaan neonatal yang sesuai mengikut tahap risiko bayi  termasuk penjagaan asas, penjagaan khas atau rawatan rapi, adalah penting bagi mengurangkan komplikasi jangka pendek dan jangka panjang.

Tanggungjawab bersama

Kelahiran pramatang dan berat lahir rendah bukan sekadar isu perubatan. Ia adalah isu sosial dan pembangunan negara. Pendidikan wanita, perlindungan sosial, persekitaran kerja yang selamat untuk ibu hamil, serta akses saksama kepada perkhidmatan kesihatan berkualiti adalah antara faktor penting dalam menangani masalah ini secara menyeluruh. Sokongan keluarga dan kefahaman ibu bapa tentang kepentingan penjagaan kehamilan juga memainkan peranan besar dalam mengurangkan risiko kepada ibu dan bayi.

Kelahiran pramatang dan berat lahir rendah mungkin tidak selalu kelihatan di mata kasar, tetapi kesannya sangat besar dan berpanjangan. Dengan kefahaman awam yang lebih baik, sokongan sistem kesihatan yang kukuh, dan komitmen bersama merentas sektor, cabaran ini boleh ditangani secara berkesan. Setiap minggu kehamilan dan setiap gram berat lahir sebenarnya membawa makna besar dalam menentukan permulaan kehidupan yang lebih sihat untuk generasi akan datang.

Kredit foto-shutterstock

Rujukan:

  1. World Health Organization (WHO). (2023). Born Too Soon: Decade of Action on Preterm Birth.
  2. UNICEF & World Health Organization (WHO). (2019). Low Birthweight Estimates: Levels and Trends 2000–2015.
  3. Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). (2023). Guidelines on Prevention and Management of Preterm Birth.
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: bayi pramatangkadar berat rendahkelahiran pramatanglow birth weightMuhammad Zikri bin Ab Azizneonatalpreterm birth
ShareTweetShare
Previous Post

Bakteria Kecil yang Menjadi Sahabat Baik Tumbuhan

Next Post

Di Sebalik Kehidupan: Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Editor

Editor

Related Posts

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan
Berita & Peristiwa

STEM Teras Pembangunan Negara: Cabaran, Kesan dan Hala Tuju Masa Depan

4 hours ago
Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia
Alam Semulajadi

Ekosistem Nematod Di Persekitaran Sawah Padi di Malaysia

4 days ago
Teknologi Percetakan 4D Polimer
Berita & Peristiwa

Teknologi Percetakan 4D Polimer

4 days ago
Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama
Berita & Peristiwa

Potensi Elastomer Termoplastik Getah Asli Berprestasi Tinggi untuk Aplikasi Industri melalui Penyinaran Gama

4 days ago
Next Post
Di Sebalik Kehidupan: Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Di Sebalik Kehidupan: Mengapa Bentuk Molekul Menentukan Segalanya

Kategori Produk

  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In