23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Friday, March 6, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kencing Manis Risiko Terbesar Mengundang Serangan Angin Ahmar

Editor by Editor
06/02/2014
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0
1

Oleh Shahfizal Musa (UKM Portal News)

Suatu kajian Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) menunjukkan penyakit kencing manis (diabetes) adalah suatu risiko yang terpenting menyebabkan seseorang diserang angin ahmar di Malaysia.

Penemuan ini merisaukan kerana jumlah pesakit diabetes di Malaysia semakin meningkat, khususnya di kalangan generasi muda, kata seorang Perunding Neurologi di PPUKM, Prof Datin Dr Norlinah Mohd Ibrahim.
 
Prof Norlinah yang juga Pengerusi Kuala Lumpur Regionalised Stroke Intervention System (KRISIS) telah mengumkumkan hasil kajian itu pada Portal Berita UKM hari ini.
 
Beliau berkata kajian itu mendapati terdapat hubungan rapat antara penyakit kencing manis dan serangan strok. Kadar serangan strok yang berpunca daripada penyakit kencing manis didapati lebih tinggi di kalangan penduduk Malaysia daripada penduduk mana-mana negara lain.
 
Kajian itu juga menunjukkan seramai 60% pesakit strok yang dimasukkan ke PPUKM dalam jangka masa 4 tahun turut mengidap penyakit kencing manis. Lebih membimbangkan setiap seorang dari 6 orang pesakit itu hanya mengetahui mereka mengidap diabetes apabila mereka dimasukkan ke hospital kerana diserang angin ahmar, kata Prof Norlinah.
 
Faktor risiko strok yang paling lazim di seluruh dunia adalah penuaan dan penyakit darah tinggi. Penyakit diabetes pula hanya berada di tangga ketiga sebagai faktor risiko.
 
Bagaimana pun peningkatan kadar pesakit diabetes di Malaysia amat membimbangkan. Dianggarkan kadar peratusan mereka yang mengidap kencing manis adalah 3 kali lebih tinggi daripada yang biasa dilihat di negara lain termasuk negara-negara Asia yang mempunyai penduduk yang hampir sama dengan Malaysia.
 
Bagaimanapun Prof Norlinah menegaskan bahawa bukan semua penghidap diabetes akan berakhir dengan serangan strok. Tetapi mereka ini mempunyai risiko yang lebih tinggi untuk diserang angin ahmar daripada mereka yang bebas daripada kencing manis. Risiko mereka ini bertambah kiranya mereka juga memiliki faktor risiko lain.
 
Beliau berkata serangan angin ahmar yang paling kerap terjadi adalah ischaemic strok. Ini berlaku apabila bekalan darah terhalang oleh gumpalan darah yang terbentuk dalam saluran darah, ia turut berlaku apabila dinding saluran darah menjadi semakin tebal.
Prof Norlinah berkata kebanyakan dinding saluran darah menebal dalam saluran kecil yang dikenali sebagai lacunar. Ini kebiasaannya dilihat terjadi keatas mereka yang mempunyai tekanan darah tinggi.
 
Apa yang tidak diduga menurut data dari PPUKM itu ialah strok jenis ini yang juga dikenali sebagai strok lacunar, lebih berkait rapat dengan diabetes daripada hipertensi.
 
Prof Norlinah berkata walau pun kaitan ini telah dibuat sebelum ini, tetapi “kepercayaan tradisional di kalangan masyarakat perubatan adalah strok lacunar lebih disebabkan oleh hipertensi dan bukannya diabetes. Hasil kajian kita telah menunjukkan yang diabetes juga memainkan peranan yang besar malah lebih besar dari hipertensi.”
 
Kajian itu turut mendapati serangan strok ke atas mereka yang berumur 50 tahun ke bawah semakin meningkat. Kebanyakan daripada mereka ini mengidap diabetes.
 
Ini juga bercanggah dengan tanggapan perubatan semasa bahawa serangan strok di kalangan orang muda disebabkan struktur jantung yang tidak normal yang telah memberi kesan terhadap tekanan darah, kejadian darah beku atau penyakit yang ganjil.
 
Prof Norlinah menasihatkan masyarakat mendapatkan pemeriksaan kesihatan setiap tahun terutama mereka yang berumur 40 tahun ke atas dan mempunyai keluarga yang mengidap diabetes. Ini termasuk melakukan senaman dan mengamalkan gaya hidup yang sihat untuk menghindari penyakit kencing manis.
 
Mereka ini juga diseru mengawal pemakanan, melakukan senaman dan mengambil ubat yang ditetapkan. Mereka juga perlu kerap berjumpa dengan doktor.
 
"Pemahaman terhadap faktor risiko untuk mendapat strok adalah perlu untuk menangani peningkatannya secara mendadak. Kami berharap hasil kajian itu boleh menyumbang kepada usaha menanganinya baik di peringkat tempatan mahu pun global dalam rawatan diabetes kerana ia adalah penting untuk memerangi serangan strok,” kata Prof Norlinah.

Sumber – UKM Portal News

Foto – keck.usc.edu
Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: angin ahmarkencing manis
ShareTweetShare
Previous Post

Morfologi Rama-Rama

Next Post

Persoalan Galileo Mengenai Sifat Bahan

Editor

Editor

Related Posts

Bagaimana Kecerdasan Buatan Membantu Mengelakkan Pesawat Bertembung dengan Burung
Berita & Peristiwa

Bagaimana Kecerdasan Buatan Membantu Mengelakkan Pesawat Bertembung dengan Burung

11 hours ago
Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi
Alam Semulajadi

Isu Padi Angin dan Kawalan Racun di Sawah Padi

11 hours ago
Tiga Masalah Utama Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat
Berita & Peristiwa

Tiga Masalah Utama Tangan di Kalangan Pekerja Pejabat

6 days ago
Biofluoresens: Mekanisme, Kepelbagaian dan Kepentingannya dalam Ekologi
Alam Semulajadi

Biofluoresens: Mekanisme, Kepelbagaian dan Kepentingannya dalam Ekologi

1 week ago
Next Post
Persoalan Galileo Mengenai Sifat Bahan

Persoalan Galileo Mengenai Sifat Bahan

Kategori Produk

  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In