Sunday, November 8, 2026
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kencing Tikus Selepas Banjir: Mengapa Masih Tiada Vaksin untuk Manusia?

Kencing Tikus Selepas Banjir: Mengapa Masih Tiada Vaksin untuk Manusia?

Editor by Editor
08/11/2026
in Berita & Peristiwa, Perubatan & Kesihatan
0 0
0

Penulis: Dr. Megat Hafizzuddin Abd Hamid¹ & Dr. Murnihayati Hassan²

¹Pensyarah Kanan, Jabatan Perubatan Molekul, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya
²Pakar Patologi Unit Bakteriologi, Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, Institut Penyelidikan Perubatan (IMR), Institut Kesihatan Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia

Setiap kali musim tengkujuh tiba dan air banjir mula surut, peringatan yang sama akan muncul: berhati-hati dengan leptospirosis. Ramai yang mengenalinya sebagai “kencing tikus”, satu nama yang mudah diingat tetapi sebenarnya tidak lengkap. Tikus memang pembawa utama, namun lembu, kambing, babi dan anjing turut boleh menyimpan bakteria Leptospira di dalam buah pinggang mereka dan membebaskannya melalui air kencing ke dalam tanah dan air.

Nasihat yang diberikan pula hampir tidak berubah sejak berdekad: tutup luka, pakai kasut, elak bermandi di air yang tidak diketahui kebersihannya. Nasihat itu baik dan masih perlu. Tetapi ada satu soalan yang jarang ditanya ialah, mengapa selepas lebih seratus tahun penyakit ini dikenali di negara ini, kita masih belum mempunyai vaksin leptospirosis yang berkesan untuk manusia?

Jawapannya bukan kerana sains tidak pernah mencuba. Jawapannya terletak pada cara sistem imun kita mengenali bakteria ini,dan pada satu bahagian sistem imun yang, sehingga kini, hampir tidak pernah diuji untuk penyakit ini.

Penyakit yang Menyamar

Leptospirosis bermula dengan gejala yang hampir tidak dapat dibezakan daripada penyakit lain: demam tinggi secara mendadak, sakit kepala, sakit otot, dan kadangkala mata yang merah. Dalam kebanyakan kes, pesakit pulih sendiri atau pulih selepas diberi antibiotik.

Masalahnya, gejala tersebut menyerupai jangkitan lain seperti denggi, influenza dan demam kepialu. Di negara yang berhadapan dengan denggi sepanjang tahun, pesakit leptospirosis mudah tertukar dengan diagnosis penyakit lain terutamanya denggi pada hari pertama hingga ketiga iaitu tempoh yang paling penting untuk memulakan rawatan antibiotik. Antibiotik bagi leptospirosis paling berkesan apabila diberi awal, tetapi awal itulah masa diagnosis yang paling sukar dibuat.

Pada sebilangan kecil pesakit, penyakit ini berubah arah. Buah pinggang mula gagal, kulit dan mata menjadi kuning. Di dalam kes paling berat, paru-paru boleh berdarah sehingga menyebabkan kegagalan pelbagai organ. Keadaan ini dikenali sebagai penyakit Weil.

Beban yang Bukan Kecil

Di peringkat global, leptospirosis dianggarkan menyebabkan kira-kira 1.03 juta kes dan hampir 58,900 kematian setiap tahun. Jumlah kematian itu lebih tinggi daripada banyak penyakit tropika yang jauh lebih dikenali orang ramai.

Di Malaysia, leptospirosis menjadi penyakit yang wajib dinotifikasikan sejak tahun 2010. Sejak itu, barulah gambaran sebenar mula terbentuk. Kes yang dilaporkan meningkat daripada kira-kira 1,976 kes pada tahun 2010 kepada puncak lebih 8,000 kes pada pertengahan dekad lalu, sebelum menurun semula pada tahun-tahun berikutnya. Laporan Kementerian Kesihatan bagi tahun 2024 mencatatkan kadar insiden kira-kira 7.12 kes bagi setiap 100,000 penduduk.

Angka kematian keseluruhan pula dilaporkan sekitar 1.5 peratus daripada insiden kes jauh lebih tinggi daripada kadar kematian denggi di negara ini. Satu kajian di Perak bagi tahun 2024 mendapati daripada 764 kes yang didaftarkan, lebih tiga perempat memerlukan kemasukan ke hospital. Ini bukan penyakit yang boleh diuruskan sepenuhnya di klinik.

Kumpulan yang paling terdedah pula memberi petunjuk penting. Majoriti kes melibatkan lelaki dewasa, dan kebanyakannya berkait dengan pekerjaan terutamanya pekerja ladang pertanian, pekerja pembersihan dan pembetungan, anggota keselamatan yang berlatih di hutan dan air serta ahli masyarakat yang terlibat dengan aktiviti rekreasi air dan pendedahan kepada air banjir.

Penting juga untuk diingat bahawa angka ini tidak menggambarkan beban penyakit sebenar disebabkan sesetengah kes tidak dilaporkan atas faktor gejala awal yg kurang jelas. Oleh itu, sebahagian kes tidak pernah diuji dan tidak pernah direkodkan sebagai leptospirosis.

Mengapa Vaksin untuk Manusia Begitu Sukar

Sebenarnya vaksin leptospirosis bukan tidak pernah dibuat. Vaksin untuk haiwan sudah lama digunakan dalam amalan veterinar, termasuk untuk lembu dan anjing. Vaksin untuk manusia pula ada didaftarkan di beberapa negara, tetapi tidak digunakan secara meluas  dan tidak digunakan di Malaysia.

Asasnya terletak pada rekabentuk vaksin itu sendiri. Vaksin-vaksin tersebut dibuat daripada sel bakteria yang telah dimatikan. Perlindungan yang terhasil datang terutamanya daripada antibodi terhadap lipopolisakarida (LPS), iaitu lapisan gula di permukaan luar bakteria.

Di sinilah masalahnya. Lapisan gula LPS tersebut membezakan satu serovar daripada serovar yang lain. Terdapat kira-kira 300 serovar Leptospira di seluruh dunia, dan Malaysia termasuk dalam kawasan yang melibatkan puluhan serovar dijumpai dalam air dan tanah semula jadi di negara ini, serta beberapa serovar berbeza daripada kes klinikal.

Akibatnya, vaksin yang dibentuk terhadap satu serovar tidak semestinya melindungi seseorang daripada serovar yang lain. Perlindungannya juga bersikap singkat, memerlukan suntikan ulangan yang kerap, dan kadangkala menimbulkan tindak balas badan yang tidak selesa. Justeru, pendekatan vaksinasi menggunakan vaksin sedia ada ini sukar dipraktikkan di negara ini yang berhadapan dengan pelbagai serovar.

Tetapi genom bakteria ini memberi satu petunjuk yang menarik. Sugguhpun bahagian genetik yang menentukan serovar sangat mudah berubah, beberapa protein penting bakteria ini, termasuk enzim yang membina dinding luarnya adalah hampir serupa antara serovar klinikal Malaysia yang telah dikaji jujukan genomnya. Erti kata lain, ada sasaran yang berpotensi dan terpelihara di dalam bakteria ini yang boleh dimanfaatkan untuk penghasilan vaksin akan datang. Sasaran itu hanya tidak dapat dilihat oleh antibodi dari vaksin sedia ada.

Rajah 1. antibodi anti-lipopolisakarida (LPS) oleh vaksin sedia ada hanya mengenal satu jenis serovar. Malaysia mempunyai puluhan serovar, justeru satu vaksin bentuk sekarang sukar melindungi hos dari kesemua jenis serovar.
Nota. Ilustrasi dijana menggunakan Claude AI (AtropicI, 2026) dan disemak serta diperhalusi berdasarkan pengetahuan saintifik mengenai jangkitan, kawalan imun dan vaksinologi.

Barisan Pertahanan Kedua: Sel T (Immuniti Selular)

Kebanyakan vaksin direka dengan satu matlamat: merangsang antibodi yang mampu menghalang kuman sebelum ia berjaya memasuki badan. Pendekatan ini sangat berjaya bagi banyak penyakit. Namun apabila ia gagal, jangkitan tetap berlaku, maka di situlah barisan pertahanan kedua mengambil alih.

Barisan kedua itu ialah sel T (melalui immunity selular). Berbeza daripada antibodi, sel T tidak melihat bakteria secara keseluruhan. Sel T mengenali cebisan pendek protein, yang dipanggil epitop, yang dipaparkan pada permukaan sel badan kita oleh molekul bernama HLA. Kerana cebisan itu boleh datang daripada protein di dalam bakteria, bukan hanya dari permukaannya, sel T berpotensi mengenali bahagian-bahagian Leptospira yang dikongsi persamaannya di kalangan serovar-serovar, iaitu bahagian yang tidak nampak kepada antibodi anti-lipopolisakarida.

Secara teori, inilah jalan penyelesaian daripada masalah kepelbagaian serovar. Namun, masih terdapat beberapa persoalan yang perlu dijawab.

Bukti yang ada masih terhad. Pada lembu, vaksin terhadap serovar Hardjo didapati merangsang tindak balas sel T jenis pembantu, dan perlindungan yang diberikannya lebih baik daripada apa yang dapat dikenalpasti daripada tindak balas antibodi semata-mata. Sebaliknya, satu kajian ke atas pesakit-pesakit yang telah pulih di kawasan Amazon Peru gagal mengesan tindak balas sel T terhadap protein Leptospira, dan penulisnya membuat kesimpulan bahawa leptospirosis mungkin tidak menghasilkan sel T memori yang dapat diaktifkan semula.

Kesimpulan itu belum boleh dianggap muktamad. Kajian tersebut menguji pesakit yang pernah dijangkiti sekali, menggunakan bakteria keseluruhan dan satu protein utama sahaja. Soalan yang belum dijawab ialah apa yang akan berlaku jika ujian dibuat pada orang yang berulang kali terdedah kepada bakteria ini sepanjang hidup mereka, menggunakan cebisan peptida pendek yang dipilih khusus dan kepelbagaian protein.

Soalan seperti itu hanya boleh dijawab di tempat yang pendedahannya memang kerap berlaku. Malaysia adalah tempat sedemikian.

Sementara Menunggu Vaksin

Selagi vaksin belum ada, pencegahan kekal sebagai pertahanan utama, dan langkahnya memang praktikal: tutup luka dengan pelekat tahan air sebelum terdedah kepada air, pakai kasut dan sarung tangan semasa kerja berisiko, elak meredah atau bermandi di air banjir dan air yang tidak diketahui kebersihannya, dan mandi bersih selepas terdedah. Mengawal populasi tikus serta menguruskan sisa makanan di sekitar rumah dan tempat kerja juga mengurangkan sumber jangkitan.

Tetapi ada satu langkah yang sering terlepas, dan ia mungkin yang paling berguna. Jika demam datang dalam masa dua minggu selepas terdedah kepada air banjir, sungai, kolam, lumpur atau haiwan, beritahu doktor tentang pendedahan itu tanpa perlu ditanya. Maklumat ringkas itu boleh mengubah senarai penyakit yang dipertimbangkan oleh doktor, dan seterusnya membolehkan antibiotik diberikan seawal tempoh kritikal jangkitan. Dalam leptospirosis, beberapa hari boleh membezakan pemulihan penuh daripada kemasukan ke unit rawatan rapi.

Akhirnya, leptospirosis mengajar kita sesuatu tentang sifat penyelidikan perubatan. Ini adalah penyakit yang dicorak oleh iklim kita, pekerjaan kita dan geografi kita. Kepelbagaian serovar yang menyukarkan pembinaan vaksin berasal usul dari kepelbagaian serovar yang menyebabkan jangkitan di tanah air kita sendiri, dan kepelbagaian genetik HLA yang menentukan sama ada vaksin itu akan berkesan adalah kepelbagaian penduduk kita sendiri.

Vaksin leptospirosis untuk rakyat Malaysia tidak boleh sekadar diimport. Ia perlu dihasilkan di sini untuk populasi kita, dengan pesakit kita,  kerana tiada siapa lagi yang akan melakukannya untuk kita.

Rujukan terpilih

  • Philip N, et al. Leptospirosis in humans and animals in Malaysia: A review from 1976 to 2023. Veterinary World, 2025. https://pmc.ncbi.nlm.nih.gov/articles/PMC12056895/
  • Spatial patterns of laboratory-confirmed leptospirosis in north-eastern Peninsular Malaysia, 2016–2023. Epidemiology and Health, 2025. https://www.e-epih.org/journal/view.php?doi=10.4178%2Fepih.e2025030
  • Leptospirosis in Perak state for the year 2024. Medical Journal of Malaysia, 80(6), November 2025. https://www.e-mjm.org/2025/v80n6/leptospirosis.pdf
  • The association of climatic pattern and leptospirosis cases in Malaysia. Malaysian Journal of Pathology, 47(1), 2025. http://www.mjpath.org.my/2025/v47n1/climatic-pattern-and-leptospirosis.pdf
  • Leptospirosis incidence and mortality in Malaysia. Southeast Asian Journal of Tropical Medicine and Public Health, 2016. https://pubmed.ncbi.nlm.nih.gov/27405126/
  • Mohd Yusof MS, et al. The prevalence of leptospirosis infections among humans in Malaysia: a systematic review and meta-analysis. Tropical Biomedicine, 42(2), 2025. https://msptm.org/files/Vol42No2/tb-42-2-013-Mohd-Yusof-M-S.pdf

Biodata Ringkas

Dr Megat Hafizzuddin Abd Hamid adalah pensyarah kanan di Jabatan Perubatan Molekul, Fakulti Perubatan, Universiti Malaya. Bidang kepakaran beliau adalah penyelidikan system imun penyakit berjangkit.

Dr Murnihayati Hassan adalah pakar patologi (mikrobiologi klinical) di Unit Bakteriology, Pusat Penyelidikan Penyakit Berjangkit, Institut Penyelidikan Perubatan, Institut Kesihatan Negara. Bidang kepakaran beliau adalah bakteriologi perubatan dan diagnosis leptospiroris.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: AntibodiDr. Megat Hafizzuddin Abd HamidDr. Murnihayati HassanFakulti PerubatanInstitut Kesihatan NegaraInstitut Penyelidikan Perubatan (IMR)Jabatan Perubatan MolekulKementerian Kesihatan Malaysiakencing tikusLeptospirosisPakar Patologi Unit BakteriologiPusat Penyelidikan Penyakit BerjangkitUniversiti Malayavaksinvaksin leptospirosis
Previous Post

Sinaps: Di Sebalik Gerakan Tubuh dan Emosi

Next Post

Rahsia Dunia Mikroorganisma: Probiotik, Prebiotik, Sinbiotik, Postbiotik dan Makanan Terfermentasi untuk Kesihatan

Editor

Editor

Related Posts

Keselesaan Terma Kediaman: Aplikasi Prinsip Fizik di sebalik Seni Bina Rumah Melayu
Berita & Peristiwa

Keselesaan Terma Kediaman: Aplikasi Prinsip Fizik di sebalik Seni Bina Rumah Melayu

2 hours ago
Rahsia Dunia Mikroorganisma: Probiotik, Prebiotik, Sinbiotik, Postbiotik dan Makanan Terfermentasi untuk Kesihatan
Berita & Peristiwa

Rahsia Dunia Mikroorganisma: Probiotik, Prebiotik, Sinbiotik, Postbiotik dan Makanan Terfermentasi untuk Kesihatan

2 hours ago
Sinaps: Di Sebalik Gerakan Tubuh dan Emosi
Berita & Peristiwa

Sinaps: Di Sebalik Gerakan Tubuh dan Emosi

2 hours ago
Saya Masih Muda dan Sihat: Bila Saya Perlu Mula Menjalani Saringan Kesihatan?
Berita & Peristiwa

Saya Masih Muda dan Sihat: Bila Saya Perlu Mula Menjalani Saringan Kesihatan?

3 hours ago
Next Post
Rahsia Dunia Mikroorganisma: Probiotik, Prebiotik, Sinbiotik, Postbiotik dan Makanan Terfermentasi untuk Kesihatan

Rahsia Dunia Mikroorganisma: Probiotik, Prebiotik, Sinbiotik, Postbiotik dan Makanan Terfermentasi untuk Kesihatan

Kategori Produk

  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • HANTAR ARTIKEL & F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
      • Careers

Copyright @2026 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X) Berdaftar dengan Perpustakaan Negara Malaysia (PNM)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In