23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Monday, December 15, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kerang, Kekayaan Lautan yang Semakin Terancam

Kerang, Kekayaan Lautan yang Semakin Terancam

Editor by Editor
20/10/2024
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Dr. ‘Aqilah Mukhtar
Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi,
Universiti Kebangsaan Malaysia

Kerang, atau lebih dikenali dengan nama saintifiknya Anadara granosa, merupakan salah satu hasil laut yang sangat bernilai. Isi yang lembut dan rasa yang enak telah menjadi kerang sebagai makanan laut kegemaran ramai rakyat Malaysia. Namun, apa yang membuat kerang begitu istimewa bukan sahaja dari segi rasanya tetapi juga nilai nutrisi dan khasiat yang tinggi.

Habitat Kerang

Kerang hidup di kawasan pantai berlumpur terutama di zon pasang surut. Menariknya, kerang berkebolehan untuk hidup di dalam lumpur yang kekurangan oksigen. Ini kerana darah kerang mengandungi hemoglobin yang mampu mengikat oksigen dengan baik, membolehkan kerang menyimpan oksigen untuk digunakan ketika persekitaran hipoksia (kekurangan oksigen). Di Malaysia, kawasan pengeluaran utama kerang termasuklah Pantai Remis di Perak, Kuala Selangor di Selangor, dan Kukup di Johor. Kerang diternak secara tradisional di pesisir pantai, di mana benih kerang ditabur dan dibiarkan membesar sebelum dituai.

Khasiat Kerang

Selain rasa yang enak, kerang kaya dengan khasiat penting untuk tubuh manusia. Kerang mengandungi protein yang penting untuk pertumbuhan dan pembaikan tisu, zat besi yang membantu dalam penghasilan sel darah merah, asid lemak omega-3 yang baik untuk kesihatan jantung dan vitamin B12 yang penting untuk fungsi otak dan sistem saraf.

Ancaman Pengeluaran Kerang

Namun, berdasarkan maklumat dari Jabatan Perikanan Malaysia, pengeluaran kerang di Malaysia mengalami penurunan sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Pada tahun 2020, jumlah pendaratan kerang direkodkan sebanyak 18,674 tan metrik, namun pada tahun 2021, angka tersebut menurun kepada 16,988 tan metrik dan semakin merosot kepada 479 tan metrik pada tahun 2022. Walaubagaimanapun, terdapat sedikit peningkatan pengeluaran kerang pada tahun 2023 kepada 895 tan metrik, dan trend ini amat membimbangkan kerana memberi kesan kepada ekonomi setempat yang bergantung kepada pengumpulan kerang. Peningkatan harga kerang yang kini mencecah RM15 hingga RM20 per kilogram, juga memberi kesan kepada pengguna. Harga ini jauh lebih tinggi berbanding RM6 per kilogram sedekad lalu, menunjukkan betapa terhadnya bekalan kerang di pasaran.

Terdapat beberapa faktor yang menyumbang kepada penurunan pengeluaran kerang termasuklah pencemaran laut. Aktiviti perindustrian, pertanian, dan pembinaan pesisiran pantai telah menyumbang kepada peningkatan tahap pencemaran di laut. Bahan pencemar telah mengancam habitat semula jadi kerang, mengurangkan kadar pertumbuhan kerang dan menyebabkan kematian awal. Selain itu, penuaian kerang yang berlebihan juga menyumbang kepada pengurangan jumlah populasi kerang. Penuaian kerang yang belum matang menjejaskan pembiakan kerang, menjadikan populasi hidupan laut ini semakin menyusut.

Kerang Sebagai Penapis Semulajadi

Sebagai penapis semula jadi, kerang berupaya menyerap bahan pencemar dari persekitaran Ketika menapis air untuk mendapatkan makanan. Keadaan ini menjadikan kerang terdedah kepada bahan pencemar seperti mikroplastik dan logam berat. Sebagai contoh, kehadiran mikroplastik dikenalpasti dalam kerang di kawasan paya bakau Matang, Perak dengan kadar 0.39 ± 0.2 zarah setiap gram. Dapatan dari kajian yang dijalankan oleh Priya Mohan pada tahun 2023 ini membuktikan semakin tinggi kehadiran mikroplastik dalam tanah, semakin tinggi bilangan mikroplastik dalam kerang. Selain itu, logam berat turut dikesan dalam kerang di perairan Semenanjung Malaysia termasuk di Sabah dan Sarawak. Walaupun kebanyakkan logam berat yang ditemui berada di bawah paras bahaya, kawasan yang terdedah kepada banyak aktiviti manusia berpotensi meningkatkan kandungan logam berat dalam kerang. Apabila tahap pencemaran meningkat, kerang boleh menjadi tercemar, dan ini bukan sahaja membahayakan kehidupan kerang, tetapi juga manusia yang memakannya. Pengambilan kerang yang tercemar boleh menyebabkan masalah kesihatan seperti keracunan makanan dan penyakit yang berpunca dari pencemaran mikroplastik dan logam berat.

Usaha Pemuliharaan

Untuk mengatasi masalah ini, beberapa langkah telah diambil seperti menetapkan kuota pengutipan kerang dan memantau kualiti air di kawasan penternakan. Ini bertujuan untuk memastikan populasi kerang dapat pulih dan benih diberi masa yang mencukupi untuk membesar. Selain itu, penyelidikan juga penting dalam membangunkan teknik penternakan kerang yang lebih lestari yang bertujuan memastikan bekalan kerang yang stabil dan berterusan.

Kerang sememangnya merupakan “emas lautan” kerana nilainya yang tinggi dari segi ekonomi dan khasiatnya kepada manusia. Namun, untuk memastikan kerang kekal sebagai sumber makanan yang lestari, langkah-langkah pemuliharaan dan pengurusan yang lebih berkesan perlu diambil. Dengan usaha yang tepat, pengeluaran kerang dapat ditingkatkan semula, membolehkan industri kerang terus berkembang dan menyokong ekonomi setempat.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: ‘Aqilah MukhtarFSTkerangUKM
ShareTweetShare
Previous Post

Dunia Keselamatan Siber Menuju Migrasi Kriptografi Pasca Kuantum

Next Post

Penganjuran Program NanoKEB 2024: Meningkatkan Kerjasama dan Inovasi dalam Nanoteknologi

Editor

Editor

Related Posts

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan
Berita & Peristiwa

Penyakit Radang Usus: Keradangan Sistem Gastrousus yang Sering Diabaikan

2 days ago
Pokok Air Mata Pengantin
Alam Semulajadi

Pokok Air Mata Pengantin

2 days ago
Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan
Berita & Peristiwa

Bagaimana Puasa Berselang (Intermittent Fasting) membantu Menurunkan Berat Badan

6 days ago
Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser
Alam Semulajadi

Halia dan Sistem Imun dalam Mencegah Kanser

6 days ago
Next Post
Penganjuran Program NanoKEB 2024: Meningkatkan Kerjasama dan Inovasi dalam Nanoteknologi

Penganjuran Program NanoKEB 2024: Meningkatkan Kerjasama dan Inovasi dalam Nanoteknologi

Kategori Produk

  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In