23 °c
Kuala Lumpur
26 ° Sat
27 ° Sun
27 ° Mon
25 ° Tue
Tuesday, November 18, 2025
Cart / RM0.00

No products in the cart.

No Result
View All Result
e-ISSN : 2682-8456
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
MajalahSains
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers
No Result
View All Result
MajalahSains
No Result
View All Result

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

Kitaran Batuan: Nadi Dinamik Bumi

Editor by Editor
07/05/2025
in Alam Semulajadi, Berita & Peristiwa
0 0
0

Oleh: Dr. Nurul Afifah Mohd Radzir1,2

¹Pensyarah Kanan, Program Geologi, Jabatan Sains Bumi dan Alam Sekitar, Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia.

¹Penyelaras Muzium Geologi, Muzium Sejarah Alam (MSA), Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia

 

Bumi adalah planet yang hidup, tidak hanya dari sudut biologi sahaja, tetapi secara geologi. Dari kerak ke mantel, sistem bumi sentiasa berubah dan berinteraksi antara satu sama lain dalam masa berjuta-juta tahun. Salah satu proses paling asas yang mendorong dinamik ini ialah kitaran batuan (rock cycle). Kitaran batuan adalah proses aktif yang mencorakkan landskap, menghasilkan sumber bumi, dan menyimpan rekod sejarah planet ini.

Apakah Kitaran Batuan

Kitaran batuan ialah satu rajah geologi yang menggambarkan bagaimana tiga jenis batuan utama iaitu batuan igneus, batuan sedimen, dan batuan metamorf yang terbentuk dan berubah dari satu jenis kepada jenis yang lain. Walaupun konsepnya linear pada pandangan pertama, hakikatnya kitaran ini bersifat dinamik dan saling bercabang. Tiada permulaan dan pengakhiran mutlak, tetapi proses berulang yang melibatkan pembentukan, luluhawa, hakisan, pengangkutan, pengendapan, penimbusan, peleburan dan penghabluran.

Fasa-fasa Kitaran Batuan

1. Pembentukan Batuan Igneus

Batuan igneus terbentuk apabila magma yang cair menyejuk dan menghablur, sama ada di bawah permukaan (batuan plutonik seperti granit) atau di permukaan melalui letusan gunung berapi (batuan volkanik seperti basalt). Magma ini berasal dari mantel atau kerak bawah yang mencair akibat suhu tinggi dan tekanan ekstrem. Ini adalah ‘titik mula’ utama bagi batuan baharu di dalam kerak bumi.

2. Luluhawa dan Pengangkutan

Apabila batuan igneus terdedah di permukaan, ia terjejas oleh proses luluhawa fizikal dan kimia. Angin, air, suhu, dan aktiviti biologi memecahkan batuan kepada sedimen kecil. Sedimen ini kemudiannya diangkut oleh agen semula jadi seperti sungai, glasier, dan angin ke kawasan rendah.

3. Pemendapan dan Pembentukan Batuan Sedimen

Sedimen yang terkumpul melalui proses pemendapan di delta sungai, dasar laut, dan tasik akan termampat dan bercantum melalui proses litifikasi menjadi batuan sedimen. Contohnya termasuk batu pasir (daripada pasir sungai), batu lumpur (daripada kelodak) dan batu kapur (daripada sisa biologi marin).

4. Penukaran kepada Batuan Metamorf

Apabila batuan sedimen atau igneus tertimbus jauh ke dalam kerak bumi akibat pergerakan tektonik, ia terdedah kepada tekanan dan suhu tinggi yang menyebabkan perubahan fizikal dan kimia. Proses ini dikenali sebagai metamorfisme. Hasilnya ialah batuan metamorf seperti syis, filit atau marmar yang menunjukkan tekstur berfoliasi dan perubahan mineralogi terbentuk.

5. Peleburan dan Kitaran Semula

Jika tekanan dan suhu terus meningkat, batuan metamorf boleh mencair dan kembali menjadi magma, memulakan semula kitaran ini. Magma ini berpotensi naik semula ke permukaan melalui aktiviti volkanik, membentuk batuan igneus baharu.

Rajah kitaran batuan yang lengkap menunjukkan kitaran dinamik dan tertutup bagi pembentukan batuan dan proses geologi yang terlibat.

Kitaran Batuan dan Dinamik Tektonik

Kitaran batuan sangat bergantung pada pergerakan plat tektonik. Subduksi plat menyebabkan batuan tertimbus dan termetamorf. Letusan gunung berapi membentuk batuan igneus. Pengangkatan daratan akibat perlanggaran plat pula menyebabkan batuan sedimen dan metamorf terdedah di permukaan untuk di luluhawa semula. Ini menunjukkan bahawa kitaran batuan tidak berlaku dalam ruang vakum, tetapi sebagai sebahagian daripada sistem geodinamik yang lebih besar.


Impak Saintifik dan Ekonomi

Selain menjadi asas kepada pemahaman sejarah bumi, kitaran batuan juga penting dalam:

• Eksplorasi sumber geologi, contohnya mineral logam yang tertumpu dalam zon metamorf atau igneus.

• Kajian sekitaran kuno (palaeo-environment) melalui tafsiran batuan sedimen.

• Risiko geologi seperti tanah runtuh dan gempa bumi, yang berkait rapat dengan jenis batuan dan struktur  bawah tanah.

Kitaran batuan adalah jantung yang menghidupkan geologi Bumi. Ia bukan sahaja menjelaskan bagaimana batuan berubah, tetapi juga menghubungkan proses permukaan dan dalam bumi dalam satu sistem yang koheren. Dalam dunia yang terus berubah ini, memahami kitaran batuan bukan sekadar pengetahuan akademik, tetapi asas kepada kelestarian sumber, perlindungan alam sekitar dan pembangunan mampan.

Berikan Komen Anda Di Sini

Tags: BumiFST UKMgeologiKitaran batuanKomunikasi sainsNurul Afifah Mohd Radzir
ShareTweetShare
Previous Post

Rahsia Monsun Timur Laut: Di Sebalik Hujan, Angin dan Gelombang

Next Post

Teknologi Perubatan Nuklear - Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

Editor

Editor

Related Posts

Rahang Berbunyi ‘Klik’? Mungkin Itu Petanda Temporomandibular Disorder (TMD)
Berita & Peristiwa

Rahang Berbunyi ‘Klik’? Mungkin Itu Petanda Temporomandibular Disorder (TMD)

10 hours ago
Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²
Berita & Peristiwa

Teorem Pythagoras: Lebih Dari Sekadar a² + b² = c²

4 days ago
Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran
Berita & Peristiwa

Kanser Kolon: Realiti Tanpa Amaran

6 days ago
Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia
Alam Semulajadi

Nikolai Ivanovich Vavilov: Bapa Bank Biji Benih Dunia

6 days ago
Next Post
Teknologi Perubatan Nuklear – Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

Teknologi Perubatan Nuklear - Revolusi dalam Pengesanan Sentinel Kanser Payudara

Kategori Produk

  • Sains Dalam Kehidupan
  • Sains Itu Menyeronokkan
  • Mengapa Sains Penting
  • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
  • Pengajian Tinggi
  • Kitaran Hidup
  • Gaya Hidup Sihat
  • Biografi
  • Siri-Ingin Tahu
  • Umum
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
  • Careers
e-ISSN : 2682-8456

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

No Result
View All Result
  • Laman Utama
  • Siapa Kami
  • F.A.Q
  • Kategori
    • Alam Semulajadi
    • Astronomi & Kosmologi
    • Berita & Peristiwa
    • Bicara Saintis
      • Sains untuk Manusia
    • Suara Saintis Muda
    • Events
    • Featured
    • Fiksyen, Buku & Filem
    • Fizik
    • Kimia
    • Komputer & IT
    • Luar Negara
    • Matematik
    • Perubatan & Kesihatan
    • Rencana
    • Sejarah & Falsafah
    • Teknologi & Kejuruteraan
    • Tempatan
    • Tenaga
    • Tokoh
  • Pengiklanan
  • Sains Shop
    • Pengajian Tinggi
    • Biografi
    • Umum
    • Siri-Ingin Tahu
    • Mengapa Sains Penting
    • Tokoh Wanita Dalam Bidang Sains
    • Kitaran Hidup
    • Gaya Hidup Sihat
    • Sains Dalam Kehidupan
    • Sains Itu Menyeronokkan
  • Careers

Copyright @2025 MajalahSains | MScience Ent. (002387117-X)

Login to your account below

Forgotten Password? Sign Up

Fill the forms bellow to register

All fields are required. Log In

Retrieve your password

Please enter your username or email address to reset your password.

Log In